Engkorang Yang Best

Monday, January 10, 2011

sekitar anugerah juara lagu | ajl untuk pilih lagu terbaik bukan pilih artis okeh.

Assalamualaikum..tak jawab dosa.


nota : ENTRY ini mula ditaip jam 2339


ajl dah nak habis.sekarang tengah persembahan artis jemputan.percaya tak kalau aku cakap kejap lagi hampir semua bloggers termasuk aku akan mengulas semula persembahan semua artis yang buat persembahan.benda panas beb.kena cepat.hehehe

start ajl dengan lagu yuna.ok kot bagi aku.aku tak minat yuna.sebab tu tak boleh komen lebih lebih.kang kontrolbesi.payah.aku malas nak ulas satu satu artis yang buat persembahan.aku ambik yang mana aku rasa best jek eh.aku suka persembahan hafiz.gimik dia best.aku pon macam cuak jugak mula mula.ye lah,hafiz kan baru lepas accident.lepas tuh dengan gimik yang gitu,aku sangat sangat sangat percaya.ceh,mudah terpengaruh betol la aku ni.=p

persembahan shahir sangat tak best sebab ada sorang perempuan yang sangat sangat sangat mengacau + mencacatkan persembahan shahir.better shahir sorang jek lagi bagus.paling menyampah ending bila shahir kena lempang.kau nak aku lempang kau balik ke perempuan?tengok aku dah emosi dah.hahahaha

oh terlupa pulak.black featuring muh.kenapa nama black takde tersenarai?dah la dia sorang jek yang menyanyi untuk lagu ni.nasib lagu best + aku suka kalau black nyanyi lagu tinggi.part tarik tuh memang kaw ah beb.dah alang alang cakap pasal black terus la cerita pasal lagu sofea jane.ok lah aku rasa.black macam tak all out untuk lagu ni.

ana raffali pon ok kot duduk dalam sangkar.aku suka lagu jek tak suka orangnya.hahaha.boleh eh macam ni?hahahha

faizal tahir memang superbbbb beb.ada khiriah,cikgu fatimah dengan anak dia,pak ajis dengan orang rumah dia.sangat sangat suuwweeettt okeh.penuh kasih sayang lagu ni.memang aku suka.tapi tak suka bila nampak faizal cam peluk khiriah.erkk,bini orang kot tuh?ehh,cikgu fatimah tuh bukan bini orang jugak ker?erk..gulp [sambil telan air liur]. persembahan untuk lagu hanyut memang tip top.aku rasa faizal boleh menang untuk persembahan terbaik.nasib tak lemas.kalau tak mesti esok muka depan semua paper. FAIZAL TAHIR LEMAS ATAS PENTAS.hehehe.persembahan yang power ah.dia ni berani ambik risiko.tuh yang best.

stacy muncul dengan jahat.ala ala dalam video klip dia sendiri.buat macam cina.apa apa pon dia memang lincah.boleh menari sambil menyanyi.takde mengah mengah ok.

persembahan penutup yang boleh la dari takde.ooh tudung siti akan jadi ikutan lagi aku rasa.hahahaha.tahniah siti sebab pencetus idea tudung yang sangat CUN.

ohh.dah umum pemenang.dah agak faizal tahir akan menang.cayalah.


KEPUTUSAN PENUH

persembahan terbaik -  Faizal Tahir [hanyut]
vokal terbaik - hafiz [noktah cinta]
tempat ke 3 - hafiz [noktah cinta]
tempat ke 2 - muh featuring black [drama king]
anugerah juara lagu - ana raffali [ tolong ingatkan aku]

nota jari tangan -->macam tak puas ati tadi bila ana raffali menang.tapi bila pk balik ajl untuk pilih lagu yang terbaik.bukan artis.kalau nak artis yang kau suka menang p tengok pertandingan yang ada undian sms.hahahha

3 kutukan sopan diterima:

cik baiaah said...

betol2 .. sokong .. nama pun juara lagu .. bukannya juara artis ..
anyway cam awk kate .. suka lagu je pon .. artis kureng sket ..

Miss Shizu said...

hehehe.tapi caya tak mesti ramai yang tak puas ati biler yang menang ni artis baru.hehehe

six.september =_= said...

Alahai. Dah kecoh kat fesbuk sebab ana menang. Masing2 tak puas hati. Hai la.

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design