Engkorang Yang Best

Tuesday, January 11, 2011

Rosyam Nor Nak caras tan sri p ramlee?

Assalamualaikum.tak jawab dosa.hehehe..


tadi aku layan cerita trilogi cinta.cerita yang diadaptasi dari 3 bijik novel sharifah abu salem.


:: tak seindah mimpi
:: tak semanis impian
:: tiada lagi mimpi.


dua novel yang last tuh aku ada.dah lebih 10 kali aku rasa aku khatam novel tuh.best doe cerita tuh.so,bila novel novel tuh dah diadaptasi ke bentuk drama,aku tersangat sangat la nak tengok.drama triloagi cinta ni drama terbitan suhan movies.sapa lagi kalau bukan hero tua negara yang memang fofular.

kalau korang perasan kan, setiap kali drama yang suhan movies keluarkan duit,mesti tuan empunya company jadik hero.bagus kan?dah jimat nak bayar pelakon utama.hahahaha.cerita gelora dihati sara(rosyam + fauziah latif), nigina(rosyam + emilda), isabella (rosyam + vanidah).yang terbaru trilogi cinta(rosyam + fouziah gous).tuh antara drama yang aku tahu la.aku rasa banyak lagi,aku jek yang tak tahu n tak tengok.hehehe

boleh aku katakan drama drama yang rosyam terbitkan ni memang best.gelora di hati sara jek aku tak layan.mungkin sebab tayang kat tv 1 kot?hehehe.nigina aku layan itu hari.sanggup bawak motor laju laju sebab nak tengok nigina time lunch hour.hahahaha.sangat obses okeh.nasib isabella setiap ahad.tapi kadang kadang tak puas hati gak sebab hari ahad kan hari nak berehat + nak merayap.dah la ulangan cerita ni aku boleh tengok setiap hari jumaat jek.tuh pon dah tengah malam.adooooii.semalam langsung tak dapat tengok sebab p kenduri sepupu aku tunang.rugi beb.huu.sekarang ni excited pulak aku nak tengok cerita trilogi cinta.memang lah aku dah tahu jalan cerita nya sebab aku dah khatam kot semua novel novel tuh.tapi still nak tengok sebab rosyam berlakon kot.hahaha.tak boleh bla alasan.

kalau korang perasan lagi kan,filem filem tan sri p ramlee pon sama jugak.kalau tak silap aku lah kan,hampir semua filem filem p ramlee jadik hero.paling penting tak pernah jemu pulak tuh layan cerita p ramlee ni.baru kejap tadi aku layan bujang lapok.walhal cerita tuh dah beribu kali aku tengok.tapi still nak tengok lagi.korang nampak tak macam mana berkesannya cerita p ramlee ni.memang best beb.kadang kadang aku pon pelik,apasal cerita cerita p ramlee ni kita tak pernah bosan nak tengok walaupon kita dah tahu jalan cerita dia.silap silap boleh hafal dialog terus dah.

maybe kan,maybe lah kan rosyam nak jadi macam tan sri p ramlee jugak.yang mana filem filem + cerita cerita terbitan dan lakonan rosyam sendiri nak jadi lagenda yang tak luput di telan zaman.kalau korang p tanya direct kat tuan punya badan,sahih tak mengaku kan?bukan lah aku kata rosyam nak caras p ramlee.gila kau,tak kan tercaras lah aku rasa.betol.aku kompiden 106%.filem filem tan sri p ramlee tuh memang tak kan ada orang lain yang boleh challenge dah.cuma mungkin rosyam nor jadikan p ramlee tuh sebagai idola dia jek kot.ni andaian aku jek la.kalau korang nak tahu betol ke tak,p la tanya rosyam nor sendiri.aku mana nak taw.rosyam tak pernah bagitahu aku pon even kitorang tinggal serumah.upppsss.okeh yang tuh aku tipu.hahhahaa.ampun yer rosyam.=)

nota jari manis --> sokonglah filem buatan tempatan..ahaks..=p

adios
assalamualaikum

3 kutukan sopan diterima:

Carnation said...

ehh dah ada drama dari novel tu ekk

taktau pon

Idayu Suraya said...

ehhh ade drama ke nant novel tu???? arghhhhhhhhhhhhhhh sgt2 suke ketiga tiga novel tu....suke ... razif dengan nurjinah aaaaa sukeeee....bile drama tu kuar?

Miss Shizu said...

six.september =_= & Idayu Suraya

dah ada pon drama tuh.setiap ari ahad isnin ngan selasa.kat tb 1.kul 10 malam..

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design