Engkorang Yang Best

Monday, December 26, 2011

Rindu Setengah Nyawa

Assalamualaikum

awak rindu tak saya text gud morning kat awak?
awak rindu tak saya text gud nite sweet dream kat awak?
awak rindu tak saya jadi peneman bila awak tak sihat?
awak rindu tak saya bising-bising kat awak?
awak rindu tak bila saya mengusik awak sampai awak malu malu?
awak rindu tak dengar saya menangis?
awak rindu tak ayat sweet saya yang boleh meltedkan hati awak?
awak rindu tak saya panggil awak sayang?
awak rindu saya tak?


sebenarnya,
saya yang rindu nak text gud morning kat awak ,
sebab bila saya buka mata
awak orang pertama yang saya akan cari ..


saya yang rindu nak text gudnite sweet dream kat awak ,
sebab bila saya pejam mata
awak orang terakhir yang saya fikirkan ..


saya yang rindu nak jadi peneman bila awak tak sihat ,
sebab saya tak nak hanya berada dengan awak
bila awak sihat jer ..


saya yang rindu nak bising-bising kat telinga awak,
sebab saya suka bila awak jadi pendengar setia bila saya bercakap-cakap ..


saya yang rindu nak mengusik awak sampai awak malu malu ,
sebab saya itu ingatkan saya pada pertemuan kita kali pertama


saya menangis ?
ye .. bila borak dengan awak tentang impian ,
dan TENTANG KITA berdua , saya akan tiba-tiba menangis ..
sebab saya betul-betul nak hidup dengan awak ..
dan saya TAK SANGGUP kehilangan awak ..


saya yang rindu nak bagi awak sweet words ,
sebab awak CINTA EKSKLUSIF saya ..


saya yang rindu nak panggil awak sayang,
sebab panggilan sayang itu betul-betul untuk
awak yang saya sayang ..



Awak rindu tak macam mana saya rindu kat awak ??


* tunduk bawah , pegang phone , tengok nombor awak ,
air mata jatuh , pejam mata ..


* khas untuk awak yang saya RINDU ~ ~ ~


bie, ayg rindu bie.rindu sangat sangat.rindu nak dengar bie kejut ayg pagi pagi.rindu nak bebel bebel sampai bie tak boleh nak menyampuk dekat mana.rindu nak dengar bie nyakat ayg sampai ayg nak nangis.rindu nak dengar suara bie yang manja manja.rindu nak gayut dengan bie thru ym sampai pagi.yang pasti ayg rindu segala gala tentang bie.

cerita asal :>  SINI

ternyata perubahan

Assalamualaikum


ayg : ayg rindu bie.rindu sangat
bie : samalah.bie pon rindu ayg.tapi sabarlah sikit k
ayg : ayg just cakap jek.takpe ayg faham bie.
bie : iye lah tuh.eleh,mcm bie tak taw.haha


********************************************************

ayg : bie cam dah berubah jek.call pon dah jarang.
bie : bie still macam dulu la.takde apa yang berubah.lagipon bie bizi la sekarang ni.
ayg : ayg rindu bie yang dulu. dulu bie bizi pon still boleh on call lagi T_T
bie : apa ni.bie still macam dulu la.jangan la mcm ni.tak suka la nangis nangis.tolong la faham bie.kata nak faham.tapi tak pernah faham pon.
ayg : sori.ayang mintak maaf bie.
bie : hurmm
ayg : bie,im really sori.sori sangat sangat
bie : dah la.takde apa la


****************************************

ayg : bie,ayg nak tido ni.
bie : k
ayg : ..............


saya pelik dengan perubahan yang semakin ketara.puas saya nasihatkan hati agar menerima awak seadanya walau perubahan awak mengejutkan saya.

dulu,
awak ajar saya macam mana nak sayang awak.
awak ajar saya untuk hidup dengan awak.
awak biasakan hari hari saya dengan adanya awak

sekarang,
bila saya dah sayang awak bagai nak rak,
kenapa awak diam membisu macam takda anak tekak?
bila saya dah biasa dengan kehadiran awak,
kenapa awak selalu main cak cak?


hurmm T_T

Assalamualaikum


awak,
bila saya cakap awak dah berubah,
cepat awak nafikan.
saya terima penafian awak.
saya mind set diri saya untuk tak fikir bukan bukan pasal awak.

awak,
makin hari saya rasa kita makin jauh.
bila saya cakap macam tuh,
awak cakap saya yang terlalu fikirkan.
awak cakap cuba jangan fikir negatif.
ok saya terima.
saya set minda saya untuk fikir positif je pasal awak.

awak
bila saya bagi ayat ayat romantis dekat awak
awak tak suka sebab awak kata nanti saya tak boleh hidup kalau awak takde
bila saya buat sumthing suprise untuk awak
awak cakap awak tak suka 
tapi saya degil,tetap jugak nak suprisekan awak
walaupun saya tahu awak akan masam mencuka



awak
bila saya tanya apa awak buat hari ni,
awak cakap saya macam nak kongkong awak.
awak cakap saya kebudak budakan
awak cakap saya terlalu push awak
ok saya mintak maaf.
sejak hari tuh,saya takut nak tanya macam macam dekat awak.
saya takut sebab nanti awak tertekan
saya risau sebab nanti takut awak fikir saya push awak
saya bimbang sebab nanti awak akan diamkan diri dari saya.
sejak dari hari tu saya ikut rentak awak.


kadang kadang awak senyap sampai seminggu lama nya
kadang awak muncul tiba tiba
kadang awak hilang lagi tanpa berita
saya nampak awak on9,tapi saya tak berani nak tegur
saya takut awak bizi nanti saya ganggu awak



seminggu awak hilang,seminggu la handphone saya senyap

kadang kadang saya terfikir,siapa saya pada awak,
tapi cepat cepat saya buang perasaan tuh sebab saya tahu awak tak suka saya fikir macam tuh

awak,
awak tahu tak sayalah orang yang paling gembira bila handphone saya berbunyi nombor,nombor awak yang tertera 

awak,
saya tak pernah sayang orang macam mana saya sayang awak
sungguh saya tak tahu kenapa tiap masa bayang awak yang saya nampak
bila saya cakap dengan awak,
awak ingat saya fikir awak bomohkan saya
awak,
tak pernah terlintas langsung saya fikir macam tuh tentang awak
saya mohon maaf andai awak terluka dengan kata kata saya.

awak,
semakin dalam sayang saya pada awak,semakin jauh awak lari dari saya
bohong kalau saya katakan saya tak sedih dengan apa yang jadi sekarang
bohong kalau saya cakap saya tak menangis sepanjang awak hilang

banyak sangat dah yang saya pendam sendiri
banyak sangat dah yang saya simpan sorang diri
malam ni saya penat sangat nak pendam pendam lagi
pada blog ni saya buat curahan rasa hati
saya mohon maaf andai curahan ini buat awak tak selesa nanti
hanya ini cara yang saya ada untuk keluarkan apa yang saya rasa selama ini


awak,
saya mohon maaf sebab saya masih belum dapat faham awak lagi
saya mohon maaf sebab hati awak belum dapat saya curi.


nota kaki kiri => kalau saya tahu sakitnya rasa menyayangi dan merindui awak sampai macam ni sekali,sumpah saya tak kan sayang awak sejak dari pertemuan kita untuk yang pertama kali.

sungguh saya rindu awak.sungguh saya sayang awak.sunagguh hanya awak kini dihati.sungguh hanya awak yang saya nanti. T_T

Friday, October 7, 2011

tulisan pertama di bulan oktober :)

Assalamualaikum


Lamanya tak menaip kat sini.lama sangat tak bercerita macam macam kat sini.last update letak gambar raya.konon2 nak buat wordless wednesday.after tuh,haram kok nak ber'update' blog ni.bukan takat bersawang dah,segala macam jenis habuk pon dah tebal.hihi.

disebabkan mata aku yang tamaw nak lelap walhal badan memang nak tido dah,maka otak aku pon terikut sekali la peelnya si mata.(aku pon pening dengan ayat ni.hikhik)last2 aku decide nak update satu entry kat blog ni.lama sangat aku biarkan dah.

sebenarnya,aku ni kalau dah start menaip memang takde benda lain lah dalam kepala otak selain nak luahkan apa yang aku rasa.tp kang,kalau nak menjiwang + sedih2 kat sini tak boleh sangat pasal mr.mok dah warning awal2.dia cakap blog ni macam diari,nape nak bagi semua orang baca?hukhuk.

after kena bebel ngan mok pasal entry2 berbaur sedih tuh,abis semua entry2 yang libatkan perasaan tacing2 aku dengan dia aku simpan kat draft.tak jadi nak publish.tp dah memang style aku,kalau aku sedih @ tacing ni,aku lebih senang luahkan dekat atas kertas or tempat yang aku boleh baca balik.dulu2 aku ada diari.apa yang jadi kat aku everyday aku akan tulis.tp,one day tuh abang n akak aku dapat baca pasal diari tuh.teruk aku kena gelak.last2 aku bakar jek.bagi aku,bila aku dah luah kat kertas or blog + aku dah menangis aku dah lega.tuh memang dah jadi habit aku.kalau ada masalah even kecik pon,biar aku nangis sorang2 dulu.sebab pada aku lah kan,bila dah keluar air mata tuh macam dah keluar segala masalah walaupon aku taw dengan menangis tuh masalah still tak boleh setel.

tp bagi aku,once ko dah menangis,ko akan lega.then,ko akan rasa tenang n boleh cari jalan nak setel masalah ko tuh.tuh pendapat aku je lah.orang lain aku tataw la.sebab cara aku nak setel memang camtuh.aku akan menangis sorang2.bila dah habis keluar air mata tuh kang,aku rasa lega sangat2.

dan untuk malam ni,air mata aku jatuh lagi.huhuhu.bosan da sebenarnya asyik nak menangis jek.kalau mr mok taw mesti dia marah + menyampah sebab asyik nak menangis je kan?mana ada laki yang suka awek dia asek menangis jek.tapi nak wat macam mana.aku da tataw nak luah kat sapa.nak luah kat blog ni,takut nnt mr mok baca then kena marah lagi.nak luahkan dia,lagi lah tak boleh.nnt dia cakap aku ni benda kecik pon nak besar2 kan.so,camno?

nape aku nangis malam ni?hurmm..biarlah aku sorang je yang tanggung benda tuh.biar aku yang rasa apa yang aku rasa.biar aku sakit sorang2.aku tak kisah.

untuk mr mok kesayangan saya,maaf saya pinta andai kamu baca entry ni & tak suka apa yang saya taip.saya mintak maaf sangat2.cuma satu je yang saya nak awak taw,saya sayang awak selamanya.awak adalah keutamaan saya after ALLAH n my parents.kadang kadang saya tertanya sendiri,siapa saya dalam diri awak?sama penting ke saya macam mana pentingnya awak dalam hidup saya?

ok lah.jam kat lappy pon dah pukul satu setengah pagi.tadi duk kalut update status kat fb nak tido dah pukul 9 lebih tadi.sudahnya sampai sekarang tak gak tido2.huhu.

adios
assalamualaikum

Wednesday, August 31, 2011

Sunday, August 14, 2011

# Luahan Isi Hati

Assalamualaikum



it's sick when im missing u :(


mok,empat bulan sudah berlalu,namun saya dapat rasakan kita semakin menjauh.terlalu jauh sehingga saya tak berdaya nak mengejar awak lagi.saya lelah dalam mengejar cinta yang semakin hilang saya rasakan.saya tersungkur dek kerana sayang yang saya sendiri ciptakan.saya hanyut hanya kerana bayangan yang entahkan realiti atau hanya ilusi.

mok,perjalanan jauh yang semakin sukar dapat saya rasakan kini.semakin saya berlari mengejar bayangan awak,semakin jauh awak menyembunyikan diri.semakin pantas kaki ini melangkah,semakin hilang awak dari pandangan.hingga adakalanya saya tersungkur sendirian tanpa awak ketahui.namun saya lekas bangkit tatkala bayangan wajah awak bermain diruangan mata.tapi saya hampa kerana itu hanya khayalan yang sungguh menyeksakan jiwa saya.lantas apabila tersedar,hanya deraian airmata yang mengiringi langkah saya.

mok,terlalu sukar hendak saya ungkapkan disini.terlalu pedih apa yang menimpa.luarannya saya sama seperti anak anak gadis lain yang sedang bahagia mencorak warna warna cinta.dalamannya hanya saya yang tahu.terlalu sukar hingga adakalanya saya tersungkur hingga sukar untuk bangun kembali.


mok,hari ini saya jatuh tersungkur lagi.terasa sungguh payah untuk bangun kembali.terasa seperti tin kosong yang tiada ertinya lagi.mengharap kasih yang tiada penghujung yang pasti.dada saya terasa dirobek robek dengan belati.hati saya hancur sudah tiada bentuknya lagi.

walau banyak kali terluka,saya cuba cantumkan kembali sebab saya tahu hanya awwak kini dihati


mok,andai ini pengakhiran yang pasti,saya pinta agar luahkan agar saya mengerti walaupun sukar untuk difahami.andai sayang itu masih bersisa dihati awak lagi,saya akan terus setia menanti kerana sayangnya saya pada awak tiada pengganti.saya akan terus menanti walaupun akhirnya nanti saya tahu saya yang akan kecewa lagi.saya akan setia disini selagi saya pasti tulang rusuk kiri ini kepunyaan awak lagi.

mok,sukarnya untuk melangkah pergi.berat sungguh langkahan kaki ini.walau saya tak pasti apa yang akan terjadi,tapi saya takut awak tak akan kembali pada saya lagi.untuk itu,saya harus membuat persediaan rapi supaya saya tabah andai itu yang akan terjadi.walau sudah selalu jadi begini,namun saya tahu saya tak kuat nak hadapi sendiri.

mok,hanya satu yang saya ingin awak mengerti,sayangnya saya pada awak tak mungkin akan ada lagi pengganti.sayangnya saya pada awak sukar untuk saya ungkapkan disini.apa yang saya tahu,saya hanya inginkan awak untuk terus melangkah dalam dunia realiti.






If you were the one who’d hurt me, it wouldn’t really matter. The truth is, you can slit my throat, and with my last breath, I’d still apologize for bleeding on your shirt. For you I can.

Monday, August 8, 2011

Its Sick When I Miss U :'(

Assalamualaikum


for him who have stolen my heart, i just want to say,






yes,that true.im really miss u my busyuk masham mok.:'(



Friday, August 5, 2011

Terkadang bertanya aku pada hati

Assalamualaikum


terkadang aku bertanya pada hati,
apa tegar aku jalani hidup ini sendiri,
setelah segala hidup pernah dikongsi

terkadang aku terfikir sendiri,
apa mungkin aku akan begini
sentiasa memberi tanpa memiliki

terkadang terfikir aku sendiri lagi
apa tiada ruang bahagia untuk aku walau cuma sekali
apa derita yang kian menghimpit hati tak mahu berlalu pergi
atau aku yang sengaja membiarkan derita itu terkurung di sudut hati

aku cuma seorang wanita biasa
yang tak bisa jadi cukup sempurna
yang tak mungkin tegar berseorangan cuma
tanpa sesiapa menemani hari hari tua

aku wanita tak sempurna
terkadang terlupa hukum dunia
mencintai bukan bererti aku mesti memiliki sidia

untuk kamu si kekasih hati
apa mungkin pengakhiran kisah kita begini

untuk kamu si kekasih hati
andai tiada sayang lagi
jangan disimpan segala di dalam hati
luahkan agar aku mengerti

untuk kamu si penawar jiwa
aku paham bibir enggan berbicara
kerana kamu tak sanggup lihat aku kecewa
setelah sekian lama impian di bina bersama
namun takdir punya kisah berbeza

untuk kamu yang aku kasihi,
aku ingin kau mengerti
perasaan ini bukan paksaan dari aku sendiri
kerana tanpa sedar aku telah jatuh kedalam kancah yang aku bina sendiri.

Sejujurnya Aku Mahu Seperti Itu

Assalamualikum

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang bisa kau rindu
Selalu tanpa jemu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang selalu kau mahu
Tanpa ada sekilas ragu




Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang memang kau perlu
Dalam melalui susur harimu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang menenangkan jiwamu
Saat resah mendesakmu



Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang menyejukkan hatimu
Tika amarah membakarmu


Jujur, aku cuma mahu itu. . .

Sejujurnya
Aku mahu kamu tahu aku sayang kamu
Sungguh aku sayang kamu


Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum






alhamdulillah.sudah memasuki hari ke 3 ramadan dan malam ke 4 terawikh.Selamat berpuasa semua..:)


source : iluvislam

Monday, August 1, 2011

Missing You

Assalamualaikum







MOK,

# saya rindu senyuman awak

# saya rindu suara awak

# saya rindu gelak tawa awak

# saya rindu segala galanya tentang awak



# my tears never want to stop when i miss u



#hanya ini pengubat rindu saya buat awak



I might not get to see you as often as I'd like, I may not get to hold you in my arms at night, but deep in my heart I know that it's true. No matter what happens... I will always love you.

Sunday, July 31, 2011

Bicara sekeping hati

Assalamualaikum

semalam,

balik kampung abah dan emak sebab nak hantar lemang yang abah buat.mulanya mahu sendirian,tapi dihalang oleh akak aku.lantas dia menemani sepanjang perjalanan.tiada bicara mesra tercetus mesra.tiada bualan hangat seperti selalu.seperti biasa untuk seminggu ini,aku hanya melayani perasaan sendiri.tanpa sesiapa memahami gelojak isi hati.

memulakan perjalanan sekitar 5.00 petang.singgah di pekan berhampiran kerana akak aku mahu membeli makanan tambahan untuk si kecil.sampai di rumah atuk sebelah abah kira kira jam 6.15 petang.aku lihat atuk sendiri.sendiri semenjak pemergian isteri tersayang kira kira 4 tahun lalu.sendiri tanpa insan tersayang di sisi.terfikir aku sendiri,apa juadah untuk bersahur pagi hari nanti.apa kudrat tua itu masih mampu berdiri.termangu aku sendiri lagi.lantas aku terkenang apa mungkin jua aku nanti begini.sendiri tanpa ditemani.


hari ini,

petang sebelum ramadan menjelang, aku menghabiskan masa di shopping compleks berdekatan di sini. dengan hanya menaiki motorsikal milik abah, aku atur langkah sendiri.tiada apa yang dicari. sekadar hanya mengikut kata hati.sendiri melewati gerai yang tersusun rapi.aku pandang apa yang tersedia di jamu mata ini.aku perhati gelagat sekalian anak anak muda di sini.terdetik di kotak hati yang kian sepi.apa mungkin aku jua akan merasa sebegini.bergandingan mesra tanpa mengira sesiapa yang memandang jua memerhati.aku perhati lagi tanpa rasa jemu apatah benci di hati.

lama aku termenung sendiri.entah apa yang aku fikir aku sendiri tidak pasti.yang pasti kini aku kembali sepi bertemankan sekeping hati.sekeping hati yang kini direntap pedih tanpa ada rasa simpati.

sebentar tadi,terpandang aku nokia 2630 pemberian abang yang kini kian sepi.tiada lagi nada dering adamaya punya ost.tiada lagi panggilan panggilan yang membuatkan aku tersenyum sendiri.tiada lagi kata kata azimat jua semangat untuk aku tabahkan hati ini.tiada lagi hari hari aku mencari cari hands free.yang tinggal kini hanya memori yang aku semat rapi.memori yang tak mungkin untuk aku campak ketepi tatkala kekosongan hati ini dahulunya telah pun di isi.biarpon kini aku hanya sendiri bertemankan sepi.

untuk kamu yang saya sayangi,walaupun hati ini tak pasti sama ada untuk merelakan semua ini terjadi,saya tahu kamu pasti baca apa yang saya tulis di sini.saya lepaskan kamu pergi jika itu boleh membahagiakan kamu di kemudian hari.hati saya janganlah kamu fikir lagi.teruskan melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.anggap sahaja saya sebahagian debu debu berterbangan yang melekat di cermin sisi.lantas apabila kamu cuci,ia akan hilang tak tahu kemana pergi.

untuk kamu yang saya sayangi,warkah tinta hati ini saya taip disini,bukan bererti saya cuba menagih simpati apatah lagi mahu menggoyahkan hati kamu lagi.ianya sekadar coretan rasa hati yang saya pendam sendiri tanpa sesiapa ketahui.

untuk kamu yang saya kasihi,tatkala warkah tinta hati ini di taip disini,air mata saya mengalir deras sekali.entah mengapa tidak jua saya ketahui.yang pasti saya harus meneruskan hari hari kini sendiri tanpa kamu disisi.walau sejauh mana jua kaki ini melangkah pergi,saya akan pastikan kamu tetap di hati.kerana sekeping hati saya telah saya berikan kepada kamu tanpa saya sedari.

untuk kamu yang saya sayangi,terima kasih atas segala memori.kamu sebahagian hidup saya kini.walau tanpa jasad kamu disisi,kamu tetap hidup segar dihati ini.

hanya ini menjadi memori




saya sayang kamu selamanya.


semua orang pasti mati,tetapi cinta tak dapat dikuburkan,kerana  tiada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati.

Saturday, July 30, 2011

Friday, July 29, 2011

Sesekali ujian macam ni datang,baru thru punya penangan cinta

Assalamualaikum


adat bercinta bagi aku kalau ada ujian dan badai menerpa.tak sah jugak kalau dah badai menerpa tuh,air mata si perempuan tak tumpah.aku bukan malaikat.aku juga bukan para anbiya yang bisa menerima segala ujian dan dugaan yang di berikan.

bila adanya dugaan dan ujian macam ni,baru aku terasa macam mana sayangnya aku dekat dia.baru thru penangan cinta tuh rupanya.selama ni kalau setakat kapel,then break up bagi aku tuh benda biasa.chill sudah.tapi,bila kau dah jumpa orang yang betul betul kau rasa yakin nak melangkah bersama,tiba tiba datang ribut yang tak berapa nak taufan la kan,memang kau akan terasa penangan cinta tuh.memang terasa semangat nak bernafas tuh tiba tiba hilang.itu yang jadi dekat aku sekarang.hambik aku.ingat kan bila datang dugaan macam ni aku boleh rilex n cool lah kan nak tempuh benda tuh semua,rupa nya aku lagi lembik.hilang macho aku macam ni.baru sikit punya dugaan tuh.

tiga empat hari ni memang aku tak nafikan aku memang jadi tak tentu arah sangat sangat.dah macam separuh gila pon ada.rasa macam hilang sebelah badan.memang terasa sangat sangat la.sebelum ni,kalau setakat dugaan biasa biasa tuh aku boleh chill lagi la.sekarang nak chill pon rasa tak berapa nak jadi jek.buat apa semua serba tak menjadi.nak p keje pon rasa dah takde semangat lagi.memang seriyes weh aku rasa camni.down sangat sangat.bukan down yang dibuat buat.masuk bilik tengok mr mok junior, meleleh air mata.pernah satu hari tuh aku menangis dari pagi sampai ke malam.sampai terlelap.sedar sedar dah pagi.time kat opis terpaksa cover air mata tuh.

bab makan toksah nak cerita lah,memang perut ni sentiasa kenyang memanjang.memang takde rasa langsung nak makan.sampai mak aku pon pelik tengok aku.selalu pantang orang sua jek makanan tuh.sekarang ni nak masuk dapor pon rasa macam berat jek kaki tuh.

aku tak pernah rasa macam ni dengan orang lain.dulu dulu kala,time break up dengan ex,aku rasa ok jek.aku rasa biasa jek tuh semua.tapi sekarang bila datang badai macam ni, aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku.hari ni,pagi pagi lagi dah rasa takde semangat langsung nak bangun ditambah lagi dengan hujan lebat.

mok,sayang saya pada awak takkan berubah walau pon badai melanda kita sekarang.

mok,saya nak awak tahu yang saya sayang sangat dekat awak.saya nak hidup dengan awak.saya rindu gelak tawa kita macam dulu.saya tahu awak pon tengah berperang dengan perasaan sendiri kan?mok,saya harap saya kuat nak tempuh dugaan ni semua.saya harap saya kuat untuk tunggu awak walau berapa lama masa yang awak perlukan.mok,selagi kaki saya mampu melangkah,saya akan teruskan ayunan langkah saya walaupun adakalanya langkahan saya tergelincir,walau adakalanya kaki saya tersadung lalu jatuh menjunam ke tanah.saya akan bangun semula kerana saya yakin dengan langkah ayunan yang pernah kita buat bersama.


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
credit to : jejariruncing


dia akan cuba belajar semula cara untuk tersenyum

 macam ni

 jua macam ni


MOK,SAYA SAYANG AWAK SANGAT SANGAT.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya tetap terbaik

Assalamualaikum


1st sekali nak wish tahniah dekat skuad harimau malaya.takpe,walau kita tewas dengan agregat 6-4 dengan singapore,tapi kita tetap juara di hati peminat peminat bola sepak tanah air.paling aku respect peminat peminat yang p stadium.memang tabik spring la.korang memang best.sanggup beratur nak beli tiket,lepas tuh boleh lepak sekali dengan puluhan ribu orang dalam tuh.memang terbaik la kan.semua sebab bola.bola yang buat kita semua bersatu.:)

memang best tengok game ni tadi walaupon aku tengok dekat rumah.tengok dengan adik perempuan aku n abah aku.tapi gaya tengok tadi dah macam semua yang tengok tuh lelaki.hahaha.1st half tuh malaysia punya serangan tak berapa nak menjadi, 2nd half baru nampak kita menyerang sampai dapat gol.tapi tu la,dah memang bukan rezeki skuad malaysia nak p ke peringkat yang seterusnya kan. maybe next time kan?sapa taw?ye dak?

komen aku satu je lah,player malaysia jangan terlalu bergantung dengan senior senior macam safee sali tuh.yang lain kena bijak jugak.macam tadi,lepas aidil n out,rasa macam pertahanan tak berapa nak KAW lah.safik rahim takde,midfield pon kucar kacir sikit.tapi takpe,diorang dah buat yang terbaik untuk malam ni.hope lepas ni corak permainan diorang akan lebih mantap lagi.jadikan kekalahan hari ni sebagai pengalaman untuk kejayaan akan datang.

untuk skuad harimau malaya,TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH..

untuk penyokong skuad harimau, korang memang terbaik

untuk skuad singapura,taktik korang bijak,tapi kalau lembik sangat tak payah main bola sepak la,resign jek terus.:p

adios
assalamualaikum

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Redha

Assalamualaikum.









Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku...

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu...

Oh...kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan...


sendiri

Monday, July 25, 2011

Let the pictures speak

Assalamualaikum





























 mungkin senyuman ini tak kan dapat kau lihat dari budak ni lagi sebab dia dah terlupa macam mana cara untuk senyum



Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1 ::missing you::

 Assalamualaikum




You asked me what was wrong, I smiled and said nothing, when you turned around and a tear came down and I whispered to myself... everything is.

Pelangi itu jua kan pudar warnanya

Assalamualaikum


kehidupan ibarat satu perjudian yang hebat
untung kau akan timbul rugi kau akan tenggelam
terkadang indah dunia mengkhayalkan
realitinya harus ditempuh dengan kesabaran yang tinggi
cinta itu indah andai bahagia derita andai badai menerpa
kepahitan ditelan tanpa ada rasa terseksa
andai tahu ia derita,mengapa di heret seluruh jiwa
hati ini satu,jangan dicuba untuk mendua
takut hancur hilang sudah rasa dijiwa

kepahitan jangan dilontarkan jika tersabit dengan yang lain
kemanisan sila tonjolkan kerna itu pengubat duka
kadangkala sakit itu indah sepi itu aman
derita menjadi teman duka sebagai rakan
hati ini jangan diduga dengan jayanya
kerna pelangi itu jua kan pudar warnanya
sekadar lakaran warna kehidupan di atas kanvas 
entah kan indah entahkan tidak tiada siapa peduli
kerna yang indah itu cuma khayalan yang kadangkala sukar digapai

tinta coretan --> shizu 

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design