Engkorang Yang Best

Sunday, August 14, 2011

# Luahan Isi Hati

Assalamualaikum



it's sick when im missing u :(


mok,empat bulan sudah berlalu,namun saya dapat rasakan kita semakin menjauh.terlalu jauh sehingga saya tak berdaya nak mengejar awak lagi.saya lelah dalam mengejar cinta yang semakin hilang saya rasakan.saya tersungkur dek kerana sayang yang saya sendiri ciptakan.saya hanyut hanya kerana bayangan yang entahkan realiti atau hanya ilusi.

mok,perjalanan jauh yang semakin sukar dapat saya rasakan kini.semakin saya berlari mengejar bayangan awak,semakin jauh awak menyembunyikan diri.semakin pantas kaki ini melangkah,semakin hilang awak dari pandangan.hingga adakalanya saya tersungkur sendirian tanpa awak ketahui.namun saya lekas bangkit tatkala bayangan wajah awak bermain diruangan mata.tapi saya hampa kerana itu hanya khayalan yang sungguh menyeksakan jiwa saya.lantas apabila tersedar,hanya deraian airmata yang mengiringi langkah saya.

mok,terlalu sukar hendak saya ungkapkan disini.terlalu pedih apa yang menimpa.luarannya saya sama seperti anak anak gadis lain yang sedang bahagia mencorak warna warna cinta.dalamannya hanya saya yang tahu.terlalu sukar hingga adakalanya saya tersungkur hingga sukar untuk bangun kembali.


mok,hari ini saya jatuh tersungkur lagi.terasa sungguh payah untuk bangun kembali.terasa seperti tin kosong yang tiada ertinya lagi.mengharap kasih yang tiada penghujung yang pasti.dada saya terasa dirobek robek dengan belati.hati saya hancur sudah tiada bentuknya lagi.

walau banyak kali terluka,saya cuba cantumkan kembali sebab saya tahu hanya awwak kini dihati


mok,andai ini pengakhiran yang pasti,saya pinta agar luahkan agar saya mengerti walaupun sukar untuk difahami.andai sayang itu masih bersisa dihati awak lagi,saya akan terus setia menanti kerana sayangnya saya pada awak tiada pengganti.saya akan terus menanti walaupun akhirnya nanti saya tahu saya yang akan kecewa lagi.saya akan setia disini selagi saya pasti tulang rusuk kiri ini kepunyaan awak lagi.

mok,sukarnya untuk melangkah pergi.berat sungguh langkahan kaki ini.walau saya tak pasti apa yang akan terjadi,tapi saya takut awak tak akan kembali pada saya lagi.untuk itu,saya harus membuat persediaan rapi supaya saya tabah andai itu yang akan terjadi.walau sudah selalu jadi begini,namun saya tahu saya tak kuat nak hadapi sendiri.

mok,hanya satu yang saya ingin awak mengerti,sayangnya saya pada awak tak mungkin akan ada lagi pengganti.sayangnya saya pada awak sukar untuk saya ungkapkan disini.apa yang saya tahu,saya hanya inginkan awak untuk terus melangkah dalam dunia realiti.






If you were the one who’d hurt me, it wouldn’t really matter. The truth is, you can slit my throat, and with my last breath, I’d still apologize for bleeding on your shirt. For you I can.

4 kutukan sopan diterima:

hanny maness said...

kak nana.. dah banyak kali hani tengok kak nana post benda yang sedih2. hani faham sebab hani pernah lalui semua ni.
hani tahu sakit yg akak rasa macam mana. tapi, akak kena kuat. tak salah nak luahkan macam ni, tapi.. akak jangan tunjuk yang akak lemah. lelaki suka bila tahu kita lemah kerana dia.


hani dulu, lepas 4 tahun bersama dia, lagi lah macam macam yang berlaku. hani rasa lebih teruk kot dari apa yang akak rasa. hani tak cakap yang hani ni kuat. memang selalu je sedih bila teringat balik kenangan2 dgn dia. tapi, yang dah lepas tu tetap akan lepas kak. kita takboleh nak meratap sangat sebab akak kena ingat.. setiap apa yang terjadi tu, Allah dah tentukan. DIA dah tentukan perjalanan hidup kita ni dari dalam rahim ibu lagi sampai lah kita kembali ke sisi DIA semula.


macam mana sedih & sayang pun akak pada dia, akak kena terima kalau ada benda buruk yang terjadi. hani tak doakan yang buruk, tapi.. hani taknak akak macamni. asyik sedih je. akak, percayalah cakap hani.. 1hari nanti, akak akan dapat rasa yang sedih untuk cinta manusia ni satu benda yang sangat sia sia.


boleh untuk rasa sedih sebab itu fitrah manusia. kalau betul jdoh akak dengan dia, akak cuma kena anggap yang ini semua hanyalah dugaan dari DIA untuk menguji setakat mana & sekuat mana cinta akak pada orang tu. tapi, kalau akak bukan dengan dia, yakinlah yang ada lelaki lain dah diciptakan untuk bersama akak.


Allah knows better kak. percaya pada janji DIA. banyakkan bersabar. banyakkan berdoa. mintak petunjuk dari DIA.DIA selalu ada untuk kita. sabar banyak2 ye kak. jangan sedih2. hani tersangatlah faham apa yang akak rasa. love you!

Miss Shizu said...

thanks hani..entah la dear,akak rasa down sangat2...tuh yang akak letak kat blog..bukan nak publisiti..tp sekadar meluah apa yang terasa di hati...sayang hani jugak :)

zaty luvlianncezzz said...

huhu. it takes long tyme to be heal. kn

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
something about HEADER???

Fiqah Alias said...

Miss Shizu..bersabarlah..fiqah sendiri pon pnh rse cmnie..nk melupakan yg pnh kte syg mmg sgt3 pedih & sakit..andai dia mmg ditakdirkan utk diri kite..insyaallah Allah akan berikan kte yg lebih baik dan yg terbaik utk diri kita..byk2 sabar yer.. =)

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design