Engkorang Yang Best

Sunday, July 31, 2011

Bicara sekeping hati

Assalamualaikum

semalam,

balik kampung abah dan emak sebab nak hantar lemang yang abah buat.mulanya mahu sendirian,tapi dihalang oleh akak aku.lantas dia menemani sepanjang perjalanan.tiada bicara mesra tercetus mesra.tiada bualan hangat seperti selalu.seperti biasa untuk seminggu ini,aku hanya melayani perasaan sendiri.tanpa sesiapa memahami gelojak isi hati.

memulakan perjalanan sekitar 5.00 petang.singgah di pekan berhampiran kerana akak aku mahu membeli makanan tambahan untuk si kecil.sampai di rumah atuk sebelah abah kira kira jam 6.15 petang.aku lihat atuk sendiri.sendiri semenjak pemergian isteri tersayang kira kira 4 tahun lalu.sendiri tanpa insan tersayang di sisi.terfikir aku sendiri,apa juadah untuk bersahur pagi hari nanti.apa kudrat tua itu masih mampu berdiri.termangu aku sendiri lagi.lantas aku terkenang apa mungkin jua aku nanti begini.sendiri tanpa ditemani.


hari ini,

petang sebelum ramadan menjelang, aku menghabiskan masa di shopping compleks berdekatan di sini. dengan hanya menaiki motorsikal milik abah, aku atur langkah sendiri.tiada apa yang dicari. sekadar hanya mengikut kata hati.sendiri melewati gerai yang tersusun rapi.aku pandang apa yang tersedia di jamu mata ini.aku perhati gelagat sekalian anak anak muda di sini.terdetik di kotak hati yang kian sepi.apa mungkin aku jua akan merasa sebegini.bergandingan mesra tanpa mengira sesiapa yang memandang jua memerhati.aku perhati lagi tanpa rasa jemu apatah benci di hati.

lama aku termenung sendiri.entah apa yang aku fikir aku sendiri tidak pasti.yang pasti kini aku kembali sepi bertemankan sekeping hati.sekeping hati yang kini direntap pedih tanpa ada rasa simpati.

sebentar tadi,terpandang aku nokia 2630 pemberian abang yang kini kian sepi.tiada lagi nada dering adamaya punya ost.tiada lagi panggilan panggilan yang membuatkan aku tersenyum sendiri.tiada lagi kata kata azimat jua semangat untuk aku tabahkan hati ini.tiada lagi hari hari aku mencari cari hands free.yang tinggal kini hanya memori yang aku semat rapi.memori yang tak mungkin untuk aku campak ketepi tatkala kekosongan hati ini dahulunya telah pun di isi.biarpon kini aku hanya sendiri bertemankan sepi.

untuk kamu yang saya sayangi,walaupun hati ini tak pasti sama ada untuk merelakan semua ini terjadi,saya tahu kamu pasti baca apa yang saya tulis di sini.saya lepaskan kamu pergi jika itu boleh membahagiakan kamu di kemudian hari.hati saya janganlah kamu fikir lagi.teruskan melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.anggap sahaja saya sebahagian debu debu berterbangan yang melekat di cermin sisi.lantas apabila kamu cuci,ia akan hilang tak tahu kemana pergi.

untuk kamu yang saya sayangi,warkah tinta hati ini saya taip disini,bukan bererti saya cuba menagih simpati apatah lagi mahu menggoyahkan hati kamu lagi.ianya sekadar coretan rasa hati yang saya pendam sendiri tanpa sesiapa ketahui.

untuk kamu yang saya kasihi,tatkala warkah tinta hati ini di taip disini,air mata saya mengalir deras sekali.entah mengapa tidak jua saya ketahui.yang pasti saya harus meneruskan hari hari kini sendiri tanpa kamu disisi.walau sejauh mana jua kaki ini melangkah pergi,saya akan pastikan kamu tetap di hati.kerana sekeping hati saya telah saya berikan kepada kamu tanpa saya sedari.

untuk kamu yang saya sayangi,terima kasih atas segala memori.kamu sebahagian hidup saya kini.walau tanpa jasad kamu disisi,kamu tetap hidup segar dihati ini.

hanya ini menjadi memori




saya sayang kamu selamanya.


semua orang pasti mati,tetapi cinta tak dapat dikuburkan,kerana  tiada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati.

2 kutukan sopan diterima:

Sam Banjamin said...

wah... laranya hati.. syahdunya alunan kata-kata... harus kuat.. harus tabah... ini semua ujian Allah... Allah tahu apa perancangan buat hambanya... Senyummmmm....

Miss Shizu said...

sam --> masih mencuba untuk tersenyum walaupun pahit sebenarnya.

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design