Engkorang Yang Best

Sunday, January 16, 2011

Aku dah tengok khurafat (2)

Assalamualaikum.tak jawab dosa eh.


ok kali ni betol punya cerita.aku nak stroy kat korang pasal cerita khurafat yang aku tengok itu hari.aku p tengok dengan adeq aku.walaupon sebelum ni kitorang macam kucing dengan hanjing,pantang jumpa,tapi disebabkan dia nak belanja,so aku dengan rela hati tak kesah jadi drebar janji p tengok free.kehkehkeh.so,petang jumaat itu hari memandulah aku menggunakan kereta incik abah ke panggung wayang yang berhampiran rumah aku.ceh,macam sebelah rumah je panggung tuh.hahaha.


gambar tak berapa clear sebab guna enpon angah aku

nak aku story pasal khurafat ke?rasanya tak perlu semua kot.kang tak pasal pasal kena saman kang.biar aku bagi pendapat aku jek lah k.aku memang nak tengok sangat sangat cerita tuh sebab dah digembar gemburkan oleh pihak media yang filem ni memang seram gilos babis la.konon konon satu satunya filem malaysia yang paling seram.so,aku yang konon konon berani ni terima la ajakan adeq aku tuh.

kitorang sampai kiara square 5 minit pukul 5.terus p beli tiket.okeh,wayang start pukul 5.15.ada lebih kurang 15 minit nak merayap kat bawah tuh.kitorang p merayap konon konon nak p shopping walaupon aku tengah kering.lakonan kena mantop bro.hahahaha.dah usha segala macam baju,ceh,bajet konon baju kat situ semua tak lawa lah.tak berkenan.tengok jam dah pukul 5.10.adeq aku ajak naik atas sebab wayang nak start da.masuk panggung 5.15.tunggu kat dalam tuh lebih kurang 10 minit sebelum wayang start.takpe lah.orang yang belanja.so,takde hal.

permulaan cerita ni ok lah.sebab memula aku tak paham.aku ingat yang shamsul meraung sebab ayah or mak dia mati.dah sampai hujung cerita baru aku paham yang memula tadi adalah prolog cerita.demm.dah nak habis cerita baru aku paham.sengal.

agak seram jugak lah cerita ni.tapi aku pelik sebab orang keliling aku still boleh ketawa.yang aku pelik budak budak kecik pon ada dalam panggung tapi tak menjerit.eh,aku ker yang penakot sangat?pelik aku.bagi aku,jalan cerita ni kena fikir dulu baru boleh faham.

ok lah kot cerita ni.nak kata best sangat takde lah kot.nak kata tak best pon takde lah.hantu dia ok lah.seram jugak lah.boleh bajet kot time dekat bilik mayat yang peti mayat tuh akan terbukak time johan pusing belakang.aku tak paham kenapa kena ada watak makcik yang konon konon anak dia serupa dengan johan.okeh,mungkin nak cakap yang makcik tuh jahat.tapi aku tak nampak dekat mana wajarnya makcik tuh kena ada.takpe,datuk yusuf haslam punya duit.takder hal.hahaha.aku suka watak yang bawak ambulan tuh.cool siot.

banyak sangat mimpi dalam cerita ni.start dengan aishah mimpi dekat kampung.then,johan pulak mimpi.paling aku menyampah bila aishah mimpi tapi johan tak sedar langsung.apa tido mati ker?okeh,skrip dah memang macam tuh.aku tak boleh ubah.masa scene dekat hospital time mak johan sakit tuh,sampai adeq aku tanya apa hospital tuh takde lampu ker?gelap semacam jek.hahaha.yang peliknya time siang ramai orang dekat hospital.bila malam hilang semua.apa pesakit tuh semua tido dekat rumah ker?hahahaha

yang aku tak puas hati time van jenazah tuh accident masuk gaung.pergghh,aku tak puas hati time ni.apasal johan boleh keluar dari van,siap boleh angkat mayat lagi tuh.padahal dah luka teruk tuh.ok yang tuh ending nya mimpi yang akhirnya johan mati.ceh...semata mata nak tunjuk yang sebenarnya johan yang jahat sebab dia yang kenakan si ana tuh.oh,watak aishah sangat lah baik.tapi macam tak sesuai sebab liyana jasmay tuh macam tak sesuai jadi bini johan.nampak muda sangat.takpe lah,bukan aku yang bayar payment dia.hahahahaha

artis yang sama untuk semua filem skop production.ada a galak,ada salina saibi,ada anak a galak yang dalam cerita gerak khas tuh.aku ingat ni cerita gerak khas tadi.hahahaha.maybe diorang tuh dak ikat kontrak kot dengan skop.hahahaha.

ni pendapat aku jek.apa yang aku tengok itu yang aku sampaikan.jangan pulak kang korang hentam aku habes habisan.overall untuk cerita ni ok lah.sebab aku ada jugak menjerit.hahaha.jadi lah seram tuh jugak kan?hahahaha.

ok lah.bagi sesapa yang belum p tengok,p lah tengok cerita tuh.support lah filem buatan malaysia.ahaks..=p

nota kaki kiri -->aku pelik sebab ada media cakap yang filem ni tak guna effect bunyi yang banyak.dialog dengan jalan cerita jek yang seram.tapi bagi aku sama jugak.audio tuh penting untuk wujudkan elemen seram.apa apa pon congrates shamsul sebab berjaya buat aku p tengok cerita seram..=))

adios
assalamualaikum



12 kutukan sopan diterima:

zaty luvlianncezzz said...

nk g tgk jgak lah nnt

mst beshhh kn

lavender harum wangi said...

haha, ada org review dia kata, xseram sgt tapi terkejut sbb sound efek dia tu~ :D

Pirate said...

macam x besh jer... hurmmm

Princess Nur said...

ooo..gitu ke ceritanya? jadi akak takyah gi tgk la sebab kat negeri akak takde panggung wayang pun..hihi

roserose said...

consider inilah citer seram yg agak seram compare dgn citer seram sebelum ini..

akak dah tengok, n penat jugak tutup mata tutup telinga dan paling teruk akak terjerit..malu sungguh..

pak long said...

nak tunggu filem ni masuk pirate bay...dapat free

Anonymous said...

leh rotate dlu x tiket 2 b4 upload..teleng kpale aku nk bce..huh!

Cik Ungu Violet said...

siyes cool giler signboard tu. lebih afdal kalo tambah hiasan bunga2 skit kat tepi..hahahha XD

ape2 pon, moga2 pencuri tu dpt balasan yg setimpal dengan apa yang dia dah buat. hish, mmg betul xde keje.

Cik Ungu Violet said...

eh rasa tersilap komen la. hahaha XD. ape pun, still x dapat nak tengok cite ni lagi :(

kalo biasa2 je xpela. haha.ingatkan betul2 seram :D

tenteraangin said...

best tak khurafat ni... berbaloi tak tengok? aku tak mau cam citer janin tu. Sembang filem seram terakhir 2010 la, apa la.. tapi tengok., alahai... rasa nak kunyah je tiket wayang tu

Miss Shizu said...

zaty luvlianncezzz --> p tengok cepat..

lavender harum wangi --> yupp.memang pon.tapi aku menjerit gak kengkadang.hahha

Pirate --> kene p tengok dulu.tp bagi aku,tak la sebest yang dorg gembar gemburkan...

Princess Nur --> hee.tunggu kluar kat astro je kak..=p

Miss Shizu said...

kak roserose --> hee..boleh la diktakan seram sket.tp tade la seram banyak..hu..ehh,nape saya pon menjerit gak?hehehe

pak long --> ala paklong ni,ta besh r..kene beli gak.download suda.kehkehkeh..

Cik Ungu Violet --> alamak kak,kat sini tade signboard la..hee..=p

Cik Ungu Violet --> hee.tape2..tunggu kuar kat tv suda..hehe

tenteraangin --> entahlah,kalau rasa was was baek ta yah tengok sebab t sakit ati..huu.tapi,kalau nak tengok gak tade hal..dialu alukan...

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design