Engkorang Yang Best

Wednesday, January 12, 2011

Padah Minum Nescaffe | Lawak terbaru dR Rozmey..KENA Baca Ni!!!

Assalamualaikum.tak jawab dosa.


jarum jam dah merangkak rangkak ke angka 1 pagi dah.mata aku still segar bugar macam sayuran hijau yang baru kena petik.tuh lah padahnya bila aku melantak nescaffe tadi.paling tak boleh blah bila pundi kencing aku akan sentiasa penuh.demm.aku benci sebab asyik nak p toilet jek..kalau dah membesei lebih 10 kali,kompom kompom underwear kau basah kan?dah malam ni kerja aku asyik bertukar spenda jek.gila apa satu malam pakai dekat 5 helai.ehh,pahal masuk bab spenda ni,tak senonoh nya shizu.hahaha.

terpikir gak aku,apsal lah takde pampers yang macam anak buah aku pakai sekarang ni.drypers ker,mami poko ker yang saiz aku.kan senang.korang jangan gatal gatal suggest suh aku pakai dr P @ vena.aku sengkelet kepala tuh kang.tuh pampers orang tua okeh.aku muda remaja lagi.kehkehkeh.agak agak nak bagi penampar bagi jek sekarang.hahahaha.tak kan nak pakai tuala wanita.ceh,sopan bahasa aku.hahahaha.sekali aku membesei jeh dah tembus.baik tak payah.membazir jek lagi ada lah.penat weh asyik nak p toilet jek.nasib toilet kat umah incik abah ni dalam rumah.kena macam kat umah atok,memang tak ah kan.agak kalau toilet umah incik abah ni kat luar lah kan,macam mana ek?mesti adik aku jadi mangsa sebab kena teman aku selalu.hahahaha.aku bukan penakut eh,cuma keberanian tuh jek tak berapa nak ada.kehkehkehkeh.

dah lah tengah tengah aku tahan kencing tadi tetiba aku terbaca satu artikel yang boleh buat kencing aku bagai telur dihujung tanduk.sumpah aku ketawa mengekek dowh.korang nak taw?hahahahahaha.jom pakat gelak ramai ramai dulu.alamak nak kencing lagi la.tuh la,gelak kat orang lagi.jap jap.korang jangan p memana.aku nak p toilet sat.

************************************

ok dah.lega.sambung cerita balik.korang taw,abang rambut rapi tuh.la,tak kenal ker?alah,yang sibuk dengan jus yang boleh buat orang kurus + slim macam aku ni.ek eleh,tuh pon tak kenal lagi.tak pe takpe.aku hint lagi. RM 40 juta.pecah panggung beb..dapat?ok cun.pandai pon korang.aku tak tahu lah kali ni apa motif sengal cik abang tuh keluarkan statement yang aku rasa makin bangang.tak salah kot aku cakap bangang.sebab bagi aku memang bangang.sori yer kepada peminat (ada ker.kehkehkeh) mahupun pemunat abang ni.

kan baru baru ni kecoh pasal mark zuckerberg nak tutup fezbuk bulan 3 nanti kan?cik abang tuh boleh keluarkan statement nak buat dRbook pulak.alahmakkkkkkk.kau tak rasa sengal ke dengan kenyataan tuh?sebelum ni nak rm40 juta yang aku rasa sejuta pon tak sampai.sekarang ni nak gantikan fezbuk dengan dRbook pulak dah.adoooiiii.sakit jiwo den.

apolah kono eh dongan orang tuo ni woi.kalau apa yang dia cakap tuh dia kotakan,aku takde hal.tengok macam filem yang dia kata hebat gila babas tuh kan.promosi memang tak kalah.tapi kalau p tengok hampeh.nasib aku bukan salah sorang yang kerugian duit tiket.hahahaha.

tak salah nak berangan or impian.tapi biarlah releven dengan kita.kau kecoh itu ini.cakap lontung lontang bak kata orang noghori,tapi habuk tarak.malu weh.dah lah orang melayu.korang buleh bayang kan tak,apa tanggapan orang luar kat orang melayu.diorang akan kata,orang melayu ni memang kuat berangan.tapi habuk tarak.betol tak?

aku taknak down kan orang melayu.taapi tolonglah berpijak di bumi yang nyata.bukan kata,alah kau ni shizu tak support melayu langsung.macam mana melayu nak maju kalau bangsa sendiri pon kaw tak support?yahudi jugak yang kau suka.memang kita kena support bangsa sendiri,tapi kalau dah macam ni aku pon pk berjuta kali nak support ke tak.

buat cik abang tuh.niat anda murni.teruskan.semoga berjaya.=)


sumber : SINI

adios
assalamualaikum

3 kutukan sopan diterima:

eT said...

peminat nescafe nih..huhu

Miss Shizu said...

et -->hehe.aku tak leh minum.kalau tak jadi macam nh la...

EmanCloud said...

drbook hehehe klu x kerek riak bongkak dah support da.

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design