Engkorang Yang Best

Saturday, January 15, 2011

Aku dah tengok khurafat...

Assalamualaikum.tak dosa taw.


hye korang.salam hujung minggu.maybe ada yang tengah relax dekat rumah sekarang ni.tak pon ada yang tengah berjalan2 dengan famili.bagi orang yang rajin macam aku,waktu sekarang adalah waktu bekerja.well,orang rajin memang kerja macam ni.(walhal dalam hati bengang sebab tak cuti.sigh)

semalam cuti sempena hari keputeraan yam tuan besar negeri sembilan.ingatkan boleh straight sampai ahad.tapi disebakan company ni takder share sesen pon dengan bapak aku,maka aku kena kerja hari ni.sangat sangat tak seronok yer kawan kawan sebab terpaksa bekerja di hari sabtu.nasib hari ni balik awal sikit dari hari biasa.ceh,petang jugak baliknya.bukan tengah hari pon.huu.jadilah,janji dapat balik awal sikit.tak reti bersyukur langsung kau ni shizu.hahaha

so,semalam melepak kat rumah sambil main poker jek.ehh,tak main pon,abanga aku yang main poker guna fezbuk aku.ceh,kalau menang takper lah.ni dah lah kalah.hampeh betol.pagi semalam mak aku takder sebab p melaka p ziarah jiran aku punya mak mertua yang meninggal.so,nak pendekkan cerita aku lah mak aku lah abah semalam.tengok,punya lah bertanggung jawab aku ni.tak untung ker sape dapat aku ni weh?kehkehkeh.ayat mintak siku macam tuh la.

bangun pagi(takder lah pagi mana pon,kul 9 jugak lah.hahahaha) terus mesej akak aku tanya nak p pasar tani ke tak.akak aku on.tapi dia kata nak mandi jap.ok cun.tapi takper,sementara menunggu dia mandi,aku pon teruskan main poker lagi.hehehe.tak sampai 5 minit,akak aku mesej cakap tak jadi p sebab dia sakit perut.cantik.boleh aku teruskan berpoker.hahahaha.lepas tuh,tetiba akak aku mesej ajak p pasar tani pulak.damm.sengal ubi.aku tak mandi lagi time tuh.hahaha.cepat cepat ambik towel segala.terus masuk bilik air.nasib aku mandi tak macam adeq aku.aku mandi 7 minit jek,adeq aku mandi 70 belas ratus minit.betol doh,sebab tuh incik abah buat bilik air lagi sebijik kat luar.senang.


aku p pasar tani dengan akak aku n anak buah aku.aku beli ikan dengan sayur sikit.lepas tuh terus balik rumah nak masak.sebagai akak yang solehah,adalah menjadi tanggungjawab aku untuk masak dan bagi adik adik aku makan sementara pemergiaan orang tua aku ke melaka.korang tengok?betapa aku memang seorang akak n anak yang mithali.tak ke beruntung sapa dapat aku ni?makcik makcik yang ada anak bujang yang hensem2 tuh,saya lah calon menantu yang terbaik.kehkehkeh.agak agak nak bagi penerajang silakan yer.=))


ehh,sebenarnya tadi tujuan aku taip entry ni aku nak story pasal cerita khurafat yang aku tengok petang semalam.demm,aku dah silap story lah.tunggu lah next entry baru aku story k.nak p makan kat umah jiran aku jap.ada birtday party sket.babai


adios
assalamualaikum

5 kutukan sopan diterima:

zaty luvlianncez said...

hehe,,pnya la smgat sy bca td

xpe i'll wait

ey,i've sumthg to share gk..

visit me

>.<

penaberkala said...

ceitt, tertipu
igt buat review

Carnation said...

bisok kedah pulak cuti..yearghhhh

lavender harum wangi said...

cehh~

Miss Shizu said...

zaty luvlianncezzz, penaberkala, six.september, lavender harum wangi

--> kehkehkeh..jangan marah r..

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design