Engkorang Yang Best

Tuesday, November 16, 2010

Gambar bogel Ratu Dunia 2010 tersebar

Assalamualaikum..

NEW YORK: Kedudukan Ratu Dunia 2010, Alexandria Mills kini terumbang-ambing selepas gambar bogelnya tersebar.

Alexandria Mills, 18, dari Kentucky, mewakili Amerika Syarikat dan dinobatkan dengan gelaran itu dalam pertandingan yang diadakan di Sanya, China pada 30 Oktober lalu. 


Alexandria, wanita pertama Amerika memenangi gelaran berkenaan, didakwa merakam sendiri gambarnya dalam keadaan bogel musim panas lalu. 


Gambar itu menunjukkan dia duduk di atas tandas tanpa berpakaian.


Dia kemudian mengirimkan gambar itu kepada teman lelakinya ketika itu dan kini ia tersebar di media.Alexandria yang bekerja sebagai model untuk Elite Model Management Miami bukan ratu cantik pertama berdepan dengan kontroversi seumpama itu. 

Carrie Prejean yang memenangi Ratu California terpaksa menyerahkan mahkotanya selepas gambar bogelnya tersebar. Dalam pertandingan Oktober lalu, Alexandria mengalahkan 115 peserta lain. Tempat kedua dimenangi peserta Botswana dan yang ketiga dari Venezuela. 

Bagaimanapun, kemenangan Alexandria itu dipertikaikan. Menurut sumber, Ratu Norway sepatutnya memenangi gelaran berkenaan tetapi juri kononnya diarah supaya tidak memilihnya kerana tindakan Norway menganugerahkan Hadiah Nobel Keamanan kepada aktivis antikerajaan, Liu Ziabao, awal tahun ini. 


Sebelum keputusan, pelajar Norway, Mariann Berkendal menjadi peserta ‘favourit’ untuk memenangi gelaran Ratu Dunia 2010 itu. - Agensi

sumber : SINI

4 kutukan sopan diterima:

PutraRocker said...

nak tgk bole o_O

Miss Shizu said...

hhahaha....tade simpanan r...kekeke

abigemok said...

lawa sgt ke body tu nak main gambar2 bogel. ngahahaha

Bilionaire jadi Pramugari Airasia?

Miss Shizu said...

hahah..mungkin la...

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design