Engkorang Yang Best

Tuesday, December 14, 2010

korang pernah buat camni tak?

Assalamualaikum.


salam petang selasa.dah petang dah pon.kejap je rasanya.pagi tadi pon aku tak sedar jarum jam tuh berputar.sedar sedar dah nak pukul satu.hahaha.so, takde lah rasa lama sangat kat office.lagipon pagi aku hari ni aku isi dengan sarapan curik curik makan kat opis + berbejeweled dan berblogwalking.sekarang ni aku dah kurangkan berpoker sebab chip aku dah tinggal sikit.uwaaaa...semalam entah apa sengal sangat aku boleh ter 'all in' semua 40k pulak tuh.dah la daun tak best.hambek kau.hangus terbakar hati aku.hancur luluh tengok chip aku susut terus.huhuhu.sapa tak paham poker sila google yer.hahaha.[kejam]

lunch tadi aku balik rumah.ceis, macam lah selama ni aku lunch kat office.hahaha.mula mula p isi minyak motor kat esso.lepas tu baru balik rumah.sampai rumah, tengok puan emak tengah landing baek punya kat buaian luar.ahlahmak, macam mana nak sorok dari puan emak pasal kepala accident ni.mesti kantoi nya.takpe.orang kata terus terang tuh lagi bagus kan.tak sempat mati enjin motor, aku dah bukak mulut mintak maaf.terkejut jugak lah orang tua tu, bila aku cakap kepala accident.hehe.incik abah dengar je perkataan accident, terus beliau keluar.hahhaaha.macam teruk, walhal helmet yang puan emak baru beli itu hari, terbang melayang time aku nak pergi kerja pagi tadi.habis calar balar.hohoho.sori mak.tak sengaja.

nak ambik hati punya pasal, sanggup setuju bila puan emak suruh keluarkan duit beliau kat atm yang ambik masa lebey kurang semint setengah dari rumah beliau kalau bawak motor dengan kelajuan 300km/j.disebabkan aku bawak motor 90km/j jek, so ambik masa lebey kurang 5 6 minit jugak lah kan.takpe, demi taknak kena marah kan,rela jek.

settle keluarkan duit puan emak, aku terus balik rumah.ambik novel yang pinjam dekat kawan adeq aku semalam.landing dalam bilik tengah.lebih kurang 10 minit gitu, aku dengar adeq aku 2 orang tengah gadoh mulut.biasa la, kitorang adeq beradik memang macam ni.adeq aku yang last berlari keluar rumah.yang lagi sorang berlari tutup pintu.kunci semua pintu yang ada.aku yang baru keluar bilik air time tuh, ketawa tengok diorang.tiba tiba teringat zaman kecik kecik dulu.

adik adik aku

dulu aku selalu macam tuh.mula mula usik usik.lepas tuh lawan mulut.last sekali naik tangan kaki semua.last last siapa yang berlari keluar rumah, orang tuh kompom tak kan dapat masuk lagi.habis kena kunci.hahahaha.selalunya aktiviti gila ni kitorang akan buat time incik abah takda dekat rumah.kalau beliau ada kompom kena marah.kalau dah memang tak da jalan nak masuk, mula lah maki hamun keluar.mula lah menjrit jerit macam orang gila.finally, menangis.tuh dah memang keputusan yang akhir lah tuh.nak nak pulak time menangis tuh incik abah balik kan.perghh..memang saat saat yang aku tunggu tuh sebab selalunya aku yang akan kena kunci kat luar.huhuhu.abang abang aku jahat.diorang selalu buli aku.so, bila ada kesempatan, memang aku saja suruh diorang kena marah ngan incik abah.

incik abah garang oo.dulu, time aku dengan abang abang ngan akak aku, tali pinggang dengan hanger memang jadi makanan kitorang kalau dah degil sangat.pernah sekali tuh, angah aku kena bantai dengan tali pinggang pengakap.berbekas kau lambang pengakap kat peha angah aku.punca nya sebab gula gula je pon.aku ingat lagi, time tuh abang abang aku sakat aku.tibai gula gula aku kalau tak silap.aku menangis cam orang gila.incik abah pon memang panas la dengar anak dia melalak cam tak cukup makan memalam buta.hambek kaw.sekali angah aku kena libas, terdiam semua.menangis puan emak tengok.puan emak terus mengamuk kat incik abah.sejak tuh, incik abah dah jarang bantai dengan tali pinggang.paling kuat pon jentik telinga.yang ni aku selalu kena.hahaha.tapi kitorang memang tak pernah serik pon.makin kena marah makin kitorang buat.tambah tambah abang abang aku yang memang sedia nakal.

pernah sekali dulu, aku tak ingat time tuh aku darjah berapa.dalam pukul 8++ malam aku lepak rumah member aku dengan jiran sebelah.kitorang 3 orang memang kamcing la orang kata.aku, tasya dengan kak long.dari pagi melepak sama sama.selalunya port lepak kitorang memang dekat rumah tasya sebab rumah dia ada kedai + dia kira anak orang kaya lah time tuh.so, senang nak paw makan jajan.hahaha.puan emak dengan incik abah dah pesan suruh balik awal.dalam pukul 9 lebih incik abah dah datang kedai,suruh aku balik.tapi dek sodap eh main time tuh,aku lupa diri terus.sedar sedar dah pukul 11 lebih.

tasya | kaklong | aku

korang faham je lah kan, rumah kawasan felda.mana ada shopping kompleks ke hape ke.kalau ada pon dekat tengah tengah bandar.bukan tengah tengah kawasan perumahan tu.time tuh yang ada cuma lampu jalan kat rumah jiran aku.kat rumah aku takda.incik abah tak nak pasang.aku dengan kak long balik jugak malam tuh walau tengok jam dah pukul 11++.disebabkan kitorang ni dah biasa di momok kan dengan cerita cerita hantu, so memang menggigil jugak lah kepala lutut malam tuh.tambah tambah, ada yang kata rumah aku ni memang laluan 'benda' tuh.





dulu, dekat depan rumah sempadan dengan rumah jiran aku, ada pokok cempedak.tinggi jugak la.time aku sampai rumah, abang abang aku jahat.diorang dengki kat aku.diorang taknak bukak pintu.lepas tuh, dari dalam rumah diorang takut takut kan aku.buat suara hantu la, suruh aku tengok dekat pokok cempedak la sebab ada hantu.tiba tiba, time aku pandang pokok cempedak tuh, memang ada lembaga pakai baju putih.siap bergerak gerak lagi atas bawah.nak kata abang aku, tak mungkin sebab suara dua dua ekor tuh memang ada dekat dalam.takan incik abah pulak kan.gila kau.menggigil kot time tuh.menjerit jerit aku takut.tak henti henti aku baca alfatihah.siap aku azan lagi.memang takot gila la time tuh.last last aku dengar suara incik abah suruh bukak pintu.

kalau dah nampak macam ni, maw nye aku tak takot.

masuk dalam rumah, incik abah marah aku.beliau cakap lain kali jangan nak merayau sampai tengah malam.aku tengok,puan emak, along, angah ngan alang dah gelak mengekek ngekek.aku?mata dah bengkak sebab meraung.puan emak jugak yang baik sebab beliau yang datang pujuk aku.lepas tu aku tengok angah dengan alang aku keluar rumah.tak lama lepas tuh diorang masuk bawak telekung yang kena sangkut dekat hanger.lepas tuh diorang tarik tali dari dalam rumah.so, nampak la macam ada lembaga putih atas pokok yang tengah meloncat loncat.sengal kan?

sejak dari hari tu, aku tobat tak nak balik lewat.paling lewat aku balik rumah pukul 9.tuh pon dah kira lambat.kadang kadang bila puan emak dengan incik abah suruh pergi kedai beli barang pon aku taknak.bagi lah upah 50 sen pon [time ni, 50 sen pon dah kira besar bagi aku] aku tetap taknak.takut punya pasal.

sekarang ni, bila lepak lepak balik satu famili, mesti cerita cerita zaman kitorang kecik kecik dulu keluar.paling popular kes angah aku kena libas dengan tali pinggang pengakap.tak pon satu kes yang memalukan aku.time tuh dengan tak sengaja termenyampuk cerita abang aku.kan orang dah kata, jangan menyampuk time orang orang tua berborak.aku p menyampuk pulak time tuh.hambek kau.malu sendiri kau.asyik kena nganjing jek.hahha.

mak | along | alang | aku  | angah

kecik kecik dulu kitorang memang nakal.aku, angah dengan alang.along dulu duduk asrama.dulu sebelum ada adik, aku lah adik dalam famili.aku dengan adik aku jarak jauh.6 tahun nak masuk tujuh tahun.tuh yang aku rapat dengan angah and alang tu.

ok tuh jek nak stori.kalau nak stori pasal zaman kecik kecik aku dulu,memang tak cukup satu entry.silap silap muntah aku nak taip.hahaha.nanti nanti aku stori pasal aktiviti yang selalu abang abang aku buat lepas tuh aku menyibuk nak buat jugak.hehehe

nota jari tangan kanan kiri : puan emak selalu open cerita lama pasal aku suka gigit anak anak orang yang mak aku jaga dulu.budak budak tuh pon dah besar panjang kot sekarang.dah ada yang masuk u pon.hahaha.malu jek.=_=

adios
assalamualaikum

2 kutukan sopan diterima:

a'im said...

hahaha.tak leh blah pasal pocong tu...storyline menarik dari filem estet...

Anonymous said...

Hi, i just want to say hello to the community

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design