Engkorang Yang Best

Tuesday, December 21, 2010

Aku Pon Ada Kembar Jugak..

Assalamualaikum..


hye olls.dari pagi bawaklah ke petang,bawak pulak ke malam tak habes habes lagi entry budak kembar ni aku godek.gila kaw, banyak tuh entry beliau.ni semua salah innz.kalau link budak ni takde kat belog malas beliau, mesti aku tak gila dengan belog si kembau ni.hehehe.sori innz, tetiba nak nyalahkan kau pulak kan.sengal.

betol dowh.aku tak tipu.dari pagi tadi after aku skodeng blog innz, aku rasa terpanggil nak skodeng blog kembatolo ni.nama blog tuh cam best tuh yang buat aku g lawat tuh.tetiba tersangkot kat jammed.hambek kaw.sampai sekarang ni tak sudah sudah lagi aku baca entry kat blog tuh.kalau korang nak taw best ke tak, pergi lah skodeng sendiri.bagi aku best sebab boleh cuci mata.teeetttt.tak wey,aku tipu jek tuh.aku rasa blog tu best sebab aku suka tengok kembar tuh.macam suweet jek dah besar besar pon stil berdua gak.syok kan ada kembar.=_=

sebut pasal kembar kan, ni aku nak story ni.aku pon kembar jugak sebenarnya.cuma aku tak sempat nak kenal dengan lagi rapat macam si kembatolo ni kembar aku sebab puan emak cakap kembar aku dulu puan emak dah bagi dekat orang masa kitorang kecik kecik.kesian kan.tapi nak buat macam mana, kehidupan puan emak dan incik abah time tuh memaksa kembar aku diserahkan dekat orang.

incik abah dengan puan emak peneroka.atau lebih tepat lagi orang kata penoreh getah.kau tahu je lah.zaman dulu kala, harga getah tak pek de jep nak mahal mahal macam hari ni.dulu nya harga, nak dapat 50 sen pon dah sakit.puan emak dengan incik abah siap pergi menyuluh pagi pagi buta, semata mata nak bagi kemewahan kat aku dengan adeq beradik yang lain.pernah dulu, aku pertikaikan bila dapat taw puan emak bagi kembar aku kat orang lain.memang aku marah sangat.aku mengamuk sakan.tapi, bila aku fikir balik, mungkin itu cara yang terbaik untuk kami sekeluarga.kesian puan emak, terpaksa pujuk aku yang dah macam orang gila sejak terpisah dengan kembar aku.dah nama pon kembar kan, so terasa lah bila dah terpisah.

puan emak cakap, aku asyik demam jek.malam malam pulak asyik menangis macam dah kena rasuk.setiap malam abang abang aku dengan akak aku jadi mangsa sebab aku menangis sambil tendang segala yang ada.rumah kitorang kecik dulu.so, kat situ lah tempat tido,kat situ tempat makan,kat situ gak tempat abang abang n akak aku nak belajar.korang bayangkan, kalau setiap malam aku dah menangis memekak.macam mana diorang nak belajar dengan aman?


gambar terakhir yang kitorang sempat ambik.
puan emak cakap ni gambar dekat rumah mak angkat adeq aku tuh.
aku pown tak ingat wei.



incik abah pulak terpaksa kerja luar.yelah, kalau nak harapkan duit menoreh getah, memang tak cukup untuk kitorang sekeluarga.lagipon, time tuh mana ada program bersamamu ni semua.kalau ada,mungkin puan emak dah apply kot.=_=

sampai lah satu hari tuh,time tuh akak aku nak upsr.so, dia kena lah study kan.time tuh, puan emak dengan incik abah memang sangat sangat berharap yang akak aku dapat keputusan yang cemerlang supaya akak aku tak rasa yang kepayahan hidup bukan penghalang untuk dia nak berjaya.ko bayangkan, dengan keadaan rumah yang sempit,dengan aku yang asyik menangis jek time tuh, memang agak tension lah kan kalau nak study.last last, akak aku ambik keputusan duduk dekat pangkin bawah pokok mangga sebab nak study nya pasal.siap bawak lilin dengan pelita lagi sebab nak bagi cerah kawasan tuh.dulu dulu mana ada lampu jalan.

akhirnya akak aku berjaya dapat 3A 1B.dulu kan takda sains.so, 4 paper jek untuk upsr.incik abah dengan puan emak bangga sangat.akak aku apatah lagi kan.nak dipendekkan cerita, akak aku dapat masuk asrama.tapi sebab kitorang tak mampu, so hajat tuh terpaksa dibatalkan.tambah tambah aku time tuh gedik taknak menyusu badan.nak susu botol.air milo tak nak.nak nespray jugak.kalau tak dapat, mengamok ngamok pastuh menjerit jerit cakap kembar aku mesti dapat susu yang lagi best.so, sebab nak suruh aku diam, puan emak dengan incik abah terpaksa ikut.kesian kan?

***********************************

sekarang umur aku dah 22.aku harap sangat aku dapat jumpa dengan kembar aku.aku nak sangat jumpa.siriyes dowh.bila kau dah besar, then dapat taw kau ada kembar, kompom kau nak jumpa kan.tapi, mana nak cari wey hoiii..puan emak dengan incik abah pon dah lost contact dengan orang yang ambik adik kembar aku tuh.rumah lama yang orang tuh duduk pon kitorang dah pergi lebih 10 kali.tapi yang adoo.jiran jiran kat situ cakap dorang dah pindah lebih 5 tahun.alamat terbaru pon takde.so, harapan nak cari kembar aku agak susah lah.tapi walau apa pon aku tetap akan berusaha cari kembar aku.puan emak ada simpan lagi salinan surat beranak si kembar.kat fb pon aku dah puas godek.tak rasa dia guna nama sebenar dia sebab akak kembar dia ni pon guna nama tipu.

pada blogger blogger yang ada gambar kat atas tu sama dengan aku, sila contact aku.siyes dowh.mana lah tahu, aku boleh jumpa kembar aku.lagipon, aku taw incik abah dengan puan emak pon mesti nak sangat jumpa adeq aku.walau dorang tak cakap terus terang tapi kadang kadang bila borak berdua, aku ada dengar jugak dorang cakap nak cari si kembar sorang lagi.tapi nak cari kat mana tuh yang jadik point utama.kesian kan.tapi nak buat macam mana, aku tak punya kuasa.apa yang boleh kitorang sekeluarga buat usaha, doa, pastu tawakal.



**********************************












okeh cukup.lagi banyak aku taip, lagi banyak korang kena tipu.wakakkakaka.gila kau.mana nak datang kembar aku wey hoii.sperma yang berjaya masuk ke ovum dulu pon sekor jek wei.pe jadah pulak boleh jadi kembar.hahahaha.sori lah yer kalau sesape yang dah baca sampai habis.senang cerita, aku nak bgtaw korang,














































LU KENA BEB!!!!!!!!!!!!!




hahahahahha.pada korang korang yang dah terkena, maap bebanyak aku pohon.boring dowh memalam ni takde kerja.aku dengan adik aku tengah layan nasi doremi sambil mata kau layan blog si kembatolo ni.tuh yang tetiba berangan ada kembar jap tuh.hahhahahah.sori gak sebab tataw r menjadi ke tak entry sengal ni.kalau korang caya, makna nya aku terror ah, kalau tak maknanya kena belajar camna nak jadi pereka citer yg hebat.hahaha.aku dah kering idea, tuh yang cepat cepat nak end kan story ni.kekekeke

budak senget yang desperate nak kembar.hahahha

jangan marah aaa...=_=


nota kaki tangan --> gambar kembar kat atas tuh aku cilok kat internet.hahha.credit to pakcik google sebab bagik gambar tuh.ehhehe

adios.
assalamualaikum.


2 kutukan sopan diterima:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

huhu
sib baik sabar membaca
kalo tak..
percaya gue dengan cerita kamu

hikhik

Miss Shizu said...

NuR si CiKGu RiBeNa --> hee..citer tuh adalah rekaan semata mata...ngeee...=))

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design