Engkorang Yang Best

Friday, December 31, 2010

BUKAN KFCM SORANG YANG TERLIBAT DENGAN KEMENANGAN MALAYSIA.INGAT TUH!!

Assalamualaikum


assalamualaikom.
kom apa kombat.
bat ape batmen.
men ape mentol.
tol apa tolak.
lak apa lakse.
se apa sepak.
pak apa pakcik.
ci apa cicak.
ca apa cawan.
wan apa.
one 2, 3,4 5,6,7,8 ,9,ten.
ten apa tenbak.
bak apa,bak duit.
duit apa duit kertas.
kertas apa,kertas khabar.
khabar apa khabar baik.
baik apa baik hati.
hati sapa hati aku lah.hahahahaha.=_=

korang pernah dengar tak bait bait lagu diatas.lagu ker?entah aku pon tak pasti.tapi masa dulu kala kalau main benda ni kitorang akan nyanyi.kira lagu lah tuh kan?hahahahaha.sebenarnya aku bosan giloz kat opi ni.dah la pc yang aku guna ni terlampau 'laju' untuk meloading sumting ditambah pula dengan keadaan aku yang kena paksa bekerja di saat orang lain dapat cuti.memang muka aku yang comel ni bertambah comel lah kan?teeetttt.(sila buat tendangan berkelajuan 123km/j)

tadi sempat p jalan jalan kat blog bloger blogger yang ada kat malaysia ni.tak sudah sudah lagi rupanya pasal bola.atau lebih tepat lagi pasal KFCM.ala,malas lah aku nak tulis panjang panjang.aku letak KFCM pon aku sure semua orang tahu.boleh kata semua orang nak fokus kat si kfc m ni.macam lah dia sorang yang main untuk julang malaysia jadi juara itu hari.kalau takde khairul idlan yang bagi hantaran cantik kat safee sali,tak kan dapat malaysia menang.kalau takde k rajagopal yang latih our team,tak kan dapat malaysia julang piala suzuki.kalau takde muslim ahmad,khyril muhymeen,s kunalan,safiq rahim (sekadar menyebut beberapa nama) dan semua player player kebangsaan,tak kan dapat rakyat malaysia cuti hari ni.kenapa mesti kfcm jek sorang yang femes?

tak kan sebab muslim ahmad tertanduk gol ke gawang sendiri, media tak sedar dia ada dalam skuad kebangsaan?atau sebab sabree mat abu tertampan guna tangan bola dalam kotak penalti,sampai indonesia dapat penalti tapi tak gol orang tak namapak kewujudan dia dalam skuad harimau malaya?sekali lagi aku tanya, just because kfcm banyak save kan bola dari terus bolos,dia dijulang sebagai wira?yang lain macam mana?kan unfair tuh.memang la kfcm hebat,aku tak nafikan.tapi kita jangan lupa,player player lain n jurulatih terlibat sama dalam mencapai kemenangan sekaligus mencipta sejarah dalam sukan tanah air.

ni pendapat peribadi aku.sebab aku rasa kfcm terlalu dijulang tinggi sangat.sampai orang tak nampak jasa yang lain lain.lagi hangat pasal kfcm ni bila cik awek mula bercerita mengenai perkenalan dan segala macam cerita yang aku rasa terlalu peribadi untuk tontonan umum.tak salah nak bercerita,sebab tuh personal blog.tapi jangan sampai ada pihak yang akan menggunakan blog tersebut untuk menjatuhkan carrier si kfcm ni.

bukan sengaja nak mencari kesalahan si awek,tapi bagi aku sendiri,as a woman, kita harus tahu mana satu kisah yang nak bagi orang tahu.mana satu kisah yang nak simpan sendiri.sebab bila dah banyak sangat hal personal ni keluar,orang akan cari sampai sebesar semut hitam sekali salah tuh.percayalah.hope both of u akan dapat lalui semua ni.

to malaysian fooball's team,thanx for make the history for our country.terima kasih kerana mengembalikan semula maruah bola sepak malaysia.im proud to be malaysian.=).harap sangat team malaysia akan main diperingkat yang lebih jauh lagi.

nota kaki kiri --> malaysia juara 2 game untuk asia tenggara tahun ni..TAHNIAH

adios
assalamualaikum

9 kutukan sopan diterima:

luna Q jimat said...

ala bisalah, org minat KFCM sbb dia ensem(org kata), macam kes syeikh muzaffar dulu, bkn minat psl die jd angkasawan, sbb dia ensem..tah hape2 kan..ahaha

cengkerangcipot said...

sekadar menjawab.. :)
ramai yang sanjung tinggi kfcm sbb die dpt save byk bola dlm team Malaysia.. bkn sekadar mase final aritu.. bile mase final pulak die dpt save lagi bola agr indon xdpt seri dgn kite or menang.. lebih2 lagi bile die dpt save penalti..xbyk gol keeper yg boleh save bola mase penalti.. sbb itu ramai yg memuji beliau.. dan lebih2 lagi muke beliau ade sedikit campuran jepun itu yg membuatkn gadis2 rmai terpikat.. hahahaha..
sekadar memberi komen.. :)

tahniah Malaysia!!

Miss Shizu said...

luna Q jimat -->betol2..

cengkerangcipot --> betol memang kfcm banyak save bola untuk piala aff ni.tapi cmne plak yang boleh lepas sampai 5 time mula2 game lawan indon arituh?sebab pertahanan lemah?walhal kfcm dah memang jage gawang?mcm tuh?yg pasal penalti arituh,memang miss shizu tabik spring la sebab boleh save.tp ada satu kenyataan kfcm yang kate,k rajagopal dah ingatkan kalau firman ambik penalti dia akan attack belah kiri.itu yg kfcm boleh bajet tuh..(sekadar pandangan peribadi)apa pon bola sepak malaysia tetap yang terbaik.sokongan yg tak berbelah bahagi..=))

Anonymous said...

tau tak yg jd penjaga gol ni teramat lah susah sbb suma org bergantung kpd dia....korang x tau kot mcmne perasaan jd pnjaga gol....x per2...nnti korang akan sedar betapa pntingnya gol keeper dlm bola sepak...defend power pun,tp kalau dh keeper tangkap x kemas?...masuk gak kt dlm gawang....yg psl rupa paras tu,mmang x dpt dinafikan mmang prmpuan tpikat dgn dia,dah kbnyakan prmpuan slalu sngt tgk cite korea....tu yg makin obses tu....

naim panda said...

miss shizu.. haaha silap orang la masa 5 1 kalah ngan indon bukan fahmi la.... hahahaha lawak la komen lu pakat redah je kan

naim panda said...

masa kalah ngan indon tue bukan fahmi yang kiper hahaha lu cakap lepas je kan hhahaha cek lu nak komen pun

Farah Husin said...

Masa Indonesia vs Malaysia 5-1 utk pusingan awal Piala Suzuki,tak silap saya keepernya Sharbinee Alwi, bukan Apek. Ramai org yang marah kenapa tak turunkan Apex. Apex mmg ptt dpt pujian sejak Piala Malaysia. Cuma nama dia hanya naik slps AFF. Btw Msia menang ats usaha satu pasukan tp tnpa Apex, entah2 Indonesia dpt 6gol malam tu. Thats y le dia dpt liputan yg meluas plus ada rupa. Lgpun player lain act still xbgs mana, suka tunggu bola datang, bukan nak kejar bola, sbb tu Indonesia byk serang. Yg psl gf die, I stuju. Sometimes xsemua bnd kita ptt share. Tgk Mawi dgn Ina dulu apa jadi. Bukan mendoakan tapi xelok terlalu expose ttg their relationship. Simpan skit utk mereka sndri.

Miss Shizu said...

to all -->tq atas komen2.oopsss.miss shizu salah info rupenyer.maaf lah yer.memang keeper tuh penting sebab miss shizu sendiri penah jadi keeper untuk team bola baling time sekolah dulu.tp janganlah terlalu tinggi sangat dilambung kfcm.takut nanti bila jatuh dia sakit.miss shizu memang tak nafikan kfcm gk terbaik,kalau tak,xkan dpt awrd kan.tp memang miss shizu ckp,kemenangan ni berkat kerjasama satu pasukan.bukan satu pihak jek.chill..=))

saye mejai said...

saye suke MUSLIM AHMAD :)

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design