Engkorang Yang Best

Monday, December 13, 2010

from morning till now..

Assalamualaikum.


hyep semua.salam hujung minggu.

aktiviti aku untuk hari ni : 


8 pagi : [still atas tilam lagi] dengar suara incik abah bising bising borak dengan kawan beliau sambil suruh incik kawan tu masuk dalam rumah tolong angkat periuk.aku?dengar je suara incik abah dengan incik kawan beliau, terus tarik selimut tutup sampai kepala.

9 pagi : [still atas tilam dengan mata tertutup] dengar suara danish macam menangis nangis diselang seli kan dengan suara pujukan dari paksu beliau aka adeq aku.dalam kepala dah mula pasang niat jahat buat buat tak dengar suara jeritan dari hati danish.disebabkan aku ni tak boleh dengar suara baby yang merayu rayu meminta pertolongan,sepantas kilat aku melompat bawah selimut nak p tengok danish.

9.16 pagi : danish berjaya didiamkan oleh aku.hahahahahha.dah ada ciri ciri keibuan ni.makcik makcik kat luar sana tuh, saya calon menantu pilihan anda.[paaaanngggggg]

9.18 pagi - 9.38 pagi : sapu lantai.start dari atas rumah.lepas tu dalam bilik hingga lah keluar rumah.semut api dah mula bermaharaja lela kat umah puan emak ni.

9.40 pagi : cari baju kurung untuk suruh orang gaji adeq aku ironkan.sambil tu aku kemas rak baju aku yang dah macam kena bom.

10 pagi : on laptop sambil main poker.yezz.aku menang 40k pagi tadi.tapi sekarang dah kalah balik.sengal.

10.47 pagi : breakfast.makan bihun sambil dikacau oleh anak buah paling bijak aka syadania.

11.19 pagi : ambik towel + baju + segala apa yang patut then masuk dalam bilik air dalam rumah.gantung semua barang barang yang di bawa lepas tu keluar balik sebab nak cari tudung tapi tak jumpa.

11.23 pagi : kena marah dengan along sebab terhegeh hegeh nak mandi.then, aku ambik keputusan mandi kat bilik air belakang.

11.49 pagi : siap mandi.terus siap siap pakai baju kurung.

12.07 tgh hari : belek belek selandang sambil menggayakan ala ala model depan cermin.yes.aku dah pandai pakai selendang tanpa meminta bantuan adeq aku lagi.

12.15 tgh hari : jeles tengok along make up.aku terpaksa kacau along.nasib lah kan.sape suruh kau pandai make up.adeq kau nih cam jantan sikit.so, paham paham lah kan.walau kena marah tapi tetap along make up kan jugak.kekeke.mekaseh eh long.ko an akak aku.=))

12.19 tgh hari : duduk depan laptop sambil tangkap gambar sendiri.nak buat macam mana kan, budak comel macam aku memang tak da sapa nk ambik kan gambar.[dush..dush..dush]

budak comel yang gila camera.=))

12.20 tgh hari : baru dapat snap 2 3 pictures, si danish dah mula mengeluarkan suara menggoda nya untuk goda aku.okeh.kompom aku tergoda.tukar pampers danish then bawak danish lepak dekat depan rumah.

12.24 tgh hari : ambik gambar reramai depan laptop.gedix..=)

 tenyummmmmm...


k.a.m.i

12.29 tgh hari : iron seluar abang ipar aku sebab adeq aku sengal.tak pandai iron seluar.sengal kan?

12.30 tgh hari : get ready untuk g kenduri.

01.07 tgh hari : baru balik dari kenduri.along ajak aku pegi ambik member dia kat bahau.ok.layankan saja.

02.11 petang : sampai rumah.

2.19 petang : siap sembahyang zohor.makan petang plak.giler awal aku nya minum petang.hahaha.

2.58 petang : cabar otak dengan main cari perkataan tersembunyi.

4.30 petang : sembahyang asar sebab nak pegi hantar member along balik kat pilah.tapi nak singgah bahau dulu sebab nak g pegi kiara square.

4.48 petang : get ready to go.

5.21 petang : sampai kiara square.

5.46 petang : siap sedia untuk pegi pilah.

6.11 petang : sengal sebab boleh terlajak.mana lah aku nak tahu klinik kesihatan kat pilah tuh.

6.13 petang : puan emak ajak pegi bahau balik sebab nak beli tudung.beliau kan nak pegi berfoya foya hantar pengantin sabtu depan.

6.56 petang : sampai rumah

7.17 petang : mandi + basuh kain

7.39 petang : sudah sembahyang + lipat baju

8.39 malam : makan nasik + buat apa yang patut

9:36 malam - present : mengadap laptop sambil main poker + blogwalking + layang internet + buang masa.

ok dah cukup untuk aktiviti aku hari ini

p/s : sengal aku boleh buat entry macam ni.tapi rasa macam cute jek kan.hahha[paaaannngg]

adios.
assalamualaikum. 


2 kutukan sopan diterima:

Siti Nadzirah Zakariah said...

wah..diary budak chumel nmpknye..

Miss Shizu said...

wee..hehehe...comel ker?hahhaha

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design