Engkorang Yang Best

Thursday, December 23, 2010

Kalau nak pergi rumah kenduri, sila gantung selipar dekat leher.

Assalamualaikum.


salam lepas lunch buat suma rakyat malaysia.kat tempat lain aku tak tahu.yang aku tahu kat malaysia sekarang ni dah pukul 2 lebih.makna nya dah lepas lunch.sebut pasal lunch, hari ni aku lunch kat rumah jiran aku sebab dia buat kenduri.so, sebelum lunch tadi akak aku dah call suruh pergi makan kat sana.sebagai seorang adik yang patuh, aku pergi la.

sampai sana, terus park motor baik punya.(mimik muka zizan dengan johan raja lawak).aku terus pergi letak npon kat akak aku sebab aku nak pergi toilet.tak tahan nak mandi baca kencing.ceh, nak kencing pon bagitahu orang ker?sengal kau nana.

setel semua, aku pergi ambik nasik dekat bawah khemah.malas nak makan kat luar, aku lepak dengan akak aku.makan kat dalam rumah.bila dah makan kat dalam rumah,korang sendiri pon paham lah kan, mesti lah kena tanggalkan selipar kau kat luar kan?takkan kau nak pakai selipar kat dalam rumah orang kan?memang dalam mulut lah diamnya selipar tuh kalau kau cuba pakai kat dalam rumah orang.sedang kan kalau pakai kat dalam rumah sendiri pon kau dah hampir kena hayunan tangan mak kau, ni kan pulak rumah orang kan.(paham tak ayat aku? kalau tak paham buat buat paham je la)

lepas habis melantak makan dengan sopan (sila percaya) aku bangun la kan, sebab nak pergi hantar pinggan kat orang yang basuh pinggan,takkan nak hantar kat tempat basuh keta pulak.adooooiii.aku keluar jek rumah, aku terus pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri semula, kereta dah tak ada, barulah melintas.(sila bagi penerajang jepun).aku hulur kaki nak sarung selipar jek, selipar aku tak da.magic weh, selipar aku dah takda.macam biskut chipsmore pulak aku tengok selipar tuh.

sepantas kilat aku berlari hantar pinggan kotor tuh dulu.aku berlari pulak ke depan rumah.tengok tengok kalau lah selipar tuh main sorok sorok kan.takda.aku pergi belakang balik, tak da jugak.aku suruh adik aku cari kat bawah khemah.mana lah tahu ada acik acik yang berkenan dengan selipar aku tuh kan.pon takda jugak.dalam hati dah fikir jahat.selipar aku kena culik wei.aku nak pergi balai polis la buat report.tapi belum 24 jam lagi la.takpa, tunggu sampai esok.pahal lak selipar aku hilang nak kena buat report polis.nak makan selipar try lah p buat report.last last, aku balik rumah tadi tak pakai selipar.nasib akak aku ajak aku naik kereta.kalau aku bawak motor, memang aku rasa bangang gila la.

pelik aku.selipar punya buruk tuh pon ada orang berkenan.wei, pulang kan la balik wei selipar tuh.walau dah buruk, tapi aku sayang kau taw tak.selipar tuh dengan kaki aku  dah kira macam irama dan lagu.kalau takda selipar tuh, maka pincang lah hidup aku.ala, macam budak budak kecik ah,diorang kan ada bantal busuk la, kain la.konon konon kalau bantal atau kain tuh takda,tak boleh tidur.macam aku jugak la,kalau selipar tuh takda, hidup aku jadi serba tak kena.dammm

ni bukan selipar aku.tapi kalau aku buat macam ni agak agak kena curi tak?

lepas ni kalau kena pergi kenduri, aku ingat nak gantung selipar kat leher la.baru tak kena curi.

gambar takda kaitan dengan entry

adios
assalamualaikum.


1 kutukan sopan diterima:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

dilema juga sebenarnya
nak pakai kasut lawa takut orang caras
nak pakai kasut buruk takut juga orang amik..

abih tu...
kasut apa nak pakai

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design