Engkorang Yang Best

Saturday, December 18, 2010

Segmen : Dulu Aku Nakal

Assalamualaikum...

hye all readers.petang semua.incik ben macam taw2 jek aku nak buat entry pasal zaman dulu kala.dalam kepala aku dah fikir macam macam story time aku kecik kecik dulu.dari zaman belum sekolah sampai lah ke zaman sekolah.alih alih, time aku g usha blog incik ben pagi tadi, aku tengok ada segmen baru keluaran beliau.perghh..memang macam orang lapar dibelanja pizza lah aku kan.suka yang teramat la.hehehehehe.ni kali ke 3 aku join segmen yang incik ben buat.sebenarnya banyak lagi segmen, cuma aku yang tak berapa berkesempatan nak join.huu..so, jom layan jap..





:: nama sekolah rendah & menengah beserta tahun ::

after tadika, incik abah daftar kan aku dekat SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 FELDA.maka bermula lah alam persekolah aku.aku sekolah kat situ dari tahun 1995 - 2000 (darjah satu sampai darjah 6 ).lepas habis tahun 2000, incik abah daftarkan aku kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERTING sebab nak masuk tingkatan satu da.yuhuuu.dah besar weh rupanya.dah masuk sekolah menengah.hehehe.aku stay kat sekolah ni dari tingkatan satu sampai lah tamat tingkatan 5 (2001 - 2005)


:: aktiviti kokurikulum yang diceburi ::

time aku sekolah rendah, aku tak berapa aktif sangat sukan sukan nih.bukan tak suka, tapi tak pernah terpilih.huhuhu.masuk sekolah menengah,ha, time ni memang aku tunjuk bakat semulajadi.dari tingkatan satu lagi, bakat aku dah dicungkil untuk acara balapan.starting aku dapat no.9 time merentas desa sekolah.start dari hari tu,cikgu cikgu dah mula pandang aku.bangga siot time tuh.antara sukan yang pernah aku join & jadi wakil sekolah ialah larian (100m, 200m , 400m, 800m, lompat jauh), hoki, ngan bola baling.pernah time aku form 4, aku dipilih jadi olahragawati sekolah + atlit terbaik perempuan bawah 18 tahun.bangga gile time tuh.balik rumah dengan bawak piala nya + medal penuh kat leher.

 :: jawatan yang disandang ::

masa sekolah rendah aku pernah jadi pustakawan.yang ni pon cikgu pilih sebab masa aku darjah 3 aku dapat no 1 untuk exam awal & akhir tahun (sekali tuh je la aku dapat).masuk sekolah menengah, aku try mintak pengawas.tapi, kene reject.start dari tu, aku nk tawar ati nak apply apa2 jawatan da.hehe.(konon kecewa la tuh).pernah jadi naib pengerusi kelab setia, naib pengerusi rumah sukan & ajk pbsm.

:: nama guru kesayangan ::

ha, time sekolah rendah dulu kan, aku sayang sangat kat sorang cikgu ni,nama beliau cikgu shasinar.cikgu ni ajar masa aku darjah 1.lepas tuh, beliau pindah.sampai lah hari ni, tak dengar dah khabar berita.naik sekolah menengah pulak,, aku kamcing ngan cikgu ratno affendi + cikgu nafisah + cikgu mardziana.cikgu ratno ni gila gila sikit.kalau borak dengan beliau asyik nak tergelak je.cikgu nafisah ni garang.garang sangat.beliau ni cikgi disiplin kat sekolah,tapi ntah camna aku bleh ngam ngan beliau.aku ingat lagi bila dapat tahu cikgu ni nak pindah,masa tuh aku tingkatan 3.aku nangis depan beliau.aku peluk beliau.aku cakap,sampai hati cikgu nak tinggalkan saya.tersedu sedu aku menangis kat dalam bilik guru.=(.punya lah aku sayang sangat kat cikgu ni.masuk tingkatan 4 aku kenal cikgu mardziana plak.cikgu ni memang sporting abis.memang selalu kena buli lah dengan aku.hahaha.jahat kan?hehehe...tapi nak ikutkan aku sayang semua cikgu cikgu aku.kalau takda diorang, takda lah aku yang hari ni.betol tak?


cikgu mardziana | aku
*tengok kasut yang aku pakai, kaler itam walau aku murid biasa.hehehe*

:: subjek yang paling suka & tak suka ::

sejak dari bangku sekolah rendah lagi (cewwaah ayat) aku memang suka subjek math.ingat lagi time darjah 5 & 6, cikgu math aku suka soal sifir,setiap kali beliau masuk kelas, jangan harap nak dapat duduk terus, jawab sifir dulu, baru boleh duduk.kalau lambat jawab alamatnya merah lah perut atau lengan sebab kena cubit.dah lah kena cubit, kena denda lagi.aku pernah kena sekali jek.time tuh cikgu mahzan suruh kitorang hafal sifir 16.tapi aku g bantai leka berborak dengan fendi ngan abong.hambek kau.time cikgu mahzan tanya aku 3 x 16 terus ternganga tak dapat jawab.kena denda gantung sifir 16 kat leher time rehat.memang tak keluar kelas aku time tuh.masuk sekolah menengah pon, aku tetap suka subje math + cikgu yang ajar aku time tuh hensem.kekekkeke.lagi lah bertambah2 suka nak belajar math.hehehe.subjek yang memang aku tak suka dulu english.memang tak suka sangat2 sebab nak kena cari meanings word yang kita tak tahu dalam kamus.MALAS!!!!..hehehe.naik form 4 tambah lagi subjek baru yang aku tak suka, add math, fizik ngan sejarah.tetiap kali test mesti fail subjek ni.kalau lulus pon cukup cukup makan tak pon cikgu kesian.huu

:: kawan baik ::

time sekolah rendah, aku takda kawan baik sebab bebudak ni cam tak nak kawan ngan aku jek.apsal ntah aku pon tak taw.masuk sekolah menengah aku kenal ngan syafawati aka pa.ni membe baik aku dari form 1 lagi.masuk form 2 aku rapat dengan maizura, adlina, muna ngan  pa.tuh lah membe nak pegi mana mana.paling ngan time tuh dengan adlina.memang bestfrenz la.time form 4, masing masing sibuk nak masuk sekolah teknik.(aku pon memula beria, tapi tak pegi pon.hehehe)so, tinggal lah aku, maizura dengan pa yang stay kat sekolah tuh.memang aku kamceng dengan dorang jek.sekarang ni, masing masing dah ada life sendiri, terus hilang.kalau jumpa pon time raya sebab maizura tak pernah miss nak datang rumah aku.sayang kau mai..=)

mai | aku

:: cita cita ::

hahahaha.sebut pasal cita cita rasa nak tergelak jek.poyo gila time tuh bila ada orang tanya nak jadi apa, cepat cepat aku  jawab saintis walau tak taw menda tuh.hahaha.time sekolah menengah pulak,time ni dah matang sikit la.hehe.bila orang tanya cakap nak jadi cikgu.after spm nak aplly maktab la konon.hahhaha.tapi sumer tuh yang adoo..

:: artis peberet ::

time ni yang popular new boyz, boboy, back street boys, westlife.masing masing duk sibuk cari lirik lagu pastuh salin dalam buku.hhehehe..korang pon mesti pernah buat gak kan?

:: perkara yang tak dapat lupa ::

sekolah rendah > kelas tuisyen waktu malam.best sgt sebab boleh takot takot kan membe.masuk kelas lepas tuh tutup elektrik.hehehe.sebenarnye banyak lagi.tapi malas nak taip da.huu

sekolah menengah > paling best bila VABRAR anjurkan hari guru.idea semua dari kepala otak aku.memang tersangat sangat lah best.rindu weh nak buat lagi.syok sangat sebab boleh buli cikgu.hahahha
vabrarian

                       > teringat pulak time form 3, kantoi meniru dengan cikgu wan sharifah.kena panggil kat dalam surau.cikgu tuh bebel bebel.kitoang bengang sangat.ingat lagi time tuh siap nak buat jahat kat cikgu ni.nak tolak dia masuk longkang biar beranak terus, nak calarkan kereta dia, nak pancitkan tayar lah.hehehe.

:: Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ::

apa ek?mesti lah nak belajar pandai2 kan.dari start darjah 1 sampai lah tingkatan 5.tanak degil degil lagik..huu..tapi tuh suma kalau lah...

VABAR 4ever..miss u damm much..=(

:: Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan ) ::

kalau bab nakal ni, memang aku antara salah sorang darinya.cuba g tengok rekod pelajar kat buku disiplin cikgu.nama aku mesti tersenarai.hehehe.dari sekolah rendah dah memang degil.ingat lagi time form 3, selalu kena marah sebab taknak pin tudung  + suka pakai kasut hitam walau pon murid biasa.hehehe.kalau aku rasa subjek tuh tak best, selamber jek aku keluar kelas.cakap kat cikgu taknak belajar sebab topik tak best.hehehe.time form 5, aku slumber jek ponteng sekolah sebab konon konon tak sihat.walhal lari balik kampung.lepak dengan nenek aku lagi best.semua risau.mai siap pergi rumah aku tanya mak aku apa pasal aku tak datang sekolah.sebenarnya aku merajok dengan cikgu aku.tuh yang ponteng tuh.kekekeke.padahal time tuh ader test.ikot suker aku jek.paling aku ingat, aku buki cikgu sejarah dengan cikgu fizik.disebabkan cikgu ni feremfuan, maka, aku selalu sangat ambik kesempatan.hahahah.ponteng kelas toksah cerita la.kalau aku malas nak masuk kelas aku ajak cikgu cikgu ni lepak kat bilik guru.konon konon nak bagi cikgu ni lupa masuk kelas.hahahah.kesian kawan aku tak dapat belajar.time fizik lagi la, orang sibuk buat eksperimen, aku sibuk borak dengan cikgu kat depan.sebab aku tak suker fizik.hehehe.alhamdulillah,result spm aku tak seterok yang aku sangka.syukur sgt sebab semua kredit.paling tak sangka add math dengan sejarah.huu..

mak aiii.untuk entry ni jek dah berjela jela aku taip.sori yer korang korang kalau terasa bosan dengan life aku time sekolah.banyak lagik sebenarnya nak story.tapi aku tengok yang ni pon dah macam terlalu panjang jek.hehehe.nak buat macam mana, aku antara pelajar nakal dekat sekolah.hehehe.apa pon thanx to semua cikgu yang dah susah payah ajar aku sampai jadi aku yang sekarang.love u so much...



adios.
assalamualaikum


6 kutukan sopan diterima:

Ejen 010 said...

ish..ish..ishh...nakalnya dia...

Miss Shizu said...

hehehe..nak wat cmne..

cik hanny^^ said...

macam best je entry ni. nk buat jugak bole x kak ? :P

Unknown said...

salam perkenalan..saya rozuan..jom singgah blog saya..

Lulu Caldina said...

Sekarang nakal lagi tak?
good luck

Miss Shizu said...

hani > bleh jek dik...tade hal..=)

Rozuan Ismail > thanx singgah sini...=))

Lulu caldina > hee..skang pon sama jek nakal nya...

Syafiq Rosli > yezza..mish datz moment...=)

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design