salam pagi sabtu semua.sekarang kan musim cuti sekolah, maka dengan ini aku menyimpulkan bahawa ramai lah pasangan pasangan yang bercouple dah insaf dengan niat nak mendirikan masjid sendiri.paling tak pon ikat dulu lah bahasa kampung nya.ala, korang ni, itu pon tak paham ke.tunang lah.adoiyaiiii..hee..=)
pada sesiapa yang bakal mendirikan masjid, selamat pengantin baru aku ucapkan.semoga mahligai yang korang bina akan lebih utuh dari sayang nya syah jehan pada mumtaz mahal.seteguh kasih uda pada dara.semoga kebahagiaan yang korang impikan akan jadi milik korang selamanya.bila dah hidup serumah, tidur sekatil, mandi setoilet,makan semeja,menonton setv, maka baru lah korang tahu perangai sebenar pasangan masing masing.kalau ada yang tak kena dengan pasangan yang korang dah kenal berjuta juta jam lamanya tu, jangan menyesal.jangan tepuk dahi mengeluh kata korang dah tersalah pilih.terima pasangan masing masing seadanya.bukan kah perkahwinan tu untuk saling melengkapi.menutup kekurangan pasangan masing masing.maka, terimalah pasangan korang sebagimana korang menerima mereka sewaktu korang ajak diorang couple.
pada yang baru nak bertunang tu, selamat bertunang.hari ini pon ramai kawan kawan aku yang tunang.orang kata time bertunang ni darah manis.manis yang macam mana tu, aku tak pasti sebab aku tak rasa lagi.semoga korang korang akan dapat lalui dan tempuhi dugaan time bertunang ini dengan penuh kesabaran.biasalah, time time bertunang ni memang banyak ujian, banyak cobaan.tuh semua nak uji tahap cinta korang pada pasangan masing masing.time ni boleh lah kenal macam mana perangai pasangan korang tu walau tak lah detail sangat.
perghhh..tuh dia professor shizu dah mula bersuara.macam ada pengalaman je kan.wakakakakak.biasalah, dalam pada suka suka, serius mesti ada.tapi, boleh ke aku serius?hahaha.tak boleh dowh.sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak serius.tak best lah hidup ni kalau terlalu serius.aku mudah bosan.
lain yang aku nk buat, lain yang aku buat.sebenarnya tadi dalam kepala dah terfikir nak taip story lain untuk entry kali ni.tapi lain plak jadi.hehehe.takpe lah.biarkan sahaja.sekarang ini gaya penulisan aku untuk blog cap gajah dah lain sikit.kurang dah short form dah bahasa pasar.apsal entah, aku pon tak pasti.aku akan cuba untuk praktik kan.tapi kalau rasa, cam tak boleh nk go on, aku akan teruskan gaya penulisan yang lama dulu.rasa macam janggal bila nak taip penuh penuh.dulu ikut suka kepala aku sahaja nak taip macam mana gaya sekali pon.biasalah, aku pon manusia biasa yang cuba untuk berubah.berubah ke arah mana, aku sendiri tak pasti.hehehehe.
kebosanan di pagi hari..
ok lah.cukup untuk setakat ini dulu.nanti aku hapdet lagi.
p/s : selamat pengatin baru buat member sekolah menengah yang melangsunkan majlis nya hari ini.
p/s/s : selamat bertunang juga untuk nur izzah asma[member poli perlis] & jazzeyra.
adios.
assalamualaikum.
2 kutukan sopan diterima:
cik shizu bile pulak nk mengawan? hahha
meh la ke belog saya DAMNHELLNO
hehehehe...calon pown terkontang kanting lagi, macam mana nak mengawan..=p
Post a Comment