Engkorang Yang Best

Showing posts with label belog aku. Show all posts
Showing posts with label belog aku. Show all posts

Friday, June 10, 2011

...

Assalamualaikum...


Lama tak menaip kat sini.lama tak bercerita mengenai kehidupan seorang aku yang bernama liana yusof.alhamdulillah,seorang manusia yang bernama Norliana Mohd Yusof ini masih lagi di beri kesempatan untuk mengirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida oleh Yang Maha Esa.


Lama tak menaip,buat aku jadi kekok.dari tadi duk taip taip,then tekan backspace laju laju.taip 3 baris tekan backspace macam taip 18 baris.hahaha.nampak sangat skill menaip aku tak power macam korang korang yang rajin buat entry baru kat blog.maklumlah dah agak lama aku biarkan blog aku ni bersawang.kesian kat korang yang datang melawat kan,asyik entry lama jek.dah-tahu-kesian-tak-gheti-gheti-nak-rajin-update-ker-?-


untuk pengetahuan korang,waktu tengah menaip ni,jam kat laptop aku dah pon pukul 2 pagi dan aku still tak tidur lagi walaupon esok nak kena bangun pagi .ni semua semata mata aku nak menaip entry baru kat sini.nampak tak kesungguhan aku nak update blog tuh?ceh,padahal aku tengah gila main game angry bird kat google chrome.haha.nampak sangat kejutan kebudayaan main game ni.


ceh,intro entry kemain kau serius kan shizu,dah sampai isi,hampeh.langsung takde motif entry kali ni aku rasa.sengal gila kot.tai aku tetap nak publish jugak sebab nanti blog aku ada jugak la update terbaru.kehkehkeh.


ok dah siap.nak pi sambung main angry bird kejap.2.30 kompom aku wajib tidur.kalau tak,esok tak bangun lagi naya.esok kalau rajin aku buat entry lagi k.


ok babai.thanx for coming here.iloveu lah..:)

Tuesday, January 4, 2011

SEGMEN: we are under 18

Assalamualaikum


yuhu...tadi aku p berjogging kat blog blog yang ada.tapi tak semua la.ada lah beberapa sa puluh ratus ribu puluhribu blog yang aku singgah.so,tadi aku sempat jumpa SEGMEN: we are under 18 anjuran dan terbitan karangkraf syair si syahir.dengan baik hati nya aku dengan ini mengumumkan bahawa esok raya aku nak join jugak sebab nak hadiah tuh.syahir,boleh eh bagi kat den ni.hehehe

VABRAR '05

gambar ni kitorang ambik time awal tahun 2005 kalau tak silap.tengok kat green board tuh 259 hari lagi nak spm.so,time ni nak berjimba jimba dulu lah sebelum exa.kekekeke.tulisan kat green board tuh memang tulisan aku sebab aku memang suka menconteng.hahaha.betol doe.ni gambar kenangan antara aku dengan geng geng vabrar.gambar banyak lagi,tapi mana ntah hilang.

ok dah siap.kalau ada korang korang yang nak join p SINI.pastuh korang pujuk ah syahir tuh bagi hadiah tuh kat aku weh.boleh la..=p


adios
assalamualaikum

Tips untuk mengempiskan perut tanpa perlu just mate 5...keh keh keh

Assalamualaikum


nak tido,tapi mata degil tak nak ikut arahan.badan dah la letih sebab p jogging petang tadi.ingatkan bila badan dah letih,boleh lah aku tido awal.tapi rupa rupanya yang ado.lagi segar bijik mata aku ada lah.ceh,tak gheti penat betol la badan aku ni.

best doe g jogging.dah lama aku tinggalkan aktiviti menguruskan badan ni.ala,korang pon mesti boleh buat.tak payah susah susah nak p belik just mate 5 tuh.tapi kalau korang tuh size xxxxxxxl,kena pikir jugak la tahun bilanya nak susut kalau berjogging jek.silap silap doktor rozmey sendiri bagi ubat dia kat korang.tak payah susah susah korang nak p beli.hahahaha

ok lah weh.aku nak p layan bujang lapok jap.pastuh nak tido.nasib la.boleh tak boleh lelap,aku paksa gak.sebelum tuh pe kata korang layan gambar joging aku tadi.jom...

 budak ni dalam usaha nak kempis kan perut.hahahahaha


 bajet comel..kekekekke


 tengok,perot dah kempis sket.hahahahaha


 aku kurus an..an..


budak comel...

ok dah.kali ni betol betol nak masuk tido.bukan cobaan..

adios
assalamualaikum

Sunday, January 2, 2011

Lucky Draw Sukasuki2

Assalamualaikum.


yuhuuuu.kali ni aku nak join lucky draw sukasukimainmain terbitan dan edaran tan chong motor.ehhh,silap silap.tuh company yang bagi bang bil lu pikir lah sendiri kereta.yang aku join ni lucky draw yang cik suka suki ni buat.jom ramai ramai join lucky draw ni.nak join p SINI.


ok dah join.cik suka suki sila pilih miss shizu ek t miss shizu blanje choki choki.kekekeke..=)

adios
assalamualaikum

Friday, December 31, 2010

corat coret dua kosong satu kosong | murtad bagi umat islam yang menyambut tahun baru

Assalamualaikum.


tak sampai lebih kurang 2 jam jek lagi tahun 2010 akan melabuhkan tirainya.weee...kejap jek kan dah nak masuk tahun 2011.rasa baru semalam aku pening kepala fikir nak buat report li,tup tup arini dah 6 bulan aku habis study.

standardlah kan,asal nak masuk tahun baru jek, masing masing termasuklah aku sendiri sibuk nak p tanam azam.bercambah tak bercambah belakang cerita.yang penting azam tuh kena ada sebab nanti bila orang lain tanya boleh jawab.hahahahaha.

untuk azam 2011 ni,aku taknak pk jauh sangat dah.cukup aku habiskan azam aku yang tak tertunai semuanya tahun lepas.ada lagi 2 benda yang aku nak tahun ni tapi tak dapat lagi.amende tuh?tak payahlah aku letak kat sini.kalau korang nak tahu apa azam aku tahun ni.korang p la godek godek blog cap gajah duduk aku ni.

untuk tahun 2010,aku rasa banyak sangat kenangan yang tak dapat aku nak lupakan.suka duka,gelak tawa semuanya menjadi rencah kehidupan aku untuk tahun 2010.macam macam ragam macam macam perangai aku yang menjadikan hidup aku lebih berwarna warni.pengalaman pahit manis aku lalui untuk tahun ni membuatkan aku lebih matang untuk menempuah ranjau kehidupan di masa akan datang.(perggghh,ayat aku tak bleh bla betol.hahahahaha)

untuk tahun 2011 ni,aku mengharapkan yang terbaik dalam hidup aku.semoga aku dipanjang kan usia untuk sama sama melayari kehidupan sebagai seorang anak,seorang adik,seorang kakak juga seorang teman.

selamat tinggal 2010 yang penuh dengan 1001 macam cerita suka duka.selamat datang 2011 yang membawa pelbagai cabaran juga dugaan yang tidak dijangka.

nota kaki kanan -->terbaca status imam muda asyraf 'Islam mengharam kn umat nye menyambut perayaan tahun baru kerana mubaligh kristian telah menetap kn bahawa 1 januari adelah tarikh kelahiran agama kristian. telah di fatwa kn oleh Shekh al Azhar, ShekhTantawi,Shekh Yusofqordawi. hukum meraikan perayan tahun baru bg umat islam yg TIDAK tahu hukum nye adelah FASIQ(dosa besar) dan bg mereka yg tahu hukum nya adelah MURTAD'. so, bagi sesiapa yang berniat nak celebrate new year tuh,renung renungkan lah.selamat beramal..=)



adios
assalamualaikum

Wednesday, December 22, 2010

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum.




hye olls.1stly nak mintak mahap sangat sangat sebab tadi tangan aku tergatal g ubah alih html blog aku.so, sekarang aku nak umumkan bahawa blog aku




sekian.
harap maklum

adios.
assalamualaikum

Tuesday, December 14, 2010

manusia beku itu aku

Assalamualaikum


hye olls.malam semua.aku sekarang tengah melayan do re mi kat tb 2.mata je la melayan telinga aku pekup dengan headphone sebab nak dengar lagu.sambil sambil tuh mata aku layan poker.hehehehehe.perempuan kan boleh buat 3 4 kerja dalam satu masa.see, aku dah buktikan.kekekekekeke

sejak dua menjak ni, ramai yang tanya kan apa status aku.kan dekat fb aku dah ada.engaged with ecah sengal.hahahaha.[sila lempang laju laju].ramai yang buat kesimpulan berdasarkan status fb aku yang mengarut ngarut.korang ni, jangan lah percaya 100% apa yang aku taip tuh.kadang kadang kepala otak aku tak berapa nak centre.tuh yang macam macam status terkeluar tuh.[sila percaya hokeh]

pagi tadi sembang sembang jap dengan member baik aku punya cik abe.

cik abe membe aku : kau ok?
aku : ok jek
cik abe membe aku : betol ke kau ok?
aku : betol la.kenapa?kau nampak aku macam tak ok je
cik abe membe aku : tp kat fb kau.kau tak cuba bagi dia peluang ke 2?mana tahu kali ni dia betol betol berubah.
aku : entah.aku da kunci hati aku.kunci tu pon dah hilang aku buang.
cik abe membe aku : gila kau.kalau takde orang jumpa nanti naya kau.
aku : biar lah.aku dah penat untuk semua ni.letih la
cik abe membe aku : kau betol betol taknak bagi dia peluang?
aku : entah.aku dah penat nak layan.kesian kat hati aku.dia tak bersalah.asyik dia je yang sakit.
cik abe membe aku : jangan macam tu,anggap ni ujian.
aku : tapi aku dah give up.kali ni betol punya sakit da.banyak kali sangat dah.aku jadi serik.aku happy macam ni.singgle is better.
cik abe membe aku : [terus menyampuk]tapi sampai bila?kau kata single is better la, tapi sampai bila kau nak sendiri?
aku : sampai ada orang yang boleh bukak kunci tuh.
cik abe membe aku : aku harap kau kuat.lepas ni pastikan orang tu betol betol sayangkan kau baru kau go on ok.
aku : hahaha.boleh tak aku cakap aku tak caya laki lagi sekarang?
cik abe membe aku : sampai bila?
aku : entah.
cik abe membe aku : doa banyak banyak.
aku : hari hari aku mesti doa
cik abe membe aku : aku doakan yang terbaik untuk kau.jangan beku kan sangat hati kau.nanti susah nak cairkan.
aku : mekaseh beb.hahaha.kalau tak cair pon takpa kan.
cik abe membe aku : lempang kang?
aku : hehehe.=)

insyaALLAH senyuman dari budak comel ni tak kan hilang

tu antara perbualan aku dengan cik abe membe aku [setelah di tolak tambah dengan ayat aku sendiri].aku mengaku, sekarang aku cuba untuk bina tembok besar yang kukuh dalam diri aku.aku kunci hati aku dengan kunci mangga yang paling kuat.kemudian kunci tu aku campak kan jauh entah kemana aku sendiri tak pasti.

sekarang aku cuba untuk jadi manusia beku.ditambah dengan musim salji sekarang aku harap ianya berhasil.cuba untuk jadi manusia beku yang bahagia dengan orang orang sekeliling.jangan tanya sampai bila aku akan jadi beku.sebab aku tak punya jawapan untuk soalan membunuh korang tuh.

mungkinkah hati aku begini?

doakan yang terbaik untuk aku.


p/s > manusia beku.ayat cik zara aku pinjam.zara, jangan claim komisyen yer.=)
adios
assalamualaikum



Monday, December 13, 2010

Google musnahkan komputer riba

Assalamualaikum.

IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.



LOS ANGELES - Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.

Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.

Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.

Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.

Seorang pengguna YouTube menulis komen: "OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba."

Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama. - Agensi



sumber : SINI
adios.
Assalamualaikum..

Saturday, December 11, 2010

musim mengawan sudah menjelma.=)

Assalamualaikum...




salam pagi sabtu semua.sekarang kan musim cuti sekolah, maka dengan ini aku menyimpulkan bahawa ramai lah pasangan pasangan yang bercouple dah insaf dengan niat nak mendirikan masjid sendiri.paling tak pon ikat dulu lah bahasa kampung nya.ala, korang ni, itu pon tak paham ke.tunang lah.adoiyaiiii..hee..=)

pada sesiapa yang bakal mendirikan masjid, selamat pengantin baru aku ucapkan.semoga mahligai yang korang bina akan lebih utuh dari sayang nya syah jehan pada mumtaz mahal.seteguh kasih uda pada dara.semoga kebahagiaan yang korang impikan akan jadi milik korang selamanya.bila dah hidup serumah, tidur sekatil, mandi setoilet,makan semeja,menonton setv, maka baru lah korang tahu perangai sebenar pasangan masing masing.kalau ada yang tak kena dengan pasangan yang korang dah kenal berjuta juta jam lamanya tu, jangan menyesal.jangan tepuk dahi mengeluh kata korang dah tersalah pilih.terima pasangan masing masing seadanya.bukan kah perkahwinan tu untuk saling melengkapi.menutup kekurangan pasangan masing masing.maka, terimalah pasangan korang sebagimana korang menerima mereka sewaktu korang ajak diorang couple.

pada yang baru nak bertunang tu, selamat bertunang.hari ini pon ramai kawan kawan aku yang tunang.orang kata time bertunang ni darah manis.manis yang macam mana tu, aku tak pasti sebab aku tak rasa lagi.semoga korang korang akan dapat lalui dan tempuhi dugaan time bertunang ini dengan penuh kesabaran.biasalah, time time bertunang ni memang banyak ujian, banyak cobaan.tuh semua nak uji tahap cinta korang pada pasangan masing masing.time ni boleh lah kenal macam mana perangai pasangan korang tu walau tak lah detail sangat.

perghhh..tuh dia professor shizu dah mula bersuara.macam ada pengalaman je kan.wakakakakak.biasalah, dalam pada suka suka, serius mesti ada.tapi, boleh ke aku serius?hahaha.tak boleh dowh.sebab aku sendiri tak tahu macam mana nak serius.tak best lah hidup ni kalau terlalu serius.aku mudah bosan.

lain yang aku nk buat, lain yang aku buat.sebenarnya tadi dalam kepala dah terfikir nak taip story lain untuk entry kali ni.tapi lain plak jadi.hehehe.takpe lah.biarkan sahaja.sekarang ini gaya penulisan aku untuk blog cap gajah dah lain sikit.kurang dah short form dah bahasa pasar.apsal entah, aku pon tak pasti.aku akan cuba untuk praktik kan.tapi kalau rasa, cam tak boleh nk go on, aku akan teruskan gaya penulisan yang lama dulu.rasa macam janggal bila nak taip penuh penuh.dulu ikut suka kepala aku sahaja nak taip macam mana gaya sekali pon.biasalah, aku pon manusia biasa yang cuba untuk berubah.berubah ke arah mana, aku sendiri tak pasti.hehehehe.

kebosanan di pagi hari..

ok lah.cukup untuk setakat ini dulu.nanti aku hapdet lagi.


p/s : selamat pengatin baru buat member sekolah menengah yang melangsunkan majlis nya hari ini.
p/s/s : selamat bertunang juga untuk nur izzah asma[member poli perlis] & jazzeyra.

adios.
assalamualaikum.

Friday, December 10, 2010

random stories

Assalamualaikum...




hyep olls...apa khabar?harap u olls sihat lah yer hendaknya.rasa nya lama betol i tak bebel bebel kat sini kan u...biasalah u, bizi lah.sejak membe office i berhenti ni, banyak betol kerja kerja yang i kene settle tau.tuh yang bizi sket tuh.harap u olls faham i k..[dush..dush..dush..pangggggg]

sori beb..mukadimah dah cam haram.menggedix tetibe.pahal an.hengat aku nh feremfuan sutun ka ha?hahahahaha.tapi memang betol pon, bizi sikit lah lately ni.tambah tambah nazrah dah berhenti, so kerja aku bertambah sikit lah..ooppssss...bukan sikit, tp bertambah banyak hokeh.naseb ada budak praktikal 2 org, kalau tak memang telingkup office ni aku kerjakan..=)

tapi kan, dalam pada busy busy pon, poker kat fb tuh tak pernah lak aku abaikan.camno tuh?haram dowh,walau aku busy an, tapi aku tetap tak boleh kalau tak main poker sehari.haruan tanah betol la..berhantu lah wei game kat fb nh..gian nya lain macam..memang dah ketagih tahap tenuk dah aku dengan poker.kadang kadang tuh, kat opis pon aku still main jugak.sanggup bawak laptop + broadband [penyelamat kalau server down] semata mata nak ber poker..hampeh kan perangai?hahahaha..



minggu nih aku plan nk g kl..berjimba jimba dengan ecah n the gang..tp memandangkan lesen p yang aku baru dapat tuh mentedaghah duit terlalu banyak, maka nya plan aku terpaksa ditangguhkan sampai lah bulan depan..hukhukhukhuk..sori ah cah, gua tengah kering ah skang...uwaaaa....lambat nya nk gaji balik...;'(

hasrat untuk berjimba jimba macam ini terpaksa dibatalkan


kan best kalau chip poker tuh aku boleh tukar jadi ringgit..akan ku rembat myvi cash sebijik..tak payah nk hutang hutang dah..tapi, malang nya, itu hanyalah khayalan yang membutakan mata ku...

ok lah..cukup setakat ni dulu aku membebel.jarum jam kat office nih dah tak sabar nak suruh aku bla...hahha..[padahal nafsu aku yang dah membuak buak nak balik =p]

kalau ada idea lebih malam nanti aku update lagi..tata

adios
assalamualaikum..

Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA

Assalamualaikum


ello eberibadi...cik shizu in da house...wee, bertemu lagik kiter diruangan ini yer rakan2...ape kabar korg2 sumer...cik shizu harap sehat2 lah ye hendaknyer..bukan hape kengkawan, idup nh kan macam roda...kengkadang kiter kat atas, kengkadang kat bawah...so, kiter henjoyyyy...hoyeeahh...pang...sengal..

ok k..back to da title...ini 2nd segmen bro ben aku join...segmen yg pes dulu yg INI...so, tuk da 2nd nh plak, aku join atas kerelaan ati aku senirik yg memang tertarik ngan segmen yg bro ben nh buat...SAYA SUKA BLOG AWAK LA...


pes blog yg aku akan jejak pas aku on9 ialah

incij z

belog nh memang best + pemes sebab belog beliau nh mengembalikan kegemilangan zaman kanak2 aku..ari2 aku akan usha sini..mane la taw an beliau akan hapdet belog beliau..paling suker en3 pasal katun2 beliau...


cikgu zara

belog nh pown aku wajib singgah ari2..sebab aku nk taw ape yg cikgu mude yg lasak nh buat ari2..rindu kalau sehari tak jenguk belog beliau...aku suker ape yg beliau story kat belog beliau..tentang kehidupan yg beliau lalui ari2....tentang murid2..tentang skolah..tentang kehidupan..tentang maknusia2 sekeliling..paling aku suker en3 beliau pasal hantaran 20k...


incik razi..

belog nh pown kire belog wajib singgah gak...razi nh kengkadang sengal..ending en3 beliau selalu unexpected yg kadang2 buat aku rase nk jumpe beliau sambil tarik telinga beliau lelaju..=p


kak yat wif her famili..

belog nh memang akan aku usha tetiap ari...jarang tinggal jejak..lagi suker jadi silent reader beliau..puan yat atau lebey mesra dengan kak yat..belog beliau story pasal budak tecik yg bam2..sape lagi kalau bukan cik kak sorg yg sungguh chomel tuh...eryssa qiestina yg memang jadi pooojaaannn ramai tuh...kak yat nh memang suker citer pasal qies..so, aku yg memang da suker kan bebudak nh otomatik nk taw ape yg qies buat eberiday...suker tgk gmbr2 qies kat lam belog tuh...

incik ben

bukan nk kipas lelebey..tp nh kenyataan r..aku akan bukak belog incik ben ari2 sebab beliau sungguh la rajen menghapdet belog..kengkadang tuh tak dan nk bace yg lame...taw2 dah ader hapdet lagi...tuh yg best tuh..beliau pown suker bagi tips2 tok bloggger2 baru..tmbh2 pasal trafik belog...

naseb segmen nh memang suh letak 5 belog jek..kalau ta, memang byk lagik la aku letak...pada korg2 yg aku ta letak tuh, jgn kecik ati ek..aku tetap g belog korg...cumer tade lah ari2...kalau korg hapdet, aku mesti g...dah incik ben suh letak 5 jek, aku ikut r...=)

segmen nh aku taw memang dari belog aku senirik sebab aku folo incik ben, so kalau beliau hapdet, otometik aku taw an...(=

adios..
assalamualaikum...

Sunday, November 21, 2010

tadi add kat pesbuk,skang folo plak....=)

Assalamualaikum...


petang sumer....baru nk on9 balik pas bg peluang kat adeq aku gune berokben aku jap...bese lah, sebagai akak yg sgt baek aku kene bertolak ansur ngan adeq2 an...[siler caye hokey]
aku epi lagi arinh biler masuk2 blog aku jek tgk2 follower aku bertambah...paling bangge biler de pemes amos blogger follow aku beb...giler ta caye dowh..sebelom nh memang aku rajen bace hamper sumer en3 beliau yg dihapdet tetiap ari...aku memang da lame folo beliau...ta sangke plak arinh beliau akan folo aku....

sape beliau>??jom skrol ke bawah...























































































click la kalau korg nk tgk...

thanx incik ben ashaari sebab sudi folo belog cikai aku nh....thanx sgt2...to all followers belog aku, bukan korg ta best..korg jgn kecit ati wey...korg still best kat ati aku...cumer incik ben nh cam spesel sket la...beliau an pemes an....pape pown sayang korg sumer ahh...i lap u all...muaaaxxxxx.....korg memang terbaek ahhh...=))


adios...
assalamualaikum..

Tuesday, November 16, 2010

Cerita di suatu ari...

Assalamualaikum...


slamat malam eberibadi...cik shizu kembali lagi..weeee....(pahal gedix nk mamp*s nh..hahaha....)

sok aku ta keje...aku amek mc + nk g qti lesen kete ngan moto...sengal kan..punyer la lame aku dpt l..smpai nk mati da l tuh ujung bulan nh aku ta g test jpj ag..sengal tol...haha..skang nh aku ta sehat ag..sore da jadi cam sore spongebob da...mcm sore itik pown ader da aku dengar sore ak nh..pahal ntah antibodi aku ta bape nk kuat da skang..baru je lagi aku demam..ta sampai sebulan da demam bali...pagi tadi pown incik bos tny aku apsal aku slalu ta sehat..

incik bos, kalau saye taw nape saye slalu ta sehat saye da cari obat nyer da..huu..sebab tataw la saye still ta sehat ag skang...slh satu sebab yg memang boleh diterima pakai adalah sebab aku paling benci mkn obat...aku jarang mkn obat kecuali da terlampau skt...sebab obat tuh ta sedap cam gegule ngan choki2..kalau obat tuh cam gegule musti aku da mkn da..huhuhu..


ok stop citer pasal obat..owh, lupe plak nk inpom kat sini..pagi tadi incik pelaut tpon..sori yer walau pown aku dah gtaw yg entry nh last nk citer pasal incik pelaut, tp yg nh aku kene story gak sket...memule biler tgk no incik pelaut naek, rase cam tamaw angkat da..tp biler pk balik pagi tadi lam kul 5 suku incik pelaut ader miskol, so aku kene angkat gak r..dengan sore yg ta bape nk kuar, aku terus tny kabar dier..pastuh aku terus tny pasal tunang menunang nh..*btol ke bahase aku nh?*..ape yg incik pelaut btaw biar la aku sorg jek yg taw....thanx zura n jazz n hani n ecah yg bagi smngt kat aku pas aku letak entry nh semlam...thanx sgt2...

so, skang nh aku da tamaw pk pape da...biar la..penat da nk pk sumer nh..bak kate ecah, bunge bukan sekuntum tapi setaman..hehehe...cah, ta sabar nk begonjeng2 ngan kaw awal bulan depan..hohoho...

ok la...cukup smpai sini lu..sok maw merempit ke rompin...

adios..
assalamualaium...

Tuesday, November 9, 2010

art..art..art..dan art lagi..

Assalamualaikum...




da nk balik nh pe kate jom layan gmbr2 nh lu...semarttt kan???bley mengkompiuskan org gak nh...









adioss..
assalamualaikum...

Friday, August 6, 2010

hadiah tuk follower + silent reader..

Assalamualaikum...


en3 nh aku khas kan tuk sumer2 follower aku yang sgt2 best sebab dorg sumer follow aku...kalau korg nk rase best,siler follow aku gak..kehkehkeh...=))

tade la weh, aku men2 je r..en3 nh aku wat sebenarnye khas tuk follower aku [ulang ag skali], silent reader belog aku, n sesape yang sudi dtg belog aku nh..ta kire la secara ta sengaje o sengaje..

walau follower aku ta smpai seratus pown, ta ribu riban yang belog blogger2 yg pemes, tp aku tetap bersyukur sebab korg2 sudi dtg sini n follow belog aku nh...pastuh yg dtg bace en3  aku pown thanx gak..walau en3 aku selalu merapu, tp korg tetap dtg gak..thanx sgt2...korg memang best...2 thumbs up tuk korg...

walau ak ta reply kat chatbox tuh, bukan makne aku sombong ke belagak, tp kadang2 chatbox tuh wat jiwa ku skt...aku da taep panjang2 tetibe ta ley post plak...pastuh biler refresh terus kuar kotak wane putih jek, ta pown kuar this webpage is not available...macam haram kan??tp korg dun wori, walau aku ta reply kat chatbox tuh, tp aku still g balas balik kunjungan korg..aku still g belog2 yg da penah wat lawatan sambil belajar kat belog aku..kalau belog yang aku g tuh aku rase nk tinggal komen aku akan komen...kalau ta aku gtaw kat chatbox yg aku balas kunjungan..paling ayam pown aku jd silent reader korg la...

so, kali nh aku nk bg penghargaan sket kat sumer2 org yang dtg belog aku...ta kire korg follower tegar, pengomen tegar, silent reader tegar kat belog aku skalipown aku tetap ader adiah nk bg kat korg sebab korg memang BEST sgt2...thanx sebab meriahkan dunia blogging nh...thanx sebab tambah trafik kat belog aku yang ta seberape nh..thanx gak sebab up kan nuffnang aku walau aku ta penah dpt buffered earning...huu..=))..so, terimalah..

---
------
---------
--------------
-------------------
---------------------------
---------------------------------
----------------------------------------
-----------------------------------------------
-------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
tarrrraaaaaaaaaaaaaaaaa

amek sorg satu..kalau ta cukup kat bawah nh ader lagi...


yang nh yg tinggal..kalau ta cukup tuh share2 la yek..=p


adios,
assalamualaikum...

p/s : thanx sumer yg sudi jenguk + singgah sini..tade ape yg aku ley balas + bagi melainkan ucapan thanxx sgt2..nk bg adiah btol2 aku ta mampu + tabung nuffnang aku pown ta cukup ag...so, aku bg korg tgk dulu adiah tuh, t biler da ader yg btol2 aku bg k...=))
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design