Engkorang Yang Best

Showing posts with label aku taknak kecewa lagi.. Show all posts
Showing posts with label aku taknak kecewa lagi.. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Kecewa lagi aku akhirnya...

Assalamualaikum...


lama tak mencoret sesuatu kat sini buat aku terasa kekok untuk menulis kembali.apabila hati disiat dan dipijak sekali lagi,buat aku nekad untuk meneruskan penulisan di laman maya untuk meluahkan segala isi hati.maaf,mungkin gaya penulisan sekali lagi akan berubah.ahh,tiada siapa yang akan perasan shizu.

hari ni,hati seorang insan yang bergelar perempuan terluka lagi.luka yang sama di guris berkali kali.puas aku menidakkan,tapi kenyataan harus aku tempuh.ahh,susahnya untuk mencipta kebahagiaan rupanya.atau bahagia itu memang bukan milik aku selamanya?untuk kali yang keberapa aku sendiri tak pasti hati aku dilukai.ya mungkin selama ini kamu kamu dan kamu nampak aku manusia yang penuh dengan hilai tawa tanpa ada sendu dalam kehidupan.sendu yang sengaja aku sembunyikan disebalik tirai kebahagian palsu yang aku miliki.

kadang kadang aku sendiri tak pasti mengapa bahagia yang mula menjengahkan kepala kembali menjauh.melihat teman teman rancak menyemai bunga bunga cinta,kadangkala buat aku terfikir apa tidak layakkah aku untuk merasa nikmat bahagia itu walau sekejap?

tika saat ini,air mata bagaikan teman sejati yang kerap menemani aku tatkala aku sendiri.begitu murah air mata ini untuk seorang insan yang bernama lelaki.ahh,bodohnya aku menangis sedangkan lelaki itu tersenyum gembira.gembira melihat betapa bodohnya aku menyayangi dirinya.melihat betapa bodohnya aku mencurahkan segala budi terhadapnya.ya aku bodoh.bodoh kerana terlalu mempercayai kata katanya.

air mata,mengalir lah.keluarlah sepuas puasnya.

nota kaki kiri --> terima kasih "teman" kerana membuatkan aku cukup terluka kali ini.terima kasih juga kerana membuatkan aku merasa kepedihan yang sebegini rupa.terima kasih "teman" untuk kesakitan kali yang kedua.kali ini aku nekad untuk tidak akan menyerahkan hati ini pada sesiapa lagi.akan ku cuba untuk mengunci hati ini sekuat mungkin sehingga tiada siapa yang mampu membuka nya.terima kasih "teman" untuk peluang kedua yang kau sia siakan.

adios
assalamualaikum

Thursday, January 6, 2011

sangat sangat down tapi saya still nak ketawa jugak

Assalamualaikum


mud nak update blog sangat sangat lah ke longkang malam ni.tapi aku paksa jugak untuk update sebab ada benda yang aku nak share.siriusli aku down sangat sangat malam ni.tambah tambah bila tengok fb orang tuh yang on9.bila tegur buat tak taw jek.sedeh weh.tapi aku boleh jek ketawa lagi.hahhahaha.

nak buat macam mana.dah orang tak nak.takan aku nak paksa.5 bulan lebih weh aku tunggu dia balik.tapi entah la.tetiba jadi macam ni aku down sangat.bila aku kol tetiba orang lain.nampak sangat tak yang dia memang dah tak perlukan aku lagi?

hey,kata manusia beku?apsal kau tetiba jadi cair malam ni?rilex beb.buat tak tahu sudah..

memang aku cuba untuk jadi manusia beku.tapi aku pon manusia biasa.sekeras mana aku cuba ubah diri aku,tapi sisi kelembutan seorang perempuan tetap ada.tengok,aku dah mula siyes pasal ni.demm.

dah lah sijil sijil aku satu fail hilang.puas dah aku geledah satu rumah.haram nak jumpa.tensen weh bila jadi macam ni.memang dugaan tahun baru betul.tapi takpe.aku akan cuba bertahan selagi aku mampu.cuba buat setenang air dikali yang mungkin.

kali ni aku puji diri aku beb.memang hebat sangat sebab kali ni aku tak menangis lagi dah.agaknya sebab dah selalu sangat kot kena macam ni.petang tadi aku try call dia lagi.dapat.yang bestnyer orang lain yang angkat.lagi best bila nombor tuh sekarang ni orang pakistan yang guna.hahahahaha.sengal kan aku?

dah lah.aku nak p sambung main poker.layan jiwa ni kang sampai ke subuh tak sudah.sekarang ni aku dah set kan dalam kepala.single is better.aku nak keluar dengan sesapa pon takde hal.nak merayap pon takder orang nak marah kecuali mak abah aku.

tengok budak ni still boleh senyum lagi kan?=))

papai.


nota kaki kanan --> untuk kali ke 2 aku sakit yang sangat sangat sebab menunggu.yang dulu setahun.lagi lama.kali ni 5 bulan jek.tapi sakitnya tuhan jek yang tahu.

adios
assalamualaikum..

Tuesday, December 14, 2010

manusia beku itu aku

Assalamualaikum


hye olls.malam semua.aku sekarang tengah melayan do re mi kat tb 2.mata je la melayan telinga aku pekup dengan headphone sebab nak dengar lagu.sambil sambil tuh mata aku layan poker.hehehehehe.perempuan kan boleh buat 3 4 kerja dalam satu masa.see, aku dah buktikan.kekekekekeke

sejak dua menjak ni, ramai yang tanya kan apa status aku.kan dekat fb aku dah ada.engaged with ecah sengal.hahahaha.[sila lempang laju laju].ramai yang buat kesimpulan berdasarkan status fb aku yang mengarut ngarut.korang ni, jangan lah percaya 100% apa yang aku taip tuh.kadang kadang kepala otak aku tak berapa nak centre.tuh yang macam macam status terkeluar tuh.[sila percaya hokeh]

pagi tadi sembang sembang jap dengan member baik aku punya cik abe.

cik abe membe aku : kau ok?
aku : ok jek
cik abe membe aku : betol ke kau ok?
aku : betol la.kenapa?kau nampak aku macam tak ok je
cik abe membe aku : tp kat fb kau.kau tak cuba bagi dia peluang ke 2?mana tahu kali ni dia betol betol berubah.
aku : entah.aku da kunci hati aku.kunci tu pon dah hilang aku buang.
cik abe membe aku : gila kau.kalau takde orang jumpa nanti naya kau.
aku : biar lah.aku dah penat untuk semua ni.letih la
cik abe membe aku : kau betol betol taknak bagi dia peluang?
aku : entah.aku dah penat nak layan.kesian kat hati aku.dia tak bersalah.asyik dia je yang sakit.
cik abe membe aku : jangan macam tu,anggap ni ujian.
aku : tapi aku dah give up.kali ni betol punya sakit da.banyak kali sangat dah.aku jadi serik.aku happy macam ni.singgle is better.
cik abe membe aku : [terus menyampuk]tapi sampai bila?kau kata single is better la, tapi sampai bila kau nak sendiri?
aku : sampai ada orang yang boleh bukak kunci tuh.
cik abe membe aku : aku harap kau kuat.lepas ni pastikan orang tu betol betol sayangkan kau baru kau go on ok.
aku : hahaha.boleh tak aku cakap aku tak caya laki lagi sekarang?
cik abe membe aku : sampai bila?
aku : entah.
cik abe membe aku : doa banyak banyak.
aku : hari hari aku mesti doa
cik abe membe aku : aku doakan yang terbaik untuk kau.jangan beku kan sangat hati kau.nanti susah nak cairkan.
aku : mekaseh beb.hahaha.kalau tak cair pon takpa kan.
cik abe membe aku : lempang kang?
aku : hehehe.=)

insyaALLAH senyuman dari budak comel ni tak kan hilang

tu antara perbualan aku dengan cik abe membe aku [setelah di tolak tambah dengan ayat aku sendiri].aku mengaku, sekarang aku cuba untuk bina tembok besar yang kukuh dalam diri aku.aku kunci hati aku dengan kunci mangga yang paling kuat.kemudian kunci tu aku campak kan jauh entah kemana aku sendiri tak pasti.

sekarang aku cuba untuk jadi manusia beku.ditambah dengan musim salji sekarang aku harap ianya berhasil.cuba untuk jadi manusia beku yang bahagia dengan orang orang sekeliling.jangan tanya sampai bila aku akan jadi beku.sebab aku tak punya jawapan untuk soalan membunuh korang tuh.

mungkinkah hati aku begini?

doakan yang terbaik untuk aku.


p/s > manusia beku.ayat cik zara aku pinjam.zara, jangan claim komisyen yer.=)
adios
assalamualaikum



 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design