Engkorang Yang Best

Showing posts with label nana. Show all posts
Showing posts with label nana. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

Welcome Back Cik Nana.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Allah masih panjang kan usia aku n berikan aku kesempatan untuk terus menghirup udara segar atas muka bumi ni.

Alhamdulillah syukur. Memasuki tahun ketiga aku dalam bidang kebombaan. Allahurabbi Allahuakbar. Nothing else I can say except syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk berbakti pada orang ramai. Diberi kesempatan untuk berada dalam.zon yang agak selesa ketika ini.

Bomba ni bukan lah salah satu bidang yang menjadi impian aku. Sikit pon tak terfikir weh. Tapi rezki Allah siapa tahu kan? Cantik je jalan yang Dia atur tu. Ni pon kalau tak gheti nak bersyukur lagi memang aku ketuk pala ang cik nana oii. Hihihi..

Tak suka sebenarnya taip guna android ni sebab tak boleh letak gambar sekali dengan caption. Biasalah, aku kan? Semua gambar kalau boleh nak tunjuk. ��������

InsyaAllah aku akan cuba untuk rajin kan diri update aktiviti terkini aku selain dari nak share everything about my life today.  Esok aku try dulu tukar skin blog ni sebab macam dah kepam sangat kan? Kot lah skin baru nanti mendatangkan banyak idea kan. Hihihi

Ok lah,dah caca marba tunggang terbalik dah entry kali ni. Semua nak letak sekali. InsyaAllah doakan aku terus ada idea untuk menulis.

Assalamualaikum.

Friday, December 24, 2010

Kerana dia seorang SAHABAT...

Assalamualaikum.


pagi semua.baru berkesempatan nak menghapdet blog aku.malam tadi aku boleh terlelap depan laptop.baru bajet nak hapdet.langsung tinggal harapan jek.terlepas aku nak join segmen 200 blog incik ben.malang sungguh la.huu.tapi takpe, incik ben cakap nak buat segmen 500 blog pulak.insyaALLAH aku join.

tadi jalan jalan jap.lepas tu jumpa blog INI. jumpa la contest pasal member baik.tiba tiba (sound effect seram) terasa macam nak join jugak.mana lah tahu kan, rezeki aku pulak kali ni.contest ni dianjurkan oleh blogger NI

orang kata bukan aku kata, bestfriend atau nama saintifik nya kawan baik aka kawan karib ni,merupakan orang yang paling baik dengan kita.orang yang boleh terima diri kita seadanya.orang yang sentiasa ada dengan kita tak kira walau dalam apa jua keadaan.susah senang segala dia akan setiasa ada dengan kita.betol ke?itu persoalan yang cuba aku rungkaikan untuk kali ni.(jadah nya la intro aku cam hampeh ni)

dulu time sekolah aku orang selalu kecoh kan nak letak dalam biodata nama kawan baik la, kawan karib la.tapi lepas jek habis spm, semua tuh hilang terus.masing masing dah bizi dengan life masing masing.aku ada sorang kawan karib.memang karib sangat sangat la orang kata.betol, aku tak tipu.tapi bukan kenal dari zaman sekolah rendah or menengah.aku kenal budak senget ni time kitorang dekat poli.kenal time nak daftar 1st day terus kamcing sampai sekarang.nama budak ni ecah senget dalam ic budak ni tecatat nama NORAISHAH BINTI ABD RASID.ic number 880609-08-****.

sejak dari 1st day kenal,kitorang dah ngam.sampai ada yang cakap kitorang satu sekolah.walhal budak ni duk kL aku pulak dari n9.so, sila bagitahu aku celah mana kitorang satu sekolah?ecah ni memang best sangat sangat.siriyes aku tak tipu.walau dia ni kadang kadang menyakitkan ati, tapi aku tetap sayang dia sebab bukan senang nak dapat SAHABAT macam ni.jom aku story liku liku kehidupan yang buat kitorang makin rapat.

sem 1

ecah orang 1st yang tegur aku tanpa rasa segan silu langsung.dasar tak tahu malu nya budak.terus kenalkan aku dengan famili dia.then,aku pon terus kenalkan dia dengan famili aku.time famili aku hantar aku sampai dekat hostel,baru aku perasan yang ecah ni jiran aku sebelah bilik jek.lepas mak aku kemas kemas bilik + susun kan kain baju aku dalam locker segala, baru lah famili aku balik.lepas tu aku pon p lepak kat bilik ecah.tolong dia kemas baju baju.ceh, baju aku pon mak aku yang kemas, ada hati nak tolong kemas baju dia.hahaha.tapi betol, aku tolong ecah kemas baju.time ni kitorang mula lah berkenalan secara rapat lagi.kenal hati budi masing masing.ceh, macam nak kenal pakwe la plak.hehehe..=_= minggu orientasi bagi aku minggu paling mencabar sebab time ni, lutut aku bengkak.nak jalan pon dah tak boleh.ye r, asyik ulang alik naik tangga jek.nak p dewan pon naik tangga.nak balik bilik pon naik tangga.(tingkat 5 tuh).time tuh, after sarapan kat pusat islam.aku bangun nak p pakai pasut.tapi tetiba kaki aku tak boleh bengkok.nak jalan pon rasa sakit sangat.time tuh, aku nak nangis dah.tak penah penah wei, dalam hidup aku kena camni.ecah lah yang pimpin aku sampai kat pejabat warden.nak tak nak aku kena p hospital jugak.time ni p naik bas.sebab ramai sangat yang sakit.aku ajak ecah teman aku time tuh, tapi entah apa sengal sangat warden sorang tuh, dia p halaunya ecah dari dalam bus tuh.kesian ecah.nak tak nak kena turun la.kalau aku sahih malu kan.tapi ecah ni rilex jek.buat muka tak bersalah terus bla p dewan.memang slumber.aku pulak yang sedih time tuh.time aku sakit ni, ecah yang jaga aku.warden suruh aku pindah bilik time tuh, tapi aku taknak.sebab nanti jauh dengan ecah.huu.sejak tuh, aku rasa sayang sangat dengan ecah.kitorang dah macam adik beradik dah.kat mana ada ecah, kat situ ada aku.teringat memula nak balik rumah time cuti sem.siap beli tiket bas yang ada p kL dulu lepas tu baru p n9.satu kangar p cari semata mata nak naik bus yang sama.hee.best sangat time tuh.walau aku dengan ecah kelas lain lain, tapi kitorang still satu jabatan.dia ambik kos animasi, aku pulak video.tapi ada jek subjek yang sama kitorang ambik.banyak sangat kenangan sem 1.cukup aku story yang ni jek.nak sambung sem 2 pulak.

 trademark kitorang setiap kali nak snap pictures =))

fesyen show '07

SEM 2

naik sem 2, kitorang dah boleh pilih rumet.opkos aku pilih ecah as my rumet.aku,ecah, pah dengan farah.entah macam mana la si farah ni boleh terpilih masuk geng kitorang.huu.bila dah lepak satu bilik, lagi banyak xtvt sengal yang kitorang buat.syok sangat.katil aku sebelah katil ecah.locker pon kitorang ambik sebelah sebelah.sem 2 ni,ecah pulak yang sakit.bukan sakit sikit, tapi agak teruk.sampai kena warded seminggu lebih dekat hospital kangar.lepas tuh sambung warded dekat HUKM sebab time tuh dah hujung sem.time ecah sakit, aku sedih sangat.aku nangis time tengok dia kat hospital.1st & 2nd day aku jaga ecah dekat hospital.time tuh doc tak bagitahu lagi ecah sakit apa.masa famili ecah datang dari kL baru aku taw ecah suspect tb.time ni aku down sangat.aku nangis tengok ecah.aku tak sampai hati nak tengok ecah sakit.b4 ecah balik kL,aku peluk dia.aku nangis kat bahu dia.aku tak sangka,ecah yang gila, mereng,sengal, happy go girl lucky rupa rupanya ada penyakit yang agak bahaya.sedih wei..time ni pon aku kena kondem dengan budak kelas sendiri.ada yang cakap sapa kawan dengan aku orang tuh akan jadi jahat.sedih wei orang cakap camtu.dah tuh, bukan takat cakap kat member2 jek.dekat lecturer pon sama.time ni memang lecturer anti giloz dengan aku.siriyes wei.

after celebrate bday aku kat kangar

malm jrv

sem 3

naik sem 3,kitorang tetap jadik rumet.ecah dah ok sikt.tapi still kena makan ubat setiap hari.11 bijik ubat wei.bangun pagi jek,aku akan pastikan ecah makan ubat sebab nya,aku taknak tengok dia sakit lagi.aku tank sanggup tengok dia terbaring jek dekat katil.aku nak ecah yang boleh sama sama gelak dengan aku.pagi pagi aku kena kejut dia dulu sebab dia mandi lama gila kot.sengal dowh, dah la bangun lambat.lepas tuh,boleh pulak dia mengeram dalam toilet lelama kan.hampeh betol.sebab tuh aku akan pastikan ecah bangun pagi.sebab dia nak kena makan ubat.lepas tuh,nak p kelas dah la jauh.ecah tak boleh jalan laju laju.nanti dia mengah.sebab tu aku kena teman dia.biar aku lambat masuk kelas, asalkan ecah ok.aku tak kisah.teringat time aku paksa ecah ikut kitorang hangout kat penang.time ni budak kelas ecah tengah gila bizi dengan assgment.tapi aku tetap ajak.last2 ecah ikut gak.hahah.kejam dowh.lepas tu aku bukan tolong dia buat assgment pon.kekekekeke.padan muka kau cah.=p

@ mcd penang

sem 4 

time li paling banyak kenangan bangang ecah dengan aku.li pon tempat yang sama wei.start dari li kat production house yang takda kene mengema dengan kos si ecah ni.kitorang buat hal kat tempat li.sampai dapat surat amaran dari poli.lepas tu, tukar pulak tempat li.still kitorang satu tempat li walau lain lain department.ecah kat tempat 3d, aku pulak dekat production.lagi best, time li aku stay kat umah ecah.best kan?haha.lagi gila lah kitorang.hehehe

karoke @ ampang point

kawan ecah kawan aku jugak...

depan opis makmur megah

ice skating @ sunway

sem 5

ni memang sem yang paling mencabar dalam kehidupan sebagai seorang student poli perlis jabatan rekabentuk.siriyes aku cakap.tak caya p tanya senior senior denga junior aku.kompom dorang akan cakap sem ni paling mencabar.sem ni kitorang kena handle even.start dari management sampailah ke teknikal.semua kena handle sendiri.walau pon selalu kena maki, tapi ni pengalaman yang tak kan aku dapat kat tempat lain.time ni, aku dengan ecah selalu gadoh.ala,biasa lah.lidah yang ada dalam mulut korang pon kadang kadang korang gigit.ni kan pulah aku dengan ecah.tapi kitorang gadoh pon tak lama.bila malam, masing masing dah lepak kat atas katil, mula lah story apa yang tak puas ati.time ni mesti gelak gelak balik.see, dah ok.bila dah hujung hujung sem, aku dapat tahu aku kantoi li.puas aku buat rayuan, tapi still tak lepas.time ni aku down sangat sangat.sirius cakap lah.aku selalu lepak sorang sorang kat bilik.aku jadi kurang bercampur dengan member lain.aku lebih suka mengadap depan laptop.time ni,ecah still ada dengan aku.dia n member2 lain banyak bagi aku semangat.

@ umah arwah opah ecah

time ni nak tenangkan fikiran sebab aku dah taw kandas li.
so, p tengok nasyid kat dewan..=)

aku li semula ecah sem 6

time ni aku rasa down.boleh kata hari hari aku ngadu kat ecah.rindu sangat sangat wei kat ecah.

aku sem 6 ecah grad

time aku sem 6 aka last sem,aku down sangat.aku rasa sunyi sebab ecah takda.tp bila shasha giler datang,aku rasa semangat ecah datang.aku rasa happy balik walau tak se happy time dengan ecah.time ecah konvo, aku ada.tapi aku taknak terlibat langsung dengan program yang ada kat dewan walau pun sebenarnya budak kelas aku kena join buat mcp.aku tau aku tak kuat nak tengok ecah naik pentas.aku sedih sebab kalau tak aku pon sama duduk dekat kerusi dalam dewan tuh.tapi aku still kena study lagi satu sem untuk ada sama dengan dorang.aku p dewan time ecah dah ambik diploma dia.aku belikan dia bunga yang ada sinchan sebab aku tahu dia suka sinchan.b4 tuh aku p padang besar dengan famili ecah then aku belikan dia teddy bear sinchan.time kat padang besar tuh, ecah da sebuk sebuk tanya untuk dia takde ke.ecah tak tahu yang aku memang nak belikan sinchan tu untuk dia.

K.A.M.I

budak comel tuh nanges time ecah grad

during her convocation

bila dah taip banyak banyak ni baru perasan yang si tuan yang buat contest ni mintak satu gambar then, explain pasal gambar tu bukannya story pasal SAHABAT aku.hukhukhukhuk.sengal betol kau kan nana.lain kali baca lah betol betol.tapi takpe.walau pon aku tak join contest tuh, anggap je aku buat entry ni memang khas buat SAHABAT baik aku.

bagi aku kawan senang nak dapat.tapi SAHABAT macam ecah satu dalam sejuta.

ECAH tak kan menangis sama sama dengan aku kalau aku sedih sebab dia akan cuba happy kan aku.

ECAH tak kan sedih sama sama dengan aku kalau pakwe aku tinggalkan aku sebab dia akan cakap pakwe bukan suami,so biarkan.enjoy dengan life kita.

ECAH tak kan jadi pendengar terbaik aku, tapi ECAH penasihat terbaik aku

ECAH tak kan biar aku ketawa sorang sorang sebab dia tak nak orang cakap aku gila sebab tuh dia akan ketawa macam orang gila jugak kalau aku ketawa.

ECAH aku sayang kau...=))


nota hujung jari kaki --> cah, kau mesti bangga kan sebab aku asyik buat entry pasal kau jek.ceh, entry ni sebenarnya kesilapan teknikal la.aku malas nk simpan simpan.penat dah aku taip weh.so, kali ni kau jangan perasan eh.kekekek..

dia datang rumah aku

adios
assalamualaikum.

Monday, December 13, 2010

Google musnahkan komputer riba

Assalamualaikum.

IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.



LOS ANGELES - Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.

Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.

Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.

Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.

Seorang pengguna YouTube menulis komen: "OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba."

Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama. - Agensi



sumber : SINI
adios.
Assalamualaikum..

Friday, December 10, 2010

random stories

Assalamualaikum...




hyep olls...apa khabar?harap u olls sihat lah yer hendaknya.rasa nya lama betol i tak bebel bebel kat sini kan u...biasalah u, bizi lah.sejak membe office i berhenti ni, banyak betol kerja kerja yang i kene settle tau.tuh yang bizi sket tuh.harap u olls faham i k..[dush..dush..dush..pangggggg]

sori beb..mukadimah dah cam haram.menggedix tetibe.pahal an.hengat aku nh feremfuan sutun ka ha?hahahahaha.tapi memang betol pon, bizi sikit lah lately ni.tambah tambah nazrah dah berhenti, so kerja aku bertambah sikit lah..ooppssss...bukan sikit, tp bertambah banyak hokeh.naseb ada budak praktikal 2 org, kalau tak memang telingkup office ni aku kerjakan..=)

tapi kan, dalam pada busy busy pon, poker kat fb tuh tak pernah lak aku abaikan.camno tuh?haram dowh,walau aku busy an, tapi aku tetap tak boleh kalau tak main poker sehari.haruan tanah betol la..berhantu lah wei game kat fb nh..gian nya lain macam..memang dah ketagih tahap tenuk dah aku dengan poker.kadang kadang tuh, kat opis pon aku still main jugak.sanggup bawak laptop + broadband [penyelamat kalau server down] semata mata nak ber poker..hampeh kan perangai?hahahaha..



minggu nih aku plan nk g kl..berjimba jimba dengan ecah n the gang..tp memandangkan lesen p yang aku baru dapat tuh mentedaghah duit terlalu banyak, maka nya plan aku terpaksa ditangguhkan sampai lah bulan depan..hukhukhukhuk..sori ah cah, gua tengah kering ah skang...uwaaaa....lambat nya nk gaji balik...;'(

hasrat untuk berjimba jimba macam ini terpaksa dibatalkan


kan best kalau chip poker tuh aku boleh tukar jadi ringgit..akan ku rembat myvi cash sebijik..tak payah nk hutang hutang dah..tapi, malang nya, itu hanyalah khayalan yang membutakan mata ku...

ok lah..cukup setakat ni dulu aku membebel.jarum jam kat office nih dah tak sabar nak suruh aku bla...hahha..[padahal nafsu aku yang dah membuak buak nak balik =p]

kalau ada idea lebih malam nanti aku update lagi..tata

adios
assalamualaikum..
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design