Engkorang Yang Best

Saturday, December 11, 2010

awak orang umno?mintak maaf yer, yang meninggal nih orang pas.

assalamualaikum..




malam sumer...sementara nak tunggu burger sampai, lets bebel kat sini jap.kejap je rasa dah bulan 12.dah pertengahan nak masuk pertengahan bulan dah pon.diam tak diam dah dekat 3 bulan aku kerja kat tempat baru.macam macam yang aku belajar.even kerja ni bukan lah kerja pilihan aku sebelum ni, tapi aku akur.

ok cukup.mukadimah yang agak sentimental dari aku.apsal cam haram entah ayat aku malam nh.sengal ubi tahap tinggi betol la.bila kesengalan dah tinggi, tuh yang ayat ayat cinta  merapu aku keluar tuh.[pannggg]

2 ari lepas kot kalau tak silap aku kan, ada kematian kat tempat aku.alfatihah untuk arwah.semoga ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.kalau tak silap aku, suami makcik nih pon baru meninggal.dalam tahun ni jugak lah aku rasa.yang aku nk story kat korang nih bukan pasal cara arwah tu meninggal ke atau apa apa yang berkaitan dengan arwah.orang dah meninggal, buat apa kau nk cerita kan.kalau arwah ada buat dosa ke itu bukan urusan aku.itu urusan arwah dengan ALLAH.

yang aku nk story kat korang nih, pasal orang orang yang hidup yang nk settle kan arwah ni.time arwah suami arwah makcik ni meninggal, incik abah cerita, orang orang pas area umah aku boleh tak bagi imam kawasan aku ni mandi kan arwah.sebab utama arwah nih orang pas, imam tuh pulak orang bn.apa punya bangang la orang yang tak bagi tuh.

pakcik, arwah dah tentu tentu lah da takda.apa salah nya kalau imam tuh nak bagi pertolongan kali terakhir kat arwah tuh?kenapa nak kena orang pas jugak yang mandi kan?kalau orang umno / bn mandi kan arwah, tak bersih ke?atau batal air sembahyang?yang nak tolong mandi kan tuh bukan calang calang orang.imam pulak tuh?apa salah nya?penting sangat ke fahaman politik sampai nak beza beza kan camtu sekali?kenapa kena pentingkan fahaman politik dari agama sendiri?imam tuh bukan orang islam ke?

aku pelik lah dengan mentaliti orang melayu ni.kerana perbezaan fahaman politik,sanggup ketepikan agama.apa salahnya kita ketepikan fahaman politik tuh demi kepentingan agama.kat padang masyhar tuh nanti tak kan ditanya apa fahaman politik korang.tak kan ada soalan berkaitan parti politik yang korang sokong.

ok, lets say, ayah korang orang pas, korang pulak memang bn sejati.1 day ayah korang sakit.time tuh memang dah tak ada sesiapa melainkan kau seorang je kat situ.tak kan kau nak biarkan ayah kau mati kat situ semata mata fahaman politik korang berbeza?

aku cakap bukan sebab aku sokong mana mana parti politik.aku sendiri benci dengan politik malaysia sekarang ni.tak kira umno, bn, pas dap, roket atau apa jugak lah parti parti yang ada.sebab utama pemimpin atas tak betol.kalau pemimpin paling atas betol sekali pon, belum tentu orang orang kanan dan bawah betol.


ps : al fatihah untuk arwah pakdo yang pergi menemui ilahi.blog arwah pon best.semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman



adios.
assalamualaikum.

2 kutukan sopan diterima:

mie said...

undi anda rahsia..
pilih la yg terbaik..
hahaaaa

akeep razalee said...

alfatihah .aku blogger baru tak sempat kenal die. uhu. .cantik ukhwah antara blogger.






jom ikot aku pegi belog aku damnhellno

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design