assalamualaikom.
kom apa kombat.
bat ape batmen.
men ape mentol.
tol apa tolak.
lak apa lakse.
se apa sepak.
pak apa pakcik.
ci apa cicak.
ca apa cawan.
wan apa.
one 2, 3,4 5,6,7,8 ,9,ten.
ten apa tenbak.
bak apa,bak duit.
duit apa duit kertas.
kertas apa,kertas khabar.
khabar apa khabar baik.
baik apa baik hati.
hati sapa hati aku lah.hahahahaha.=_=
korang pernah dengar tak bait bait lagu diatas.lagu ker?entah aku pon tak pasti.tapi masa dulu kala kalau main benda ni kitorang akan nyanyi.kira lagu lah tuh kan?hahahahaha.sebenarnya aku bosan giloz kat opi ni.dah la pc yang aku guna ni terlampau 'laju' untuk meloading sumting ditambah pula dengan keadaan aku yang kena paksa bekerja di saat orang lain dapat cuti.memang muka aku yang comel ni bertambah comel lah kan?teeetttt.(sila buat tendangan berkelajuan 123km/j)
tadi sempat p jalan jalan kat blog bloger blogger yang ada kat malaysia ni.tak sudah sudah lagi rupanya pasal bola.atau lebih tepat lagi pasal KFCM.ala,malas lah aku nak tulis panjang panjang.aku letak KFCM pon aku sure semua orang tahu.boleh kata semua orang nak fokus kat si kfc m ni.macam lah dia sorang yang main untuk julang malaysia jadi juara itu hari.kalau takde khairul idlan yang bagi hantaran cantik kat safee sali,tak kan dapat malaysia menang.kalau takde k rajagopal yang latih our team,tak kan dapat malaysia julang piala suzuki.kalau takde muslim ahmad,khyril muhymeen,s kunalan,safiq rahim (sekadar menyebut beberapa nama) dan semua player player kebangsaan,tak kan dapat rakyat malaysia cuti hari ni.kenapa mesti kfcm jek sorang yang femes?
tak kan sebab muslim ahmad tertanduk gol ke gawang sendiri, media tak sedar dia ada dalam skuad kebangsaan?atau sebab sabree mat abu tertampan guna tangan bola dalam kotak penalti,sampai indonesia dapat penalti tapi tak gol orang tak namapak kewujudan dia dalam skuad harimau malaya?sekali lagi aku tanya, just because kfcm banyak save kan bola dari terus bolos,dia dijulang sebagai wira?yang lain macam mana?kan unfair tuh.memang la kfcm hebat,aku tak nafikan.tapi kita jangan lupa,player player lain n jurulatih terlibat sama dalam mencapai kemenangan sekaligus mencipta sejarah dalam sukan tanah air.
ni pendapat peribadi aku.sebab aku rasa kfcm terlalu dijulang tinggi sangat.sampai orang tak nampak jasa yang lain lain.lagi hangat pasal kfcm ni bila cik awek mula bercerita mengenai perkenalan dan segala macam cerita yang aku rasa terlalu peribadi untuk tontonan umum.tak salah nak bercerita,sebab tuh personal blog.tapi jangan sampai ada pihak yang akan menggunakan blog tersebut untuk menjatuhkan carrier si kfcm ni.
bukan sengaja nak mencari kesalahan si awek,tapi bagi aku sendiri,as a woman, kita harus tahu mana satu kisah yang nak bagi orang tahu.mana satu kisah yang nak simpan sendiri.sebab bila dah banyak sangat hal personal ni keluar,orang akan cari sampai sebesar semut hitam sekali salah tuh.percayalah.hope both of u akan dapat lalui semua ni.
to malaysian fooball's team,thanx for make the history for our country.terima kasih kerana mengembalikan semula maruah bola sepak malaysia.im proud to be malaysian.=).harap sangat team malaysia akan main diperingkat yang lebih jauh lagi.
nota kaki kiri --> malaysia juara 2 game untuk asia tenggara tahun ni..TAHNIAH
adios
assalamualaikum
