Engkorang Yang Best

Showing posts with label malaysia menang. Show all posts
Showing posts with label malaysia menang. Show all posts

Friday, December 31, 2010

BUKAN KFCM SORANG YANG TERLIBAT DENGAN KEMENANGAN MALAYSIA.INGAT TUH!!

Assalamualaikum


assalamualaikom.
kom apa kombat.
bat ape batmen.
men ape mentol.
tol apa tolak.
lak apa lakse.
se apa sepak.
pak apa pakcik.
ci apa cicak.
ca apa cawan.
wan apa.
one 2, 3,4 5,6,7,8 ,9,ten.
ten apa tenbak.
bak apa,bak duit.
duit apa duit kertas.
kertas apa,kertas khabar.
khabar apa khabar baik.
baik apa baik hati.
hati sapa hati aku lah.hahahahaha.=_=

korang pernah dengar tak bait bait lagu diatas.lagu ker?entah aku pon tak pasti.tapi masa dulu kala kalau main benda ni kitorang akan nyanyi.kira lagu lah tuh kan?hahahahaha.sebenarnya aku bosan giloz kat opi ni.dah la pc yang aku guna ni terlampau 'laju' untuk meloading sumting ditambah pula dengan keadaan aku yang kena paksa bekerja di saat orang lain dapat cuti.memang muka aku yang comel ni bertambah comel lah kan?teeetttt.(sila buat tendangan berkelajuan 123km/j)

tadi sempat p jalan jalan kat blog bloger blogger yang ada kat malaysia ni.tak sudah sudah lagi rupanya pasal bola.atau lebih tepat lagi pasal KFCM.ala,malas lah aku nak tulis panjang panjang.aku letak KFCM pon aku sure semua orang tahu.boleh kata semua orang nak fokus kat si kfc m ni.macam lah dia sorang yang main untuk julang malaysia jadi juara itu hari.kalau takde khairul idlan yang bagi hantaran cantik kat safee sali,tak kan dapat malaysia menang.kalau takde k rajagopal yang latih our team,tak kan dapat malaysia julang piala suzuki.kalau takde muslim ahmad,khyril muhymeen,s kunalan,safiq rahim (sekadar menyebut beberapa nama) dan semua player player kebangsaan,tak kan dapat rakyat malaysia cuti hari ni.kenapa mesti kfcm jek sorang yang femes?

tak kan sebab muslim ahmad tertanduk gol ke gawang sendiri, media tak sedar dia ada dalam skuad kebangsaan?atau sebab sabree mat abu tertampan guna tangan bola dalam kotak penalti,sampai indonesia dapat penalti tapi tak gol orang tak namapak kewujudan dia dalam skuad harimau malaya?sekali lagi aku tanya, just because kfcm banyak save kan bola dari terus bolos,dia dijulang sebagai wira?yang lain macam mana?kan unfair tuh.memang la kfcm hebat,aku tak nafikan.tapi kita jangan lupa,player player lain n jurulatih terlibat sama dalam mencapai kemenangan sekaligus mencipta sejarah dalam sukan tanah air.

ni pendapat peribadi aku.sebab aku rasa kfcm terlalu dijulang tinggi sangat.sampai orang tak nampak jasa yang lain lain.lagi hangat pasal kfcm ni bila cik awek mula bercerita mengenai perkenalan dan segala macam cerita yang aku rasa terlalu peribadi untuk tontonan umum.tak salah nak bercerita,sebab tuh personal blog.tapi jangan sampai ada pihak yang akan menggunakan blog tersebut untuk menjatuhkan carrier si kfcm ni.

bukan sengaja nak mencari kesalahan si awek,tapi bagi aku sendiri,as a woman, kita harus tahu mana satu kisah yang nak bagi orang tahu.mana satu kisah yang nak simpan sendiri.sebab bila dah banyak sangat hal personal ni keluar,orang akan cari sampai sebesar semut hitam sekali salah tuh.percayalah.hope both of u akan dapat lalui semua ni.

to malaysian fooball's team,thanx for make the history for our country.terima kasih kerana mengembalikan semula maruah bola sepak malaysia.im proud to be malaysian.=).harap sangat team malaysia akan main diperingkat yang lebih jauh lagi.

nota kaki kiri --> malaysia juara 2 game untuk asia tenggara tahun ni..TAHNIAH

adios
assalamualaikum

Thursday, December 30, 2010

lagi lagi pasal bola

Assalamualaikum




salam petang.salam lepa lunch,salam 1 malaysia.hoyeahhh.semua orang dah taw kan?ang p la memana blog,kompom diorang dah update pasal malaysia juara.aku jek lambat sikit.ehh,bukansikit,tapi banyak dah.orang lain lepas jek malaysia kompom menang malam tadi terus jek hapdet.aku?petang ni ha baru nak sibuk sibuk cakap pasal bola.tak basi lagi kan?

pagi pagi masuk opis terus on9.standard la fb,blog incik ben, dengan blog zara aku terjah dulu.then baru blog aku. terkezut aku tengok fb pagi ni.abis suma duk mengelike page khairul fahmi che mat dengan safee sali.sign in blog,tengok dekat dahboard,hampir emua orang duk story pasal bola + safee sali + khairul fahmi che mat.gila hebat penangan mamat 2 orang ni.apasal korang tak nak like raja gopal eh?dia lagi hebat taw.kalau takde dia, tak dapat team malaysia menang.betol an an an?

bagi sesapa yang konon dah jatuh tangga cinta dengan khairul fahmi tuh,sila frust menonggeng yer sebab dia dah ada awek pon.cun sey.tak caya p usha sendiri kat SINI.makanya haruslah awek awek kat luar sana menangis sambil peluk tiang gol (pejadah nak peluk tiang gol sengal) yer sebab kempunan nak dapat fahmi.artis pon ade gak beb yang minat fahmi ni.tak ley bla tol la.hahaha.

aku pelik betol bila tetiba ramai pulak yang mengelike si fahmi ni.start dari malam tadi,mencanak canak naik nama dia kat google tuh.memang orang cari sesangat terutama yang perempuan.hebat siot penangan keeper malaysia.tak payah susah susah masuk raja lawak ke,mentor ke,tak pon af.main bola je beb.femes amos dah.untung awek fahmi.kena tempias sama.blog awek dia memang orang cari sangat sebab nak kompom betol tak tuh awek fahmi.hahaha.follower toksah cerita la.pagi tadi aku datang ada 1000++ jek.masuk tengah hari dah naik 2000++.kejap tadi aku masuk dah 3000++.mak aii.mencanak canak orang datang follow beb.memang rezeki betol la.tambah tambah si fafau ada announce pasal blog awek fahmi kat hot fm pagi tadi.terus naik traffik blog.kompom lepas ni dapat BE.hahaha.

ooppsss.tetiba aku pon termelalut pasal fahmi gak la.hahaha.nak trafik jugak ke miss shizu oi?haha.

ok cukup story pasal fahmi.nak story pasal bola pulak.malam tadi p tengok bola dengan incik pomen aka ijal.kami p tengok kat kedai makan mat zin.hajat hati nak tengok dekat skrin besar.tapi disebabkan pakcik ni terhegeh hegeh,kitorang p jek kedai makan yang ada kat area tuh + pakcik ni teringin nak makan puyuh pulak.ikut je lah.yang penting pakcik belanja.hahaha.

keluar rumah malam tadi agak lewat sebab pakcik tuh lagi.janji nak keluar pukul 8.tapi entah apa sengal dia ntah,kul 8.40 baru keluar.nasib aku sempat tengok bola jap sampai time team indon dapat penalti yang tak gol.hahaha.penalti pon tak gol.hebat kan keeper malaysia?keeper lagi.adoiiii.

memula ingat nak p makan nasik ayam.tapi disebabkan kat tempat tuh macam tak berapa nak ada tv jek, kitorang terus ubah haluan.sampai matzin corner, tengok cam full jek.tapi pakcik ni kata ok,aku pon on jek.ala,bukan ada skrin besar pon.beria jek lebih.tapi ok lah.ada jugak lah tv + ramai orang tengok bola.time kitorang sampai team malaysia dah lead 1-0.time tuh dah minit ke 64.ok lah kan.still ada masa nak tengok lebih kurang 24 minit lagi tuh.agak lama jugak kan?

bila indon dapat sebijik gol,aku pulak macam nak marah.pakcik tuh aku tengok cool jek.cet,saja jek nak buat buat cool depan aku.bila bebudak raja gopal bawak bola,aku tengok pakcik ni pulak terlebih komen.tambah tambah bila time bola dapat kejap kejap jek kat pemain malaysia.pakcik,kalau awak terrer sangat apsal awak tak main jek untuk team malaysia?tengok,dah teremo pulak dah.tak lama lepas indon dapat sebijik,masuk lagi sebijik.tapi kali ni,own gol.muslim ahmad tertanduk bola ke gol sendiri.alamak bro,taw la excited nak sumbat gol,tapi jangan lah sampai sumbat gol kat gol sendiri bro.huu.

walau malaysia kalah final leg ke 2,tapi piala suzuki tetap milik kita sebab kita dah menang besar time 1st final leg.so,malaysia menang dengan agregat 4-2.tahniah team malaysia.tahniah raja gopal.tahniah rakyat malaysia.

apa yang aku suka kali ni,team malaysia main as a team.tak mengharapkan pada sorang player tuh jek.permainan pon cun.cuma bahagian pertahanan kena lebih mantop lagi.baru lagi cun.apa apa pon gud job.malaysia dah dapat kuasai asia tenggara.teruskan penguasaan ke peringkat yang lebih tinggi.lepas ni target kita benua asia pulak.mana lah taw ada rezki nak masuk world cup.sapa sangka weh?tahun ni reffree kita je yang mauk,4 tahun lagi mana lah taw kan,negara kita terpilih pulak.

penutup tahun 2010 yang sangat membanggakan rakyat malaysia.syabas semua.kerana sukan korang sanggup ketepikan fahaman politik.kerana sukan sanggup buang ego masing masing.korang dah buktikan walaupon korang selalu bertelagah kerana perbezaan fahaman politik,tapi rakyat malaysia bersatu demi sukan.cayalah beb.ilepu lah.=)

nota kaki kiri -->>thanx to pm sebab bagi cuti esok.tp apsal bos aku taknak bagi cuti?huwaaaa.baru nak mengenjoykan diri.uhukuhukuhuk..;-(
-->>entry kali ni takde gambar sebab update guna pc opi yang sangat 'laju'.harap maklum.

Wednesday, December 29, 2010

malaysia vs indonesia.kemana piala suzuki akan pergi..

Assalamualaikum..

petang korang semua.lama dah aku tak membebel kat sini.kalau ada update pon mesti kes nak join segmen incik ben.kalau tak haram.huu.entah la.tiba tiba jadi macam takde mood nak membebel.

nak sembang pasal apa ek?pk jap..


ok dah dapat.malam ni bola final ke 2 kan?so, pe kata aku saja jek nak sembang sembang pasal bola.lagipon,mu lawan arituh draw jek ngan birmingham.draw is better than loser rite?dapat jugak la 1 point.the most important is mu still da lead of the league.fuiiyyyooo,terspeaking la plak.hehehehe.

malam ni final ke 2 untuk piala motor suzuki abah aku.pelik aku.apsal lak final ada timbal balik ek?world cup pon takde timbal balik.dah menang time final tuh dah.setel.dapat piala bawak balik.dapat duit nak berfoya foya.kan senang.

itu hari main dekat bukit jalil.kecoh sampai hari ni kes laser hijau.yang tak puas hatinya team yang kalah la kan.biasa la,sapa boleh terima kekalahan.kalau kalah sikit takpe.ni 3 gol tanpa balasan.tuh yang dorang frust menonggeng tuh.kalau nak kalah tuh takde sebab laser tuh pon.dah memang rezeki team harimau malaya malam tuh, indonesia kena lah terima dengan fikiran terbuka.ala,time skuad raja gopal kalah 5-1 arituh kitorang rakyat malaysia rileks jek.takde pon sampai nak ganyang indon.budak indon yang jadi kuli incik abah pon takde lah kena berhenti noreh pon.rileks jek.kitorang tak p bakar pon rumah dia.budak indon tuh jek yang p bakar rokok sendiri.(sila sekeh dengan kelajuan yang paling maksimum)

malam ni aku n semua rakyat malaysia mengharapkan kemenangan skuad harimau malaya.kita dah menang 3-0 itu hari.dah ada bekal dalam tuppaware, kalau kalah jugak agak sadis lah kan.aku beat malam ni malaysia boleh sumbat gol sebijik lagi.baru betol betol ho liaw.

aku harap game malam ni takde lah insident insident yang memalukan.tak kira lah memalukan orang malaysia o orang indonesia.kalah menang tuh belakang cerita.cool suda.

harap sangat otomen datang malam ni support team MALAYSIA..=)

adios
assalamualaikum.
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design