Engkorang Yang Best

Tuesday, July 12, 2011

saya mintak maaf awak (T_T)

Assalamualaikum


dah nak masuk pagi selasa dah pon.mata aku still segar bugar.kat luar hujan mula turun dah.dekat dalam bilik ni toksah cerita la.dari tadi lagi dah hujan.(T_T).dah kata cengeng kan,so memang cengeng betul lah.huhu.


tak tahu kenapa aku rasa minggu ni dengan minggu lepas paling banyak ujian dalam perhubungan aku dengan mok.lepas satu satu.aku tak tahu kenapa time time sekarang ni masalah kecik pon boleh jadi besar.tipu kalau aku kata aku tak sedih langsung dengan apa yang jadi.boleh kata hari hari air mata ni keluar jek kalau pikir hal kitorang.macam tadi,mula mula ketawa,lastly,ending nya senyap.benda kecik pon boleh jadi hal.puncanya fb je pon.tapi tuh la.aku ni cepat sangat terasa.pantang mok cakap sikit,mulalah menggedik nak terasa.mulalah sebak semacam jek.aku tak tahu kenapa dengan dia jek aku mudah terasa.dengan dia jek nak mengengada.

mok,saya tahu awak dah terlalu banyak bersabar dengan sikap saya.saya mintak maaf sangat sangat sebab saya selalu kalah dengan emosi kalau berdepan dengan awak.saya selalu buat awak macam budak budak.saya selalu treat awak supaya awak jadi macam saya.saya tak pernah nak paham awak kan?

mok,kenapa benda ni semua mesti nak jadi dalam perhubungan kita yang masih terlalu baru ni?saya takut kehilangan awak.saya tak nak bayangkan hidup saya tanpa awak lepas awak datang dalam hidup saya.saya tahu tadi awak cuba sabar dengan perangai dan sikap saya kan?ego saya tinggi kan mok?

mok terima kasih sebab awak tetap stay dengan saya sampai hari ni walau dah macam macam saya buat pada awak.dah macam macam perangai saya buat kat awak.dah macam macam hal saya buat awak susah hati.tapi awak tetap ada dengan saya.awak tetap sabar dengan kerenah saya.

mok,saya sayang awak.saya taknak hilang awak.saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak walaupon saya tak pasti macam mana baiknya tuh.mok saya tahu awak baca blog saya.saya nak mintak maaf mok sebab buat awak macam mana yang saya buat sekarang.saya sedih sangat bila jadi macam ni.



saya rindu sangat sangat masa mula mula kita kenal.saya rindu nak gelak gelak dengan awak.i miss all about u.(T_T)

missing u being a part of my life everyday


im scared to care too much,to feel that rush once more,to love again at the risk of getting hurt.But what i fear most is the thought of you leaving me, when i've aready conquered those fears for you.

Friday, July 8, 2011

tukar ke ujrah.tapi tak taw macam mana..tolong...:(

Assalamualaikum


hyep guys.salam petang jumaat.tak tahu nak buat entry pasal apa sekarang ni.jadi blur sebab dah lama sangat tak update blog ni.update pon jarang jarang kan,padan lah muka aku.hehehe.

tadi bukak emel gmail.ada satu email pasal ptptn.email tuh memang dah lama aku tunggu.pasal pertukaran caj perkhidmatan untuk bayaran balik pinjaman.masalah problemnya aku tak paham weh.macam dah kena isi balik semula borang time nak pinjam dulu jek.siap nak kena ada stem hasil bagai.pastu tanda tangan saksi semua tuh.tak paham weh.

korang korang penah buat tak?kalau ada sesapa yang dah tukar ke ujrah tuh tulun gtaw eh..agak agak kalau aku tak isi borang tuh boleh tak?cam tak maw tukar jek bila tengok borang nya banyak giloz tadi.huhuhuhu..

thanks for coming and reading here..love u guys..:)

Wednesday, July 6, 2011

Hati oh hati..

Assalamualaikum.


entry menggedik tengah tengah malam.mata dah mengantuk tapi stil gatal nak update jugak blog yang dah bersawang.malas nak pusing pusing,so straight to the point je lah untuk entry kali ni.

SAYA RINDU MOK.*sobsob*sambilsapuairmatapelukmr.mokjunior*

mok,saya rindu awak.saya nak tidur dah tadi,tapi tak boleh tidur sebab tiba tiba saya rindu sangat dekat awak.so,saya decide nak luahkan apa yang saya rasa dekat blog saya ni.saya tak tahu kenapa malam ni tiba tiba saya rasa sangat sangat tak yakin dengan hubungan kita.saya takut sangat nak tempuh masa depan yang saya sendiri tak tahu.tadi saya dengar lagu yang tengah famous sekarang.Lagu Aishiteru (Menunggu).sampai satu part tuh,saya rasa lirik tuh macam kena jek dengan saya sekarang.ni lirik tuh,

entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

mok,saya mintak maaf sebab saya tak yakin dengan hubungan kita.entah lah.saya takut nak fikirkan masa depan yang saya tak boleh jangka.macam awak kata,masa depan bukan kat tangan kita kan?

mok,waktu tengah taip entry ni kan,saya tengah peluk mr.mok junior tuh dengan air mata yang meleleh lagi.saya tak tahu kenapa saya lemah sangat dengan awak mok.saya tak tahu kenapa saya tak boleh jadi kuat dengan awak.saya mintak maaf mok.takde niat nak buat awak susah hati.saya SAYANG awak mok.

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru


mr.mok junior saya..:)

oopsss...sekali termenjiwang pulak entry kali ni.hehehe.thanx for coming and reading here...:)love u guys...

Friday, June 10, 2011

...

Assalamualaikum...


Lama tak menaip kat sini.lama tak bercerita mengenai kehidupan seorang aku yang bernama liana yusof.alhamdulillah,seorang manusia yang bernama Norliana Mohd Yusof ini masih lagi di beri kesempatan untuk mengirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida oleh Yang Maha Esa.


Lama tak menaip,buat aku jadi kekok.dari tadi duk taip taip,then tekan backspace laju laju.taip 3 baris tekan backspace macam taip 18 baris.hahaha.nampak sangat skill menaip aku tak power macam korang korang yang rajin buat entry baru kat blog.maklumlah dah agak lama aku biarkan blog aku ni bersawang.kesian kat korang yang datang melawat kan,asyik entry lama jek.dah-tahu-kesian-tak-gheti-gheti-nak-rajin-update-ker-?-


untuk pengetahuan korang,waktu tengah menaip ni,jam kat laptop aku dah pon pukul 2 pagi dan aku still tak tidur lagi walaupon esok nak kena bangun pagi .ni semua semata mata aku nak menaip entry baru kat sini.nampak tak kesungguhan aku nak update blog tuh?ceh,padahal aku tengah gila main game angry bird kat google chrome.haha.nampak sangat kejutan kebudayaan main game ni.


ceh,intro entry kemain kau serius kan shizu,dah sampai isi,hampeh.langsung takde motif entry kali ni aku rasa.sengal gila kot.tai aku tetap nak publish jugak sebab nanti blog aku ada jugak la update terbaru.kehkehkeh.


ok dah siap.nak pi sambung main angry bird kejap.2.30 kompom aku wajib tidur.kalau tak,esok tak bangun lagi naya.esok kalau rajin aku buat entry lagi k.


ok babai.thanx for coming here.iloveu lah..:)

Monday, June 6, 2011

lagi lagi mok...

Assalamualaikum




dah pukul 12.34.still tak tidur lagi.mata macam terang semacam jek malam ni.padahal esok nak kena bangun pagi sebab nak bangun sahur.dah niat nak puasa esok.nak habis ganti puasa tahun lepas.tadi macam dah pesan kat incik mok suruh kejut,tapi macam tak boleh jek.so,kena pasang alarm sendiri.kang tak pasal pasal tak bersahur aku.sudahnya tangguh lagi puasa.

semalam baru jek cakap rindu mok.tak dan nak rindu lelama,bangun pagi jek terus on call.hahaha.siap suruh dia teman aku nak g makan kenduri lagi.hihi.thanx mok.

semalam aku keluar shopping + tengok wayang dengan adik aku.beli handbag,sandle ngan tudung.tapi tudung tuh hilang entah kemana.puas dah aku cari.puas dah suruh adik aku selongkar kereta.memang takde.walhal time nak balik tuh memang aku nampak ada dalam beg.sampai rumah tudung takde.dua pulak tuh aku beli.terkilan sangat.tak tahu kenapa aku rasa terkilan yang teramat.

tadi time on call dengan mok,cakap dengan dia yang aku terkilan sangat sangat tudung tuh hilang macam tuh jek.lepas tu mok cakap takde rezki aku.dia tak bagi aku pikir lagi.tapi still pikir jugak untill now.sedih woo baru beli tapi hilang macam tuh jek.huhu

tadi on call dengan mok dari siang.then stop kejap.lepas isyak sambung lagi sampai la pukul 12 tadi.dia dah mengantuk.nasib baik dia mengantuk.kalau tak,memang sampai sekarang la kitorang still on call lagi.hihihi..nak buat macam mana,call free.so,gayut lah sampai nak tercabut telinga sekalipon.orang nak marah?apa aku kesah.bak kata mok,bukan mintak duit dia pon tolong bayarkan bil.bukan pinjam telinga dia pon kalau kitorang on call.

petang tadi entah macam mana aku macam terasa hati dengan mok.tak tahu kenapa sejak 2 menjak ni aku mudah sangat terasa dengan apa yang dia cakap.style aku,kalau aku dah terasa dengan orang tuh,aku lebih senang diamkan diri.walau pon tengah on call,tapi aku kurang bercakap.mok dah faham sangat dah.kalau memula bising,aku jek yang bercakap sampai dia nak bercakap pon tak boleh,tapi tiba tiba jek ter senyap,makna nya adalah yang tak kena tuh.adalah yang aku terasa.huhu

satu sikap mok yang aku suka sangat,dia tak boleh kalau aku diam.dia rasa hilang aku.tuh yang syok.kadang kadang buat dia rasa bersalah.hahahaha.jahatkan...tapi tak lama pon.sebab nanti mok pulak yang saja menyakat aku.dia pulak yang diam.last last aku yang kena pujuk dia balik.hahaha.pernah sekali tuh kan,aku konon nya nak merajuk lah,gedik sangat lah kononnya nak suruh mok pujuk.tp tiba tiba dia yang macam terasa.aku rasa bersalah.terus aku nangis mintak maaf.mok kompom kalah dengan air mata aku.hahaha.tapi tak selalu la.dia selalu cakap aku cengeng.sikit sikit nak nangis.aku sendiri pon pelik,dengan dia jek aku selalu nangis.tak boleh kena langsung.huhu.gedik kan?hahaha

eh eh,tiba tiba baru aku perasan yang entry aku kali ni n yang sebelum sebelum ni semua duk cerita pasal mok.tetttt...hihi..ok dah dah stop stop.kang ada yang menyampah kang.

ok lah.maw tidur dulu lah.esok maw bangun pagi.nite semua.thanx for reading here.
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design