Engkorang Yang Best

Sunday, July 31, 2011

Bicara sekeping hati

Assalamualaikum

semalam,

balik kampung abah dan emak sebab nak hantar lemang yang abah buat.mulanya mahu sendirian,tapi dihalang oleh akak aku.lantas dia menemani sepanjang perjalanan.tiada bicara mesra tercetus mesra.tiada bualan hangat seperti selalu.seperti biasa untuk seminggu ini,aku hanya melayani perasaan sendiri.tanpa sesiapa memahami gelojak isi hati.

memulakan perjalanan sekitar 5.00 petang.singgah di pekan berhampiran kerana akak aku mahu membeli makanan tambahan untuk si kecil.sampai di rumah atuk sebelah abah kira kira jam 6.15 petang.aku lihat atuk sendiri.sendiri semenjak pemergian isteri tersayang kira kira 4 tahun lalu.sendiri tanpa insan tersayang di sisi.terfikir aku sendiri,apa juadah untuk bersahur pagi hari nanti.apa kudrat tua itu masih mampu berdiri.termangu aku sendiri lagi.lantas aku terkenang apa mungkin jua aku nanti begini.sendiri tanpa ditemani.


hari ini,

petang sebelum ramadan menjelang, aku menghabiskan masa di shopping compleks berdekatan di sini. dengan hanya menaiki motorsikal milik abah, aku atur langkah sendiri.tiada apa yang dicari. sekadar hanya mengikut kata hati.sendiri melewati gerai yang tersusun rapi.aku pandang apa yang tersedia di jamu mata ini.aku perhati gelagat sekalian anak anak muda di sini.terdetik di kotak hati yang kian sepi.apa mungkin aku jua akan merasa sebegini.bergandingan mesra tanpa mengira sesiapa yang memandang jua memerhati.aku perhati lagi tanpa rasa jemu apatah benci di hati.

lama aku termenung sendiri.entah apa yang aku fikir aku sendiri tidak pasti.yang pasti kini aku kembali sepi bertemankan sekeping hati.sekeping hati yang kini direntap pedih tanpa ada rasa simpati.

sebentar tadi,terpandang aku nokia 2630 pemberian abang yang kini kian sepi.tiada lagi nada dering adamaya punya ost.tiada lagi panggilan panggilan yang membuatkan aku tersenyum sendiri.tiada lagi kata kata azimat jua semangat untuk aku tabahkan hati ini.tiada lagi hari hari aku mencari cari hands free.yang tinggal kini hanya memori yang aku semat rapi.memori yang tak mungkin untuk aku campak ketepi tatkala kekosongan hati ini dahulunya telah pun di isi.biarpon kini aku hanya sendiri bertemankan sepi.

untuk kamu yang saya sayangi,walaupun hati ini tak pasti sama ada untuk merelakan semua ini terjadi,saya tahu kamu pasti baca apa yang saya tulis di sini.saya lepaskan kamu pergi jika itu boleh membahagiakan kamu di kemudian hari.hati saya janganlah kamu fikir lagi.teruskan melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.anggap sahaja saya sebahagian debu debu berterbangan yang melekat di cermin sisi.lantas apabila kamu cuci,ia akan hilang tak tahu kemana pergi.

untuk kamu yang saya sayangi,warkah tinta hati ini saya taip disini,bukan bererti saya cuba menagih simpati apatah lagi mahu menggoyahkan hati kamu lagi.ianya sekadar coretan rasa hati yang saya pendam sendiri tanpa sesiapa ketahui.

untuk kamu yang saya kasihi,tatkala warkah tinta hati ini di taip disini,air mata saya mengalir deras sekali.entah mengapa tidak jua saya ketahui.yang pasti saya harus meneruskan hari hari kini sendiri tanpa kamu disisi.walau sejauh mana jua kaki ini melangkah pergi,saya akan pastikan kamu tetap di hati.kerana sekeping hati saya telah saya berikan kepada kamu tanpa saya sedari.

untuk kamu yang saya sayangi,terima kasih atas segala memori.kamu sebahagian hidup saya kini.walau tanpa jasad kamu disisi,kamu tetap hidup segar dihati ini.

hanya ini menjadi memori




saya sayang kamu selamanya.


semua orang pasti mati,tetapi cinta tak dapat dikuburkan,kerana  tiada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati.

Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa..:)

Assalamualaikum








dari kami --> shizu & mok


Friday, July 29, 2011

Sesekali ujian macam ni datang,baru thru punya penangan cinta

Assalamualaikum


adat bercinta bagi aku kalau ada ujian dan badai menerpa.tak sah jugak kalau dah badai menerpa tuh,air mata si perempuan tak tumpah.aku bukan malaikat.aku juga bukan para anbiya yang bisa menerima segala ujian dan dugaan yang di berikan.

bila adanya dugaan dan ujian macam ni,baru aku terasa macam mana sayangnya aku dekat dia.baru thru penangan cinta tuh rupanya.selama ni kalau setakat kapel,then break up bagi aku tuh benda biasa.chill sudah.tapi,bila kau dah jumpa orang yang betul betul kau rasa yakin nak melangkah bersama,tiba tiba datang ribut yang tak berapa nak taufan la kan,memang kau akan terasa penangan cinta tuh.memang terasa semangat nak bernafas tuh tiba tiba hilang.itu yang jadi dekat aku sekarang.hambik aku.ingat kan bila datang dugaan macam ni aku boleh rilex n cool lah kan nak tempuh benda tuh semua,rupa nya aku lagi lembik.hilang macho aku macam ni.baru sikit punya dugaan tuh.

tiga empat hari ni memang aku tak nafikan aku memang jadi tak tentu arah sangat sangat.dah macam separuh gila pon ada.rasa macam hilang sebelah badan.memang terasa sangat sangat la.sebelum ni,kalau setakat dugaan biasa biasa tuh aku boleh chill lagi la.sekarang nak chill pon rasa tak berapa nak jadi jek.buat apa semua serba tak menjadi.nak p keje pon rasa dah takde semangat lagi.memang seriyes weh aku rasa camni.down sangat sangat.bukan down yang dibuat buat.masuk bilik tengok mr mok junior, meleleh air mata.pernah satu hari tuh aku menangis dari pagi sampai ke malam.sampai terlelap.sedar sedar dah pagi.time kat opis terpaksa cover air mata tuh.

bab makan toksah nak cerita lah,memang perut ni sentiasa kenyang memanjang.memang takde rasa langsung nak makan.sampai mak aku pon pelik tengok aku.selalu pantang orang sua jek makanan tuh.sekarang ni nak masuk dapor pon rasa macam berat jek kaki tuh.

aku tak pernah rasa macam ni dengan orang lain.dulu dulu kala,time break up dengan ex,aku rasa ok jek.aku rasa biasa jek tuh semua.tapi sekarang bila datang badai macam ni, aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku.hari ni,pagi pagi lagi dah rasa takde semangat langsung nak bangun ditambah lagi dengan hujan lebat.

mok,sayang saya pada awak takkan berubah walau pon badai melanda kita sekarang.

mok,saya nak awak tahu yang saya sayang sangat dekat awak.saya nak hidup dengan awak.saya rindu gelak tawa kita macam dulu.saya tahu awak pon tengah berperang dengan perasaan sendiri kan?mok,saya harap saya kuat nak tempuh dugaan ni semua.saya harap saya kuat untuk tunggu awak walau berapa lama masa yang awak perlukan.mok,selagi kaki saya mampu melangkah,saya akan teruskan ayunan langkah saya walaupun adakalanya langkahan saya tergelincir,walau adakalanya kaki saya tersadung lalu jatuh menjunam ke tanah.saya akan bangun semula kerana saya yakin dengan langkah ayunan yang pernah kita buat bersama.


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
credit to : jejariruncing


dia akan cuba belajar semula cara untuk tersenyum

 macam ni

 jua macam ni


MOK,SAYA SAYANG AWAK SANGAT SANGAT.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya tetap terbaik

Assalamualaikum


1st sekali nak wish tahniah dekat skuad harimau malaya.takpe,walau kita tewas dengan agregat 6-4 dengan singapore,tapi kita tetap juara di hati peminat peminat bola sepak tanah air.paling aku respect peminat peminat yang p stadium.memang tabik spring la.korang memang best.sanggup beratur nak beli tiket,lepas tuh boleh lepak sekali dengan puluhan ribu orang dalam tuh.memang terbaik la kan.semua sebab bola.bola yang buat kita semua bersatu.:)

memang best tengok game ni tadi walaupon aku tengok dekat rumah.tengok dengan adik perempuan aku n abah aku.tapi gaya tengok tadi dah macam semua yang tengok tuh lelaki.hahaha.1st half tuh malaysia punya serangan tak berapa nak menjadi, 2nd half baru nampak kita menyerang sampai dapat gol.tapi tu la,dah memang bukan rezeki skuad malaysia nak p ke peringkat yang seterusnya kan. maybe next time kan?sapa taw?ye dak?

komen aku satu je lah,player malaysia jangan terlalu bergantung dengan senior senior macam safee sali tuh.yang lain kena bijak jugak.macam tadi,lepas aidil n out,rasa macam pertahanan tak berapa nak KAW lah.safik rahim takde,midfield pon kucar kacir sikit.tapi takpe,diorang dah buat yang terbaik untuk malam ni.hope lepas ni corak permainan diorang akan lebih mantap lagi.jadikan kekalahan hari ni sebagai pengalaman untuk kejayaan akan datang.

untuk skuad harimau malaya,TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH..

untuk penyokong skuad harimau, korang memang terbaik

untuk skuad singapura,taktik korang bijak,tapi kalau lembik sangat tak payah main bola sepak la,resign jek terus.:p

adios
assalamualaikum

Wednesday, July 27, 2011

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design