Engkorang Yang Best

Showing posts with label sengal ubi. Show all posts
Showing posts with label sengal ubi. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Agak agak lah der nak panas baran sekali pon...

Assalamualaikum.tak dosa taw.


seharian tak berblogging semalam.oh tipu.aku ada update jugak tengah hari semalam sebelum tertidur.ter tu tandanya tak sengaja yer kawan kawan.kehkehkeh.

semalam baru aku cerita pasal mak yang tak guna,ini hari keluar lagi satu cerita yang lebih kurang sama.tapi bukan emak,ayah pulak.damm.aku benci manusia macam ni.mentang mentang kau cuma bagi benih jek.yang kendong ke hulu ke hilir semua si bini.yang tanggung sakit nak beranak pon bini,kau sesedap air batu campur jek p campak budak tuh.

agak agak ah der nak panas baran pon.dah lah lu sebat bini lu dengan tali pinggang.lepas tuh lu hempas lagi anak lu kat lantai sampai patah peha budak tuh.lu tak pikir ke anak bini tuh amanah yang ALLAH bagi kat lu.lu ingat senang ke nak jaga amanah tuh?orang lain kan der,dah bertahun tahun kahwin,tapi takde anak pon.siang malam dorang usaha + doa,tapi still takde rezeki.tapi lu,ALLAH dah bagi kat lu anak bini pon lu tak taw nak bersyukur lagi.ada orang tuh kan der,dah bertahun dia cari jodoh der,tapi still tak dapat dapat lagi.silap silap jadi bujang terlajak der.tapi lu,ALLAH dah bagi bini kat lu.siap package dengan anak lagi tuh der.lu boleh buat gitu der.memang binatang buas lah lu der.siriyes wa cakap lah kan.lu bukan muda lagi der.dah 54 tahun kot.nak sebaya ngan incik abah der.ahlahmak der.rumah tuh dah halau lu der.kubur dah panggil panggil.apsal lah lu buat perangai macam ni der?

der,wa harap sangat lu isap insap la der.tobat la bebanyak.kalau bini lu terima lu balik,alhamdulillah.kalau tak,padan muka lu der.okeh,wa memang tak taw apa masalah rumah tangga lu der,tapi kan der,lu dah tua kot.kalau ada problem dalam reban ayam rumah tangga lu pon der,bincang lah elok elok.lu ingat balik macam mana time lu mula mula beria nak ajak bini lu menikah dulu.tak taw lah gua kalau bini lu yang ajak lu menikah an.

ha korang korang yang kat luar tuh.agak agak la kalau nak panas baran sekalipon.jangan sampai anak bini jadi mangsa weh.kalau korang still tak dapat tangkap lagi apa yang aku membebel ni p kat SINI.korang akan taw apa cerita nya okeh.

adios
assalamualaikum.

Friday, January 14, 2011

Apa Punya Emak Ni?

Assalamualaikum.tak jawab dosa.


salam tengah hari jumaat.oh yer,hari ni aku cuti sempena hari keputeraan yam tuan besar negeri sembilan.tapi tak besh sebab aku cuti hari ni jek.esok kerja balik.cuba lah opis bagi cuti straight sampai hari ahad.kan besh.kehkehkeh.kalau bab cuti memang bagi kat aku.hahaha.cuti weh,sapa tak suka?meh aku luku kepala dia meh.

tadi selak selak paper metro kat internet.eh,boleh maen selak selak eh kalau baca online?hahahahaha.aku tak tahu nak kata apa bila baca satu berita pasal seorang ibu menumbuk anaknya yang berumur setahun.agak agak lah kalau nak bergurau sekalipon.tak beragak kot.sengal nya mak.tak tahu nak kata apa,kucing pon sayang anak weh.

yang lagi buat aku sedih bila doktor kata budak tuh mungkin buta.kesian weh,kecik kecik dah buta.walaupon bayi tuh bukan orang melayu + bukan islam,tapi kesian gak weh.sekarang ni mak budak tuh dah kena tahan reman.padan muka dia.

kalau nak baca lebih lebih p beli surat khabar metro.tak pon p baca kat SINI.aku dah mengantuk ni.nak p merehatkan diri jap.pagi tadi kul 4 baru tido.pastuh bangun awal sebab nak p pasar tani.so,sekarang nak p qada balik.kehkehkeh.=p

adios
assalamualaikum.

Tuesday, January 4, 2011

Tips Untuk Pujuk Pakwe Yang Tengah Merajok

Assalamualaikum


salam petang korang korang semua.yeahhh.setel barcode aku.semetara budak 2 orang tuh tengak susun,apa kata aku lepak depan pc sambil update belog cap lembu aku ni.konon konon aku buat kerja la.takde lah kantoi dengan bos aku menyalahgunakan harta syarikat.hahahaha.

itu hari aku ada bagi tips camana nak pujuk awek korang an kalau dia merajuk.apa?korang tak pernah baca?ceh,korang ni.nampak sangat jarang masuk sini.taw la blog aku ni tak femes cam blog awek kfcm tuh,(ceh,banyak banyak blog yang femes apsal blog awek kfcm gak yang aku sebut?nampak sangat jeles weh.hahaha) tp korang jangan la kecik kan hati aku dowh.baik korang pujuk aku balik.cepat la.aku tunggu ni.(sila sepak selaju yang mungkin budak ni.dia kurang kasih sayang.hahahaha)

ok back to da topic.ceh,tetiba terspeaking la pulak.hahaha.bagi yang tak pernah baca tips pujuk awek korang picit kiri tikus tikus korang kat SINI pastuh ambik new tab.dah buat?bagus.ni yang sayang korang lebih ni.kali ni aku nak bagi pulak tips pujuk pakwe korang yang merajuk.weh,ada ker lelaki merajuk?bapak ahh.gedix siot.hahaha.tapi takpe,aku bagi jugak tips nak pujuk yer.berkesan tak berkesan tuh bergantung pada faktor usia,rupa paras dan jati diri korang yer.kejadah nya pulak nak masuk jati diri ni.takpe.abaikan.

1.kalau pakwe korang mula memuncung mulut
- yang ni senang.apa kata korang muncung kan jugak mulut korang.tapi jangan pulak korang mengadap dia.kang lain jadinya.aku tak campur.korang duduk sebelah dia.then,korang muncung kan jugak mulut korang.tengok muncung sapa paling panjang.paling tak pon,korang ambik hanger gantung kat mulut pakwe korang.mana lah taw muncung dia panjang sangat sampai boleh gantung hanger.

2.kalau pakwe korang dah mula tenung korang macam nak telan (alah,dia bajet dia dah habis garang lah tuh)
- korang tenung balik dia.tenung sambil tengok mata sapa berkelip dulu.kalau mata dia berkelip dulu,korang jerit yes kuat kuat.sebab korang dah menang main lawan lawan mata.

3.kalau pakwe korang mula start nak tengking korang sambil tangan dah ready nak sepak korang
- apa kata bila dia dah start tengking tuh kan,korang start lah menyanyi lagu sep sep sep,bom bom bom.korang ready tengok bila dia nak hayun tangan dia.agak agak nak sampai kat korang jek,korang sambut tangan dia.ajak main sep sep tangan.korang kena siap sedia selalu sebab takut hayunan tangan pakwe korang tuh kang terlebih laju.silap silap korang tercampak pulak kang.

4.kalau pakwe korang tak call atau sms korang dalam tempoh masa yang agak lama
-korang jumpa dia.p ambik henpon dia.tukar dengan henpon korang.kalau takot kantoi,korang ambik segala kredit yang ada dekat hepon pakwe korang tuh.apa jadah ada henpon tapi tanak kol korang kan?baik korang guna untuk talipon pakwe korang yang lain.settle.

5.kalau pakwe korang dah masuk kereta & siap sedia nak bla
- pastikan time tuh dia dah hantar korang sampai betol betol depan rumah.bila agak agak dia nak bla,korang lambaikan tangan korang kat dia sambil ucap terima kasih sebab dah susah payah hantar korang balik.

ok.tuh jek dulu.nanti aku fikir lain.kalau korang nak cuba takde hal.tapi pastikan pakwe korang tak hensem langsung & korang pulak memang stok kalau sape dapat memang tak kan cari lain dah.kalau korang fikir korang nak dapat sorang pakwe pon susah,jangan guna tips ni.aku risau korang tak kan dapat pakwe terus kang.time tuh jangan salahkan aku yer.

nota ibu jari --> aku dah single sekarang.borang permohonan boleh download kat fb aku.hahaha.tetiba promote diri.apa kes?

adios
assalamualaikum

Thursday, December 23, 2010

Tolong Aku..plisszzz

Assalamualaikum..




hye olls..im back.blog dah ok.tapi still tak puas ati sebab nampak sangat serabot yang teramat.siriyes dwoh.naik tension pulak aku godek godek menatang ni.bila dah berkenan dengan satu template tuh kang,ada jek yang tak kena.tuh tak betol, ni tak betol.tensen weeeiiii.

gambar takde kaitan dengan entry

tengok ah apa dah jadi dengan blog aku sekarang?semak gila kan.hukhukhuk.kalau korang korang taw macam mana nak dapatkan template blog yang ok ok, gtaw lah aku.nanti aku belanja eskem mesia.boleh la weh.tolong lah aku.(=_=)

buat sementara waktu ni, template yang entah apa apa ni aku guna dulu.nak p menuntut jap macam mana nak touchop blog kasi cun sikit.tuh ah, dah elok template aku yang aritu, gatal tangan p godek godek.sekarang dah menyesal.padan muka aku.=(

ok lah, aku nak p cari tutorial pasal blog jap.kalau korang korang boleh tolong pon lagi cun.tolong lah wei.plizzzzsssss......

nota jari kaki -->moral of da story, jangan nak gatal gatal p ubah benda tak tentu hala kalau taknak tepuk dahi bila da jadi.

adios
assalamualaikum

Wednesday, December 15, 2010

Tips untuk pujuk awek korang kalau dia merajuk

Assalamualaikum..

Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk lelaki memujuk awek atau teman wanita yang sedang merajuk. Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. sebagai lelaki, ANDA perlu tahu teknik dan taktik yang sesuai ketika menghadapi situasi itu. Keberkesanan tips dan petua ini adalah tidak dapat disahkan oleh mana2 pakar sakit tuan atau sakit puan. Ianya bergantung kepada banyak faktor, antaranya tahap merajuk, tahap ketampanan anda dan juga munGkin kandungan hormon dalam badan.
So, penggunaan tips dan petua ini tidak dijamin keberkesanannya. 
MARI LIHAT..


1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang..
- Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goal keeper. Tidak sia-sia selalu jadi keeper masa main futsal

2. Bile awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti
- Anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya untuk anda menunjukkan suara anda sehebat Faizal Tahir,Tomok atau pun Black (Mentor)

3. Bile awek anda tenung macam nak telan (garang arh konon!)
- Anda senyum jek pandang si dia! Inilah masenya anda tunjuk betapa comelnyer muka anda ketika senyum!

4. Bile awek anda ambil semua barang2 dia ala2 nak lari dari rumah.
- Tolonglah kemaskan barang² dia bersama-sama. Ambil semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajinnya, ringan tulang dan mempunyai semangat bergotong royong serta suka bantu membantu.

5. Bile awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
- Anda ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sedih Dan terluka!

Selamat mencuba.

cik shizu cakap : agak agak kalau aku yang kena macam ni camne ek?

adios
assalamualaikum

Monday, December 13, 2010

isnin yang bosan

Assalamualaikum


bosan weh.sumpah bosan gila duduk kat opis hari ni.dari pagi asyik poker poker poker pezbuk.tuh je kerja aku hari ni.lama lama boleh gila kalau duduk sini.

disebabkan tak ada kerja yang nak kena buat, so aku pon rajin kan diri buat benda ni



























taraaaaa....



gambar hari sabtu tapi baru edit hari ni

takde kerja 

 teropong bos jap.hehehe

 testing guna photoscape

 budak comot

hehehe.busan kot kat office ni sampai tak ada idea nak buat apa dah

papai

adios
assalamualaikum

Thursday, September 30, 2010

cik anon yang btol2 annoying....

Assalamualaikum....


arinh last day aku kat tempat keje...tp keje2 aku nh mcm ta bg aku last arinh...mcam haram jek time aku nk brenti time tuh la keje melambak2...lagi haram sebab walau keje banyak aku sempat men bejeweled ngan hapdet belog....hahahha


amende yang best ek nk stori arinh???jap2..pk jap...tadi aku g jenjalan kat tempat incik z..ala, da pemes blogger tuh...[z, aku nk claim royalty...kekeke]saje jek jenjalan situ walaupown dier bukan gheti nk hapdet belog dier....aku tataw la ape masalah org tue tuh tak hapdet2 belog dier...pemalas sungguh la haiii...


oopppsss..da terlebey kutuk plak...kalau ader yg dtg sini nh peminat z, sori ek...hehehe.. saje jek nk suke suki.... jgn korg wat page kat pesbuk banned aku suda...tadi time aku layan komen2 korg sumer kat en3 pasal kicap tuh an, ader la aku terjumpe 1 en3 cam nk kondem incik z nh..ta silap aku mamat yg kondem tuh duk kat itali..btol ke ta btol aku tataw r...yg ade kat situ aku aku tgk memang dr itali la...yang aku pelik an, cik anon nh kondem org pastuh tanak letak name o ta link pown kat memane asal usul dier nh...juz letak anon jek....

yang nh antara komen cik anon tuh..


aku bukan nak cakap suka ke tak ke dgn tulisan kau ni.Kau anggap kau dah wise gila ke dlm hidup ni?Aku tgk umur kau baru 24 thn.Belajar pon tak habes lg.Belajar pon guna duit kerajaan,duit aku,duit2 orang2 yang baca blog 'pandai' kau ni.Wake up bro,wake up org melayu semua!ini semua takde kena mngena dgn langkah perjalanan bangsa kita,semua ini mengarut je.Kau bg nasihat yang mengarut je.Sedang kau menulis ini,bangsa lain dah melangkah mungkin 10 langkah kehadapan.Kita masih nak membicarakan topik2 remeh mcm yg ada kat blog kau ini.


Bila bangsa kita nak jadi intelektual?Bila kita semua nak sebaris dgn org2 tempat kau belajar tu?Kau ingat kau dpt belajar kt luar negara,itu dah membuktikan kau wise dan pandai dlm semua aspek kehidupan?

Bnyak lagi benda yang kau kena belajar dan tempuhi dan lihat dlm hiudp kau.Kalau kau setakat nak jadi glamer,nak tarik publisiti untuk membaca blog 'pandai' kau ini,baik kau jd artis,masuk raja lawak.Jangan habeskan duit rakyat,duit aku,duit mak bapak kau.

Aku bukan marah atau apa.Jauh sekali nak merasa dengki dgn apa yang kau buat.Aku rasa cukuplah kita semua disogokkan dgn benda2 remeh.Baik kau buka buku dan belajar.Baik kau galakkan 'pembaca2 atau peminat2' kau membaca bhn2 intelek.

Aku tgk gambar2 kau dlm FB atau di blog 'pandai'kau ini dah macam artis.Ikhlaskah kau menulis?Aku soal kau.Aku soal kau.

Aku ingatkan sekali lagi,umur kau baru 24 thn,masih panjang perjalanan hidup kau. Dan aku nasihatkan,kalau kau menulis untuk mencari gadis idaman kau,baik lupakan niat kau.

Come on bro,dieropah ini,dan diluar negara kita,semua berlumba2 untuk mencari ilmu,mencari kekuatan bangsa.Bangsa kita?masih lali dgn hiburan,dgn blog2 pasal lelaki dan perempuan bercinta?pasal benda2 yang remeh-temeh.Sudah2lah..biarkan orang yang tidak intelek buat semua itu.kau yang intelek teruskan usaha kau membantu bangsa.Kalau kau nak teruskan menulis,tulis tulisan yang intelek dan berpengetahuan.cthnya teknikal dan kesusateraan.ataupun sejarah..

Sekali lagi aku ingatkan,aku bukan menulis komen ni sbgai orang yg pasif dan agresif.Aku menulis kerana aku rasa kita semua patut tahu benda yang kita selalu lalaikan.Aku nasihat diri aku juga.

until then,majukan diri dahulu,sebelum majukan orang lain.

Salam,

HN
Roma,Italy

ek eleh mamat nh...aku tataw la ape tujuan dier nk kondem2 blog z nh an...kko sebuk ckp pasal org kiter lalai ngan hiburan..abes tuh yg ko g layan belog z nh pahal..ape kes???kalau ko ta suker hiburan, ok stop..ko g layan citer2 ilmiah..ko g bace blog2 yg ley bg ko ilmu...ko tayah layan blog z nh...lagi ta ley bla, siap ko suh z lupe kan niat dier nk cari gadis idaman kalau tuh niat z tulis blog...eh cik anon, sepanjang aku bace blog z nh, aku rase ta de satu pown en3 yang dier yang tujuan nk ngorat..ala, dier pown da ade awek la...yang ko nk jeles dier pemes cm artis pahal???aku tny ko..jawap r...

yang buat aku lagi angin tuh, pahal lak ko ckp z g jepon tuh gune duit ko??ko taw ke dier gune duet sape...ko taw ke???cik anon2..aku pown tataw la masalah ko nh..nak kate akal pendek kang, aku tgk skang ko dah ader kat itali...ko dah merantau pown kat negara org...





tujuan ko baek sebenarnye...tanak bg anak2 melayu lalai ngan hiburan...tp, kalau ko rase blog z nh tade ilmu walau sket pown n hanya melalaikan, aku rase ko silap...ko ta explore abes ag sebenarnye...





papepown cik anon, aku nk ucap mekaseh la, sebab ko sudi dtg + tinggalkan komen kat blog z tuh...atleast bertambah gak pembaca kat belog tuh...



ehh..jap2...apahal plak aku yg emo lelebey nh..sori r beb..aku bukan nk tumpang publisiti z...tade niat langsung pown...[sikit tuh ader r...panggggg...]cumer aku cam ta puas ati, biler ader melayu yang suker kondem n jatuhkan bangse sendiri...patotnye biler kiter dah taw yang org outeh tuh lagi maju dari kiter, kiter ajak bangsa2 kiter tuh ganding bahu...kejesame..bukan lagi nk kondem....

sori kalau rase aku pown nk jatuhkan bangse aku gak...aku wat en3 nh sbb aku baru bace komen cik anon tuh...wlau pown bukan komen kat blog aku, tp aku angen beb...korg2 jgn r marah plak aku wat en3 nh kali nh...

okey..chowww..

adios..
assalamualaikum....



 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design