Engkorang Yang Best

Showing posts with label bodoh punya ayah. Show all posts
Showing posts with label bodoh punya ayah. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Kalau tak tahu jaga anak,tak payah beranak mangkok!!!!

Assalamualaikum..

sumber : SINI

TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.


SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.


Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah. 



Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau. 



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.



Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.



“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut. 



“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya. 



Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu. 



Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun. 



Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya. 



“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak. 



“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu. 



Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah. 



“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk. 



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Saturday, January 15, 2011

Agak agak lah der nak panas baran sekali pon...

Assalamualaikum.tak dosa taw.


seharian tak berblogging semalam.oh tipu.aku ada update jugak tengah hari semalam sebelum tertidur.ter tu tandanya tak sengaja yer kawan kawan.kehkehkeh.

semalam baru aku cerita pasal mak yang tak guna,ini hari keluar lagi satu cerita yang lebih kurang sama.tapi bukan emak,ayah pulak.damm.aku benci manusia macam ni.mentang mentang kau cuma bagi benih jek.yang kendong ke hulu ke hilir semua si bini.yang tanggung sakit nak beranak pon bini,kau sesedap air batu campur jek p campak budak tuh.

agak agak ah der nak panas baran pon.dah lah lu sebat bini lu dengan tali pinggang.lepas tuh lu hempas lagi anak lu kat lantai sampai patah peha budak tuh.lu tak pikir ke anak bini tuh amanah yang ALLAH bagi kat lu.lu ingat senang ke nak jaga amanah tuh?orang lain kan der,dah bertahun tahun kahwin,tapi takde anak pon.siang malam dorang usaha + doa,tapi still takde rezeki.tapi lu,ALLAH dah bagi kat lu anak bini pon lu tak taw nak bersyukur lagi.ada orang tuh kan der,dah bertahun dia cari jodoh der,tapi still tak dapat dapat lagi.silap silap jadi bujang terlajak der.tapi lu,ALLAH dah bagi bini kat lu.siap package dengan anak lagi tuh der.lu boleh buat gitu der.memang binatang buas lah lu der.siriyes wa cakap lah kan.lu bukan muda lagi der.dah 54 tahun kot.nak sebaya ngan incik abah der.ahlahmak der.rumah tuh dah halau lu der.kubur dah panggil panggil.apsal lah lu buat perangai macam ni der?

der,wa harap sangat lu isap insap la der.tobat la bebanyak.kalau bini lu terima lu balik,alhamdulillah.kalau tak,padan muka lu der.okeh,wa memang tak taw apa masalah rumah tangga lu der,tapi kan der,lu dah tua kot.kalau ada problem dalam reban ayam rumah tangga lu pon der,bincang lah elok elok.lu ingat balik macam mana time lu mula mula beria nak ajak bini lu menikah dulu.tak taw lah gua kalau bini lu yang ajak lu menikah an.

ha korang korang yang kat luar tuh.agak agak la kalau nak panas baran sekalipon.jangan sampai anak bini jadi mangsa weh.kalau korang still tak dapat tangkap lagi apa yang aku membebel ni p kat SINI.korang akan taw apa cerita nya okeh.

adios
assalamualaikum.
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design