Engkorang Yang Best

Tuesday, December 21, 2010

Segmen : menyusun BLOG pantas

Assalamualaikum..


hye olls..penat gila ni.ini siriyes.aku memang penat.penat cari nombor nombor yang incik ben sorok kat blog blog yang terpilih.cam masuk marathon pon ada dah aku rasa.hehe.jom layannn..







adios
assalamualaikum

Aku Pon Ada Kembar Jugak..

Assalamualaikum..


hye olls.dari pagi bawaklah ke petang,bawak pulak ke malam tak habes habes lagi entry budak kembar ni aku godek.gila kaw, banyak tuh entry beliau.ni semua salah innz.kalau link budak ni takde kat belog malas beliau, mesti aku tak gila dengan belog si kembau ni.hehehe.sori innz, tetiba nak nyalahkan kau pulak kan.sengal.

betol dowh.aku tak tipu.dari pagi tadi after aku skodeng blog innz, aku rasa terpanggil nak skodeng blog kembatolo ni.nama blog tuh cam best tuh yang buat aku g lawat tuh.tetiba tersangkot kat jammed.hambek kaw.sampai sekarang ni tak sudah sudah lagi aku baca entry kat blog tuh.kalau korang nak taw best ke tak, pergi lah skodeng sendiri.bagi aku best sebab boleh cuci mata.teeetttt.tak wey,aku tipu jek tuh.aku rasa blog tu best sebab aku suka tengok kembar tuh.macam suweet jek dah besar besar pon stil berdua gak.syok kan ada kembar.=_=

sebut pasal kembar kan, ni aku nak story ni.aku pon kembar jugak sebenarnya.cuma aku tak sempat nak kenal dengan lagi rapat macam si kembatolo ni kembar aku sebab puan emak cakap kembar aku dulu puan emak dah bagi dekat orang masa kitorang kecik kecik.kesian kan.tapi nak buat macam mana, kehidupan puan emak dan incik abah time tuh memaksa kembar aku diserahkan dekat orang.

incik abah dengan puan emak peneroka.atau lebih tepat lagi orang kata penoreh getah.kau tahu je lah.zaman dulu kala, harga getah tak pek de jep nak mahal mahal macam hari ni.dulu nya harga, nak dapat 50 sen pon dah sakit.puan emak dengan incik abah siap pergi menyuluh pagi pagi buta, semata mata nak bagi kemewahan kat aku dengan adeq beradik yang lain.pernah dulu, aku pertikaikan bila dapat taw puan emak bagi kembar aku kat orang lain.memang aku marah sangat.aku mengamuk sakan.tapi, bila aku fikir balik, mungkin itu cara yang terbaik untuk kami sekeluarga.kesian puan emak, terpaksa pujuk aku yang dah macam orang gila sejak terpisah dengan kembar aku.dah nama pon kembar kan, so terasa lah bila dah terpisah.

puan emak cakap, aku asyik demam jek.malam malam pulak asyik menangis macam dah kena rasuk.setiap malam abang abang aku dengan akak aku jadi mangsa sebab aku menangis sambil tendang segala yang ada.rumah kitorang kecik dulu.so, kat situ lah tempat tido,kat situ tempat makan,kat situ gak tempat abang abang n akak aku nak belajar.korang bayangkan, kalau setiap malam aku dah menangis memekak.macam mana diorang nak belajar dengan aman?


gambar terakhir yang kitorang sempat ambik.
puan emak cakap ni gambar dekat rumah mak angkat adeq aku tuh.
aku pown tak ingat wei.



incik abah pulak terpaksa kerja luar.yelah, kalau nak harapkan duit menoreh getah, memang tak cukup untuk kitorang sekeluarga.lagipon, time tuh mana ada program bersamamu ni semua.kalau ada,mungkin puan emak dah apply kot.=_=

sampai lah satu hari tuh,time tuh akak aku nak upsr.so, dia kena lah study kan.time tuh, puan emak dengan incik abah memang sangat sangat berharap yang akak aku dapat keputusan yang cemerlang supaya akak aku tak rasa yang kepayahan hidup bukan penghalang untuk dia nak berjaya.ko bayangkan, dengan keadaan rumah yang sempit,dengan aku yang asyik menangis jek time tuh, memang agak tension lah kan kalau nak study.last last, akak aku ambik keputusan duduk dekat pangkin bawah pokok mangga sebab nak study nya pasal.siap bawak lilin dengan pelita lagi sebab nak bagi cerah kawasan tuh.dulu dulu mana ada lampu jalan.

akhirnya akak aku berjaya dapat 3A 1B.dulu kan takda sains.so, 4 paper jek untuk upsr.incik abah dengan puan emak bangga sangat.akak aku apatah lagi kan.nak dipendekkan cerita, akak aku dapat masuk asrama.tapi sebab kitorang tak mampu, so hajat tuh terpaksa dibatalkan.tambah tambah aku time tuh gedik taknak menyusu badan.nak susu botol.air milo tak nak.nak nespray jugak.kalau tak dapat, mengamok ngamok pastuh menjerit jerit cakap kembar aku mesti dapat susu yang lagi best.so, sebab nak suruh aku diam, puan emak dengan incik abah terpaksa ikut.kesian kan?

***********************************

sekarang umur aku dah 22.aku harap sangat aku dapat jumpa dengan kembar aku.aku nak sangat jumpa.siriyes dowh.bila kau dah besar, then dapat taw kau ada kembar, kompom kau nak jumpa kan.tapi, mana nak cari wey hoiii..puan emak dengan incik abah pon dah lost contact dengan orang yang ambik adik kembar aku tuh.rumah lama yang orang tuh duduk pon kitorang dah pergi lebih 10 kali.tapi yang adoo.jiran jiran kat situ cakap dorang dah pindah lebih 5 tahun.alamat terbaru pon takde.so, harapan nak cari kembar aku agak susah lah.tapi walau apa pon aku tetap akan berusaha cari kembar aku.puan emak ada simpan lagi salinan surat beranak si kembar.kat fb pon aku dah puas godek.tak rasa dia guna nama sebenar dia sebab akak kembar dia ni pon guna nama tipu.

pada blogger blogger yang ada gambar kat atas tu sama dengan aku, sila contact aku.siyes dowh.mana lah tahu, aku boleh jumpa kembar aku.lagipon, aku taw incik abah dengan puan emak pon mesti nak sangat jumpa adeq aku.walau dorang tak cakap terus terang tapi kadang kadang bila borak berdua, aku ada dengar jugak dorang cakap nak cari si kembar sorang lagi.tapi nak cari kat mana tuh yang jadik point utama.kesian kan.tapi nak buat macam mana, aku tak punya kuasa.apa yang boleh kitorang sekeluarga buat usaha, doa, pastu tawakal.



**********************************












okeh cukup.lagi banyak aku taip, lagi banyak korang kena tipu.wakakkakaka.gila kau.mana nak datang kembar aku wey hoii.sperma yang berjaya masuk ke ovum dulu pon sekor jek wei.pe jadah pulak boleh jadi kembar.hahahaha.sori lah yer kalau sesape yang dah baca sampai habis.senang cerita, aku nak bgtaw korang,














































LU KENA BEB!!!!!!!!!!!!!




hahahahahha.pada korang korang yang dah terkena, maap bebanyak aku pohon.boring dowh memalam ni takde kerja.aku dengan adik aku tengah layan nasi doremi sambil mata kau layan blog si kembatolo ni.tuh yang tetiba berangan ada kembar jap tuh.hahhahahah.sori gak sebab tataw r menjadi ke tak entry sengal ni.kalau korang caya, makna nya aku terror ah, kalau tak maknanya kena belajar camna nak jadi pereka citer yg hebat.hahaha.aku dah kering idea, tuh yang cepat cepat nak end kan story ni.kekekeke

budak senget yang desperate nak kembar.hahahha

jangan marah aaa...=_=


nota kaki tangan --> gambar kembar kat atas tuh aku cilok kat internet.hahha.credit to pakcik google sebab bagik gambar tuh.ehhehe

adios.
assalamualaikum.


Sunday, December 19, 2010

Megi punya hal pon boleh cari gadoh taw...

Assalamualaikum.


pengunguman
(entry ni mula ditaip jam 2.30 pagi tadi.)


mentang mentang esok ahad, sedap jek aku menjagakan diri ni.langsung tak memikirkan waktu untuk tido.lama aku tak buat kerja gila.berjaga sampai pagi setiap kali malam minggu menjelma.terkenang dan terngiang ngiang saat ketika zaman pembelajaran di politeknik dulu kala.malam minggu terutamanya kami ada agenda tersendiri.ecah dengan korea japan nya, pah dengan phone kol nya, aku?comfirm dengan game juga kadang kadang dengan blog.tapi, kalau tak malam minggu pon kitorang tetap macam tuh jugak.jadi burung hantu atau lebih tepat lagi batgurlz.hahaha.zaman poli memang indah untuk dikenang.stop.

ingatkan nak post new entry lepas solat isyak, tapi memandangkan poker dan bejeweled dah menyeru memanggil nama aku, maka aku yang baik hati terus mengizinkan diri ini untuk bersama dengan mereka.(pannngggg)

time berpoker + berbejeweled tadi, perot terasa macam nak mintak diisi.dengan pantas aku terus berfikir, " oh, perot aku lapar rupanya".so,dengan otometik nye aku menjerit panggil adeq aku mintak tolong buatkan megi.ini adalah salah satu kemesraan yang kami cuba tonjolkan.selama ini ada yang menganggap kami tidak serasi bersama.yeaahh, malam ni aku buktikan mereka salah.kami pasangan serasi bersama. 


megi kari..

2 minit setengah kemudian,

adeq aku : "kak, megi dah siap"
aku : "ok"


dengan langkah comel sambil tahan lapar, aku keluar bilik amek megi atas meja, pastuh landing baik punya depan tv sambil layan cerita nasib doremi.memang hilang ngantok la wa cakap lu an.


sambil mata leka mengadap tibi, tangan kanan mula cedok megi dalam mangkok,mulut pulak ternganga tunggu megi masuk jek,aku langsung tak fikir yang jahat jahat.


slurrrrppp...

suapan pertama yang buat mata aku jadi nak terkeluar terus dari tempat asal.takpe takpe, rasa lagi.agaknya lidah aku tak berapa sihat kot.

slurrrpppp..slurppp..

suapan kedua and da last suapan untuk malam tuh.aku dah mula nak mengamuk.mula mula aku tanya si tukang buat megi nih berapa banyak taruk lada.last last keluar ayat,

"kau, kalau tak ikhlas nak buat megi tuk aku, ta payah buat"

aku angkat mangkuk megi, letak dalam singki.memang tak boleh makan langsung.terasa macam makan cili sebijik sebijik.korang paham je lah kan, megi kari letak air tak berapa banyak dah memang pedas.ditambah lagi air panas kemudian didarab dengan cili yang entah berapa bijik si tukang buat megi ni letak.maw tak terangkat kepala makan.megi nampak sedap,pekat likat, tapi pedas nak mampos, putus selera.

masuk dalam bilik terus halau adeq aku yang tengah melepak depan laptop aku time tuh.adeq aku try pujuk aku.sori beb,wa memang tengah hangen.aku mintak tolong elok elok kot.kalau tanak buat cakap tak nak kan.senang.tak payah nak buat lepas tuh aku tak boleh nak makan.sampai adeq aku tertido kot kitorang tak bercakap.

kitorang memang tak sebulu dari dulu.memang ah,bulu dia, dia punya ah, bulu aku, aku punya la.mana nak sama.opppsss..sensored.tapi memang betol.kitorang payah nak ngam walau pon dier bawah aku.sebab nya, aku dah manja dengan incik abah + puan emak dekat 7 tahun kot, tetiba keluar pulak lagi sorang.maw tak terasa.elok elok aku kena panggil adik, tetiba ada adeq lagi.memang tak ah kan.

kadang kadang puan emak dengan incik abah sampai naik pening kepala sebab kitorang asyik bergadoh jek.ada jek benda yang tak kena antara kitorang.aku suka sound direct jek, tapi dia jenis tak paham bahasa.last last hati aku yang sakit.sebab tuh aku selalu hangen dengan dia.haha.kes jeles weh sebenarnya.tapi nak buat macam mana, walau camna pon dia tetap adeq aku kan.sampai mati tak kan ada sape yang boleh ubah kenyataan nih.

TAPI KES MEGI TUH MEMANG BUAT AKU BENGANG.DEMM....
aku tido dalam kelaparan malam tadi.hukhukhuk.

nota kaki tangan -->gambar adeq aku dengan aku takde, so tak payah letak.hehee
-->5 bulan 1 hari sudah beliau kena culik.yahoo..tinggal sebulan je lagi..=p

adios.
assalamualaikum

Saturday, December 18, 2010

Segmen : Dulu Aku Nakal

Assalamualaikum...

hye all readers.petang semua.incik ben macam taw2 jek aku nak buat entry pasal zaman dulu kala.dalam kepala aku dah fikir macam macam story time aku kecik kecik dulu.dari zaman belum sekolah sampai lah ke zaman sekolah.alih alih, time aku g usha blog incik ben pagi tadi, aku tengok ada segmen baru keluaran beliau.perghh..memang macam orang lapar dibelanja pizza lah aku kan.suka yang teramat la.hehehehehe.ni kali ke 3 aku join segmen yang incik ben buat.sebenarnya banyak lagi segmen, cuma aku yang tak berapa berkesempatan nak join.huu..so, jom layan jap..





:: nama sekolah rendah & menengah beserta tahun ::

after tadika, incik abah daftar kan aku dekat SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING 3 FELDA.maka bermula lah alam persekolah aku.aku sekolah kat situ dari tahun 1995 - 2000 (darjah satu sampai darjah 6 ).lepas habis tahun 2000, incik abah daftarkan aku kat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERTING sebab nak masuk tingkatan satu da.yuhuuu.dah besar weh rupanya.dah masuk sekolah menengah.hehehe.aku stay kat sekolah ni dari tingkatan satu sampai lah tamat tingkatan 5 (2001 - 2005)


:: aktiviti kokurikulum yang diceburi ::

time aku sekolah rendah, aku tak berapa aktif sangat sukan sukan nih.bukan tak suka, tapi tak pernah terpilih.huhuhu.masuk sekolah menengah,ha, time ni memang aku tunjuk bakat semulajadi.dari tingkatan satu lagi, bakat aku dah dicungkil untuk acara balapan.starting aku dapat no.9 time merentas desa sekolah.start dari hari tu,cikgu cikgu dah mula pandang aku.bangga siot time tuh.antara sukan yang pernah aku join & jadi wakil sekolah ialah larian (100m, 200m , 400m, 800m, lompat jauh), hoki, ngan bola baling.pernah time aku form 4, aku dipilih jadi olahragawati sekolah + atlit terbaik perempuan bawah 18 tahun.bangga gile time tuh.balik rumah dengan bawak piala nya + medal penuh kat leher.

 :: jawatan yang disandang ::

masa sekolah rendah aku pernah jadi pustakawan.yang ni pon cikgu pilih sebab masa aku darjah 3 aku dapat no 1 untuk exam awal & akhir tahun (sekali tuh je la aku dapat).masuk sekolah menengah, aku try mintak pengawas.tapi, kene reject.start dari tu, aku nk tawar ati nak apply apa2 jawatan da.hehe.(konon kecewa la tuh).pernah jadi naib pengerusi kelab setia, naib pengerusi rumah sukan & ajk pbsm.

:: nama guru kesayangan ::

ha, time sekolah rendah dulu kan, aku sayang sangat kat sorang cikgu ni,nama beliau cikgu shasinar.cikgu ni ajar masa aku darjah 1.lepas tuh, beliau pindah.sampai lah hari ni, tak dengar dah khabar berita.naik sekolah menengah pulak,, aku kamcing ngan cikgu ratno affendi + cikgu nafisah + cikgu mardziana.cikgu ratno ni gila gila sikit.kalau borak dengan beliau asyik nak tergelak je.cikgu nafisah ni garang.garang sangat.beliau ni cikgi disiplin kat sekolah,tapi ntah camna aku bleh ngam ngan beliau.aku ingat lagi bila dapat tahu cikgu ni nak pindah,masa tuh aku tingkatan 3.aku nangis depan beliau.aku peluk beliau.aku cakap,sampai hati cikgu nak tinggalkan saya.tersedu sedu aku menangis kat dalam bilik guru.=(.punya lah aku sayang sangat kat cikgu ni.masuk tingkatan 4 aku kenal cikgu mardziana plak.cikgu ni memang sporting abis.memang selalu kena buli lah dengan aku.hahaha.jahat kan?hehehe...tapi nak ikutkan aku sayang semua cikgu cikgu aku.kalau takda diorang, takda lah aku yang hari ni.betol tak?


cikgu mardziana | aku
*tengok kasut yang aku pakai, kaler itam walau aku murid biasa.hehehe*

:: subjek yang paling suka & tak suka ::

sejak dari bangku sekolah rendah lagi (cewwaah ayat) aku memang suka subjek math.ingat lagi time darjah 5 & 6, cikgu math aku suka soal sifir,setiap kali beliau masuk kelas, jangan harap nak dapat duduk terus, jawab sifir dulu, baru boleh duduk.kalau lambat jawab alamatnya merah lah perut atau lengan sebab kena cubit.dah lah kena cubit, kena denda lagi.aku pernah kena sekali jek.time tuh cikgu mahzan suruh kitorang hafal sifir 16.tapi aku g bantai leka berborak dengan fendi ngan abong.hambek kau.time cikgu mahzan tanya aku 3 x 16 terus ternganga tak dapat jawab.kena denda gantung sifir 16 kat leher time rehat.memang tak keluar kelas aku time tuh.masuk sekolah menengah pon, aku tetap suka subje math + cikgu yang ajar aku time tuh hensem.kekekkeke.lagi lah bertambah2 suka nak belajar math.hehehe.subjek yang memang aku tak suka dulu english.memang tak suka sangat2 sebab nak kena cari meanings word yang kita tak tahu dalam kamus.MALAS!!!!..hehehe.naik form 4 tambah lagi subjek baru yang aku tak suka, add math, fizik ngan sejarah.tetiap kali test mesti fail subjek ni.kalau lulus pon cukup cukup makan tak pon cikgu kesian.huu

:: kawan baik ::

time sekolah rendah, aku takda kawan baik sebab bebudak ni cam tak nak kawan ngan aku jek.apsal ntah aku pon tak taw.masuk sekolah menengah aku kenal ngan syafawati aka pa.ni membe baik aku dari form 1 lagi.masuk form 2 aku rapat dengan maizura, adlina, muna ngan  pa.tuh lah membe nak pegi mana mana.paling ngan time tuh dengan adlina.memang bestfrenz la.time form 4, masing masing sibuk nak masuk sekolah teknik.(aku pon memula beria, tapi tak pegi pon.hehehe)so, tinggal lah aku, maizura dengan pa yang stay kat sekolah tuh.memang aku kamceng dengan dorang jek.sekarang ni, masing masing dah ada life sendiri, terus hilang.kalau jumpa pon time raya sebab maizura tak pernah miss nak datang rumah aku.sayang kau mai..=)

mai | aku

:: cita cita ::

hahahaha.sebut pasal cita cita rasa nak tergelak jek.poyo gila time tuh bila ada orang tanya nak jadi apa, cepat cepat aku  jawab saintis walau tak taw menda tuh.hahaha.time sekolah menengah pulak,time ni dah matang sikit la.hehe.bila orang tanya cakap nak jadi cikgu.after spm nak aplly maktab la konon.hahhaha.tapi sumer tuh yang adoo..

:: artis peberet ::

time ni yang popular new boyz, boboy, back street boys, westlife.masing masing duk sibuk cari lirik lagu pastuh salin dalam buku.hhehehe..korang pon mesti pernah buat gak kan?

:: perkara yang tak dapat lupa ::

sekolah rendah > kelas tuisyen waktu malam.best sgt sebab boleh takot takot kan membe.masuk kelas lepas tuh tutup elektrik.hehehe.sebenarnye banyak lagi.tapi malas nak taip da.huu

sekolah menengah > paling best bila VABRAR anjurkan hari guru.idea semua dari kepala otak aku.memang tersangat sangat lah best.rindu weh nak buat lagi.syok sangat sebab boleh buli cikgu.hahahha
vabrarian

                       > teringat pulak time form 3, kantoi meniru dengan cikgu wan sharifah.kena panggil kat dalam surau.cikgu tuh bebel bebel.kitoang bengang sangat.ingat lagi time tuh siap nak buat jahat kat cikgu ni.nak tolak dia masuk longkang biar beranak terus, nak calarkan kereta dia, nak pancitkan tayar lah.hehehe.

:: Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan ::

apa ek?mesti lah nak belajar pandai2 kan.dari start darjah 1 sampai lah tingkatan 5.tanak degil degil lagik..huu..tapi tuh suma kalau lah...

VABAR 4ever..miss u damm much..=(

:: Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu ( tak kurang 100 patah perkataan ) ::

kalau bab nakal ni, memang aku antara salah sorang darinya.cuba g tengok rekod pelajar kat buku disiplin cikgu.nama aku mesti tersenarai.hehehe.dari sekolah rendah dah memang degil.ingat lagi time form 3, selalu kena marah sebab taknak pin tudung  + suka pakai kasut hitam walau pon murid biasa.hehehe.kalau aku rasa subjek tuh tak best, selamber jek aku keluar kelas.cakap kat cikgu taknak belajar sebab topik tak best.hehehe.time form 5, aku slumber jek ponteng sekolah sebab konon konon tak sihat.walhal lari balik kampung.lepak dengan nenek aku lagi best.semua risau.mai siap pergi rumah aku tanya mak aku apa pasal aku tak datang sekolah.sebenarnya aku merajok dengan cikgu aku.tuh yang ponteng tuh.kekekeke.padahal time tuh ader test.ikot suker aku jek.paling aku ingat, aku buki cikgu sejarah dengan cikgu fizik.disebabkan cikgu ni feremfuan, maka, aku selalu sangat ambik kesempatan.hahahah.ponteng kelas toksah cerita la.kalau aku malas nak masuk kelas aku ajak cikgu cikgu ni lepak kat bilik guru.konon konon nak bagi cikgu ni lupa masuk kelas.hahahah.kesian kawan aku tak dapat belajar.time fizik lagi la, orang sibuk buat eksperimen, aku sibuk borak dengan cikgu kat depan.sebab aku tak suker fizik.hehehe.alhamdulillah,result spm aku tak seterok yang aku sangka.syukur sgt sebab semua kredit.paling tak sangka add math dengan sejarah.huu..

mak aiii.untuk entry ni jek dah berjela jela aku taip.sori yer korang korang kalau terasa bosan dengan life aku time sekolah.banyak lagik sebenarnya nak story.tapi aku tengok yang ni pon dah macam terlalu panjang jek.hehehe.nak buat macam mana, aku antara pelajar nakal dekat sekolah.hehehe.apa pon thanx to semua cikgu yang dah susah payah ajar aku sampai jadi aku yang sekarang.love u so much...



adios.
assalamualaikum


Wednesday, December 15, 2010

Tips untuk pujuk awek korang kalau dia merajuk

Assalamualaikum..

Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk lelaki memujuk awek atau teman wanita yang sedang merajuk. Merajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. sebagai lelaki, ANDA perlu tahu teknik dan taktik yang sesuai ketika menghadapi situasi itu. Keberkesanan tips dan petua ini adalah tidak dapat disahkan oleh mana2 pakar sakit tuan atau sakit puan. Ianya bergantung kepada banyak faktor, antaranya tahap merajuk, tahap ketampanan anda dan juga munGkin kandungan hormon dalam badan.
So, penggunaan tips dan petua ini tidak dijamin keberkesanannya. 
MARI LIHAT..


1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang..
- Cuba anda sambut apa yang dia baling. Inilah masanya anda nak tunjuk kepantasan dan kehebatan menjadi goal keeper. Tidak sia-sia selalu jadi keeper masa main futsal

2. Bile awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti
- Anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal. Inilah masanya untuk anda menunjukkan suara anda sehebat Faizal Tahir,Tomok atau pun Black (Mentor)

3. Bile awek anda tenung macam nak telan (garang arh konon!)
- Anda senyum jek pandang si dia! Inilah masenya anda tunjuk betapa comelnyer muka anda ketika senyum!

4. Bile awek anda ambil semua barang2 dia ala2 nak lari dari rumah.
- Tolonglah kemaskan barang² dia bersama-sama. Ambil semua barang² dia masukkan dalam plastik sampah kaler itam tuh. Inilah masanya untuk anda tunjuk betapa rajinnya, ringan tulang dan mempunyai semangat bergotong royong serta suka bantu membantu.

5. Bile awek menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata
- Anda ketawalah berdekah² hingga terguling². Inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka, sedih Dan terluka!

Selamat mencuba.

cik shizu cakap : agak agak kalau aku yang kena macam ni camne ek?

adios
assalamualaikum
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design