Engkorang Yang Best

Wednesday, May 27, 2015

Welcome Back Cik Nana.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Allah masih panjang kan usia aku n berikan aku kesempatan untuk terus menghirup udara segar atas muka bumi ni.

Alhamdulillah syukur. Memasuki tahun ketiga aku dalam bidang kebombaan. Allahurabbi Allahuakbar. Nothing else I can say except syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk berbakti pada orang ramai. Diberi kesempatan untuk berada dalam.zon yang agak selesa ketika ini.

Bomba ni bukan lah salah satu bidang yang menjadi impian aku. Sikit pon tak terfikir weh. Tapi rezki Allah siapa tahu kan? Cantik je jalan yang Dia atur tu. Ni pon kalau tak gheti nak bersyukur lagi memang aku ketuk pala ang cik nana oii. Hihihi..

Tak suka sebenarnya taip guna android ni sebab tak boleh letak gambar sekali dengan caption. Biasalah, aku kan? Semua gambar kalau boleh nak tunjuk. ��������

InsyaAllah aku akan cuba untuk rajin kan diri update aktiviti terkini aku selain dari nak share everything about my life today.  Esok aku try dulu tukar skin blog ni sebab macam dah kepam sangat kan? Kot lah skin baru nanti mendatangkan banyak idea kan. Hihihi

Ok lah,dah caca marba tunggang terbalik dah entry kali ni. Semua nak letak sekali. InsyaAllah doakan aku terus ada idea untuk menulis.

Assalamualaikum.

Monday, May 25, 2015

Selamat Pengantin Baru Kakak..



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah rasanya aku tak update apa apa dalam blog. Mula mula dulu je macam rajin kan? Haishhhhh cik nana oiiii toksah la memalas.  Aritu kemahin beria lagi nak buat blog kan?

Ok seterett to da tajuk. Sapa kaklong ni? Hihihi. Kak long a.k.a shasha ngek. Geng poli perlis yang sangat best. Sebab tu aku dengan rela hati pergi majlis dia kat kl (minggu lepas) n kat mersing tgh hari td.

Aku gerak dari jb hari jumaat minggu lepas sensorg dengan berbekalkan gps sebab memang aku tak taw tempat shasha akad nikah. Dah la aku pergi sensorg. Memang pergi berani mati n 100% percaya gps walau sebelum ni dah banyak kali kene tipu dengan gps. hahaha. Alhamdulillah tengah hari tu aku sampai kl dengan jayanya walaupon sesat barat  gak. Terima kasih gps banyak membantu walau menipu gak.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala perjalanan dua hati untuk bersatu walaupon tok kadi sampai lambat. Lewat petang tu, sah la shasha jadi isteri kepada sahabat baik nya sendiri, hans. (Wah ayat aku kan..). Tetiba terfeeling kalau kalau si gemuk akad nikah nanti. Wahhhh,.kemahin cik nana ye.
Ni maknanya dah bosan drive sensorang dalam kereta.
Ni pon lepas dua kali baru ok. Haha :p
Yeayyy dah sah jadi lakibini.. Dah boleh pegang pegang.. OOpppssss :p
Sopan tak aku? Kahkahkah
Ni kenkonon nak ambik berkat. Oii, cik Nana ambik berkat jadahnya kalau takde calon. =_=
Ni pon fefeeling sopan kan? Ade yang sudi nak buat bini tak? Kahkahkah
Lepas majlis kat pelamin kitorg lepak kat skywalk. Syiokkkk.. Dengan pakai baju kurung bagai kan?

Ni last reception kat mersing. Aku sanggup datang sebab ngek ni kawan aku sampai mati. InsyaAllah.. :)


Ok dah habis cerita. Nanti datang idea aku sembang lagi. Adios

Assalamualaikum.. :)













Friday, March 14, 2014

The Best Abah Forever

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni kerinduan untuk mencoret sesuatu di laman sesawang milik anak pak usop makin menjadi jadi. Aku rindu untuk mencoret sesuatu yang dah lama aku rasa ingin abadikan disini.

Abah. Ya, malam ni aku nak coret sesuatu untuk insan istimewa dalam hidup aku. Seorang insan yang terlalu banyak baktinya pada diri aku. Beliau yang terlalu bersusah payah untuk anak. Ya, beliau abah aku.


abah dan mak tercinta. oh ya, abah memang tak suka bergambar,jadi memang susah untuk dapatkan gambar abah seorang.

Abah, panggilan kami enam beradik untuk seorang lelaki tua yang kini makin dimamah usia. Lelaki tua yang masih gagah mencari rezeki demi anak anak dan isteri tercinta. Lelaki tua yang begitu tegas dalam membuat keputusan. Lelaki tua yang begitu tabah mengharungi liku liku hidup ketika mengambil keputusan untuk menjadi peneroka Felda lewat tahun 80-an dulu. Lelaki tua itu abah aku.

Jarang aku bercerita mengenai abah di laman ini. Aku lebih senang bercerita mengenai apa yang aku rasa. Tapi malam ini bila aku sediri di bilik (aku sedang kursus di akademi bomba KKB) aku terkenang abah. Sungguh aku rindu raut wajah tua abah. Aku rindu zaman kanak kanak aku bersama abah.

Aku anak ke 4 dari 6 beradik. Boleh dikatakan aku yang paling manja dan sering mengaku yang aku adalah bongsu. Haha. Dulu aku selalu mengaku aku adik walhal bawah aku ada lagi 2 orang adik. Mungkin perbezaan usia antara aku dengan adik bawah aku buat aku perasan yang aku adik. Ehh, tapi abah masih panggil aku adik walaupon ketika tu aku dah punya adik. Jadi tak salah kan nak mengaku adik? Haha

Dalam keluarga kecil kami, aku rasa aku lah yang paling rapat dengan abah. Teringat yang aku sentiasa 'tercengkong' di atas motor kalau abah nak kemana mana. Aku yang sering mengikut abah ke mana mana untuk menjual petai, lemang, rebung, pucuk paku, buah beluluk atau apa saja yang abah rasa boleh dijadikan perniagaan masa dulu. Aku duduk dibelakang sambil memegang dan bertanya pada jiran jiran atau rumah yang kami lewati sama ada ingin membeli atau tidak apa yang kami jual. Aku yang akan jadi akauntan abah untuk kira kira untung rugi ketika itu. Aku rindu saat abah mencari aku di rumah Pak Abu waktu tengah hari untuk mengajak aku makan. Dengan berkain pelikat tanpa berbaju, abah sentiasa menuju ke rumah Pak Abu kalau aku hilang waktu tengah hari. Kalau abah malas nak jemput, cukup dengan jeritan suara abah untuk aku dengari.Ye, abah tahu kemana aku pergi.

Abah sungguh garang dan tegas. Dulu pantang salah sikit, pasti ada habuan menanti. Sungguhpon begitu, aku tahu niat abah hanya satu. Untuk mengajar kami adik beradik erti kehidupan. Adik adik aku tak merasa semua itu. 

Teringat suatu ketika, di zaman persekolahan sekolah rendah. Aku pasti abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk aku. Dengan motor tua itu abah hantar aku kesekolah. Terbayang betapa abah bangga bila aku sering mendapat tempat teratas di dalam kelas. Terbayang bagaimana abah bangga bila aku diumumkan mendapat 4A 1B dalam UPSR tapi rupanya cikgu salah baca keputusan. Abah agak kecewa bilamana keputusan sebenar aku hanya mendapat 3A 2B, tapi aku nampak usaha abah untuk masukkan aku ke MRSM. Betapa wajah tua itu bangga bercerita mengenai anak anak nya.  Sayang, keputusan yang tak memberangsangkan itu gagal untuk membawa aku ke MRSM. Abah hantar aku ke SMKBBS. Salah satu sekolah terbaik zaman aku dulu. Di kawasan itu ada 2 buah sekolah menengah harian biasa tp SMKBBS adalah sekolah bestari. Jadi ada kelebihan disitu. Aku tahu abah bangga bila aku belajar disitu kerana ramai anak anak kawan abah tak dapat ke situ. Mungkin disebabkan usia muda waktu tu, aku jadi khayal. Aku leka dengan alam sekolah. Tiada istilah untuk aku belajar bersungguh sungguh walau aku sentiasa berada di kelas hadapan. Pernah satu ketika waktu aku ditahun akhir di sekolah menengah. Abah lewat datang untuk ambil keputusan peperiksaan. Aku sedih dan kecewa. Aku rasakan waktu itu abah sengaja buat tak endah dengan aku. Aku marah sangat dengan abah.Tiba tiba bila jam menghampiri pukul 1, aku lihat abah diluar kelas. Aku lihat wajah tua itu penuh pengharapan. Mungkin mengharapkan keputusan yang baik. Abah masuh kelas jumpa cikgu. Abah kata dia lewat kerana baru balik dari menoreh getah. Aku ikut duduk disebelah abah. Slip peperiksaan abah pegang. Aku nampak wajah tua itu seakan kecewa.Keputusan aku tak seperti yang abah jangka kan walau ketika itu aku dikelas hadapan.

Keputusan SPM aku keluar awal 2006. Sekali lagi aku bagi kekecewaan pada abah. Aku hadiahkan keputusan hanya cukup cukup makan buat abah. Hanya berbekalkan 2A, 3B, 5C aku melanjutkan pengajian diperingkat IPTA hanya di Politeknik Merlimau dalam jurusan Elektronik Komputer. Aku lihat abah bangga menceritakan perihal aku yang kini belajar di politeknik walhal ramai lagi kawan kawan aku yang lebih cemerlang masa tu. Genap sebulan aku di politeknik, aku terima panggilan untuk ke Akademi Laut Malaysia a.k.a ALAM. Yess, salah satu tempat belajar yang aku nak sangat pergi dan salah satu cita cita aku dulu. Aku berhenti serta merta bila dapat panggilan masuk ALAM. Abah datang ambik aku petang tu jugak dekat Merlimau. Esoknya kami ke Dayabumi untuk buat medical check up. Aku perasan riak wajah abah bangga. Settle urusan di Dayabumi, abah uruskan pembelian barangan untuk ke ALAM. Ye, aku nampak kesungguhan abah. Abah hantar aku ke ALAM dengan perasaan bangga. Tapi malangnya, sekali lagi aku kecewakan abah. Aku berhenti ALAM hanya kerana mental aku tak kuat dikritik oleh senior senior terdahulu hanya kerana aku perempuan. Mungkin jugak dah tertulis aku tak bekerja dilautan biru.Aku tahu abah kecewa. Abah terluka. Abah langsung tak endahkan aku sejak aku keluar dari ALAM. Abah lebih banyak diam dari bercakap. Aku tahu abah kecewa yang teramat.

Cukup setahun jadi penanam anggur berjaya dirumah, aku ditawarkan ke Politeknik Perlis dalam bidang yang aku sendiri rasa nak gelak.Video & Pengajian Filem. Kali ni tiada lagi kesungguhan abah. Aku cuma nampak kesungguhan abah ketika abah nak hantar aku kesana. Abah cuma pesan jangan sampai ada kali ketiga. Masa tu aku dah nekad. Takkan ada kali ketiga. Cukuplah aku dah kecewakan abah sejak dari sekolah. Di Perlis, aku kembali main main. Tiada langsung kesungguhan aku menuntut ilmu. Hilang sudah wajah kecewa abah yang selalu bermain dimata. Yang aku fikir hanya keseonokan bersama kawan kawan.Hingga satu ketika, aku digagalkan dari latihan industri. Ini satu benda paling bodoh dalam hidup aku. GAGAL PRAKTIKAL. Sekali lagi aku ulang GAGAL PRAKTIKAL. Terus terang aku memang kecewa. Aku adukan pada abah. Aku suarakan hasrat untuk tak lagi sambung belajar. Aku nak kerja cari duit sendiri. Aku dah terlalu banyak buang masa, duit dan tenaga. Abah cakap 6 bulan tak lama mana pon. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku 6 bulan tambahan berjaya aku habiskan dengan jayanya.

Habis study dulu, aku terus kerja. Memang tak tunggu lama. Aku kerja biasa biasa je.Gaji pon tak lah besar mana. Sampai lah satu hari aku dapat surat dari SPA untuk ujian fizikal bomba gred 17. Abah support aku dari belakang. Abah cakap cuba dulu. Seperti yang dah dijangka aku tak berjaya. Walau tak berharap, tapi aku sedikit kecewa waktu tu. Seminggu selepas tu, aku terima lagi panggilan untuk ujian fizikal bomba. Kali ni untuk gred kb29(lepasan diploma). 2 minggu sebelum tarikh ujian aku ke balai bomba Kuala Pilah hampir setiap hari untuk membuat persediaan.(tq cikgu2 & cik kat pilah. tak dan lagi nak hantar pulut kuning). Alhamdulillah ujian fizikal kali ni aku berjaya. Aku tengok abah senyum waktu aku bagitahu berita gembira tu. Tapi aku ada lagi 2 ujian. Kalau lulus barulah diterima sebagai pelatih bomba. PPIB dibulan 4. Abah hantar aku ke Terengganu.Aku lihat abah yang excited sebenarnya. Aku faham abah nak yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah PPIB jugak aku lepas. Akhir sekali temuduga lisan dan sekali lagi aku berjaya. Bulan 10, 2012 aku dapat surat panggilan ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. Abah lah orang yang paling gembira tapi abah seorang je yang tak nak hantar aku ke Terengganu. Alasannya, ayam & kucing kat rumah takda siapa nak jaga. Waktu aku salam abah sebelum berangkat ke Terengganu abah pesan satu benda kat aku. Abah cakap, abah tak kan hantar akak ke akademi, tapi buktikan akak dapat habiskan rekrut ni dengan abah, abah akan datang waktu tamat latihan. Nak ikutkan rekrut memang rasa nak lari. Tapi aku hanya fikirkan abah. Aku nak buktikan pada abah aku akan cuba buat abah bangga jugak. Alhamdulillah, hampir 7 bulan di pusat latihan, aku berjaya habiskan rekrut dengan jaya. Abah datang dengan bangga. Along cakap abah menangis waktu tengok perarakan masuk ke padang kawad. Abah tanya mak mana satu aku. Aku berjaya buat abah bangga.

 Ini hadiah terhebat yang pernah aku bagi buat abah. Diploma Sains Kebombaan. InsyaAllah akan muncul yang lain selepas ini.


 Gambar keluarga dimajlis tamat latihan. Terima kasih abah,mak dan semua yang datang


dua paku dibahu bersama tanggungjawab yang menggunung.

Alhamdulillah, hari ni, saat aku menulis coretan ni, aku dah hampir setahun lebih bersama bomba. Aku kini ditempatkan di bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Johor. Walau hanya 2 paku di bahu, aku berjaya buat abah tersenyum gembira. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, aku ingin terus buat abah bahagia dan bangga kerna punya anak degil tapi boleh dikatakan berjaya seperti aku. :)

Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku karangkan cerita berkenaan abah. Mungkin akan ada sambungan nanti kerana abah terlalu istimewa buat aku. Lelaki pertama yang aku lihat dulu. Lelaki pertama yag aku cinta.

Abah, lelaki tua yang terlalu istimewa. Akak sayang abah selamanya. :)

Wednesday, September 19, 2012

Kisah sekeping hati

Assalamualaikum

Hai semua. Lama nye aku menghilangkan dirj dari dunia blogger..ni pon dah menghampiri ke penghujung tahun 2013. Bukan sengaja senyap. Tapi aku sendiri kehilangan idea untuk terus berada di alam maya ni. Ntah. Rasa macam dah takde ape aku nak share dengan orang ramai.

Tapi tadi bila aku on blog aku, aku rase rindu. Rindu nak update macam macam cerita. Rindu nak luah segala maca  rasa yang penuh bersarang dalam hati ni. Aku rindu nak berceloteh dengan sahabat sahabt di alam maya. Walau kami xmengenali antara satu sama lain, tapi masing masing seolah olah dah kenal.

So, aku ambil keputusan untuk terus berkarya dan terus berceloteh di alam maya. Untuk terus meluah rasa disini. Terima kasih yg tak terhingga buat mereka yg sentiasa support aku untuk terus memeriahkan dunia blogger.

Sekian untuk post kali ni. In syaa Allah aku akan terus aktif disini. Menceritakan semua kejadian yang terjadj sepanjang hampir 3 tahun aku menyepikan diri dalam dunia blogger.. :)



Thursday, June 7, 2012

Mungkin Ini Yang Terbaik

Tasnim Amani termenung. Dia terfikir sampai bila hubungannya dengan Hanif Faisal akan terus begini. Bercinta bagai tiada kesudahan. Umurnya bukan semakin berkurang. Disember 2012 bakal membawa Tasnim Amani ke angka 30. Lama dia termenung, tanpa sedar beberapa titisan air jernih akhirnya jatuh ke pipi.

Hanif Faisal, seorang lelaki yang kadang kala boleh di anggap tiada perasaan. Hati batu mungkin. Baginya Tasnim Amani seorang yang senang dipujuk tatkala wanita itu menunjukkan muncung panjang. Hanya dengan kata kata, Tasnim Amani pasti kembali ceria. Hanif Faisal sedar, dengan keadaan ekonominya sekarang pasti tidak mudah untuk dia memberitahu Aina Nabila yang dia ingin berkahwin lagi. Pernah sekali hubungan antara Hanif Faisal dan Tasnim Amani dihidu oleh Aina Nabila. Pantas Hanif Faisal menafikan segala tuduhan Aina Nabila.Sudahnya yang berendam air mata Tasnim Amani jua.

Bagi Tasnim Amani, dia sedar.Memilih untuk menjadi yang kedua bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapi sendiri. Walau madu itu manis, tapi hidup bermadu bukan sesuatu yang manis. Tasnim Amani sedar sejak kali pertama dia dan Hanif Faisal berhubungan.Dia sedar semuanya ini salahnya. Menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelar suami orang bukannya mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditelan. Kini, hampir 5 tahun dia mengabadikan diri untuk lelaki yang bernama Hanif Faisal. Segala dugaan dan cabaran sepanjang 5 tahun bercinta dengan Hanif Faisal ditelan dan dihadam dalam dalam. Bukannya Tasnim Amani tidak sedar, dalam tempoh 5 tahun itu terlalu banyak pahit dari manisnya. Namun, entah apa yang istimewanya Hanif Faisal,sehingga dia sanggup menunggu dan sanggup melukakan hati sendiri yang entah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak sedar.

Rakan rakan yang seusia dengan Tasnim Amani hamper semua sudah berumah tangga. Bukan sekali Tasnim ditanya soalan soalan berkaitan dengan rumah tangga,malah telinganya sendiri sudah terlalu lali mendengar soalan soalan sedemikian. Tasnim Amani yakin jodohnya kuat bersama Hanif Faisal walau lelaki itu tidak pernah langsung berbicara mengenai masa depan hubungan mereka. Jawapan yang seringkali diguna pakai Tasnim Amani tatkala di Tanya soalan berkaitan dengan hubungannya dengan kekasih hati, ‘InsyaALLAh kalau ada jodoh adalah.Doakan yang terbaik’. 

Bukan dia tidak mahu mendesak Hanif Faisal, tapi dia takut.Takut yang dia akan ditinggalkan kelak oleh lelaki yang amat disayangi itu.Pernah Tasnim Amani membuka mulut berkenaan dengan hubungan mereka,tapi jawapan yang terkeluar dari mulut Hanif Faisal sangat mengecewakan.Sejak itu, Tasnim Amani tidak lagi bertanyakan tentang hala tuju hubungan mereka.Bimbang sesuatu yang tidak enak berlaku dalam hubungan tersebut.

Sudah seminggu Hanif Faisal bercuti.Bila ditanya mengapa cuti terlalu lama oleh Tasnim Amani, alasan yang diberikan oleh Hanif Faisal ingin bersama anak anak.Katanya dia sekarang jarang bersama anak anak.Maka, seminggu cuti yang diambil ini membolehkan dia membawa anak anak berjalan jalan. Mungkin alasan biasa bagi Hanif Faisal. Ye,seminggu mungkin tidak lama.Tapi bagi Tasnim Amani, dia seolah olah hilang punca. Seminggu Hanif Faisal bercuti,maka seminggu jugalah dia bakal merindui suara kekasih hatinya itu. Sudah menjadi satu tabiat bagi Tasnim Amani tidak akan mengganggu Faisal Amani ketika lelaki itu berada di rumah. Tasnim Amani sedar bahawa dia bukan siapa siapa untuk menghalang atau membantah apa yang di lakukan oleh Hanif Faisal.

Pagi Isnin Tasnim Amani bangun sedikit awal dari biasa. Dia sengaja bersiap awal kerana dia tahu,sebentar lagi Hanif Faisal akan membuat panggilan telefon. Sudah menjadi seperti rutin harian, saban hari ketika hari bekerja Hanif Faisal akan menelefon Tasnim Amani seawal pagi. Seminggu lamanya dia menanti, dia sudah tidak sabar lagi untuk mendengar suara Hanif Faisal yang dirindui. Suara yang mengejut dirinya hampir setiap hari. Tapi entah kenapa, hari itu dia seolah olah terasa kosong tatkala mendengar suara Hanif Faisal. Tiada suara suara ceria seperti selalu.Entah,mungkin seminggu lamanya Tasnim Amani ditinggalkan,maka dia sudah tidak kisah lagi dengan suara itu.

Malam ini, Tasnim Amani letih.Entah kenapa dia terlalu letih memikirkan tentang pengakhiran tentang hubungannya dengan Hanif Faisal yang seolah olah tiada penghujung. Air matanya kembali tumpah tatkala memikirkan dia harus kehilangan Hanif Faisal. Mungkin ini jalan yang terbaik. Biar hatinya terluka sendiri dari melihat banyak hati hati yang terluka. Terbayang diruang mata Tasnim Amani, bagaimana gembiranya Hanif Faisal tatkala bercerita mengenai anak anak dan rumah tangganya bersama Aina Nabila. Teringat dia akan ugutan yang diberikan oleh Aina Nabila kepada Hanif Faisal ketika hubungan mereka dihidu oleh Aina Nabila. Antara Aina Nabila dan Tasnim Amani. Terbayang dia bagaimana suara Hanif Faisal yang seolah olah lesu tatkala di suruh memilih satu antara dua. Malam ini Tasnim Amani tekad. Dia yang akan pergi meninggalkan Hanif Faisal.  Tasnim Amani sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung kesedihan sendirian. Fikirnya, sebelum kahwin lagi sudah terlalu banyak cabaran dan dugaan yang di hadapi,  apatah nanti apabila sudah berumahtangga dengan Hanif Faisal.Pasti dia akan lebih makan hati dan yang paling kecewa dia yakin pasti Aina Nabila.

Tasnim Amani berjalan menuju ke katil.Diambilnya teddy bear pemberian Hanif Faisal sempena setahun usia perhubungan mereka.Di peluk erat patung tersebut.Air mata seorang wanita kembali tumpah. Tumpah disebabkan luka yang dicipta sendiri. 5 tahun yang memberi pelbagai rasa pada Tasnim Amani.

“Sayang, 5 tahun bukan tempoh yang pendek.Terlalu banyak suka duka yang kita lalui bersama.Tapi, jalan yang bakal kita lalui jika masih bersama terlalu banyak onak duri. Huney sayang sayang sangat.Terlalu sayang, tapi huney tidak harus mementingkan diri.Aina Nabila dan anak anak perlukan sayang lebih dari Huney perlukan sayang. Biarlah Huney yang terluka dari melihat isteri & anak anak sayang terluka dalam kancah percintaan yang kita sendiri cipta.Tentang huney,usahlah sayang khuatir.”

Button sent ditekan.Tasnim Amani tekad.Tekad untuk tidak menghancurkan sebuah masjid bahagia. Baginya cukup dia seorang sahaja yang terluka.Air mata yang mengalir laju dikesat perlahan lahan. Dia redha dengan apa yang terjadi walau sebenarnya hatinya berat untuk melepaskan Hanif Faisal.

#Ini percubaan pertama aku menulis seserius macam ni.

Bohsia 2 - Jalan Kembali Terbaik

Assalamualaikum


 memang terbaik






Baru balik dari tengok movie bohsia 2 - jalan kembali. takde lah baru balik pon sebenarnya.tadi lagi dah sampai rumah.dah sempat main poker 3 4 round dah.dah menang dah pon.dah update status kat pesbuk dah pon.baru kejadahnya.

opppss.back to the story, quite best jugak movie kali ni yang aku tengok berbanding 2 movie sebelum ni. Ok fine, dalam masa seminggu, 3 movie dah aku layan. Betul betul gila. 2 movie sebelum ni aku tak nak review pasal memang hampeh. Menyesal jugak keluar duit beli tiket, pasal movie yang memang betul betul hampeh. 

Gerak dari umah kul 6.45 pasal nak p ambik ayu dulu. Then p makan makan jap kat marrybrown. Lepas makan terus naik atas. Ingat mula mula nak main game jek.Sekali tengok cerita bohsia 2 - jalan kembali ni dah keluar panggung. Aku pandang ayu, ayu pandang aku, adik aku pandang aku. Ok fine, aku tahu, nak tengok lettew. Rasanya promo kata esok baru keluar panggung cerita ni kan? Hurmm, ayu dengan aku p usha tiket. Tiket pukul 8.45. Tengok jam baru 8.30. awal lagi. Keluar p kat game. Main game basketball jap. Hampeh jek sebab tak lepas target.Bola keluar lembab gilos. Langsung kalah.(alasan) :p. Suruh adik aku p beli token lagi nak main game yang cari perbezaan. Main sampai abes level. Last last masuk panggung lambat. Pukul 8.50.haha.lambat 5 minit.

mak jah gangster rumah pengasih

Masuk panggung, cerita baru nak start. Keluar muka serina yang konon konon nak insaf duk kat rumah pengasih. Then,macam biasa pelakon skop production, mak jah si orang gaji tuh pon belakon weh jadi gangster dalam rumah pengasih tuh. Awal awal memang dah best pasal memang best la. Mak jah si orang gaji ni memang pandai berlakon. Memang pecah perut tengok dia jek. Macam harammm.

Paling aku suka watak Keting lakonan Sofi Jikan.Seriusly memang macam haram. Sakit perut aku ketawa tengok dia jadi mamat masuk air. Memang masuk air betul dia dalam cerita ni. Zizan dengan Shamsul pon tak mengecewakan. Zizan kan? Memang terbaik dari ladang la wehhhh. Macam haram nak lajukan moto, p jumpa bomoh kaki kencing.Hahaha.

Keting

Pada aku cerita ni memang terbaik walau ada yang tak masuk akal, macam lepas jek Keting (Sofi Jikan) dengan Mus (Shamsul) habis race, datang pulak makcik Tasha(Nabila Huda) konon konon nak bawak si Tasha ni balik, then kat situ bagitahu mak Tasha ni dah arwah sebulan lepas. Ada ke mat rempit race lepas maghrib weh? Pelik sebab makcik Tasha ni keluar p cari Tasha time time orang tua dah masuk tido. Si keting ni pon bla then sempat berhenti depan masjid time nak Subuh. Tak tahu lah kalau time azan tuh baru azan Isya'.

Keseluruhan cerita ni aku bagi 4.5 bintang.Tahniah Shamsul.Tahniah Skop Production.Memang terbaik wa cakap lu.

Adios.
Assalamualaikum

Wednesday, June 6, 2012

Gila

Muka kusam.Kelam.Hilang segala manisan disebabkan kegilaan.Sungguh dia gila.Gila yang sengaja dia cipta. Hampir hilang segala rasa dalam diri bila dia menjadi gila.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

Malas


bosan

Assalamualaikum.


Hari isnin.tak ramai yang bersemangat nak pergi kerja melainkan dekat tempat kerja kau ada orang yg kau sayang. Macam aku dekat opis semua orang aku tak syg.So,memang malas nak datang kerja.


kertas bersepah,punch card melambak.semua atas meja aku.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 2, 2012

Memory card patah :(

Assalamualaikum


Seriusly rasa down sangat sangat malam ni. Bukan sebab kena down ngan mr demok or kene tinggal dengan beliau, tapi sebab memory card phone yang dia bagi patah.seriously rasa nak nangis sangat sangat.ok fine! dah nangis dah pon.

petang tadi masa balik dari bahau elok je phone tuh. Malam ni tadi time nak p kenduri umah besan mak terus hang. Balik dari kenduri try la bukak then nak gosok gosok memory card tuh, tengah duk gosok gosok kat baju boleh pulak terpatah. Seriously time tuh rasa nak menjerit.

Memang la takda apa yang penting pon dalam memory tuh. Just ada gambar gambar aku. Paling banyak gambar si budak comel syadania & danish. Tapi pada aku memory card tuh ada makna tersendiri. Orang boleh cakap, ala 8g je pon. Boleh beli lain la. Tapi memory card tuh ada sentimental value. Senang cerita memory tuh mok yang bagi. Dia sanggup tukar memory card dia dengan aku. Aku nya memory time beli tuh 4g jek. Selalu kalau apa apa yang mok bagi, memang aku simpan betul betul.Sayang sangat sangat, tapi entah macam mana, memory card ni boleh patah dua pulak.

'bie, sori sangat sangat. :(

ni lah ghopenye memory yang patah tuh


Friday, June 1, 2012

Selamat Pengantin Baru :)

Assalamualaikum




Maaf la yer, malam tadi janji lepas salai otak, aku nak update blog, tapi  hurmmm mengecewakan sungguh. Aku malas pasal idea taknak datang.So, memang takde lah update malam tadi okeh.

Ok cukup intro mengarut.Aku memang fail lah kalau bab intro ni.Memang hampeh.Tak tahu nak start stori mori dari mana.

Kejap je rasanya dah masuk bulan 6 bagi tahun 2012. Mak aii, dah setengah tahun dah. Cepat nya masa berlalu. Pagi tadi aku p membe baik aku nikah kat Masjid Tuanku Mukhriz. Alhamdulillah dah jadi isteri orang dah kawan baik aku ni. Kitorang rapat dari sekolah menengah. Lepas spm, masing masing bawak haluan sendiri. Tapi sesekali balik cuti sem mesti kitorang jumpa. 

Minggu ni banyak sungguh kenduri kahwin. Paling banyak jemputan dari member sendiri. Member sekolah rendah sampailah member sekolah menengah. Syok pergi majlis majlis kahwin member ni sebab dapat jumpa dengan member member yang dah lama tak jumpa. Tapi yang tak syok nya terpaksa menjawab soalan cepu gangsa makcik makcik yang tak gheti nak jaga perasaan aku. Ye lah, dengan selamba badak je tanya bila turn aku tengah tengah orang ramai. Tak gheti langsung nak cover. Dorang hengat aku ni takde hati dan perasaan ke nak tanya tanya macam tuh. Tacing i tau.(sila bagi sepak terajang paling laju)

Dah lah,nak p makan kenduri rumah besan mak aku jap.Nanti aku sambung update lagi.

pengantin perempuan yang tak gheti duk diam


tahniah Pa & Jai.


adios.Assalamualaikum

Thursday, May 31, 2012

Baju baru

Assalamualaikum


Salam sayang untuk korang korang semua. Memang berkurun dah blog ni tak ber update. Entahlah aku sendiri pelik, padahal ada je masa aku rasa kalau nak update. Tapi tuh la, orang kata bila menulis ni tak ikhlas, memang tak kan kemana. Cer try menulis memang lahir dari hati nurani yang ikhlas, KOMPOM memang meletup tulisan uollsss..

Ceh, intro macam haram. Entah apa apa. Sebenarnya aku blur. Lama tak menaip, aku jadi bangang sungguh.Otak macam dah beku kena simpan dalam peti ais.Nak kene bakar dulu kot, bagi cair,sat g mesti banyak je idea aku kan? :p

Ok dah stop mengarut, just simple update dari aku menandakan aku masih lagi hidup dan insyaALLAH aku akan rajin kan diri aku update blog ni memandangkan template dah baru. Rasa macam segar je masuk blog sendiri.Barulah rasa nak update tuh membuak buak.Ni masuk je tengok blok suram kelam kusam macam tuan dia, memang meloya la tekak aku nak update walaupun aku update guna laptop tak guna tekak.

Ok tuh je aku nak cerita dulu. Malam malam sikit, lepas aku salai otak aku kat api aku update lagi.

adios
Assalamualaikum



motif gambar?
#sajamencapap

Wednesday, May 9, 2012

Rindu

Assalamualaikum


Lame tak update blog ni buat aku rasa bangang sungguh nak menaip. Ada yang rindu aku tak?hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 30, 2012

Bie

Assalamualaikum




Bie, makin lama kita bersama,makin hebat dugaan mendatang. Makin kuat sayang ayg pada bie,makin kencang angin bertiup untuk hubungan kita. 

Bie, entah untuk kali keberapa ayg sendiri tak tahu.apakah akan berterusan begini, atau akan terhenti dimana mana. semakin jauh ayg lari,semakin ayg kusut dengan masalah sendiri.sampai bila bie?sampai bila kita akan harus begini?

Bie, harapan ayg cuma satu. Jangan kita goyah dengan dugaan yang mendatang. Walaupun kadangkala ayg yang jatuh tersungkur. bie,ayg mintak maaf sebab lately ni banyak sangat perangai yang ayg buat sampai bie pening kepala.

bie,lately ni air mata ayg murah sangat untuk bie.time taip kat sini pon dah berderai derai dah air mata ayg jatuh bie. mesti bie marah kan kalau bie taw.tapi,itu je yang ayg mampu buat untuk legakan apa yang ayg rasa sekarang.

bie,sungguh ayg rindu bie.rindu nak gelak gelak dengan bie.rindu nak check nadi bawah ketiak,rindu segala gala hal yang kita pernah buat sama sama. ayg rindu nak kacau kacau bie & yang paling ayg rindu nak tgk muka bie lama lama.

ayg tak suke perasaan ni.perasaan yang buat ayg sedih sambil nangis nangis ingat kat bie.ಥ_ಥ
ayg taw bie pon tak suka kan kalau ayg sedih sedih cam ni?tapi entah lah...


I NEED YOU SAYANG.I NEED YOU WHOLE IN MY LIFE.PLEASE TAKE ME AWAY



mok,saya sayang awak sangat sangat. im sorry for everything i did.




shizumok





Thursday, March 15, 2012

kadang kadang kau rasa

Assalamualaikum

kadang kadang kau rasa kau betul walaupun sebenarnya kau sedar yang kau memang salah.

kadang kadang kau rasa kau salah walaupun sebenarnya kau memang salah
kadang kadang kau rasa kau betul walaupun sebenarnya kau memang betul
semua tuh rasa kau sendiri.sebab kau saja yang rasa.

Sunday, February 26, 2012

KECEWA :(

Assalamualaikum


mok,seriusly malam ni saya cukup terasa dengann awak.biarlah apa awak nak cakap bila saya tulis dekat blog.saya dah tak peduli.hati saya semakin hancur malam ni.lama saya tak menangis, tapi malam ni memang saya betul betul kecewa sangat sangat.

ye,selama ni awak suruh saya abaikan je.ok saya boleh abaikan,tp malam ni saya tak boleh lagi nak abaikan.

mok,siapa saya pada awak?
siapa pulak ..... pada awak?

awak boleh borak dengan dia sampai mencabar tahap kesabaran saya.

ok fine.saya yang terlalu CEMBURU.tp cemburu saya berasas.ok FINE.saya kolot.benda kecik pon nak besar besarkan.terpulang la pada awak mok.

TAPI SERIUSLY SAYA NAK AWAK TAW,SAYA KECEWA YANG TERAMAT DENGAN AWAK MALAM NI.HATI SAYA HANCUR SEHANCUR HANCUR NYE.

SAYA MERAJUK,SIKIT PON AWAK TAK PUJUK,
..... MERAJUK,SAMPAI AWAK RISAU BILA DIA DUK SEMBANG ADA ICON :(

SAYA TATAW SAMPAI MANE HUBUNGAN NI,

:'(

Wednesday, February 8, 2012

Layan... :)

Assalamualaikum


Mak ai,dah masuk bulan 2 tahun 2012 rupanya.bapak la lama aku tak update blog ni.haha.nampak sangat vitamin M dah mula menyerap dalam badan aku ni.last entry pon update guna phone.bukan nak belagak,tp time tuh saja nak test guna jek.

diam tak diam hari ni dah 8/02/12.makna nya dah 10 bulan aku bersama dengan mr.mok.dah macam macam yang kitorg lalui sama sama.takda lah sama sama sangat,bukan nya satu rumah pon.ye dak?hahaha.untuk bulan ke 10 ni aku rasa aku dah cukup kuat nak tempuh segala apa yang datang kot untuk hubungan kitorang ni kot.hurmmm,ntahlah.aku dah malas nak pikir sangat dah.bagi aku kalau dia betul nak kat aku,dia akan usahakan sampai dia dapat.kalau betul aku istimewa kat dia, makanya aku akan jadi yang istimewa kat dalam hati dia.

aku dah malas nak cakap lebih lebih pasal relationship kitorang.aku layankan saja sekarang.

mok,ini yang awak nak kan?awek yang selumber.yang layankan je hubungan mcm tuh.yang sentiasa buat macam takde apa2 jadi antara kita.yang kalau ada masalah anggap macam takda.yang sentiasa ketawa walaupun sebenarnya hati dia tengah menangis.

kalau dengan cara saya macam ni boleh buat hati awak senang,ok takpa.saya layankan.pasni no more budak cengeng depan awak lagi.dia akan cuba telan dan hadam segala apa yang dia rasa tuh sendiri.

p/s : dulu dulu kala,kalau saya atas moto pon takde masalah.kalau awk ada kerja pon tak kisah,sanggup on call.sekarang semua benda dah jadi masalah.on call atas motor awk kata bising.on call time buat kerja awak kata susah sebab awk nak kerja.saya ketawa je bila awk cakap macam tuh.dalam hati saya Tuhan je yang tahu segala nya >T_T<

Monday, January 30, 2012

miss u

assalamualaikum.


mok, i miss u.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, December 26, 2011

Rindu Setengah Nyawa

Assalamualaikum

awak rindu tak saya text gud morning kat awak?
awak rindu tak saya text gud nite sweet dream kat awak?
awak rindu tak saya jadi peneman bila awak tak sihat?
awak rindu tak saya bising-bising kat awak?
awak rindu tak bila saya mengusik awak sampai awak malu malu?
awak rindu tak dengar saya menangis?
awak rindu tak ayat sweet saya yang boleh meltedkan hati awak?
awak rindu tak saya panggil awak sayang?
awak rindu saya tak?


sebenarnya,
saya yang rindu nak text gud morning kat awak ,
sebab bila saya buka mata
awak orang pertama yang saya akan cari ..


saya yang rindu nak text gudnite sweet dream kat awak ,
sebab bila saya pejam mata
awak orang terakhir yang saya fikirkan ..


saya yang rindu nak jadi peneman bila awak tak sihat ,
sebab saya tak nak hanya berada dengan awak
bila awak sihat jer ..


saya yang rindu nak bising-bising kat telinga awak,
sebab saya suka bila awak jadi pendengar setia bila saya bercakap-cakap ..


saya yang rindu nak mengusik awak sampai awak malu malu ,
sebab saya itu ingatkan saya pada pertemuan kita kali pertama


saya menangis ?
ye .. bila borak dengan awak tentang impian ,
dan TENTANG KITA berdua , saya akan tiba-tiba menangis ..
sebab saya betul-betul nak hidup dengan awak ..
dan saya TAK SANGGUP kehilangan awak ..


saya yang rindu nak bagi awak sweet words ,
sebab awak CINTA EKSKLUSIF saya ..


saya yang rindu nak panggil awak sayang,
sebab panggilan sayang itu betul-betul untuk
awak yang saya sayang ..



Awak rindu tak macam mana saya rindu kat awak ??


* tunduk bawah , pegang phone , tengok nombor awak ,
air mata jatuh , pejam mata ..


* khas untuk awak yang saya RINDU ~ ~ ~


bie, ayg rindu bie.rindu sangat sangat.rindu nak dengar bie kejut ayg pagi pagi.rindu nak bebel bebel sampai bie tak boleh nak menyampuk dekat mana.rindu nak dengar bie nyakat ayg sampai ayg nak nangis.rindu nak dengar suara bie yang manja manja.rindu nak gayut dengan bie thru ym sampai pagi.yang pasti ayg rindu segala gala tentang bie.

cerita asal :>  SINI

ternyata perubahan

Assalamualaikum


ayg : ayg rindu bie.rindu sangat
bie : samalah.bie pon rindu ayg.tapi sabarlah sikit k
ayg : ayg just cakap jek.takpe ayg faham bie.
bie : iye lah tuh.eleh,mcm bie tak taw.haha


********************************************************

ayg : bie cam dah berubah jek.call pon dah jarang.
bie : bie still macam dulu la.takde apa yang berubah.lagipon bie bizi la sekarang ni.
ayg : ayg rindu bie yang dulu. dulu bie bizi pon still boleh on call lagi T_T
bie : apa ni.bie still macam dulu la.jangan la mcm ni.tak suka la nangis nangis.tolong la faham bie.kata nak faham.tapi tak pernah faham pon.
ayg : sori.ayang mintak maaf bie.
bie : hurmm
ayg : bie,im really sori.sori sangat sangat
bie : dah la.takde apa la


****************************************

ayg : bie,ayg nak tido ni.
bie : k
ayg : ..............


saya pelik dengan perubahan yang semakin ketara.puas saya nasihatkan hati agar menerima awak seadanya walau perubahan awak mengejutkan saya.

dulu,
awak ajar saya macam mana nak sayang awak.
awak ajar saya untuk hidup dengan awak.
awak biasakan hari hari saya dengan adanya awak

sekarang,
bila saya dah sayang awak bagai nak rak,
kenapa awak diam membisu macam takda anak tekak?
bila saya dah biasa dengan kehadiran awak,
kenapa awak selalu main cak cak?


hurmm T_T

Assalamualaikum


awak,
bila saya cakap awak dah berubah,
cepat awak nafikan.
saya terima penafian awak.
saya mind set diri saya untuk tak fikir bukan bukan pasal awak.

awak,
makin hari saya rasa kita makin jauh.
bila saya cakap macam tuh,
awak cakap saya yang terlalu fikirkan.
awak cakap cuba jangan fikir negatif.
ok saya terima.
saya set minda saya untuk fikir positif je pasal awak.

awak
bila saya bagi ayat ayat romantis dekat awak
awak tak suka sebab awak kata nanti saya tak boleh hidup kalau awak takde
bila saya buat sumthing suprise untuk awak
awak cakap awak tak suka 
tapi saya degil,tetap jugak nak suprisekan awak
walaupun saya tahu awak akan masam mencuka



awak
bila saya tanya apa awak buat hari ni,
awak cakap saya macam nak kongkong awak.
awak cakap saya kebudak budakan
awak cakap saya terlalu push awak
ok saya mintak maaf.
sejak hari tuh,saya takut nak tanya macam macam dekat awak.
saya takut sebab nanti awak tertekan
saya risau sebab nanti takut awak fikir saya push awak
saya bimbang sebab nanti awak akan diamkan diri dari saya.
sejak dari hari tu saya ikut rentak awak.


kadang kadang awak senyap sampai seminggu lama nya
kadang awak muncul tiba tiba
kadang awak hilang lagi tanpa berita
saya nampak awak on9,tapi saya tak berani nak tegur
saya takut awak bizi nanti saya ganggu awak



seminggu awak hilang,seminggu la handphone saya senyap

kadang kadang saya terfikir,siapa saya pada awak,
tapi cepat cepat saya buang perasaan tuh sebab saya tahu awak tak suka saya fikir macam tuh

awak,
awak tahu tak sayalah orang yang paling gembira bila handphone saya berbunyi nombor,nombor awak yang tertera 

awak,
saya tak pernah sayang orang macam mana saya sayang awak
sungguh saya tak tahu kenapa tiap masa bayang awak yang saya nampak
bila saya cakap dengan awak,
awak ingat saya fikir awak bomohkan saya
awak,
tak pernah terlintas langsung saya fikir macam tuh tentang awak
saya mohon maaf andai awak terluka dengan kata kata saya.

awak,
semakin dalam sayang saya pada awak,semakin jauh awak lari dari saya
bohong kalau saya katakan saya tak sedih dengan apa yang jadi sekarang
bohong kalau saya cakap saya tak menangis sepanjang awak hilang

banyak sangat dah yang saya pendam sendiri
banyak sangat dah yang saya simpan sorang diri
malam ni saya penat sangat nak pendam pendam lagi
pada blog ni saya buat curahan rasa hati
saya mohon maaf andai curahan ini buat awak tak selesa nanti
hanya ini cara yang saya ada untuk keluarkan apa yang saya rasa selama ini


awak,
saya mohon maaf sebab saya masih belum dapat faham awak lagi
saya mohon maaf sebab hati awak belum dapat saya curi.


nota kaki kiri => kalau saya tahu sakitnya rasa menyayangi dan merindui awak sampai macam ni sekali,sumpah saya tak kan sayang awak sejak dari pertemuan kita untuk yang pertama kali.

sungguh saya rindu awak.sungguh saya sayang awak.sunagguh hanya awak kini dihati.sungguh hanya awak yang saya nanti. T_T

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design