Engkorang Yang Best

Thursday, June 7, 2012

Mungkin Ini Yang Terbaik

Tasnim Amani termenung. Dia terfikir sampai bila hubungannya dengan Hanif Faisal akan terus begini. Bercinta bagai tiada kesudahan. Umurnya bukan semakin berkurang. Disember 2012 bakal membawa Tasnim Amani ke angka 30. Lama dia termenung, tanpa sedar beberapa titisan air jernih akhirnya jatuh ke pipi.

Hanif Faisal, seorang lelaki yang kadang kala boleh di anggap tiada perasaan. Hati batu mungkin. Baginya Tasnim Amani seorang yang senang dipujuk tatkala wanita itu menunjukkan muncung panjang. Hanya dengan kata kata, Tasnim Amani pasti kembali ceria. Hanif Faisal sedar, dengan keadaan ekonominya sekarang pasti tidak mudah untuk dia memberitahu Aina Nabila yang dia ingin berkahwin lagi. Pernah sekali hubungan antara Hanif Faisal dan Tasnim Amani dihidu oleh Aina Nabila. Pantas Hanif Faisal menafikan segala tuduhan Aina Nabila.Sudahnya yang berendam air mata Tasnim Amani jua.

Bagi Tasnim Amani, dia sedar.Memilih untuk menjadi yang kedua bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapi sendiri. Walau madu itu manis, tapi hidup bermadu bukan sesuatu yang manis. Tasnim Amani sedar sejak kali pertama dia dan Hanif Faisal berhubungan.Dia sedar semuanya ini salahnya. Menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelar suami orang bukannya mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditelan. Kini, hampir 5 tahun dia mengabadikan diri untuk lelaki yang bernama Hanif Faisal. Segala dugaan dan cabaran sepanjang 5 tahun bercinta dengan Hanif Faisal ditelan dan dihadam dalam dalam. Bukannya Tasnim Amani tidak sedar, dalam tempoh 5 tahun itu terlalu banyak pahit dari manisnya. Namun, entah apa yang istimewanya Hanif Faisal,sehingga dia sanggup menunggu dan sanggup melukakan hati sendiri yang entah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak sedar.

Rakan rakan yang seusia dengan Tasnim Amani hamper semua sudah berumah tangga. Bukan sekali Tasnim ditanya soalan soalan berkaitan dengan rumah tangga,malah telinganya sendiri sudah terlalu lali mendengar soalan soalan sedemikian. Tasnim Amani yakin jodohnya kuat bersama Hanif Faisal walau lelaki itu tidak pernah langsung berbicara mengenai masa depan hubungan mereka. Jawapan yang seringkali diguna pakai Tasnim Amani tatkala di Tanya soalan berkaitan dengan hubungannya dengan kekasih hati, ‘InsyaALLAh kalau ada jodoh adalah.Doakan yang terbaik’. 

Bukan dia tidak mahu mendesak Hanif Faisal, tapi dia takut.Takut yang dia akan ditinggalkan kelak oleh lelaki yang amat disayangi itu.Pernah Tasnim Amani membuka mulut berkenaan dengan hubungan mereka,tapi jawapan yang terkeluar dari mulut Hanif Faisal sangat mengecewakan.Sejak itu, Tasnim Amani tidak lagi bertanyakan tentang hala tuju hubungan mereka.Bimbang sesuatu yang tidak enak berlaku dalam hubungan tersebut.

Sudah seminggu Hanif Faisal bercuti.Bila ditanya mengapa cuti terlalu lama oleh Tasnim Amani, alasan yang diberikan oleh Hanif Faisal ingin bersama anak anak.Katanya dia sekarang jarang bersama anak anak.Maka, seminggu cuti yang diambil ini membolehkan dia membawa anak anak berjalan jalan. Mungkin alasan biasa bagi Hanif Faisal. Ye,seminggu mungkin tidak lama.Tapi bagi Tasnim Amani, dia seolah olah hilang punca. Seminggu Hanif Faisal bercuti,maka seminggu jugalah dia bakal merindui suara kekasih hatinya itu. Sudah menjadi satu tabiat bagi Tasnim Amani tidak akan mengganggu Faisal Amani ketika lelaki itu berada di rumah. Tasnim Amani sedar bahawa dia bukan siapa siapa untuk menghalang atau membantah apa yang di lakukan oleh Hanif Faisal.

Pagi Isnin Tasnim Amani bangun sedikit awal dari biasa. Dia sengaja bersiap awal kerana dia tahu,sebentar lagi Hanif Faisal akan membuat panggilan telefon. Sudah menjadi seperti rutin harian, saban hari ketika hari bekerja Hanif Faisal akan menelefon Tasnim Amani seawal pagi. Seminggu lamanya dia menanti, dia sudah tidak sabar lagi untuk mendengar suara Hanif Faisal yang dirindui. Suara yang mengejut dirinya hampir setiap hari. Tapi entah kenapa, hari itu dia seolah olah terasa kosong tatkala mendengar suara Hanif Faisal. Tiada suara suara ceria seperti selalu.Entah,mungkin seminggu lamanya Tasnim Amani ditinggalkan,maka dia sudah tidak kisah lagi dengan suara itu.

Malam ini, Tasnim Amani letih.Entah kenapa dia terlalu letih memikirkan tentang pengakhiran tentang hubungannya dengan Hanif Faisal yang seolah olah tiada penghujung. Air matanya kembali tumpah tatkala memikirkan dia harus kehilangan Hanif Faisal. Mungkin ini jalan yang terbaik. Biar hatinya terluka sendiri dari melihat banyak hati hati yang terluka. Terbayang diruang mata Tasnim Amani, bagaimana gembiranya Hanif Faisal tatkala bercerita mengenai anak anak dan rumah tangganya bersama Aina Nabila. Teringat dia akan ugutan yang diberikan oleh Aina Nabila kepada Hanif Faisal ketika hubungan mereka dihidu oleh Aina Nabila. Antara Aina Nabila dan Tasnim Amani. Terbayang dia bagaimana suara Hanif Faisal yang seolah olah lesu tatkala di suruh memilih satu antara dua. Malam ini Tasnim Amani tekad. Dia yang akan pergi meninggalkan Hanif Faisal.  Tasnim Amani sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung kesedihan sendirian. Fikirnya, sebelum kahwin lagi sudah terlalu banyak cabaran dan dugaan yang di hadapi,  apatah nanti apabila sudah berumahtangga dengan Hanif Faisal.Pasti dia akan lebih makan hati dan yang paling kecewa dia yakin pasti Aina Nabila.

Tasnim Amani berjalan menuju ke katil.Diambilnya teddy bear pemberian Hanif Faisal sempena setahun usia perhubungan mereka.Di peluk erat patung tersebut.Air mata seorang wanita kembali tumpah. Tumpah disebabkan luka yang dicipta sendiri. 5 tahun yang memberi pelbagai rasa pada Tasnim Amani.

“Sayang, 5 tahun bukan tempoh yang pendek.Terlalu banyak suka duka yang kita lalui bersama.Tapi, jalan yang bakal kita lalui jika masih bersama terlalu banyak onak duri. Huney sayang sayang sangat.Terlalu sayang, tapi huney tidak harus mementingkan diri.Aina Nabila dan anak anak perlukan sayang lebih dari Huney perlukan sayang. Biarlah Huney yang terluka dari melihat isteri & anak anak sayang terluka dalam kancah percintaan yang kita sendiri cipta.Tentang huney,usahlah sayang khuatir.”

Button sent ditekan.Tasnim Amani tekad.Tekad untuk tidak menghancurkan sebuah masjid bahagia. Baginya cukup dia seorang sahaja yang terluka.Air mata yang mengalir laju dikesat perlahan lahan. Dia redha dengan apa yang terjadi walau sebenarnya hatinya berat untuk melepaskan Hanif Faisal.

#Ini percubaan pertama aku menulis seserius macam ni.

0 kutukan sopan diterima:

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design