Engkorang Yang Best

Friday, January 7, 2011

Blogger dan Artis tuh sama jek..bezanya cuma....

Assalamualaikum


Berblogging semakin diminati sekarang.semakin ramai blogger blogger baru yang muncul bak cendawan tiram di tanam di tempat lembap.boleh di katakan blogger blogger yang femes ibarat artis di alam maya.biarpon tak dikenali secara detail,tapi blogger blogger femes terutamanya dikenali kerana hasil tulisan mereka.

perrgghhh,intro aku kali ni memang tak menahan.sila percaya aku menaip dengan begitu serius malam ni.tiada tanda tanda untuk terkucil mahupon melunaskan hajat.tiada juga tanda tanda untuk bermain poker dengan bersungguh sungguh setelah kalah tadi.makanya entry kali ni akan jadi terlalu serius.jadi, untuk para pembaca,sila baca entry ni dengan nada yang serius tanpa ada senyuman kambing gurun manis sehingga menampakkan cili yang tak habis dikunyah dekat gigi tuh.

setuju tak kalau aku kata blogger blogger ni artis alam maya?ok,diam tanda setuju.siapa yang tak setuju,sila setuju jugak.kalau tak kang aku sekeh kepala korang.ceeeppaaattt...

dunia blogging ni sama jek macam dunia artis kat luar sana tuh.bezanya artis semua orang kenal.orang yang tinggal dekat kampung hujung keton tuh pon taw artis tuh adalah artis.cuba kau cakap pasal siti nurhaliza kat mak enon kampung ulu nun,kompom beliau akan terus berdiri lalu menyanyikan lagu cindai.silap silap dia ajak jiran dia duet lagu siti ngan noraniza idris.punya lah femes yang teramat artis ni.jiran mak enon tuh pulak menyanyi dengan penuh rasa kecewa sebab dapat taw nabil dah break up dengan irma hasmi..cett,macam takde kaitan jek makcik nih nak hurt feeling.hahaahaha.kalau kau p kampung kat sebelah pulak,kau akan dengar makcik makcik bercerita pasal norman hakim still ada tanggungjawab sebab still hantar anak p sekolah itu hari.(erk,tu bukan memang dah jadi tanggungjawab dia ker?)kalau korang p jenguk pulak kedai makan kat simpang tiga hujung kampung nun,korang akan dengar cerita pasal maher zain yang hebat sebab lagu lagu dia memang best.kalau rezki korang ada,korang akan dengar peah,anak pak mael sibuk bercakap pasal imam muda nuri yang memang dekat dengan jiwa remaja.perghh,tetiba aku bawak korang p lawatan sambil belajar lah pulak.

korang tengok sendiri, kalau bab bab artis ni,memang semua orang tahu.even anak buah aku yang baru nak masuk 3 tahun tuh pon taw lagu tinggal kenangan yang salem nyanyi tuh.korang tengok sendiri penangan artis ni.

macam tuh jugak blogger bagi aku.dorang ni pon artis.tapi tak dikenali semua orang kecuali orang yang rajin menggodek internet.dorang sangat sangat dikenali di alam maya.ok,meh sini aku nak test korang,kenal tak ben ashaari?tak kenal?nampak sangat korang memang jaranag on internet.kalau on pon,setakat main game kat fezbuk.tipu kalau korang cakap korang blogger tapi korang tak kenal siapa ben ashaari.ok aku try lagi sekali,korang kenal hanis zalikha?lagi sekali bak sini kepala korang aku nak sekeh kalau korang cakap tak kenal.p tutup blog angpa semua kalau tak kenal hanis zalikha.ok takpe,aku test lagi.kenal sapa zack zukhairi?yang ni kalau cakap tak kenal,angpa p tutup blog angpa.kalau ada fb f deactivate terus.kalau zack zukhairi pon ang tak kenal,memang nampak sangat korang blogger yang memang tak suka ambik tahu hal ehwal dunia blogging.member baik aku yang takde blog pon tahu sapa zack zukhairi.tambah tambah katon zack tuh dah memang pemes yang teramat weh.ok dah cukup.tak nak test lagi dah.

korang nampak tak persamaan artis dengan blogger?dua dua dikenai ramai.cuma cara dikenali tuh yang berlainan.artis p berlakon sana sini,nyanyi serangkap dua,dah orang kenal.kalau blogger,korang kena tulis entry yang mantap macam blog aku zack n incik ben then korang ping dekat tepi jalan lepas tuh blogger blogger lain akan promote sama blog tuh.so, benda tuh akan tersebar luas.contoh senang,blog zack aku kenal bila aku godek internet bulan 3 tahun lepas.disebabkan entry tuh best,habis satu blog aku korek.tak sampai sebulan,ramai lagi yang kenal blog tuh.lagi best sebab ada insan yang rajin promote blog zack melalui hasil lukisan zack yang memang mantooppp.so,secara tak langsung blog zack dah pemes.

apa yang aku cuba sampaikan sekarang ni sebenarnya,apa yang blogger blogger buat atau taip dekat blog tuh,semuanya akan diperhatikan.tambah tambah blogger femes.memang lagi nak kena berjaga jaga sebab akan ada yang cuba nak jatuhkan blogger tuh.macam artis lah.tengok macam kes nabil itu hari.siap ada yang zoom tang telinga nabil lagi.kecoh satu malaya kes tuh.macam tuh jugak kes sorang yang femes tuh.kalau korang nak tahu apa kes nya,p google sendiri.aku malas nak bagitahu kat sini.blogger tuh femes okeh.so,setiap apa yang dia buat orang akan perhatikan.

apa yang blogger lelaki tuh buat aku rasa ada betol nya.tapi mungkin cara dia tak kena.kenapa perlu mengaibkan orang.tapi aku pelik,bila blogger tuh diaibkan,kecoh satu malaya,tapi bila nabil tuh diaibkan takde siapa nak bising.siap share lagi kat fb.bukan mengaibkan jugak ke macam tuh?aku tak berani nak ulas lebih lebih sebab aku pon bukan nya arif pasal ni.korang baca,korang jawab sendiri yer.

oh yer,pasal fesyen sekarang ni kan,aku rasa tak salah nak berfesyen asalkan tak berlebih lebihan dan tahu batas batas yang dah ditetapkan ALLAH.kalau yang lelaki sibuk mencari dan mengutuk orang perempuan yang tak tutup aurat atau orang perempuan yang pakai baju tapi telanjang,cuba tanya diri lelaki tuh,kalau korang bersukan terutamanya kalau main bola sepak,tertutup tak lutut tuh.agak agak korang main bola pakai tracksuit ke?atau korang pakai tight sampai bawah lutut?kalau iyer,bagus lah.kalau tak,renung renungkan lah.jangan ingat lelaki tuh auratnya senang nak dijaga.nampak simple,tapi tuh yang payah nak buat.

bagus kalau nak tegur orang perempuan tuh.sangat digalakkan.cuma orang kata cara teguran tuh biarlah berhemah.ibarat tarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselarak.yang tukang nasihatkan tak sakit hati, yang kena nasihat pon tak menjawab dengan nada yang kurang ajar.tengok aku dah bagi peribahasa dah.punyer lah aku serius dalam hal hal macam ni.=)

thanx sebab sudi baca..=)

nota ibu jari -->sangat suker komen innz kat entry panas blogger lelaki tuh.cuba blogger pemes yang tulis entry tuh,kompom tak jadi isu kan.huhuhu

adios
assalamualaikum.

7 kutukan sopan diterima:

Amiey White said...

entry ni muncul kerana kisah tudung tu kn...

huh~ entah yang mana satu betul amiey jadi penonton

EmanTheHalia said...

ni ha ustaz dah jawabkan dah pun amiey huhu http://bilatergigithalia.com/2011/01/06/jawab-ustazlove-isu-shawl-yg-diketengahkan-lensarosak-kpd-blogger-femes/

NAZ said...

fuyoo entry yang cantik haha

EmanTheHalia said...

sasaran? semacam je.. http://bilatergigithalia.com/2011/01/06/jawab-ustazlove-isu-shawl-yg-diketengahkan-lensarosak-kpd-blogger-femes/

Unknown said...

aku mls nk sentuh isu blogger ni.. sensitif.. :)

Intan suhaila said...

ehhh . lelaki mne ni . betapa ketinggalannya saya dlm dunia blog . tp ben , hanis and abg zack tu sgt0sgt ,lah diri ini kenal ye . sy seorang blogger tp bukan blogger sejati .

Miss Shizu said...

Amiey White --> =)

EmanCloud --> ok dah bace..=)

naz -->thanx..=)

Heidi Shafiq --> hee

Intan suhaila -->hee..p gugel cepat..=p

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design