Engkorang Yang Best

Tuesday, January 25, 2011

Fasha Sandha dah break up dengan Jejai....

Assalamualaikum...tak jawab dosa eh kengkawan...


hye kawan kawan *siler buat gaya yus raja lawak*kahkahkah.

pagi  ni i nak ajak u olls buat senaman pipi dan mulut ye kawan kawan.hey,bukan comlot lah sayang.ni yang i nak marah ni.u olls salah anggap taw.tak baek punya.dushdushdush.


jom mulakan dengan senyuman yang lebar.senyum kan sedekah.kan bagus pagi pagi lagi dah rajen sedekah.ok macam ni..




haa,pandai pon.senang bukan?sebelum ke step seterusnya,aku nak korang baca dulu bawah ni.

tetiba aku rajin pulak nak bergosip pepagi buta ni.bukan apa,tadi p selak metro online.tetiba jumpa satu artikel yang buat aku rasa nak gelak guling guling jek.




tengok,belum habes taip aku dah gelak.meh nak share dengan korang jugak meh.


Kami tiada jodoh-FASHA

KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.

“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.

Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.

“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.

“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.

“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.

Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.

“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.

“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya.





see,itu hari kata ok jek.tup tup hari ni keluar paper kata dah takde apa apa.apa kes?aku tanak komen banyak la.cuma satu jek nak cakap,ALLAH tuh adil.dulu,hak orang lain kena rampas,sekarang giliran sendiri.ala,lagipon si fasha ni relax jek.dia pon tak kuciwa.apa da hal kan?

ok tuh jek nak stori.t aku hapdet lain.nak p buat barcode jap.

nota jari manis --> ehh,tetiba aku rajin follow up fasha la pulak kan?hahaha.sengal..

nota jari kelingking --> ramai percaya dengan relationship aku dekat fb.tuh memaen je kengkawan.aku still single lagi hokeh..=p


adios
assalamualaikum..

1 kutukan sopan diterima:

Anonymous said...

hahaha.. mmg padan muka si perampas kebahagiaan org terima nasib cmtu. =)

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design