Engkorang Yang Best

Friday, March 14, 2014

The Best Abah Forever

Assalamualaikum w.b.t

Malam ni kerinduan untuk mencoret sesuatu di laman sesawang milik anak pak usop makin menjadi jadi. Aku rindu untuk mencoret sesuatu yang dah lama aku rasa ingin abadikan disini.

Abah. Ya, malam ni aku nak coret sesuatu untuk insan istimewa dalam hidup aku. Seorang insan yang terlalu banyak baktinya pada diri aku. Beliau yang terlalu bersusah payah untuk anak. Ya, beliau abah aku.


abah dan mak tercinta. oh ya, abah memang tak suka bergambar,jadi memang susah untuk dapatkan gambar abah seorang.

Abah, panggilan kami enam beradik untuk seorang lelaki tua yang kini makin dimamah usia. Lelaki tua yang masih gagah mencari rezeki demi anak anak dan isteri tercinta. Lelaki tua yang begitu tegas dalam membuat keputusan. Lelaki tua yang begitu tabah mengharungi liku liku hidup ketika mengambil keputusan untuk menjadi peneroka Felda lewat tahun 80-an dulu. Lelaki tua itu abah aku.

Jarang aku bercerita mengenai abah di laman ini. Aku lebih senang bercerita mengenai apa yang aku rasa. Tapi malam ini bila aku sediri di bilik (aku sedang kursus di akademi bomba KKB) aku terkenang abah. Sungguh aku rindu raut wajah tua abah. Aku rindu zaman kanak kanak aku bersama abah.

Aku anak ke 4 dari 6 beradik. Boleh dikatakan aku yang paling manja dan sering mengaku yang aku adalah bongsu. Haha. Dulu aku selalu mengaku aku adik walhal bawah aku ada lagi 2 orang adik. Mungkin perbezaan usia antara aku dengan adik bawah aku buat aku perasan yang aku adik. Ehh, tapi abah masih panggil aku adik walaupon ketika tu aku dah punya adik. Jadi tak salah kan nak mengaku adik? Haha

Dalam keluarga kecil kami, aku rasa aku lah yang paling rapat dengan abah. Teringat yang aku sentiasa 'tercengkong' di atas motor kalau abah nak kemana mana. Aku yang sering mengikut abah ke mana mana untuk menjual petai, lemang, rebung, pucuk paku, buah beluluk atau apa saja yang abah rasa boleh dijadikan perniagaan masa dulu. Aku duduk dibelakang sambil memegang dan bertanya pada jiran jiran atau rumah yang kami lewati sama ada ingin membeli atau tidak apa yang kami jual. Aku yang akan jadi akauntan abah untuk kira kira untung rugi ketika itu. Aku rindu saat abah mencari aku di rumah Pak Abu waktu tengah hari untuk mengajak aku makan. Dengan berkain pelikat tanpa berbaju, abah sentiasa menuju ke rumah Pak Abu kalau aku hilang waktu tengah hari. Kalau abah malas nak jemput, cukup dengan jeritan suara abah untuk aku dengari.Ye, abah tahu kemana aku pergi.

Abah sungguh garang dan tegas. Dulu pantang salah sikit, pasti ada habuan menanti. Sungguhpon begitu, aku tahu niat abah hanya satu. Untuk mengajar kami adik beradik erti kehidupan. Adik adik aku tak merasa semua itu. 

Teringat suatu ketika, di zaman persekolahan sekolah rendah. Aku pasti abah sentiasa inginkan yang terbaik untuk aku. Dengan motor tua itu abah hantar aku kesekolah. Terbayang betapa abah bangga bila aku sering mendapat tempat teratas di dalam kelas. Terbayang bagaimana abah bangga bila aku diumumkan mendapat 4A 1B dalam UPSR tapi rupanya cikgu salah baca keputusan. Abah agak kecewa bilamana keputusan sebenar aku hanya mendapat 3A 2B, tapi aku nampak usaha abah untuk masukkan aku ke MRSM. Betapa wajah tua itu bangga bercerita mengenai anak anak nya.  Sayang, keputusan yang tak memberangsangkan itu gagal untuk membawa aku ke MRSM. Abah hantar aku ke SMKBBS. Salah satu sekolah terbaik zaman aku dulu. Di kawasan itu ada 2 buah sekolah menengah harian biasa tp SMKBBS adalah sekolah bestari. Jadi ada kelebihan disitu. Aku tahu abah bangga bila aku belajar disitu kerana ramai anak anak kawan abah tak dapat ke situ. Mungkin disebabkan usia muda waktu tu, aku jadi khayal. Aku leka dengan alam sekolah. Tiada istilah untuk aku belajar bersungguh sungguh walau aku sentiasa berada di kelas hadapan. Pernah satu ketika waktu aku ditahun akhir di sekolah menengah. Abah lewat datang untuk ambil keputusan peperiksaan. Aku sedih dan kecewa. Aku rasakan waktu itu abah sengaja buat tak endah dengan aku. Aku marah sangat dengan abah.Tiba tiba bila jam menghampiri pukul 1, aku lihat abah diluar kelas. Aku lihat wajah tua itu penuh pengharapan. Mungkin mengharapkan keputusan yang baik. Abah masuh kelas jumpa cikgu. Abah kata dia lewat kerana baru balik dari menoreh getah. Aku ikut duduk disebelah abah. Slip peperiksaan abah pegang. Aku nampak wajah tua itu seakan kecewa.Keputusan aku tak seperti yang abah jangka kan walau ketika itu aku dikelas hadapan.

Keputusan SPM aku keluar awal 2006. Sekali lagi aku bagi kekecewaan pada abah. Aku hadiahkan keputusan hanya cukup cukup makan buat abah. Hanya berbekalkan 2A, 3B, 5C aku melanjutkan pengajian diperingkat IPTA hanya di Politeknik Merlimau dalam jurusan Elektronik Komputer. Aku lihat abah bangga menceritakan perihal aku yang kini belajar di politeknik walhal ramai lagi kawan kawan aku yang lebih cemerlang masa tu. Genap sebulan aku di politeknik, aku terima panggilan untuk ke Akademi Laut Malaysia a.k.a ALAM. Yess, salah satu tempat belajar yang aku nak sangat pergi dan salah satu cita cita aku dulu. Aku berhenti serta merta bila dapat panggilan masuk ALAM. Abah datang ambik aku petang tu jugak dekat Merlimau. Esoknya kami ke Dayabumi untuk buat medical check up. Aku perasan riak wajah abah bangga. Settle urusan di Dayabumi, abah uruskan pembelian barangan untuk ke ALAM. Ye, aku nampak kesungguhan abah. Abah hantar aku ke ALAM dengan perasaan bangga. Tapi malangnya, sekali lagi aku kecewakan abah. Aku berhenti ALAM hanya kerana mental aku tak kuat dikritik oleh senior senior terdahulu hanya kerana aku perempuan. Mungkin jugak dah tertulis aku tak bekerja dilautan biru.Aku tahu abah kecewa. Abah terluka. Abah langsung tak endahkan aku sejak aku keluar dari ALAM. Abah lebih banyak diam dari bercakap. Aku tahu abah kecewa yang teramat.

Cukup setahun jadi penanam anggur berjaya dirumah, aku ditawarkan ke Politeknik Perlis dalam bidang yang aku sendiri rasa nak gelak.Video & Pengajian Filem. Kali ni tiada lagi kesungguhan abah. Aku cuma nampak kesungguhan abah ketika abah nak hantar aku kesana. Abah cuma pesan jangan sampai ada kali ketiga. Masa tu aku dah nekad. Takkan ada kali ketiga. Cukuplah aku dah kecewakan abah sejak dari sekolah. Di Perlis, aku kembali main main. Tiada langsung kesungguhan aku menuntut ilmu. Hilang sudah wajah kecewa abah yang selalu bermain dimata. Yang aku fikir hanya keseonokan bersama kawan kawan.Hingga satu ketika, aku digagalkan dari latihan industri. Ini satu benda paling bodoh dalam hidup aku. GAGAL PRAKTIKAL. Sekali lagi aku ulang GAGAL PRAKTIKAL. Terus terang aku memang kecewa. Aku adukan pada abah. Aku suarakan hasrat untuk tak lagi sambung belajar. Aku nak kerja cari duit sendiri. Aku dah terlalu banyak buang masa, duit dan tenaga. Abah cakap 6 bulan tak lama mana pon. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku 6 bulan tambahan berjaya aku habiskan dengan jayanya.

Habis study dulu, aku terus kerja. Memang tak tunggu lama. Aku kerja biasa biasa je.Gaji pon tak lah besar mana. Sampai lah satu hari aku dapat surat dari SPA untuk ujian fizikal bomba gred 17. Abah support aku dari belakang. Abah cakap cuba dulu. Seperti yang dah dijangka aku tak berjaya. Walau tak berharap, tapi aku sedikit kecewa waktu tu. Seminggu selepas tu, aku terima lagi panggilan untuk ujian fizikal bomba. Kali ni untuk gred kb29(lepasan diploma). 2 minggu sebelum tarikh ujian aku ke balai bomba Kuala Pilah hampir setiap hari untuk membuat persediaan.(tq cikgu2 & cik kat pilah. tak dan lagi nak hantar pulut kuning). Alhamdulillah ujian fizikal kali ni aku berjaya. Aku tengok abah senyum waktu aku bagitahu berita gembira tu. Tapi aku ada lagi 2 ujian. Kalau lulus barulah diterima sebagai pelatih bomba. PPIB dibulan 4. Abah hantar aku ke Terengganu.Aku lihat abah yang excited sebenarnya. Aku faham abah nak yang terbaik untuk aku. Alhamdulillah PPIB jugak aku lepas. Akhir sekali temuduga lisan dan sekali lagi aku berjaya. Bulan 10, 2012 aku dapat surat panggilan ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. Abah lah orang yang paling gembira tapi abah seorang je yang tak nak hantar aku ke Terengganu. Alasannya, ayam & kucing kat rumah takda siapa nak jaga. Waktu aku salam abah sebelum berangkat ke Terengganu abah pesan satu benda kat aku. Abah cakap, abah tak kan hantar akak ke akademi, tapi buktikan akak dapat habiskan rekrut ni dengan abah, abah akan datang waktu tamat latihan. Nak ikutkan rekrut memang rasa nak lari. Tapi aku hanya fikirkan abah. Aku nak buktikan pada abah aku akan cuba buat abah bangga jugak. Alhamdulillah, hampir 7 bulan di pusat latihan, aku berjaya habiskan rekrut dengan jaya. Abah datang dengan bangga. Along cakap abah menangis waktu tengok perarakan masuk ke padang kawad. Abah tanya mak mana satu aku. Aku berjaya buat abah bangga.

 Ini hadiah terhebat yang pernah aku bagi buat abah. Diploma Sains Kebombaan. InsyaAllah akan muncul yang lain selepas ini.


 Gambar keluarga dimajlis tamat latihan. Terima kasih abah,mak dan semua yang datang


dua paku dibahu bersama tanggungjawab yang menggunung.

Alhamdulillah, hari ni, saat aku menulis coretan ni, aku dah hampir setahun lebih bersama bomba. Aku kini ditempatkan di bahagian Keselamatan Kebakaran Negeri Johor. Walau hanya 2 paku di bahu, aku berjaya buat abah tersenyum gembira. InsyaAllah kalau diberi kesempatan, aku ingin terus buat abah bahagia dan bangga kerna punya anak degil tapi boleh dikatakan berjaya seperti aku. :)

Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku karangkan cerita berkenaan abah. Mungkin akan ada sambungan nanti kerana abah terlalu istimewa buat aku. Lelaki pertama yang aku lihat dulu. Lelaki pertama yag aku cinta.

Abah, lelaki tua yang terlalu istimewa. Akak sayang abah selamanya. :)

Wednesday, September 19, 2012

Kisah sekeping hati

Assalamualaikum

Hai semua. Lama nye aku menghilangkan dirj dari dunia blogger..ni pon dah menghampiri ke penghujung tahun 2013. Bukan sengaja senyap. Tapi aku sendiri kehilangan idea untuk terus berada di alam maya ni. Ntah. Rasa macam dah takde ape aku nak share dengan orang ramai.

Tapi tadi bila aku on blog aku, aku rase rindu. Rindu nak update macam macam cerita. Rindu nak luah segala maca  rasa yang penuh bersarang dalam hati ni. Aku rindu nak berceloteh dengan sahabat sahabt di alam maya. Walau kami xmengenali antara satu sama lain, tapi masing masing seolah olah dah kenal.

So, aku ambil keputusan untuk terus berkarya dan terus berceloteh di alam maya. Untuk terus meluah rasa disini. Terima kasih yg tak terhingga buat mereka yg sentiasa support aku untuk terus memeriahkan dunia blogger.

Sekian untuk post kali ni. In syaa Allah aku akan terus aktif disini. Menceritakan semua kejadian yang terjadj sepanjang hampir 3 tahun aku menyepikan diri dalam dunia blogger.. :)



Thursday, June 7, 2012

Mungkin Ini Yang Terbaik

Tasnim Amani termenung. Dia terfikir sampai bila hubungannya dengan Hanif Faisal akan terus begini. Bercinta bagai tiada kesudahan. Umurnya bukan semakin berkurang. Disember 2012 bakal membawa Tasnim Amani ke angka 30. Lama dia termenung, tanpa sedar beberapa titisan air jernih akhirnya jatuh ke pipi.

Hanif Faisal, seorang lelaki yang kadang kala boleh di anggap tiada perasaan. Hati batu mungkin. Baginya Tasnim Amani seorang yang senang dipujuk tatkala wanita itu menunjukkan muncung panjang. Hanya dengan kata kata, Tasnim Amani pasti kembali ceria. Hanif Faisal sedar, dengan keadaan ekonominya sekarang pasti tidak mudah untuk dia memberitahu Aina Nabila yang dia ingin berkahwin lagi. Pernah sekali hubungan antara Hanif Faisal dan Tasnim Amani dihidu oleh Aina Nabila. Pantas Hanif Faisal menafikan segala tuduhan Aina Nabila.Sudahnya yang berendam air mata Tasnim Amani jua.

Bagi Tasnim Amani, dia sedar.Memilih untuk menjadi yang kedua bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapi sendiri. Walau madu itu manis, tapi hidup bermadu bukan sesuatu yang manis. Tasnim Amani sedar sejak kali pertama dia dan Hanif Faisal berhubungan.Dia sedar semuanya ini salahnya. Menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelar suami orang bukannya mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditelan. Kini, hampir 5 tahun dia mengabadikan diri untuk lelaki yang bernama Hanif Faisal. Segala dugaan dan cabaran sepanjang 5 tahun bercinta dengan Hanif Faisal ditelan dan dihadam dalam dalam. Bukannya Tasnim Amani tidak sedar, dalam tempoh 5 tahun itu terlalu banyak pahit dari manisnya. Namun, entah apa yang istimewanya Hanif Faisal,sehingga dia sanggup menunggu dan sanggup melukakan hati sendiri yang entah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak sedar.

Rakan rakan yang seusia dengan Tasnim Amani hamper semua sudah berumah tangga. Bukan sekali Tasnim ditanya soalan soalan berkaitan dengan rumah tangga,malah telinganya sendiri sudah terlalu lali mendengar soalan soalan sedemikian. Tasnim Amani yakin jodohnya kuat bersama Hanif Faisal walau lelaki itu tidak pernah langsung berbicara mengenai masa depan hubungan mereka. Jawapan yang seringkali diguna pakai Tasnim Amani tatkala di Tanya soalan berkaitan dengan hubungannya dengan kekasih hati, ‘InsyaALLAh kalau ada jodoh adalah.Doakan yang terbaik’. 

Bukan dia tidak mahu mendesak Hanif Faisal, tapi dia takut.Takut yang dia akan ditinggalkan kelak oleh lelaki yang amat disayangi itu.Pernah Tasnim Amani membuka mulut berkenaan dengan hubungan mereka,tapi jawapan yang terkeluar dari mulut Hanif Faisal sangat mengecewakan.Sejak itu, Tasnim Amani tidak lagi bertanyakan tentang hala tuju hubungan mereka.Bimbang sesuatu yang tidak enak berlaku dalam hubungan tersebut.

Sudah seminggu Hanif Faisal bercuti.Bila ditanya mengapa cuti terlalu lama oleh Tasnim Amani, alasan yang diberikan oleh Hanif Faisal ingin bersama anak anak.Katanya dia sekarang jarang bersama anak anak.Maka, seminggu cuti yang diambil ini membolehkan dia membawa anak anak berjalan jalan. Mungkin alasan biasa bagi Hanif Faisal. Ye,seminggu mungkin tidak lama.Tapi bagi Tasnim Amani, dia seolah olah hilang punca. Seminggu Hanif Faisal bercuti,maka seminggu jugalah dia bakal merindui suara kekasih hatinya itu. Sudah menjadi satu tabiat bagi Tasnim Amani tidak akan mengganggu Faisal Amani ketika lelaki itu berada di rumah. Tasnim Amani sedar bahawa dia bukan siapa siapa untuk menghalang atau membantah apa yang di lakukan oleh Hanif Faisal.

Pagi Isnin Tasnim Amani bangun sedikit awal dari biasa. Dia sengaja bersiap awal kerana dia tahu,sebentar lagi Hanif Faisal akan membuat panggilan telefon. Sudah menjadi seperti rutin harian, saban hari ketika hari bekerja Hanif Faisal akan menelefon Tasnim Amani seawal pagi. Seminggu lamanya dia menanti, dia sudah tidak sabar lagi untuk mendengar suara Hanif Faisal yang dirindui. Suara yang mengejut dirinya hampir setiap hari. Tapi entah kenapa, hari itu dia seolah olah terasa kosong tatkala mendengar suara Hanif Faisal. Tiada suara suara ceria seperti selalu.Entah,mungkin seminggu lamanya Tasnim Amani ditinggalkan,maka dia sudah tidak kisah lagi dengan suara itu.

Malam ini, Tasnim Amani letih.Entah kenapa dia terlalu letih memikirkan tentang pengakhiran tentang hubungannya dengan Hanif Faisal yang seolah olah tiada penghujung. Air matanya kembali tumpah tatkala memikirkan dia harus kehilangan Hanif Faisal. Mungkin ini jalan yang terbaik. Biar hatinya terluka sendiri dari melihat banyak hati hati yang terluka. Terbayang diruang mata Tasnim Amani, bagaimana gembiranya Hanif Faisal tatkala bercerita mengenai anak anak dan rumah tangganya bersama Aina Nabila. Teringat dia akan ugutan yang diberikan oleh Aina Nabila kepada Hanif Faisal ketika hubungan mereka dihidu oleh Aina Nabila. Antara Aina Nabila dan Tasnim Amani. Terbayang dia bagaimana suara Hanif Faisal yang seolah olah lesu tatkala di suruh memilih satu antara dua. Malam ini Tasnim Amani tekad. Dia yang akan pergi meninggalkan Hanif Faisal.  Tasnim Amani sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung kesedihan sendirian. Fikirnya, sebelum kahwin lagi sudah terlalu banyak cabaran dan dugaan yang di hadapi,  apatah nanti apabila sudah berumahtangga dengan Hanif Faisal.Pasti dia akan lebih makan hati dan yang paling kecewa dia yakin pasti Aina Nabila.

Tasnim Amani berjalan menuju ke katil.Diambilnya teddy bear pemberian Hanif Faisal sempena setahun usia perhubungan mereka.Di peluk erat patung tersebut.Air mata seorang wanita kembali tumpah. Tumpah disebabkan luka yang dicipta sendiri. 5 tahun yang memberi pelbagai rasa pada Tasnim Amani.

“Sayang, 5 tahun bukan tempoh yang pendek.Terlalu banyak suka duka yang kita lalui bersama.Tapi, jalan yang bakal kita lalui jika masih bersama terlalu banyak onak duri. Huney sayang sayang sangat.Terlalu sayang, tapi huney tidak harus mementingkan diri.Aina Nabila dan anak anak perlukan sayang lebih dari Huney perlukan sayang. Biarlah Huney yang terluka dari melihat isteri & anak anak sayang terluka dalam kancah percintaan yang kita sendiri cipta.Tentang huney,usahlah sayang khuatir.”

Button sent ditekan.Tasnim Amani tekad.Tekad untuk tidak menghancurkan sebuah masjid bahagia. Baginya cukup dia seorang sahaja yang terluka.Air mata yang mengalir laju dikesat perlahan lahan. Dia redha dengan apa yang terjadi walau sebenarnya hatinya berat untuk melepaskan Hanif Faisal.

#Ini percubaan pertama aku menulis seserius macam ni.

Bohsia 2 - Jalan Kembali Terbaik

Assalamualaikum


 memang terbaik






Baru balik dari tengok movie bohsia 2 - jalan kembali. takde lah baru balik pon sebenarnya.tadi lagi dah sampai rumah.dah sempat main poker 3 4 round dah.dah menang dah pon.dah update status kat pesbuk dah pon.baru kejadahnya.

opppss.back to the story, quite best jugak movie kali ni yang aku tengok berbanding 2 movie sebelum ni. Ok fine, dalam masa seminggu, 3 movie dah aku layan. Betul betul gila. 2 movie sebelum ni aku tak nak review pasal memang hampeh. Menyesal jugak keluar duit beli tiket, pasal movie yang memang betul betul hampeh. 

Gerak dari umah kul 6.45 pasal nak p ambik ayu dulu. Then p makan makan jap kat marrybrown. Lepas makan terus naik atas. Ingat mula mula nak main game jek.Sekali tengok cerita bohsia 2 - jalan kembali ni dah keluar panggung. Aku pandang ayu, ayu pandang aku, adik aku pandang aku. Ok fine, aku tahu, nak tengok lettew. Rasanya promo kata esok baru keluar panggung cerita ni kan? Hurmm, ayu dengan aku p usha tiket. Tiket pukul 8.45. Tengok jam baru 8.30. awal lagi. Keluar p kat game. Main game basketball jap. Hampeh jek sebab tak lepas target.Bola keluar lembab gilos. Langsung kalah.(alasan) :p. Suruh adik aku p beli token lagi nak main game yang cari perbezaan. Main sampai abes level. Last last masuk panggung lambat. Pukul 8.50.haha.lambat 5 minit.

mak jah gangster rumah pengasih

Masuk panggung, cerita baru nak start. Keluar muka serina yang konon konon nak insaf duk kat rumah pengasih. Then,macam biasa pelakon skop production, mak jah si orang gaji tuh pon belakon weh jadi gangster dalam rumah pengasih tuh. Awal awal memang dah best pasal memang best la. Mak jah si orang gaji ni memang pandai berlakon. Memang pecah perut tengok dia jek. Macam harammm.

Paling aku suka watak Keting lakonan Sofi Jikan.Seriusly memang macam haram. Sakit perut aku ketawa tengok dia jadi mamat masuk air. Memang masuk air betul dia dalam cerita ni. Zizan dengan Shamsul pon tak mengecewakan. Zizan kan? Memang terbaik dari ladang la wehhhh. Macam haram nak lajukan moto, p jumpa bomoh kaki kencing.Hahaha.

Keting

Pada aku cerita ni memang terbaik walau ada yang tak masuk akal, macam lepas jek Keting (Sofi Jikan) dengan Mus (Shamsul) habis race, datang pulak makcik Tasha(Nabila Huda) konon konon nak bawak si Tasha ni balik, then kat situ bagitahu mak Tasha ni dah arwah sebulan lepas. Ada ke mat rempit race lepas maghrib weh? Pelik sebab makcik Tasha ni keluar p cari Tasha time time orang tua dah masuk tido. Si keting ni pon bla then sempat berhenti depan masjid time nak Subuh. Tak tahu lah kalau time azan tuh baru azan Isya'.

Keseluruhan cerita ni aku bagi 4.5 bintang.Tahniah Shamsul.Tahniah Skop Production.Memang terbaik wa cakap lu.

Adios.
Assalamualaikum

Wednesday, June 6, 2012

Gila

Muka kusam.Kelam.Hilang segala manisan disebabkan kegilaan.Sungguh dia gila.Gila yang sengaja dia cipta. Hampir hilang segala rasa dalam diri bila dia menjadi gila.


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design