Engkorang Yang Best

Showing posts with label malam jumaat.. Show all posts
Showing posts with label malam jumaat.. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Fadhilat Surah Yassin

Assalamualaikum.tak jawab dosa.

yang tak pi solat maghrib lagi,p solat lu.kang tak pasal pasal bertambah dosa korang sebab aku.malam jumaat ni elok gak kalau p baca yassin terus.bukan selalu pon.seminggu sekali jek.tuh pon kalau buat seminggu sekali.kalau tak,hareeemmm.aku cakap aku lah tuh.korang jangan terasa.tapi kalau terasa,bagus jugak.kehkehkeh.

malam malam jumaat ni kan,apa kata aku bagi tazkirah sikit kat korang semua ni.ehh,bukan aku bagi,aku just sampai kan jek.jom layan...



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".


Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."



Menurut sebuah hadith yang lain, Allah s.w.t membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat dimana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya , yakni yang mrnghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.



Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasinsemata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca keatas orang yang mati."



Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) didalam Torah kerana ia mengandungi manafa'at kepada pembacanya, didalam kehidupan dunia dan jugga akhirat, ia menghindarkan penderitaan didunia dan juga akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dikehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat derjat orang-orang yang beriman dan menurunkan derjat orang-orang yang engkar ( tidak beriman). Menurut satu riwayat Rasul-Ullah s.a.w. bersabda, "Hatiku menghendakisupaya surah Yasin berada disetiap hati Ummatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika sesaorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannay meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, " Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."



Maqri rahmat-Ullah 'alaih berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau sesaorang itu membaca surah Yasin dan surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. ( Kebanyakan daripada yang diatas dipetik daripada Mazahir-e-haq walaupun setengah2 ulamak hadith telah mempersoalkan setengah daripada riwayatnya.)


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

renung renungkan dan selamat beramal.

adios
assalamualaikum

Thursday, September 30, 2010

mlm jumaat memang bestttt...

Assalamualaikum.....


ari nh ari khamis an...so malm nh malam jumaat an...biler malam jumaat mesti ramai yang suka an???sape ta suker malam jumaat meh angkat siku meh...kompom2 ta ramai r...btol caye r ckp aku...cube ko tny pakcik ko yang da kawen, dorg suker mlm jumaat ta???mesti ckp suker nyer..ko try tny abg ipar ko plak..mesti dorg suke gak...ehhh..jap2..korg jgn pk2 yang bukan2....aku bukan ckp kotoq r...bende btol kot....

mlm jumaat kan sunat bace yasin...bukan soh buat bende laen pown..aku suh korg bace yasin la...hey korg2 nh..aku suh wat bende2 baek pown pk aku yang bukan2...kekekekeke....

ok r wey...aku pown nk g siap2 nk g bace yassin jap...[siler caye ok]

adios...
assalamualaikum...
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design