Engkorang Yang Best

Showing posts with label bersatu. Show all posts
Showing posts with label bersatu. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

kerana ego suami....

Assalamualaikum....

PUTRAJAYA: Disebabkan tidak sanggup terus menderita akibat digantung tidak bertali’ selama 10 tahun, ada wanita Islam yang bukan saja berhijrah ke luar negara, malah menjadi murtad selepas berkahwin dengan lelaki bukan Islam.

Mendedahkan kes berkenaan, Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih Sungai Besi, Datuk Wan Abdul Halim Wan Othman, berkata wanita terbabit yang berusia 40-an bertindak sedemikian selepas tertekan tindakan suami asalnya yang berkahwin lain dan mengabaikan nafkah zahir serta batin.

Menurutnya, wanita itu yang berkerjaya profesional mendakwa fobia dengan ‘kata dua’ suami yang mahu melihat dia menderita sehingga mati dan membiarkannya digantung tidak bertali. “Kes ini antara puluhan, malah ratusan masalah yang dihadapi ibu tunggal digantung tidak bertali yang tewas dalam perjuangan mendapatkan hak mereka mengikut yang terkandung dalam al-Quran.

“Sepatutnya golongan seperti ini dibantu. Malangnya, pada masa ini kesukaran mereka terus tidak dibela sewajarnya sehingga ada yang nekad mengambil keputusan yang salah,” katanya.

Beliau berkata, kes wanita tertekan berkenaan yang berhijrah ke luar negara dan meninggalkan Islam, amat menyedihkan, tapi ia bukan sesuatu yang aneh kerana mereka juga memiliki naluri untuk menjalani kehidupan lebih baik.

“Tetapi, mereka digantung tidak bertali dan tidak diberikan bantuan apabila diperlukan. Keadaan itu menyebabkan harapan mereka hancur terutama apabila proses di mahkamah juga tidak memihak kepada mereka,” katanya. Wan Abdul Halim berkata, kemelut yang dihadapi ibu tunggal dan wanita digantung tidak bertali ini boleh ditangani dengan baik jika pelbagai pihak memberi tumpuan terhadap permasalahan yang dihadapi golongan berkenaan sejajar apa yang terkandung dalam al-Quran.

Beliau berkata, wanita yang sudah nekad menukar agama itu individu berpendidikan yang arif mengenai hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran dan mereka berharap undang-undang itu digunakan.

Bagaimanapun, katanya, apa yang diharapkan mereka tidak menjadi kenyataan, malah proses ‘melepaskan diri’ terlalu sukar walaupun suami sudah berkahwin baru dan sengaja mahu melihat isteri digantung tidak bertali sehingga mati.

Menurutnya, mahkamah syariah mempunyai tanggungjawab dan amanah cukup berat bagi mendaulatkan hak wanita seperti terkandung dalam al-Quran bagi memastikan golongan itu termasuk ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali diberikan keadilan sewajarnya.

“Keadilan penting bagi memastikan golongan berkenaan dibantu bagi membina kehidupan baru selain menyelamatkan mereka daripada sikap suami atau pihak tertentu yang hanya mementingkan diri sendiri.

“Kita tidak mahu ada sesetengah wanita sepatutnya mampu menjalani kehidupan sempurna, tetapi akibat dihalang pihak yang tidak bertanggungjawab, kehidupan mereka berubah ke kancah yang tidak sihat dan merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Tanpa berselindung, beliau tidak menafikan ada ibu tunggal yang terbabit kes yang tidak sihat, tetapi jika dikaji secara terperinci ia boleh dikaitkan dengan punca yang tidak sepatutnya terjadi, termasuk tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.

Katanya, banyak masalah yang menyebabkan ibu tunggal itu tertekan termasuk anak yang tamak harta sehingga tidak membenarkan ibunya berkahwin lain kerana bimbang harta itu akan dimiliki pasangan baru ibu mereka.

“Sepatutnya, masalah yang membelenggu ibu tunggal dan mereka yang digantung tidak bertali boleh diselesaikan dengan baik jika lunas Islam dijadikan asas utama kerana ia sudah pasti akan memberikan satu keputusan yang adil dan saksama.

“Bukan itu saja, ia sudah pasti menyelamatkan golongan berkenaan supaya tidak melakukan tindakan tidak bijak, termasuk berfikir untuk meninggalkan agama dianuti,” katanya.

sumber : SINI
adios...
assalamualaikum...

Thursday, November 18, 2010

Hari-hari bende yang sama..tolong lah...

Assalamualaikum...


skang nh kan, kalau tgk berite kat tb jek, kompom citer pasal politik..politik sane, politik situ, politik sinun, politik sini....sumer nk citer pasal politik...ilang citer chelsea kalah ngan sunderland...abes citer pasal skuad basikal mesia dpt emas dlm acara keirin..surat khabar pown nk citer pasal politik, tb pown politik, radio pown politik...bosan la...

skang nh politik mesia dah jadi bosan...sumer org berebut nk dpt kepentingan sendiri...org atas pijak org bawah..org bawah pijak org lagi bawah...last2 rakyat yg menderita...time mengundi janji macam2...

" tuan-tuan undi saya, saya akan majukan kampung ini.."
"tuan-tuan pilih la saya sebagai wakil rakyat kat sini, saya akan pastikan tuan-tuan dpt bla..bla..bla..."
bla....bla...bla..bla..

macam2 janji kuar time nk mengundi...biler dah jadi yb ilang sumer janji...ntah mana ilang janji yg macam2...

skang nh politik sumer da ta ley pakai...sumer nk amek kepentingan sendiri...org sane kutuk org sini, org sini kutuk org sinun, org sinun kutuk org memane lagi ntah...sumer saling kutuk mengutuk...

mane parti politik yg aku sokong???owhhh..itu biar lah rahsia...biar aku sorg jek yg taw...

point utama senang jek, bersatu..yes..datz rite...kiter sumer kene bersatu..baru lah kiter ley maju..tambah2 org melayu...korg tgk eh, pemimpin umno org melayu, pemimpn pas pown org melayu..pemimpin pkr pown org melayu...kalau org2 meayu nh bersatu, mesti org2 melayu boleh maju...

aku amek gmbar kat bawah nh dari blog bro zack...

korg tgk kalau kiter tak bersatu, macam nh la jadinye...

nh plak kalau kiter bersatu...siap boley jadi robot lagi..

sebenarnye macam aku ckp an, point utama nye senang jek, kiter duk kat mesia kene la berganding bahu, kene bersatu..baru ley capai matlamat yang kiter nk...politik mesia nh sumer same jek..ta kire pas ke, umno ke, pkr ke, dap ke, bn ke...sumer same jek...maseng2 ader kelebihan dan kelemahan..cube kiter gabungkan kelebihan maseng2 tuk kurang kan kelemahan kiter...

nh pandangan peribadi aku jek...kalau ader aper2 yg korg2 nk tambah siler2 kan yer..

p/s > bersatu kiter teguh, bercerai kiter kawen laen..kekekek..peace no war...

adios..
assalamualaikum...
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design