Engkorang Yang Best

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

OMG!!! Naik Tren Pakai Seluar Dalam Jek

Assalamualaikum.tak jawab dosa.=)

tajuk tak boleh blah.saja nak cari publisiti murahan betol lah aku ni.hahahah.salam tengah hari semua.apa yang korang tengah buat tuh?dah lunch?aku mengantuk sekarang ni.tuh yang p update blog tuh.konon konon boleh hilang mengantuk la.=p

bosan pulak kat opis hari ni.shizu,kaw cakap dengan aku bila time kaw tak bosan?hehehe...ayat mintak penampar jek kan?hahaha.takde kerja dah weh kat opis ni.aku dah setelkan petang semalam.tuh yang hari ni cam sengal senal ubi jek tuh.rasanya bukan hari ni jek,hari hari pon aku sengal kot.hehehe

tadi baca paper kosmo.online lah weh.tak kan aku nak bawak paper tuh p opis.kang tak pasal pasal kena sound.weh shizu,kaw hengat opis ni kedai mamak kaw nak baca paper time kerja? pastuh aku jumpa satu story ni.saja nak share dengan korang.mana lah tahu korang tak sempat baca kan.jom


####################################

NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi


sumber : SINI
####################################

hahaha.macam macam kan dunia ni.agak agak kalau buat kat malaysia boleh tak?kekekekekeke.mesti ramai yang suka kan sebab sekarang ni pon ramai yang pakai baju tak cukup kain.hahahahaha.



Monday, January 10, 2011

Jaga payudara kalau nak suami sayang sampai bila bila..hehehe

Assalamualaikum..tak jawab dosa.




SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.



“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.



Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.



“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.



“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.



Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat. 
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.



Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an. 
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.



“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.



“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.



Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.



“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.



Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit. 
“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.



Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.



“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.



Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.



Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.



“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan. 
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.



Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.



“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.



“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.



Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.



“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.



INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.


adios
assalamualaikum
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design