terkadang aku bertanya pada hati,
apa tegar aku jalani hidup ini sendiri,
setelah segala hidup pernah dikongsi
terkadang aku terfikir sendiri,
apa mungkin aku akan begini
sentiasa memberi tanpa memiliki
terkadang terfikir aku sendiri lagi
apa tiada ruang bahagia untuk aku walau cuma sekali
apa derita yang kian menghimpit hati tak mahu berlalu pergi
atau aku yang sengaja membiarkan derita itu terkurung di sudut hati
aku cuma seorang wanita biasa
yang tak bisa jadi cukup sempurna
yang tak mungkin tegar berseorangan cuma
tanpa sesiapa menemani hari hari tua
aku wanita tak sempurna
terkadang terlupa hukum dunia
mencintai bukan bererti aku mesti memiliki sidia
untuk kamu si kekasih hati
apa mungkin pengakhiran kisah kita begini
untuk kamu si kekasih hati
andai tiada sayang lagi
jangan disimpan segala di dalam hati
luahkan agar aku mengerti
untuk kamu si penawar jiwa
aku paham bibir enggan berbicara
kerana kamu tak sanggup lihat aku kecewa
setelah sekian lama impian di bina bersama
namun takdir punya kisah berbeza
untuk kamu yang aku kasihi,
aku ingin kau mengerti
perasaan ini bukan paksaan dari aku sendiri
kerana tanpa sedar aku telah jatuh kedalam kancah yang aku bina sendiri.
1 kutukan sopan diterima:
share your entri di fan page FB . .Bila Hati Bersuara ~ suaraheaRty :)
Post a Comment