Engkorang Yang Best

Friday, July 29, 2011

Sesekali ujian macam ni datang,baru thru punya penangan cinta

Assalamualaikum


adat bercinta bagi aku kalau ada ujian dan badai menerpa.tak sah jugak kalau dah badai menerpa tuh,air mata si perempuan tak tumpah.aku bukan malaikat.aku juga bukan para anbiya yang bisa menerima segala ujian dan dugaan yang di berikan.

bila adanya dugaan dan ujian macam ni,baru aku terasa macam mana sayangnya aku dekat dia.baru thru penangan cinta tuh rupanya.selama ni kalau setakat kapel,then break up bagi aku tuh benda biasa.chill sudah.tapi,bila kau dah jumpa orang yang betul betul kau rasa yakin nak melangkah bersama,tiba tiba datang ribut yang tak berapa nak taufan la kan,memang kau akan terasa penangan cinta tuh.memang terasa semangat nak bernafas tuh tiba tiba hilang.itu yang jadi dekat aku sekarang.hambik aku.ingat kan bila datang dugaan macam ni aku boleh rilex n cool lah kan nak tempuh benda tuh semua,rupa nya aku lagi lembik.hilang macho aku macam ni.baru sikit punya dugaan tuh.

tiga empat hari ni memang aku tak nafikan aku memang jadi tak tentu arah sangat sangat.dah macam separuh gila pon ada.rasa macam hilang sebelah badan.memang terasa sangat sangat la.sebelum ni,kalau setakat dugaan biasa biasa tuh aku boleh chill lagi la.sekarang nak chill pon rasa tak berapa nak jadi jek.buat apa semua serba tak menjadi.nak p keje pon rasa dah takde semangat lagi.memang seriyes weh aku rasa camni.down sangat sangat.bukan down yang dibuat buat.masuk bilik tengok mr mok junior, meleleh air mata.pernah satu hari tuh aku menangis dari pagi sampai ke malam.sampai terlelap.sedar sedar dah pagi.time kat opis terpaksa cover air mata tuh.

bab makan toksah nak cerita lah,memang perut ni sentiasa kenyang memanjang.memang takde rasa langsung nak makan.sampai mak aku pon pelik tengok aku.selalu pantang orang sua jek makanan tuh.sekarang ni nak masuk dapor pon rasa macam berat jek kaki tuh.

aku tak pernah rasa macam ni dengan orang lain.dulu dulu kala,time break up dengan ex,aku rasa ok jek.aku rasa biasa jek tuh semua.tapi sekarang bila datang badai macam ni, aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku.hari ni,pagi pagi lagi dah rasa takde semangat langsung nak bangun ditambah lagi dengan hujan lebat.

mok,sayang saya pada awak takkan berubah walau pon badai melanda kita sekarang.

mok,saya nak awak tahu yang saya sayang sangat dekat awak.saya nak hidup dengan awak.saya rindu gelak tawa kita macam dulu.saya tahu awak pon tengah berperang dengan perasaan sendiri kan?mok,saya harap saya kuat nak tempuh dugaan ni semua.saya harap saya kuat untuk tunggu awak walau berapa lama masa yang awak perlukan.mok,selagi kaki saya mampu melangkah,saya akan teruskan ayunan langkah saya walaupun adakalanya langkahan saya tergelincir,walau adakalanya kaki saya tersadung lalu jatuh menjunam ke tanah.saya akan bangun semula kerana saya yakin dengan langkah ayunan yang pernah kita buat bersama.


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
credit to : jejariruncing


dia akan cuba belajar semula cara untuk tersenyum

 macam ni

 jua macam ni


MOK,SAYA SAYANG AWAK SANGAT SANGAT.

0 kutukan sopan diterima:

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design