Engkorang Yang Best

Thursday, June 2, 2011

Untuk awak...

Assalamualaikum...



Untuk awak yang dah curi hati saya,
terima kasih untuk segala galanya yang awak berikan pada saya sepanjang 4 bulan perkenalan kita.masih terlalu mentah usia perkenalan kita.namun kematangan yang awak tunjukkan dalam hubungan ini,membuatkan saya merasakan 4 bulan ibarat 4 tahun.terima kasih awak sebab sudi menjenguk dan mengetuk pintu hati saya dan sudi mengisi kekosongan yang ada.

hati saya.sila pulangkan balik pada saya kalau ianya sudah tak memberikan apa apa makna pada awak lagi..:')

awak yang saya mulai sayang,
awak lelaki istimewa kini di hati saya.awak satu satunya lelaki yang buat saya rasa selamat bilamana saya dengan awak.mungkin terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan tentang awak,tapi itu yang saya dapat lihat sepanjang perkenalan ini.

awak yang istimewa di hati saya,
entah bila masanya perasaan yang selama ini saya cuba lupuskan kembali berputik kembali tidak saya ketahui.tetapi yang pasti,seperti ada sesuatu yang menarik perhatian saya pada diri awak.awak,perkenalan yang tanpa dirancang ini membuatkan saya benar benar teruja untuk terus meniti hari hari bahagia bersama awak.

awak,
walaupun saya tahu jalan yang bakal kita tempuhi ini telalu banyak likunya,terlalu sukar untuk kita lalui tapi percayalah,selagi ada awak disisi,selagi itu kaki ini akan terus melangkah bersama.saya tidak berani untuk menjanjikan apa apa demi masa depan kita berdua,tapi percayalah seperti yang selalu saya ucapkan,selagi kaki ini mampu berdiri,selagi jasad ini terus mampu melangkah ke depan,saya akan cuba untuk melangkah dan meniti hari hari mendatang bersama awak.

awak,
saya sayang awak...


*ceh,baru ada mood nak menaip malam ni sekalai terkeluar entry jiwang lah pulak.hahahaha..

4 kutukan sopan diterima:

Unknown said...

wah sangat mendalam...

~mY LiFe~ said...

smoga kekal bahagia slamenya :)

Ummi said...

harap-harap masih sekapal.. :)

ain akasyah said...

best nya baca surat diari hati awak ni so sweet sgt2..JOM BACA DRAMA NORA ELENA VERSI NOVEL..RUGI KALAU TERLEPAS BACA

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design