Engkorang Yang Best

Friday, June 10, 2011

...

Assalamualaikum...


Lama tak menaip kat sini.lama tak bercerita mengenai kehidupan seorang aku yang bernama liana yusof.alhamdulillah,seorang manusia yang bernama Norliana Mohd Yusof ini masih lagi di beri kesempatan untuk mengirup oksigen dan melepaskan karbon dioksida oleh Yang Maha Esa.


Lama tak menaip,buat aku jadi kekok.dari tadi duk taip taip,then tekan backspace laju laju.taip 3 baris tekan backspace macam taip 18 baris.hahaha.nampak sangat skill menaip aku tak power macam korang korang yang rajin buat entry baru kat blog.maklumlah dah agak lama aku biarkan blog aku ni bersawang.kesian kat korang yang datang melawat kan,asyik entry lama jek.dah-tahu-kesian-tak-gheti-gheti-nak-rajin-update-ker-?-


untuk pengetahuan korang,waktu tengah menaip ni,jam kat laptop aku dah pon pukul 2 pagi dan aku still tak tidur lagi walaupon esok nak kena bangun pagi .ni semua semata mata aku nak menaip entry baru kat sini.nampak tak kesungguhan aku nak update blog tuh?ceh,padahal aku tengah gila main game angry bird kat google chrome.haha.nampak sangat kejutan kebudayaan main game ni.


ceh,intro entry kemain kau serius kan shizu,dah sampai isi,hampeh.langsung takde motif entry kali ni aku rasa.sengal gila kot.tai aku tetap nak publish jugak sebab nanti blog aku ada jugak la update terbaru.kehkehkeh.


ok dah siap.nak pi sambung main angry bird kejap.2.30 kompom aku wajib tidur.kalau tak,esok tak bangun lagi naya.esok kalau rajin aku buat entry lagi k.


ok babai.thanx for coming here.iloveu lah..:)

Monday, June 6, 2011

lagi lagi mok...

Assalamualaikum




dah pukul 12.34.still tak tidur lagi.mata macam terang semacam jek malam ni.padahal esok nak kena bangun pagi sebab nak bangun sahur.dah niat nak puasa esok.nak habis ganti puasa tahun lepas.tadi macam dah pesan kat incik mok suruh kejut,tapi macam tak boleh jek.so,kena pasang alarm sendiri.kang tak pasal pasal tak bersahur aku.sudahnya tangguh lagi puasa.

semalam baru jek cakap rindu mok.tak dan nak rindu lelama,bangun pagi jek terus on call.hahaha.siap suruh dia teman aku nak g makan kenduri lagi.hihi.thanx mok.

semalam aku keluar shopping + tengok wayang dengan adik aku.beli handbag,sandle ngan tudung.tapi tudung tuh hilang entah kemana.puas dah aku cari.puas dah suruh adik aku selongkar kereta.memang takde.walhal time nak balik tuh memang aku nampak ada dalam beg.sampai rumah tudung takde.dua pulak tuh aku beli.terkilan sangat.tak tahu kenapa aku rasa terkilan yang teramat.

tadi time on call dengan mok,cakap dengan dia yang aku terkilan sangat sangat tudung tuh hilang macam tuh jek.lepas tu mok cakap takde rezki aku.dia tak bagi aku pikir lagi.tapi still pikir jugak untill now.sedih woo baru beli tapi hilang macam tuh jek.huhu

tadi on call dengan mok dari siang.then stop kejap.lepas isyak sambung lagi sampai la pukul 12 tadi.dia dah mengantuk.nasib baik dia mengantuk.kalau tak,memang sampai sekarang la kitorang still on call lagi.hihihi..nak buat macam mana,call free.so,gayut lah sampai nak tercabut telinga sekalipon.orang nak marah?apa aku kesah.bak kata mok,bukan mintak duit dia pon tolong bayarkan bil.bukan pinjam telinga dia pon kalau kitorang on call.

petang tadi entah macam mana aku macam terasa hati dengan mok.tak tahu kenapa sejak 2 menjak ni aku mudah sangat terasa dengan apa yang dia cakap.style aku,kalau aku dah terasa dengan orang tuh,aku lebih senang diamkan diri.walau pon tengah on call,tapi aku kurang bercakap.mok dah faham sangat dah.kalau memula bising,aku jek yang bercakap sampai dia nak bercakap pon tak boleh,tapi tiba tiba jek ter senyap,makna nya adalah yang tak kena tuh.adalah yang aku terasa.huhu

satu sikap mok yang aku suka sangat,dia tak boleh kalau aku diam.dia rasa hilang aku.tuh yang syok.kadang kadang buat dia rasa bersalah.hahahaha.jahatkan...tapi tak lama pon.sebab nanti mok pulak yang saja menyakat aku.dia pulak yang diam.last last aku yang kena pujuk dia balik.hahaha.pernah sekali tuh kan,aku konon nya nak merajuk lah,gedik sangat lah kononnya nak suruh mok pujuk.tp tiba tiba dia yang macam terasa.aku rasa bersalah.terus aku nangis mintak maaf.mok kompom kalah dengan air mata aku.hahaha.tapi tak selalu la.dia selalu cakap aku cengeng.sikit sikit nak nangis.aku sendiri pon pelik,dengan dia jek aku selalu nangis.tak boleh kena langsung.huhu.gedik kan?hahaha

eh eh,tiba tiba baru aku perasan yang entry aku kali ni n yang sebelum sebelum ni semua duk cerita pasal mok.tetttt...hihi..ok dah dah stop stop.kang ada yang menyampah kang.

ok lah.maw tidur dulu lah.esok maw bangun pagi.nite semua.thanx for reading here.

Sunday, June 5, 2011

Mok

Assalamualaikum


Lama tak menaip kat sini.lama jugak tak bercerita kat sini.hai semua.pada yang sudi singgah & terus follow blog aku yang tak berapa nak bermanfaat ni.thanx sangat sangat aku ucapkan.pada korang korang yang sudi picit 'nuffnang' aku,nothing else i can say other than thanx alot.

ok stop.cukup intro setakat tuh.malam ni aku nak cuba luahkan apa yang aku rasa pulak.lama dah tak main perasaan dekat blog ni.kalau ada yang sudi nak baca luahan perasaan aku tuh,terima kasih yer,pada yang tak nak,sila click x pada tab atau window anda.:)

siang tadi aku pergi tengok nur kasih dengan adik aku n kawan dia,nad.tak tahu nak tengok cerita apa.tuh cerita paling awal.yang lain kebanyakannya malam.aku suka lagu yang mila nyanyi untuk filem ni.walaupon starting cerita ni agak bosan jugak la pada aku.tapi last2 tuh tangkap leleh jugak la.nak keluar jugak la air mata ni.tapi nasib baik tak dan nak feel sedih tuh dah keluar pulak scene gadoh gadoh.so,selamat air mata aku.hahaha

malam ni tetiba nak melayan perasaan la pulak.mak abah takde g kelantan,adik aku dah tidur.letih agaknya.ceh,padahal aku yang drive.aku yang turun order makan.huhu.sambil taip entry ni,sambil pekup telinga dengan headphone dengar lagu yang mila nyanyi tuh.memang layan la.siap aku download lagi.nak layan poker,malas.tadi dah layan dengan incik med & incik fuh.lama tak poker semeja macam tuh.rindu sangat nak poker sama sama.main table 25/50.then, borak sama sama.kalau dulu,incik med yang suka main table 25/50 ni.memang table favorite dia la kiranya.dulu dulu,kalau incik med dah masuk table ni,mesti incik fuh join sama.then kejap lagi ramai la member member poker join sama.seronok sangat time tuh.boleh borak borak sama sama.kutuk kutuk.lepas tuh gelak gelak.walau pon orang nya tak pernah tengok muka,tapi dah anggap macam adik beradik.boleh gurau gurau.tapi entah macam mana silap nya,masing masing dah mula buat haluan sendiri sejak reunion geng poker time kenduri anak buah aku dulu.dah takde duduk semeja kalau berpoker.masing masing nak jadi yang hebat.nak tunjuk chip dia yang paling banyak.sebab tuh tadi bila dapat main poker semeja dengan incik med & incik fuh,rasa best sangat sangat.siap kutuk kutuk lagi...

dah dua hari tak dengar suara mok(ceh,baru petang tadi dia call kejap).sejak kejadian itu hari,aku yang rasa bersalah dengan dia.kitorang just mesej jek.itu pon tak lama.tak sampai 3 mesej pon.selalunya hari hari bergayut.kalau selalu,pagi pagi lagi dah dengar suara dia.dah macam rutin harian pulak dia akan call tepat jam 7.40 pagi.then kitorang akan borak dan bercerita macam macam sambil kutuk kutuk sikit sampai la waktu dia nak masuk office.then, before aku aku g office aku akan pastikan yang aku pasang hands free siap siap sumbat kat telinga sebab senang nanti kalau dia call time aku atas motor.pernah sekali tuh,aku nak pergi kerja then suruh dia end call dulu.aku ingat kan dia dah end call.aku biar je lah.tak de lah aku end kan.last last sampai office aku nak punch aku dengar bising semacam jek.bila aku panggil,dia tny dah sampai office ek?rupa rupanya dia tak letak pon.dia tunggu aku yang letak dulu.hahaha...

mok,awak tahu tak,saya rindu nak dengar suara awak macam selalu.saya tahu awak bizi kan.lagipon awak dah cakap dengan saya tadi kan.takpe saya tunggu call awak esok.tak sabar nak bebel bebel lagi dengan awak.macam macam saya nak cerita awak.macam macam yang saya pendam sorang jek sekarang ni.saya tak tahu kenapa orang macam salahkan awak dengan perubahan sikap saya.ye,sekarang ni saya lebih banyak sendirian.saya lebih banyak diam dari bercakap dengan orang keliling.tapi saya nak awak tahu,bukan awak penyebabnya.saya jadi macam tuh sebab saya penat nak hadapi orang sekeliling saya.saya letih nak berpura pura.hanya saya tahu apa yang saya tanggung.luar orang nampak saya happy,tersenyum.tapi dalaman saya takde sorang pon ambil kisah.kalau saya cerita pon saya pasti tak akan ada yang faham.tak akan ada yang percaya.

mok,awak selalu cakap,pedulikan apa yang orang keliling nak cakap pasal saya.abaikan apa yang dorang nak kata.sebab bukan dorang yang bagi saya makan.tapi kan mok,besar sangat ke salah saya kalau muka saya pon dia tak nak pandang dah.lalu sebelah saya dia toleh tempat lain.ya saya tahu,kalau tak kerana dia,saya tak akan dapat merasa kerja yang gajinya lagi mahal dari tempat lama.tapi kan mok,kenapa yer kalau orang dah tolong,dia mesti nak mengharapkan balasan?saya tak pernah tolong dia ke mok?habis tu,dulu dulu masa dia susah,saya pernah tolong.tapi saya tak pernah nak ungkit pon.saya tak pernah bercerita yang saya tolong dia dulu.saya diam jek sebab dia suruh saya diam.

mok,awak selalu nasihatkan saya.tapi saya yang selalu degil nak keras kepala jugak.awak selalu cool kan saya waktu saya tengah marah.awak tak kisah pon kalau saya call awak semata mata nak suruh awak dengar saya punya bebel.lepas saya dah puas bebel bebel,awak mesti tanya, 'dah habis dah marah tuh?ke ada lagi yang saya kene dengar?' bila saya cakap dah jek, awak cakap,okay saya nak sambung tidur.esok sambung bebel lagi k.hihi.jahat awak kan.awak selalu cakap dengan saya yang awak happy sangat kalau dengar saya ketawa.awak paling tak suka kalau saya nangis nangis kan.saya tahu kalau saya nangis nanti awak pon nangis sama kan?hahahaha.tak malu.laki pon nak nangis.hihi.tapi awak tahu tak yang sekarang ni saya tengah menangis?

mok,kenapa semua dugaan tuh saya kena terima?kenapa saya kena terima sejak saya kecik lagi?kadang kan mok,saya fikir dunia ni tak adil sangat.kenapa saya kena tempuhi ni?mok,saya tak pernah cerita dengan orang apa ujian yang saya terima tuh mok.sebab bagi saya biar saya pendamkan sorang sorang.saya taknak orang lain pon rasa sakit sama.sebab saya rasa sakit nya tuh.sakit sangat mok.kalau saya cakap,saya yakin dan pasti sangat sangat akan ada orang lain yang akan terluka sama.takpelah mok,biar saya jek yang terluka sorang dari ramai orang lain yang terluka.awak selalu cakap kan mok,kalau kita rasa kita susah,ada orang lain yang lagi susah dari kita.okey,saya akan ingat tuh.

mok,buat masa sekarang,segala hal yang berkaitan dengan awak termasuk gambar awak tak ada siapa pon tahu melainkan saya.saya rahsiakan segalanya tentang awak dari orang lain.famili pon sama.biarlah dorang tahu yang saya sekarang tengah berkawan dengan mok.kenapa saya rahsiakan?biarlah dulu.saya sendiri tak bersedia nak dedahkan siapa awak.dan saya tahu,awak pon sama jugak kan?mok,sekarang ni kan saya cuma ada ALLAH swt,mak abah,adik beradik,kawan kawan yang faham saya & awak jek.saya taknak orang lain selain kamu semua.

mok,terima kasih sebab awak terima saya seadanya.saya mengharapkan yang terbaik dalam hubungan kita walaupun saya tahu terlalu banyak halangan yang bakal kita tempuh lepas ni.mok,saya selalu cakap apa yang saya buat ni biarlah kekal macam ni.saya tak benda ni kita buat separuh jalan jek.macam orang kata tengah hangat bercinta semua manis jek.makan garam pon rasa gula.kalau boleh saya mengharapkan apa yang jadi sekarang antara kita akan jadi jugak selama mana pon hubungan kita ni.awak selalu cakap yang awak pon harap benda yang sama jugak.


mok,andai dah memang tertulis jodoh diantara kita,saya lah orang yang paling gembira.tapi kalau sebaliknya,saya sendiri tak tahu sama ada saya boleh hadapi atau tak.bak kata awak,masa depan bukan kat tangan kita.kita cuma usaha untuk jadi yang terbaik.


mok,terima kasih untuk semua ini.terima kasih untuk segala galanya.


mok,waktu saya taip ni jam dah menghampiri ke pukul 3 pagi.saya masih tak boleh tido lagi.



p/s : saya tahu awak tak kan baca blog saya.sebab tuh saya berani tulis semua ni.hihihi

Thursday, June 2, 2011

Untuk awak...

Assalamualaikum...



Untuk awak yang dah curi hati saya,
terima kasih untuk segala galanya yang awak berikan pada saya sepanjang 4 bulan perkenalan kita.masih terlalu mentah usia perkenalan kita.namun kematangan yang awak tunjukkan dalam hubungan ini,membuatkan saya merasakan 4 bulan ibarat 4 tahun.terima kasih awak sebab sudi menjenguk dan mengetuk pintu hati saya dan sudi mengisi kekosongan yang ada.

hati saya.sila pulangkan balik pada saya kalau ianya sudah tak memberikan apa apa makna pada awak lagi..:')

awak yang saya mulai sayang,
awak lelaki istimewa kini di hati saya.awak satu satunya lelaki yang buat saya rasa selamat bilamana saya dengan awak.mungkin terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan tentang awak,tapi itu yang saya dapat lihat sepanjang perkenalan ini.

awak yang istimewa di hati saya,
entah bila masanya perasaan yang selama ini saya cuba lupuskan kembali berputik kembali tidak saya ketahui.tetapi yang pasti,seperti ada sesuatu yang menarik perhatian saya pada diri awak.awak,perkenalan yang tanpa dirancang ini membuatkan saya benar benar teruja untuk terus meniti hari hari bahagia bersama awak.

awak,
walaupun saya tahu jalan yang bakal kita tempuhi ini telalu banyak likunya,terlalu sukar untuk kita lalui tapi percayalah,selagi ada awak disisi,selagi itu kaki ini akan terus melangkah bersama.saya tidak berani untuk menjanjikan apa apa demi masa depan kita berdua,tapi percayalah seperti yang selalu saya ucapkan,selagi kaki ini mampu berdiri,selagi jasad ini terus mampu melangkah ke depan,saya akan cuba untuk melangkah dan meniti hari hari mendatang bersama awak.

awak,
saya sayang awak...


*ceh,baru ada mood nak menaip malam ni sekalai terkeluar entry jiwang lah pulak.hahahaha..
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design