KECEKALAN dan keazaman untuk mengubah fizikal diri supaya lebih sihat tanpa perlu menjalani rawatan dan diet memudaratkan paling diberi keutamaan.
Pada masa sama, disiplin diri dan mematuhi panduan ditetapkan dalam setiap sesi rawatan diberikan memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi.
Begitulah yang diakui Nazila Abu Zaidi, 26, malah kecekalan itu juga membolehkan dirinya dinobatkan sebagai pemenang Pencarian Duta Bizzy Body 2010/11, baru-baru ini.
MENANG...tiga pemenang utama Pencarian Duta Bizzy Body 2010/11 (dari kiri), Rohani, Nazila dan Susannah bersama Jessica (dua dari kiri).
Apatah lagi, gadis yang mengusahakan perniagaan makanan untuk lintah ini mahu membuktikan pada dirinya ketika memasuki pertandingan itu bahawa tiada yang mustahil boleh dicapai jika kita menetapkan nekad untuk berjaya.
Dia yang berjaya menurunkan berat sebanyak 11 kilogram itu juga tidak menyangka sama sekali akan dipilih sebagai pemenang utama.
Walaupun pada mulanya memang ada hasrat untuk menang, selepas berjumpa dengan peserta lain yang mampu menurunkan berat badan hingga puluhan kilogram, dia berasa hasratnya itu seolah-olah terpadam tiba-tiba.
"Saya memilih untuk mencuba sedaya upaya dan bergembira sepanjang pertandingan ini berlangsung supaya tidak kecewa jika tidak dipilih sebagai pemenang.
"Tapi biar apa pun berlaku setiap daripada kami di sini adalah pemenang kerana impian utama untuk menurunkan berat badan sudah berjaya," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman pemenang pertandingan terbabit.
Malah, Nazila turut memenangi anugerah Ratu Bizzy Body Pilihan Penonton kerana memperoleh undian penonton terbanyak melalui proses undian sistem pesanan ringkas (SMS) dan undian melalui laman sosial Facebook.
Gadis manis yang berasal dari Selangor itu berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 dan tambahan RM5,000 untuk anugerah terbabit.
Tempat kedua pula berpihak kepada Susannah Devi, 24, yang memilih untuk menyertai pertandingan ini sebagai satu cara mengembalikan keyakinannya apabila berhadapan dengan orang ramai.
Jika sebelum ini dia berasa segan dan takut untuk keluar berjalan-jalan kerana bimbang dengan tanggapan masyarakat terhadap dirinya yang sedikit gempal tapi kini segalanya sudah berubah.
Menurut Susannah yang berjaya mengurangkan berat sebanyak lapan kilogram, dia kini boleh mengenakan pakaian yang sebelum ini hanya mampu dilihatnya saja dan ia nyata amat menggembirakan.
"Saya juga boleh mengenakan setiap pakaian yang diberikan dengan mudah tanpa perlu dibuat sebarang pengubahsuaian.
"Saya cukup gembira dengan keadaan itu dan kini daya keyakinan diri sudah kembali dan akan tetap meneruskan pelan diet yang diberikan tanpa rasa tertekan," katanya.
Gadis yang memiliki darah keturunan India di sebelah bapa dan Thai di sebelah ibu itu membawa pulang hadiah bernilai RM50,000.
Sementara itu, Rohani Hamzah, 39, yang menduduki tempat ketiga pula mengalami masalah berat badan selepas mengalami keretakan tulang pinggul akibat terjatuh.
Walaupun bahagian atas badannya nampak normal, jika dilihat secara teliti masalah yang dialami lebih banyak bertumpu di bahagian pinggang ke bawah.
Tapi ini tidak bermakna dia hanya berpeluk tubuh saja kerana pelbagai cara sudah digunakan sama ada dengan bersenam namun hasil diperoleh kurang memberangsangkan.
Ibu kepada dua anak itu berkata, dengan menyertai program yang dilakukan di Bizzy Body kesan yang diingini nampak nyata dan serta-merta.
"Cuba bayangkan bagaimana saya mampu untuk menurunkan tujuh kilogram berat badan dalam masa tujuh minggu, rasa seperti satu keajaiban.
"Saya cukup bersyukur kerana keluarga amat menyokong keputusan yang diambil ini dan kini saya mampu untuk memakai baju kebaya tanpa rasa malu dan segan orang luar memandang pelik dengan bentuk badan saya. "Paling penting kini adalah untuk mengekalkan bentuk badan yang diperoleh tapi dengan mengikut setiap panduan diberikan," katanya yang turut memperoleh anugerah Ratu Bizzy Body Badan Cantik.
Dia membawa pulang hadiah tempat ketiga bernilai RM30,000 dan RM5,000 bagi anugerah yang diperolehnya.
Di samping itu, sebagai pemenang utama ketiga-tiga wanita terbabit turut akan dibawa ke Filipina untuk mengadakan sesi fotografi istimewa pada Januari depan. Daripada 25 peserta akhir terpilih, mereka akan dinilai bukan hanya melalui kadar penurunan berat badan, tetapi turut membabitkan keyakinan diri, karisma serta penampilan diri. Pemilihan kriteria terbabit diambil kira kerana peserta yang dinobatkan sebagai pemenang akan turut membawa imej Bizzy Body sebagai pusat pelangsingan dan kecantikan terkemuka. Daripada jumlah itu, hanya 12 dipilih untuk meneruskan perjalanan ke peringkat akhir dan mereka perlu menjawab soalan secara spontan. Daripada jawapan diberikan serta jumlah mata yang dikumpulkan sebelum ini hanya tiga diumumkan sebagai pemenang utama.
Selain itu, terdapat beberapa lagi anugerah sampingan dipertandingkan iaitu Ratu Bizzy Body Karisma yang dimenangi Noor Amalina, 31; Ratu Bizzy Body Personaliti Terbaik, Jasmine Pistool, 24, dan Ratu Bizzy Body Promoter Jenama, Charlene Chai, 20.
Bagi anugerah Ratu Bizzy Body Catwalk Terbaik pula dimenangi Rozimah Yahaya, 42, Ratu Bizzy Body Berat Badan Paling Tinggi dimenangi Nur Hidayati Buniamin, 28, dan Ratu Bizzy Body Congeniality dimenangi Anna Chua, 39.
Pemenang bagi anugerah terbabit membawa pulang hadiah bernilai RM5,000 setiap seorang.
Acara yang diadakan di pusat beli-belah terkemuka, Sunway Pyramid itu turut dihadiri jurucakap Bizzy Body, iaitu aktres terkemuka Hong Kong, Jessica Hsuan.
Di samping itu, pertandingan itu turut mendapat sokongan penaja termasuk UOB, Sunway Pyramid Shopping Mall, Simone's Models, Touch Group, Xixili, A Cut Above, Le Ann Maxima, Envee Apparel, Lazo Diamond, Yeo's, Inuovi, Female, Nu You, Harian Metro, Steven Goh, Greg's Video, EDSB dan Diamond Screen.
sumber : SINI
adios..
assalamualaikum..
0 kutukan sopan diterima:
Post a Comment