Engkorang Yang Best

Friday, April 2, 2010

Perginya Seorang Pelawak Berbakat Besar..Al Fatihah untuk Arwah Pakdin aka Din Beramboi...

Assalamualaikum...


 Lawak dan gelagat beliau akan sentiasa dikenang

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Al Fatihah untuk pakdin aka din beramboi yang telah pown menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 0030 am tadi..sesungguhnya dari ALLAH kita datang pada DIA juga kita akan kembali...entah kenapa saat jari jemari nh menaep en3 yang ditujukan khas untuk insan yang bernama Din Beramboi ini, minda ini tak suda2 mengingati hampir kesemua gelagat beliau ketika raja lawak yang lepas dan pagi di Era...entah ape istimewanya insan ini aku sendiri tidak tahu..yang pasti hari2 pendengar setia pagi di Era pasti akan sunyi tanpa gelagat dan hilai tawa dari insan yang bernama Din Beramboi atau nama sebenarnye Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Pak Din meninggalkan kita semua akibat penyakit denggi berdarah...

Biarpown tidak mengenali dengan lebih rapat, namun aku pasti semua rakyat malaysia khususnya mengenali siapa beliau...sungguh aku tak sangka beliau akan dipanggil menghadap Ilahi begitu cepat..terngiang2 lagi gelagat dan telatah beliau ketika semifinal raja lawak 4..lawaknya yg slumber disulami dengan muka yg series buat aku gelak terbahak2...sumpah aku ta tipu..aku siap ley tgk lg episod yg same biarpown berjuta kali dah diulang kat astro tuh..aku suker part dier komen tuh..walau tade mengene ngan persembahan peserta, tp komen beliau wat aku gelak giler2...

Dunia seni tanah air pastinya akan suram dan sunyi dengan pemergian yang tidak disangka2 ini..tiada lagi kedengaran suara pak din di drama sebabak dan riuh pagi Era...pastinya kita semua akan terus merindui gelagat, telatah, hilai tawa, kata2 dan ragamnya yg selamber...perginya di pagi jumaat yang mulia...semoga arwah Pakdin ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..Al Fatihah..aminn..

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Pak Din..Semoga kalian terus tabah menghadapi hari2 mendatang tanpa insan yang bernama Mior Ahmad Fuad Mior Badri aka Din Beramboi..

 

0 kutukan sopan diterima:

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design