Engkorang Yang Best

Thursday, June 7, 2012

Mungkin Ini Yang Terbaik

Tasnim Amani termenung. Dia terfikir sampai bila hubungannya dengan Hanif Faisal akan terus begini. Bercinta bagai tiada kesudahan. Umurnya bukan semakin berkurang. Disember 2012 bakal membawa Tasnim Amani ke angka 30. Lama dia termenung, tanpa sedar beberapa titisan air jernih akhirnya jatuh ke pipi.

Hanif Faisal, seorang lelaki yang kadang kala boleh di anggap tiada perasaan. Hati batu mungkin. Baginya Tasnim Amani seorang yang senang dipujuk tatkala wanita itu menunjukkan muncung panjang. Hanya dengan kata kata, Tasnim Amani pasti kembali ceria. Hanif Faisal sedar, dengan keadaan ekonominya sekarang pasti tidak mudah untuk dia memberitahu Aina Nabila yang dia ingin berkahwin lagi. Pernah sekali hubungan antara Hanif Faisal dan Tasnim Amani dihidu oleh Aina Nabila. Pantas Hanif Faisal menafikan segala tuduhan Aina Nabila.Sudahnya yang berendam air mata Tasnim Amani jua.

Bagi Tasnim Amani, dia sedar.Memilih untuk menjadi yang kedua bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapi sendiri. Walau madu itu manis, tapi hidup bermadu bukan sesuatu yang manis. Tasnim Amani sedar sejak kali pertama dia dan Hanif Faisal berhubungan.Dia sedar semuanya ini salahnya. Menjalin hubungan dengan seseorang yang bergelar suami orang bukannya mudah. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditelan. Kini, hampir 5 tahun dia mengabadikan diri untuk lelaki yang bernama Hanif Faisal. Segala dugaan dan cabaran sepanjang 5 tahun bercinta dengan Hanif Faisal ditelan dan dihadam dalam dalam. Bukannya Tasnim Amani tidak sedar, dalam tempoh 5 tahun itu terlalu banyak pahit dari manisnya. Namun, entah apa yang istimewanya Hanif Faisal,sehingga dia sanggup menunggu dan sanggup melukakan hati sendiri yang entah untuk kali ke berapa dia sendiri tidak sedar.

Rakan rakan yang seusia dengan Tasnim Amani hamper semua sudah berumah tangga. Bukan sekali Tasnim ditanya soalan soalan berkaitan dengan rumah tangga,malah telinganya sendiri sudah terlalu lali mendengar soalan soalan sedemikian. Tasnim Amani yakin jodohnya kuat bersama Hanif Faisal walau lelaki itu tidak pernah langsung berbicara mengenai masa depan hubungan mereka. Jawapan yang seringkali diguna pakai Tasnim Amani tatkala di Tanya soalan berkaitan dengan hubungannya dengan kekasih hati, ‘InsyaALLAh kalau ada jodoh adalah.Doakan yang terbaik’. 

Bukan dia tidak mahu mendesak Hanif Faisal, tapi dia takut.Takut yang dia akan ditinggalkan kelak oleh lelaki yang amat disayangi itu.Pernah Tasnim Amani membuka mulut berkenaan dengan hubungan mereka,tapi jawapan yang terkeluar dari mulut Hanif Faisal sangat mengecewakan.Sejak itu, Tasnim Amani tidak lagi bertanyakan tentang hala tuju hubungan mereka.Bimbang sesuatu yang tidak enak berlaku dalam hubungan tersebut.

Sudah seminggu Hanif Faisal bercuti.Bila ditanya mengapa cuti terlalu lama oleh Tasnim Amani, alasan yang diberikan oleh Hanif Faisal ingin bersama anak anak.Katanya dia sekarang jarang bersama anak anak.Maka, seminggu cuti yang diambil ini membolehkan dia membawa anak anak berjalan jalan. Mungkin alasan biasa bagi Hanif Faisal. Ye,seminggu mungkin tidak lama.Tapi bagi Tasnim Amani, dia seolah olah hilang punca. Seminggu Hanif Faisal bercuti,maka seminggu jugalah dia bakal merindui suara kekasih hatinya itu. Sudah menjadi satu tabiat bagi Tasnim Amani tidak akan mengganggu Faisal Amani ketika lelaki itu berada di rumah. Tasnim Amani sedar bahawa dia bukan siapa siapa untuk menghalang atau membantah apa yang di lakukan oleh Hanif Faisal.

Pagi Isnin Tasnim Amani bangun sedikit awal dari biasa. Dia sengaja bersiap awal kerana dia tahu,sebentar lagi Hanif Faisal akan membuat panggilan telefon. Sudah menjadi seperti rutin harian, saban hari ketika hari bekerja Hanif Faisal akan menelefon Tasnim Amani seawal pagi. Seminggu lamanya dia menanti, dia sudah tidak sabar lagi untuk mendengar suara Hanif Faisal yang dirindui. Suara yang mengejut dirinya hampir setiap hari. Tapi entah kenapa, hari itu dia seolah olah terasa kosong tatkala mendengar suara Hanif Faisal. Tiada suara suara ceria seperti selalu.Entah,mungkin seminggu lamanya Tasnim Amani ditinggalkan,maka dia sudah tidak kisah lagi dengan suara itu.

Malam ini, Tasnim Amani letih.Entah kenapa dia terlalu letih memikirkan tentang pengakhiran tentang hubungannya dengan Hanif Faisal yang seolah olah tiada penghujung. Air matanya kembali tumpah tatkala memikirkan dia harus kehilangan Hanif Faisal. Mungkin ini jalan yang terbaik. Biar hatinya terluka sendiri dari melihat banyak hati hati yang terluka. Terbayang diruang mata Tasnim Amani, bagaimana gembiranya Hanif Faisal tatkala bercerita mengenai anak anak dan rumah tangganya bersama Aina Nabila. Teringat dia akan ugutan yang diberikan oleh Aina Nabila kepada Hanif Faisal ketika hubungan mereka dihidu oleh Aina Nabila. Antara Aina Nabila dan Tasnim Amani. Terbayang dia bagaimana suara Hanif Faisal yang seolah olah lesu tatkala di suruh memilih satu antara dua. Malam ini Tasnim Amani tekad. Dia yang akan pergi meninggalkan Hanif Faisal.  Tasnim Amani sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung kesedihan sendirian. Fikirnya, sebelum kahwin lagi sudah terlalu banyak cabaran dan dugaan yang di hadapi,  apatah nanti apabila sudah berumahtangga dengan Hanif Faisal.Pasti dia akan lebih makan hati dan yang paling kecewa dia yakin pasti Aina Nabila.

Tasnim Amani berjalan menuju ke katil.Diambilnya teddy bear pemberian Hanif Faisal sempena setahun usia perhubungan mereka.Di peluk erat patung tersebut.Air mata seorang wanita kembali tumpah. Tumpah disebabkan luka yang dicipta sendiri. 5 tahun yang memberi pelbagai rasa pada Tasnim Amani.

“Sayang, 5 tahun bukan tempoh yang pendek.Terlalu banyak suka duka yang kita lalui bersama.Tapi, jalan yang bakal kita lalui jika masih bersama terlalu banyak onak duri. Huney sayang sayang sangat.Terlalu sayang, tapi huney tidak harus mementingkan diri.Aina Nabila dan anak anak perlukan sayang lebih dari Huney perlukan sayang. Biarlah Huney yang terluka dari melihat isteri & anak anak sayang terluka dalam kancah percintaan yang kita sendiri cipta.Tentang huney,usahlah sayang khuatir.”

Button sent ditekan.Tasnim Amani tekad.Tekad untuk tidak menghancurkan sebuah masjid bahagia. Baginya cukup dia seorang sahaja yang terluka.Air mata yang mengalir laju dikesat perlahan lahan. Dia redha dengan apa yang terjadi walau sebenarnya hatinya berat untuk melepaskan Hanif Faisal.

#Ini percubaan pertama aku menulis seserius macam ni.

Bohsia 2 - Jalan Kembali Terbaik

Assalamualaikum


 memang terbaik






Baru balik dari tengok movie bohsia 2 - jalan kembali. takde lah baru balik pon sebenarnya.tadi lagi dah sampai rumah.dah sempat main poker 3 4 round dah.dah menang dah pon.dah update status kat pesbuk dah pon.baru kejadahnya.

opppss.back to the story, quite best jugak movie kali ni yang aku tengok berbanding 2 movie sebelum ni. Ok fine, dalam masa seminggu, 3 movie dah aku layan. Betul betul gila. 2 movie sebelum ni aku tak nak review pasal memang hampeh. Menyesal jugak keluar duit beli tiket, pasal movie yang memang betul betul hampeh. 

Gerak dari umah kul 6.45 pasal nak p ambik ayu dulu. Then p makan makan jap kat marrybrown. Lepas makan terus naik atas. Ingat mula mula nak main game jek.Sekali tengok cerita bohsia 2 - jalan kembali ni dah keluar panggung. Aku pandang ayu, ayu pandang aku, adik aku pandang aku. Ok fine, aku tahu, nak tengok lettew. Rasanya promo kata esok baru keluar panggung cerita ni kan? Hurmm, ayu dengan aku p usha tiket. Tiket pukul 8.45. Tengok jam baru 8.30. awal lagi. Keluar p kat game. Main game basketball jap. Hampeh jek sebab tak lepas target.Bola keluar lembab gilos. Langsung kalah.(alasan) :p. Suruh adik aku p beli token lagi nak main game yang cari perbezaan. Main sampai abes level. Last last masuk panggung lambat. Pukul 8.50.haha.lambat 5 minit.

mak jah gangster rumah pengasih

Masuk panggung, cerita baru nak start. Keluar muka serina yang konon konon nak insaf duk kat rumah pengasih. Then,macam biasa pelakon skop production, mak jah si orang gaji tuh pon belakon weh jadi gangster dalam rumah pengasih tuh. Awal awal memang dah best pasal memang best la. Mak jah si orang gaji ni memang pandai berlakon. Memang pecah perut tengok dia jek. Macam harammm.

Paling aku suka watak Keting lakonan Sofi Jikan.Seriusly memang macam haram. Sakit perut aku ketawa tengok dia jadi mamat masuk air. Memang masuk air betul dia dalam cerita ni. Zizan dengan Shamsul pon tak mengecewakan. Zizan kan? Memang terbaik dari ladang la wehhhh. Macam haram nak lajukan moto, p jumpa bomoh kaki kencing.Hahaha.

Keting

Pada aku cerita ni memang terbaik walau ada yang tak masuk akal, macam lepas jek Keting (Sofi Jikan) dengan Mus (Shamsul) habis race, datang pulak makcik Tasha(Nabila Huda) konon konon nak bawak si Tasha ni balik, then kat situ bagitahu mak Tasha ni dah arwah sebulan lepas. Ada ke mat rempit race lepas maghrib weh? Pelik sebab makcik Tasha ni keluar p cari Tasha time time orang tua dah masuk tido. Si keting ni pon bla then sempat berhenti depan masjid time nak Subuh. Tak tahu lah kalau time azan tuh baru azan Isya'.

Keseluruhan cerita ni aku bagi 4.5 bintang.Tahniah Shamsul.Tahniah Skop Production.Memang terbaik wa cakap lu.

Adios.
Assalamualaikum

Wednesday, June 6, 2012

Gila

Muka kusam.Kelam.Hilang segala manisan disebabkan kegilaan.Sungguh dia gila.Gila yang sengaja dia cipta. Hampir hilang segala rasa dalam diri bila dia menjadi gila.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

Malas


bosan

Assalamualaikum.


Hari isnin.tak ramai yang bersemangat nak pergi kerja melainkan dekat tempat kerja kau ada orang yg kau sayang. Macam aku dekat opis semua orang aku tak syg.So,memang malas nak datang kerja.


kertas bersepah,punch card melambak.semua atas meja aku.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 2, 2012

Memory card patah :(

Assalamualaikum


Seriusly rasa down sangat sangat malam ni. Bukan sebab kena down ngan mr demok or kene tinggal dengan beliau, tapi sebab memory card phone yang dia bagi patah.seriously rasa nak nangis sangat sangat.ok fine! dah nangis dah pon.

petang tadi masa balik dari bahau elok je phone tuh. Malam ni tadi time nak p kenduri umah besan mak terus hang. Balik dari kenduri try la bukak then nak gosok gosok memory card tuh, tengah duk gosok gosok kat baju boleh pulak terpatah. Seriously time tuh rasa nak menjerit.

Memang la takda apa yang penting pon dalam memory tuh. Just ada gambar gambar aku. Paling banyak gambar si budak comel syadania & danish. Tapi pada aku memory card tuh ada makna tersendiri. Orang boleh cakap, ala 8g je pon. Boleh beli lain la. Tapi memory card tuh ada sentimental value. Senang cerita memory tuh mok yang bagi. Dia sanggup tukar memory card dia dengan aku. Aku nya memory time beli tuh 4g jek. Selalu kalau apa apa yang mok bagi, memang aku simpan betul betul.Sayang sangat sangat, tapi entah macam mana, memory card ni boleh patah dua pulak.

'bie, sori sangat sangat. :(

ni lah ghopenye memory yang patah tuh


Friday, June 1, 2012

Selamat Pengantin Baru :)

Assalamualaikum




Maaf la yer, malam tadi janji lepas salai otak, aku nak update blog, tapi  hurmmm mengecewakan sungguh. Aku malas pasal idea taknak datang.So, memang takde lah update malam tadi okeh.

Ok cukup intro mengarut.Aku memang fail lah kalau bab intro ni.Memang hampeh.Tak tahu nak start stori mori dari mana.

Kejap je rasanya dah masuk bulan 6 bagi tahun 2012. Mak aii, dah setengah tahun dah. Cepat nya masa berlalu. Pagi tadi aku p membe baik aku nikah kat Masjid Tuanku Mukhriz. Alhamdulillah dah jadi isteri orang dah kawan baik aku ni. Kitorang rapat dari sekolah menengah. Lepas spm, masing masing bawak haluan sendiri. Tapi sesekali balik cuti sem mesti kitorang jumpa. 

Minggu ni banyak sungguh kenduri kahwin. Paling banyak jemputan dari member sendiri. Member sekolah rendah sampailah member sekolah menengah. Syok pergi majlis majlis kahwin member ni sebab dapat jumpa dengan member member yang dah lama tak jumpa. Tapi yang tak syok nya terpaksa menjawab soalan cepu gangsa makcik makcik yang tak gheti nak jaga perasaan aku. Ye lah, dengan selamba badak je tanya bila turn aku tengah tengah orang ramai. Tak gheti langsung nak cover. Dorang hengat aku ni takde hati dan perasaan ke nak tanya tanya macam tuh. Tacing i tau.(sila bagi sepak terajang paling laju)

Dah lah,nak p makan kenduri rumah besan mak aku jap.Nanti aku sambung update lagi.

pengantin perempuan yang tak gheti duk diam


tahniah Pa & Jai.


adios.Assalamualaikum

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design