Engkorang Yang Best

Sunday, July 31, 2011

Bicara sekeping hati

Assalamualaikum

semalam,

balik kampung abah dan emak sebab nak hantar lemang yang abah buat.mulanya mahu sendirian,tapi dihalang oleh akak aku.lantas dia menemani sepanjang perjalanan.tiada bicara mesra tercetus mesra.tiada bualan hangat seperti selalu.seperti biasa untuk seminggu ini,aku hanya melayani perasaan sendiri.tanpa sesiapa memahami gelojak isi hati.

memulakan perjalanan sekitar 5.00 petang.singgah di pekan berhampiran kerana akak aku mahu membeli makanan tambahan untuk si kecil.sampai di rumah atuk sebelah abah kira kira jam 6.15 petang.aku lihat atuk sendiri.sendiri semenjak pemergian isteri tersayang kira kira 4 tahun lalu.sendiri tanpa insan tersayang di sisi.terfikir aku sendiri,apa juadah untuk bersahur pagi hari nanti.apa kudrat tua itu masih mampu berdiri.termangu aku sendiri lagi.lantas aku terkenang apa mungkin jua aku nanti begini.sendiri tanpa ditemani.


hari ini,

petang sebelum ramadan menjelang, aku menghabiskan masa di shopping compleks berdekatan di sini. dengan hanya menaiki motorsikal milik abah, aku atur langkah sendiri.tiada apa yang dicari. sekadar hanya mengikut kata hati.sendiri melewati gerai yang tersusun rapi.aku pandang apa yang tersedia di jamu mata ini.aku perhati gelagat sekalian anak anak muda di sini.terdetik di kotak hati yang kian sepi.apa mungkin aku jua akan merasa sebegini.bergandingan mesra tanpa mengira sesiapa yang memandang jua memerhati.aku perhati lagi tanpa rasa jemu apatah benci di hati.

lama aku termenung sendiri.entah apa yang aku fikir aku sendiri tidak pasti.yang pasti kini aku kembali sepi bertemankan sekeping hati.sekeping hati yang kini direntap pedih tanpa ada rasa simpati.

sebentar tadi,terpandang aku nokia 2630 pemberian abang yang kini kian sepi.tiada lagi nada dering adamaya punya ost.tiada lagi panggilan panggilan yang membuatkan aku tersenyum sendiri.tiada lagi kata kata azimat jua semangat untuk aku tabahkan hati ini.tiada lagi hari hari aku mencari cari hands free.yang tinggal kini hanya memori yang aku semat rapi.memori yang tak mungkin untuk aku campak ketepi tatkala kekosongan hati ini dahulunya telah pun di isi.biarpon kini aku hanya sendiri bertemankan sepi.

untuk kamu yang saya sayangi,walaupun hati ini tak pasti sama ada untuk merelakan semua ini terjadi,saya tahu kamu pasti baca apa yang saya tulis di sini.saya lepaskan kamu pergi jika itu boleh membahagiakan kamu di kemudian hari.hati saya janganlah kamu fikir lagi.teruskan melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.anggap sahaja saya sebahagian debu debu berterbangan yang melekat di cermin sisi.lantas apabila kamu cuci,ia akan hilang tak tahu kemana pergi.

untuk kamu yang saya sayangi,warkah tinta hati ini saya taip disini,bukan bererti saya cuba menagih simpati apatah lagi mahu menggoyahkan hati kamu lagi.ianya sekadar coretan rasa hati yang saya pendam sendiri tanpa sesiapa ketahui.

untuk kamu yang saya kasihi,tatkala warkah tinta hati ini di taip disini,air mata saya mengalir deras sekali.entah mengapa tidak jua saya ketahui.yang pasti saya harus meneruskan hari hari kini sendiri tanpa kamu disisi.walau sejauh mana jua kaki ini melangkah pergi,saya akan pastikan kamu tetap di hati.kerana sekeping hati saya telah saya berikan kepada kamu tanpa saya sedari.

untuk kamu yang saya sayangi,terima kasih atas segala memori.kamu sebahagian hidup saya kini.walau tanpa jasad kamu disisi,kamu tetap hidup segar dihati ini.

hanya ini menjadi memori




saya sayang kamu selamanya.


semua orang pasti mati,tetapi cinta tak dapat dikuburkan,kerana  tiada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang hidup dengan cinta yang mati.

Saturday, July 30, 2011

Friday, July 29, 2011

Sesekali ujian macam ni datang,baru thru punya penangan cinta

Assalamualaikum


adat bercinta bagi aku kalau ada ujian dan badai menerpa.tak sah jugak kalau dah badai menerpa tuh,air mata si perempuan tak tumpah.aku bukan malaikat.aku juga bukan para anbiya yang bisa menerima segala ujian dan dugaan yang di berikan.

bila adanya dugaan dan ujian macam ni,baru aku terasa macam mana sayangnya aku dekat dia.baru thru penangan cinta tuh rupanya.selama ni kalau setakat kapel,then break up bagi aku tuh benda biasa.chill sudah.tapi,bila kau dah jumpa orang yang betul betul kau rasa yakin nak melangkah bersama,tiba tiba datang ribut yang tak berapa nak taufan la kan,memang kau akan terasa penangan cinta tuh.memang terasa semangat nak bernafas tuh tiba tiba hilang.itu yang jadi dekat aku sekarang.hambik aku.ingat kan bila datang dugaan macam ni aku boleh rilex n cool lah kan nak tempuh benda tuh semua,rupa nya aku lagi lembik.hilang macho aku macam ni.baru sikit punya dugaan tuh.

tiga empat hari ni memang aku tak nafikan aku memang jadi tak tentu arah sangat sangat.dah macam separuh gila pon ada.rasa macam hilang sebelah badan.memang terasa sangat sangat la.sebelum ni,kalau setakat dugaan biasa biasa tuh aku boleh chill lagi la.sekarang nak chill pon rasa tak berapa nak jadi jek.buat apa semua serba tak menjadi.nak p keje pon rasa dah takde semangat lagi.memang seriyes weh aku rasa camni.down sangat sangat.bukan down yang dibuat buat.masuk bilik tengok mr mok junior, meleleh air mata.pernah satu hari tuh aku menangis dari pagi sampai ke malam.sampai terlelap.sedar sedar dah pagi.time kat opis terpaksa cover air mata tuh.

bab makan toksah nak cerita lah,memang perut ni sentiasa kenyang memanjang.memang takde rasa langsung nak makan.sampai mak aku pon pelik tengok aku.selalu pantang orang sua jek makanan tuh.sekarang ni nak masuk dapor pon rasa macam berat jek kaki tuh.

aku tak pernah rasa macam ni dengan orang lain.dulu dulu kala,time break up dengan ex,aku rasa ok jek.aku rasa biasa jek tuh semua.tapi sekarang bila datang badai macam ni, aku sendiri tak tahu kenapa dengan diri aku.hari ni,pagi pagi lagi dah rasa takde semangat langsung nak bangun ditambah lagi dengan hujan lebat.

mok,sayang saya pada awak takkan berubah walau pon badai melanda kita sekarang.

mok,saya nak awak tahu yang saya sayang sangat dekat awak.saya nak hidup dengan awak.saya rindu gelak tawa kita macam dulu.saya tahu awak pon tengah berperang dengan perasaan sendiri kan?mok,saya harap saya kuat nak tempuh dugaan ni semua.saya harap saya kuat untuk tunggu awak walau berapa lama masa yang awak perlukan.mok,selagi kaki saya mampu melangkah,saya akan teruskan ayunan langkah saya walaupun adakalanya langkahan saya tergelincir,walau adakalanya kaki saya tersadung lalu jatuh menjunam ke tanah.saya akan bangun semula kerana saya yakin dengan langkah ayunan yang pernah kita buat bersama.


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
credit to : jejariruncing


dia akan cuba belajar semula cara untuk tersenyum

 macam ni

 jua macam ni


MOK,SAYA SAYANG AWAK SANGAT SANGAT.

Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya tetap terbaik

Assalamualaikum


1st sekali nak wish tahniah dekat skuad harimau malaya.takpe,walau kita tewas dengan agregat 6-4 dengan singapore,tapi kita tetap juara di hati peminat peminat bola sepak tanah air.paling aku respect peminat peminat yang p stadium.memang tabik spring la.korang memang best.sanggup beratur nak beli tiket,lepas tuh boleh lepak sekali dengan puluhan ribu orang dalam tuh.memang terbaik la kan.semua sebab bola.bola yang buat kita semua bersatu.:)

memang best tengok game ni tadi walaupon aku tengok dekat rumah.tengok dengan adik perempuan aku n abah aku.tapi gaya tengok tadi dah macam semua yang tengok tuh lelaki.hahaha.1st half tuh malaysia punya serangan tak berapa nak menjadi, 2nd half baru nampak kita menyerang sampai dapat gol.tapi tu la,dah memang bukan rezeki skuad malaysia nak p ke peringkat yang seterusnya kan. maybe next time kan?sapa taw?ye dak?

komen aku satu je lah,player malaysia jangan terlalu bergantung dengan senior senior macam safee sali tuh.yang lain kena bijak jugak.macam tadi,lepas aidil n out,rasa macam pertahanan tak berapa nak KAW lah.safik rahim takde,midfield pon kucar kacir sikit.tapi takpe,diorang dah buat yang terbaik untuk malam ni.hope lepas ni corak permainan diorang akan lebih mantap lagi.jadikan kekalahan hari ni sebagai pengalaman untuk kejayaan akan datang.

untuk skuad harimau malaya,TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH..

untuk penyokong skuad harimau, korang memang terbaik

untuk skuad singapura,taktik korang bijak,tapi kalau lembik sangat tak payah main bola sepak la,resign jek terus.:p

adios
assalamualaikum

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Redha

Assalamualaikum.









Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku...

Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan

Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu...

Oh...kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan...


sendiri

Monday, July 25, 2011

Let the pictures speak

Assalamualaikum





























 mungkin senyuman ini tak kan dapat kau lihat dari budak ni lagi sebab dia dah terlupa macam mana cara untuk senyum



Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1 ::missing you::

 Assalamualaikum




You asked me what was wrong, I smiled and said nothing, when you turned around and a tear came down and I whispered to myself... everything is.

Pelangi itu jua kan pudar warnanya

Assalamualaikum


kehidupan ibarat satu perjudian yang hebat
untung kau akan timbul rugi kau akan tenggelam
terkadang indah dunia mengkhayalkan
realitinya harus ditempuh dengan kesabaran yang tinggi
cinta itu indah andai bahagia derita andai badai menerpa
kepahitan ditelan tanpa ada rasa terseksa
andai tahu ia derita,mengapa di heret seluruh jiwa
hati ini satu,jangan dicuba untuk mendua
takut hancur hilang sudah rasa dijiwa

kepahitan jangan dilontarkan jika tersabit dengan yang lain
kemanisan sila tonjolkan kerna itu pengubat duka
kadangkala sakit itu indah sepi itu aman
derita menjadi teman duka sebagai rakan
hati ini jangan diduga dengan jayanya
kerna pelangi itu jua kan pudar warnanya
sekadar lakaran warna kehidupan di atas kanvas 
entah kan indah entahkan tidak tiada siapa peduli
kerna yang indah itu cuma khayalan yang kadangkala sukar digapai

tinta coretan --> shizu 

Tuesday, July 19, 2011

sambung study jom

Assalamualaikum.




lama tak membebel.malam ni nak membebel balik la.dah nama perempuan kan,memang suka membebel,tambah tambah aku ada taik lalat kat bibir,memang kena bebeno la kalau kuat membebel kan.hahaha.

memula nak cerita yang aku cam terkezut + tanjat shizu (gedik nak mampos,sila baling selipar selaju yang mungkin kat beliau) sebab bos terfaktab aka owner lensa rosak follow aku kat twitter.sumpah teruja bai.rasa macam nak melompat lompat atas katil jek.tapi tak boleh sebab dah malam + bilik aku kat atas rumah (rumah papan).kang tak pasal pasal orang tua aku datang perambat aku kang.dah lah abah tak sihat.saja nak cari pasal.

ok,habis dah cerita terkezut + tanjat shizu,masuk part lain pulak.dua tiga hari ni tengok membe membe duk update status pasal dapat tawaran sambung study.sumpah jeles.before ni aku nak apply tapi tak jadi sebab sijil spm dan segala mak datuk sijil aku hilang.tapi sekarang dah jumpa.so,boleh la aku cuba untuk next session pulak.mana taw ada rezkikan?orang kata tak cuba tak tahu kan?so,cuba jek dulu.dapat tak dapat belakang cerita.yang penting usaha.

tapi sekarang ni aku tengah kompius nak sambung kos apa.serius weh,kalau boleh aku tak nak sambung kos aku time diploma dulu.dulu aku ambik video & film studies.memang enjoy kos ni,tp ntah la,aku sendiri tak rasa yang aku boleh kalau sambung bidang yang lebih kurang macam ni.hurmmm,pening kepala pikir.time time pikir benda ni,tetiba terpikir time mula mula nak sambung study dulu.start dengan politeknik merlimau melaka.dapat kos elektronik komputer.then quit sebab nak masuk ALAM.konon konon excited,sudahnya quit ALAM jugak.last last,gatal tangan apply kos video ni.dah dapat,nak tak nak kena teruskan jugak.

serius cakap,aku sendiri menyesal quit ALAM dulu.serius,kalau boleh putar balik masa,aku nak stay kat ALAM.tp aku lagi menyesal quit poli merlimau.dulu dulu aku selalu pikir benda ni.hampir everyday aku akan cakap benda yang sama.tapi kan,kalau aku tak quit dua tempat tuh,aku tak kan jumpa geng geng kapal,aku tak kan jumpa membe poli perlis yang best + sengal gila, dan yang paling penting aku tak kan jumpa mr mok.mok selalu cakap,benda dah lepas,takde apa yang nak di kesalkan lagi.terus pandang ke depan.jangan menoleh lagi.jadikan benda tuh pengajaran yang paling bermakna.lain kali before nak buat keputusan tuh,cuba pikir macam orang yang ada akal.jangan pikir macam budak tak belajar.

buat korang korang yang baru nak sambung study tuh,before decide keputusan tuh,pikir semasak masaknya bukan macam korang main masak masak.sebab nanti benda tuh korang nak bawak untuk masa depan korang.

ok dah.cukup.tuh jek nak update.sori,entry2 aku sekarang malas nak letak gambar sebab aku malas.hahahhah.thanks for coming here and read this entry.lebiu guys.:)

assalamualaikum.

Tuesday, July 12, 2011

saya mintak maaf awak (T_T)

Assalamualaikum


dah nak masuk pagi selasa dah pon.mata aku still segar bugar.kat luar hujan mula turun dah.dekat dalam bilik ni toksah cerita la.dari tadi lagi dah hujan.(T_T).dah kata cengeng kan,so memang cengeng betul lah.huhu.


tak tahu kenapa aku rasa minggu ni dengan minggu lepas paling banyak ujian dalam perhubungan aku dengan mok.lepas satu satu.aku tak tahu kenapa time time sekarang ni masalah kecik pon boleh jadi besar.tipu kalau aku kata aku tak sedih langsung dengan apa yang jadi.boleh kata hari hari air mata ni keluar jek kalau pikir hal kitorang.macam tadi,mula mula ketawa,lastly,ending nya senyap.benda kecik pon boleh jadi hal.puncanya fb je pon.tapi tuh la.aku ni cepat sangat terasa.pantang mok cakap sikit,mulalah menggedik nak terasa.mulalah sebak semacam jek.aku tak tahu kenapa dengan dia jek aku mudah terasa.dengan dia jek nak mengengada.

mok,saya tahu awak dah terlalu banyak bersabar dengan sikap saya.saya mintak maaf sangat sangat sebab saya selalu kalah dengan emosi kalau berdepan dengan awak.saya selalu buat awak macam budak budak.saya selalu treat awak supaya awak jadi macam saya.saya tak pernah nak paham awak kan?

mok,kenapa benda ni semua mesti nak jadi dalam perhubungan kita yang masih terlalu baru ni?saya takut kehilangan awak.saya tak nak bayangkan hidup saya tanpa awak lepas awak datang dalam hidup saya.saya tahu tadi awak cuba sabar dengan perangai dan sikap saya kan?ego saya tinggi kan mok?

mok terima kasih sebab awak tetap stay dengan saya sampai hari ni walau dah macam macam saya buat pada awak.dah macam macam perangai saya buat kat awak.dah macam macam hal saya buat awak susah hati.tapi awak tetap ada dengan saya.awak tetap sabar dengan kerenah saya.

mok,saya sayang awak.saya taknak hilang awak.saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak walaupon saya tak pasti macam mana baiknya tuh.mok saya tahu awak baca blog saya.saya nak mintak maaf mok sebab buat awak macam mana yang saya buat sekarang.saya sedih sangat bila jadi macam ni.



saya rindu sangat sangat masa mula mula kita kenal.saya rindu nak gelak gelak dengan awak.i miss all about u.(T_T)

missing u being a part of my life everyday


im scared to care too much,to feel that rush once more,to love again at the risk of getting hurt.But what i fear most is the thought of you leaving me, when i've aready conquered those fears for you.

Friday, July 8, 2011

tukar ke ujrah.tapi tak taw macam mana..tolong...:(

Assalamualaikum


hyep guys.salam petang jumaat.tak tahu nak buat entry pasal apa sekarang ni.jadi blur sebab dah lama sangat tak update blog ni.update pon jarang jarang kan,padan lah muka aku.hehehe.

tadi bukak emel gmail.ada satu email pasal ptptn.email tuh memang dah lama aku tunggu.pasal pertukaran caj perkhidmatan untuk bayaran balik pinjaman.masalah problemnya aku tak paham weh.macam dah kena isi balik semula borang time nak pinjam dulu jek.siap nak kena ada stem hasil bagai.pastu tanda tangan saksi semua tuh.tak paham weh.

korang korang penah buat tak?kalau ada sesapa yang dah tukar ke ujrah tuh tulun gtaw eh..agak agak kalau aku tak isi borang tuh boleh tak?cam tak maw tukar jek bila tengok borang nya banyak giloz tadi.huhuhuhu..

thanks for coming and reading here..love u guys..:)

Wednesday, July 6, 2011

Hati oh hati..

Assalamualaikum.


entry menggedik tengah tengah malam.mata dah mengantuk tapi stil gatal nak update jugak blog yang dah bersawang.malas nak pusing pusing,so straight to the point je lah untuk entry kali ni.

SAYA RINDU MOK.*sobsob*sambilsapuairmatapelukmr.mokjunior*

mok,saya rindu awak.saya nak tidur dah tadi,tapi tak boleh tidur sebab tiba tiba saya rindu sangat dekat awak.so,saya decide nak luahkan apa yang saya rasa dekat blog saya ni.saya tak tahu kenapa malam ni tiba tiba saya rasa sangat sangat tak yakin dengan hubungan kita.saya takut sangat nak tempuh masa depan yang saya sendiri tak tahu.tadi saya dengar lagu yang tengah famous sekarang.Lagu Aishiteru (Menunggu).sampai satu part tuh,saya rasa lirik tuh macam kena jek dengan saya sekarang.ni lirik tuh,

entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

mok,saya mintak maaf sebab saya tak yakin dengan hubungan kita.entah lah.saya takut nak fikirkan masa depan yang saya tak boleh jangka.macam awak kata,masa depan bukan kat tangan kita kan?

mok,waktu tengah taip entry ni kan,saya tengah peluk mr.mok junior tuh dengan air mata yang meleleh lagi.saya tak tahu kenapa saya lemah sangat dengan awak mok.saya tak tahu kenapa saya tak boleh jadi kuat dengan awak.saya mintak maaf mok.takde niat nak buat awak susah hati.saya SAYANG awak mok.

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru


mr.mok junior saya..:)

oopsss...sekali termenjiwang pulak entry kali ni.hehehe.thanx for coming and reading here...:)love u guys...
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design