Engkorang Yang Best

Monday, March 28, 2011

j i w a k a c a u

Assalamualaikum..


andai ada cinta di hati,mengapa tegar melakukan sedemikian.andai ada rindu di sanubari,mengapa tergamak bersikap begitu.manusia,egonya tinggi setinggi klcc atau mungkin lebih lagi.tak kira jantina tak kira siapa.salah sendiri tak pernah untuk di mengerti.terlalu sibuk ingin mencari kesilapan manusia lain sehingga alpa kain sendiri rabak terkoyak.

hati seorang wanita sering kali dikatakan lemah bila wanita itu tersungkur kerana cinta seorang insan yang bernama lelaki.cinta seorang wanita sering di perlekehkan oleh seorang insan bernama lelaki yang tidak mengerti akan makna cinta itu sendiri.

cinta memerlukan pengorbanan yang begitu besar untuk terus mencapai kebahagiaan yang diimpikan.

jangan terlalu berharap akan bahagia jika pengorbanan tak pernah kau lakukan.

Wednesday, March 2, 2011

Okeh dah tukar nawaitu...

Assalamualaikum.sapa tak jawab tanggung la dosa sendiri.


malam ni cityville tak berfungsi.nak berpoker tapi line internet macam sengaja mendengki.nak tido tapi tiba tiba ada yang tanya kat fb kenapa dah lama tak update blog.nampak sangat lama aku tinggalkan blog kan.thanx pada yang sudi tanya.terasa aku diterima dalam dunia blogging ni.kehkehkeh.

lama aku tinggalkan dunia blogging ni.hampir sebulan lamanya.maaf pada semua follower,maaf pada semua pembaca.maaf kerana aku tak aku tak menunaikan amanah aku sebagai seorang blogger dengan sempurna.

hampir sebulan aku mencari apa tujuan sebenarnya Kisah Seorang Aku ni wujud.puas aku selidik,puas aku kaji.puas aku selidik.aku dalami diri aku sendiri.aku tanya hati aku.finally,aku jumpa tujuan asal aku.nawaitu aku yang mula mula sekali bila aku nak create blog.

thanx pada pemilik lensarosak.kau sedar kan aku apa tujuan berblogging sebenarnya.

mula mula create blog sebab aku nak tahu cerita geng geng kapal.dari situ timbul niat nak jugak bercerita mengenai diri aku dalam blog ni.kemudian,berubah kerana berblog untuk keseronokan.bila dah mula berjinak jinak dengan geng kapal,aku kenal apa tuh nuffnang.aku pasang nuffnang.bukan satu,bukan dua tapi tiga tempat aku pasang.mula niat yang aku letak untuk create blog terpesong.bukan lagi untuk geng kapal.tapi lebih kepada untungnya berblog.mula memikirkan keuntungan yang datang dari blog.

lepas beberapa bulan,nawaitu ak berubah lagi.aku blogwalking kat beberapa blog femes amos.semua nya bercakap pasal trafik.trafik itu,trafik ini.apa yang aku blogkan mula aku sebarkan.walaupon aku sendiri tahu yang aku blogkan tuh ntah-ape-ape-ntah.tapi demi trafik,aku sanggup.hilang nawaitu just for fun.bohong kalau tiada langsung rasa cemburu dengan blog blog yang dah beribu riban follower.mula menipu semata mata nak dapatkan trafik.

ye,aku berjaya pada mulanya.follower yang pada mulanya hanya kurang dari 50 orang,kini dah mencecah ke tiga angka.satu pencapaian yang boleh aku banggakan untuk diri aku.trafik mula sesak.tapi keseronokan mencari follower dan mengejar trafik tuh tak tahan lama.aku mula bosan.bosan dengan hipokrasi yang aku hadapkan untuk pembaca.

mungkin ramai yang tak kisah bila berblog,asalkan ramai follower dan trafik kencang.cerita yang ado pon takpe asal masyuk.langsung tiada ketulusan dalam berblog.menipu terus terusan menipu semata mata untuk terus berkuasa.

"jangan kau kata kau berblog kerana nak cerita pasal luahan hati kau konon konon blog ni sebagai diari harian kau.tapi kau publishkan supaya orang ramai baca.bila kene kondem kau mengamuk.kalau kau nak jadikan blog kau diari hidup kau dan kau tak boleh terima kutukan orang,sila private kan blog kau dari dilihat orang ramai.kalau nak publish kat orang ramai,sila terima segala kutukan dan kritikan yang pedas mahupon manis."

catatan di lensarosak buat aku sedar tujuan aku berblog.so,sekarang aku pasang niat dalam hati aku yang tujuan aku berblog hanyalah untuk suka suka.sekadar nak catat apa yang boleh aku share kan dengan korang semua.no more trafik yang aku gilakan sebelum ni.tak kisah dapat buffered earning ke tak yang sebelum ni memang aku kisah + sedih bila orang lain sibuk bercakap pasal BE.


so,enjoys reading guys.thanx for coming here.
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design