Engkorang Yang Best

Monday, January 31, 2011

Calon menantu pilihan yang pasti | Cucu atok

Assalamualaikum.tak jawab dosa eh.,


line internet yang sangat buat aku panas hati walaupon keadaan cuaca kat luar dah macam duduk kat jepon dah.kata ada 3g,tapi apasal lah macam siput sedut lajunyer speed berukben aku ni?semut api yang buat rumah kat bawah rumah aku pon lagi laju lah.adoooiii.celcom ni nak sabotaj aku ke hape?taw lah aku pakai dah nak sampai limit.tapi agak agak la.tak kesian kat aku ker?


okeh.intro atas ni aku taip dari malam tadi.saja malas nak tukar sebab same situation for today.internet connection very very very slow motion.hengat aku tak bayar ke?bulan ni jek belum bayar lagi la.gaji tak masuk lagi,macam mana nak bayar?cer citer cer citer...


dah 3 hari hujan tak henti henti.nasib lah rumah aku kawasan tinggi.kalau kawasan rendah,memang dah lama jadi mangsa banjir.huu.petang tadi balik kampung jap sebab nak hantar atok.atok dah seminggu lebih lepak kat rumah.biasalah,orang tua kan?mana lah nak lepak rumah anak lama lama.macam macam yang terpikir dekat kepala tuh.ayam tak bagi makan lah,rumah tinggallah.tapi tadi atok cakap dia balik kejap jek,hari selasa or rabu dia datang balik.


nasib atok balik rumah hari ni,kalau atok tak balik,kompom rumah dah tenggelam.ehhh,tak tipu jek.tak de lah sampai tenggelam,tapi rumah penuh air jugak lah.so,sebagai seorang cucu yang memang berwibawa dan merupakan cucu harapan bangsa dan negara,aku dengan rela hati tanpa paksaan sesiapa dengan ikhlas nya telah menyalurkan bantuan kepada mangsa mangsa banjir.eh,silap pulak.tengok,punya lah aku excited nak menaip.sampai terbawak bawak semangat nak selamatkan mangsa banjir dalam entry ni.hahaha.so,aku pon p lah cari mop untuk mengemop lantai rumah atok yang dah masuk air tuh.aku ingatkan sikit jek,sekali mop,dekat sebaldi jugak da.nasib adek aku ikut sekali.so,dia lah jadi mangsa aku.ehh,aku bukan buli lah,aku suruh tolong pegang baldi jek.aku yang mop.tak caya?pi lah tanya atok aku weh.korang ingat aku menipu ke?apa?korang tak kenal atok aku?aduhh..payah jugak kalau macam tuh.jap jap.




tengok cara orang yang ikhlas buat keje..=p

memang tak boleh nak sangkal lagi kan tahap kerajinan budak ni?
kehkehkeh



rajin kan budak kat atas tuh?takda ke makcik makcik yang baca blog aku ni yang teringin nak buat menantu budak kat atas tuh?rajin tuh.bukan senang nak dapat tuh.kalau ada makcik makcik yang ada anak hensem hensem, aku rekemen kan ambik je lah budak kat atas tuh jadi menantu.pasti tak menyesal.hakhakhak.ehh,lelebih lak promote kan?kang ada pulak yang muntah hijau baca entry aku ni kang.hahahaha

sori lah beb.entry malam ni pon macam bercelaru jek.aku dah tak tahu nak update pasal apa sebenarnya.banyak cerita,tapi disebabkan poker,mud nak story mori dengan korang agak tipis sikit.poker lebih memerlukan aku.hahaha,

ok lah.nak p sambung main poker jap sementara tunggu tanaman aku kat cityville tuh masak.kang kalau tunggu pagi esok baru nak kutip,busuk lah pulak.so,sementara nak tunggu masak,aku pon nak p main poker jap.ok lah.babai


nota jari tangan --> tajuk entri macam hampeh.sori lah.aku dah tak tahu nak letak tajuk apa.hahaha


adios
assalamualaikum







Saturday, January 29, 2011

Aku tak update blog sebab 'benda ni'...=(

Asalamualaikum.tak jawab dosa eh..


hye oll.ingatkan malas nak update entry baru.tapi memandangkan aku dah terstuck dekat opis sebab hujan yang selebat lebat lebat lebatnya (nampak tak macam mana aku nak menggambarkan tahap kelebatan hujan tuh?),maka aku dengan rajinnya nak update la sebarang satu dua ayat dalam blog cap pingpong ni.eh,dah macam biskut cam pingpong plak.hahaha.sedap doe biskut tuh.makan pulak time hujan hujan ni kan.rendam dalam air teh o panas.pergghhh..memang superb beb wa cakap lu.

ehh,bukan nak cerita pasal biskut la.sekarang ni aku dah semakin tak rajin nak update blog.entah la.aku pon tak tahu apa pasal.ehh,jap jap.aku rasa aku tahu.ni semua angkara satu benda yang memang aku menyampah sangat sangat.sebab benda ni lah aku dah jarang update blog.sebab benda ni lah,trafik blog aku jatuh menjunam.semua angkara benda ni.kalau benda ni tak wujud,mesti aku tak kan jadi macam ni.mesti aku rajin sangat nak update.nak tahu apa benda nya?

ni ha..



******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*
******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*
******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*
******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*




******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*
******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*
******************************************
************************************
******************************
***************************
***********************
*******************
***************
***********
******
***
**
*





semua sebab poker...uwaaaaarrhhh

kalau tak kerana poker,mesti blog aku hari hari ada cerita baru.ye la,kalau dah main poker,mana boleh update blog.nanti lambat.so,chip aku akan susut..dah la sekarang ni chip aku dah 2juta ++.

ok lah,malam kang kalau tak kena hasut dengan poker,aku update lagi eh.korang korang jangan lupa datang ini lagi eh.sayang korang lebih la..

adios
assalamualaikum

Wednesday, January 26, 2011

Kalau tak tahu jaga anak,tak payah beranak mangkok!!!!

Assalamualaikum..

sumber : SINI

TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.


SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.


Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah. 



Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau. 



Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.



Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.



“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut. 



“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya. 



Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu. 



Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun. 



Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya. 



“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak. 



“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu. 



Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah. 



“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk. 



Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

blackpool menang?angan angan je kot...hahhaha

Assalamualaikum..tak jawab dosa eh.


pagi semua.eh,baru pukul 7.05 pagi.ehem ehem.awalkan aku online?mud nak update tengah ada.so layankan saja.

apa apa hal aku bagi korang tengok gambar ni dulu.


credit to AH7

pagi pagi lagi aku dah terjah ah7 punya blog bila tengok ada entry baru.so,hasilnya yang kat atas tuh.epi weh..mau nyer tak hepi.mu dah kena 2 bijik 1st half.tapi aku taw,mu mesti boleh bangun balik kan?

buat pembenci mu sekalian,terima lah hakikat.mu still da top of da league.tanpa sebarang kekalahan lagi.

glory glory mu...

adios
assalamualaikum

Tuesday, January 25, 2011

Fasha Sandha dah break up dengan Jejai....

Assalamualaikum...tak jawab dosa eh kengkawan...


hye kawan kawan *siler buat gaya yus raja lawak*kahkahkah.

pagi  ni i nak ajak u olls buat senaman pipi dan mulut ye kawan kawan.hey,bukan comlot lah sayang.ni yang i nak marah ni.u olls salah anggap taw.tak baek punya.dushdushdush.


jom mulakan dengan senyuman yang lebar.senyum kan sedekah.kan bagus pagi pagi lagi dah rajen sedekah.ok macam ni..




haa,pandai pon.senang bukan?sebelum ke step seterusnya,aku nak korang baca dulu bawah ni.

tetiba aku rajin pulak nak bergosip pepagi buta ni.bukan apa,tadi p selak metro online.tetiba jumpa satu artikel yang buat aku rasa nak gelak guling guling jek.




tengok,belum habes taip aku dah gelak.meh nak share dengan korang jugak meh.


Kami tiada jodoh-FASHA

KUALA LUMPUR: “Memang hubungan saya dengan Jejai sudah berakhir. Sukar untuk saya jelaskan sebab atau alasannya, namun itulah hakikat dan saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Sejak dia (Jejai) pulang daripada bercuti bersama keluarganya di Jepun 18 Januari lalu, kami langsung tidak berhubung hingga hari ini. Entah kenapa, namun itulah yang berlaku. Justeru saya mengandaikan tiada jodoh antara kami berdua,” kata Fasha yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Ditanya mengapa Jejai tidak lagi menghubunginya sejak pulang dari Jepun memandangkan sebelum ini Fasha pernah mengeluarkan kenyataan masih bahagia sewaktu mengulas gambar kontroversinya berbikini di Bali sebelum ini, aktres berusia 27 tahun ini hanya selesa untuk tidak mengulas lanjut.

“Sepanjang bercuti, setiap hari dia menghubungi saya dan tidak pernah lupa menghantar mesej. Saya masih lagi menyimpan semua senarai dan rekod panggilannya. Malah, sehari sebelum dia pulang ke Malaysia 17 Januari lalu, Jejai masih menghubungi saya.

“Perkara itu terlalu peribadi dan sukar untuk dijelaskan secara terperinci. Cukuplah saya nyatakan hubungan kami sudah tiada apa-apa lagi,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Samson Delaila.

Mengulas gosip kononnya bekas isteri Jejai, Nora Danish dikatakan punca hubungan mereka berantakan, Fasha tidak mahu mengulas lanjut.

“Jujurnya saya langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Namun, saya percaya Jejai ada alasannya sendiri dan mungkin ini jalan terbaik buat kami berdua.

“Saya harap tiada lagi pihak cuba mengaitkan kami berdua dan usah lagi bertanya saya mengenai Jejai. Berilah saya ruang untuk bernafas serta memikirkan soal diri sendiri dan kerjaya,” katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran dan menguruskan operasi perniagaan butik dandanan rambut, Chinta Salon di Wangsa Link yang akan memulakan operasi tidak lama lagi.

“Mungkin ini peluang bagi saya meletak sepenuh fokus kepada kerjaya lakonan yang Alhamdulillah tidak henti buat saya,” katanya.

Fasha menyifatkan perpisahan mengejut antaranya dengan ahli perniagaan berusia 34 tahun itu sebagai satu suratan.

“Bagaimana untuk saya lari daripada semua cerita ini? Saya bukan mahu meraih publisiti murahan atau sengaja membesarkan apa yang berlaku, namun sebagai anak seni saya akur dengan tuntutan media yang sentiasa memerhati saya daripada jauh.

“Alhamdulillah saya tidak pula tertekan atau terasa kecewa dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya berlalu dan pergi begitu saja,” katanya.





see,itu hari kata ok jek.tup tup hari ni keluar paper kata dah takde apa apa.apa kes?aku tanak komen banyak la.cuma satu jek nak cakap,ALLAH tuh adil.dulu,hak orang lain kena rampas,sekarang giliran sendiri.ala,lagipon si fasha ni relax jek.dia pon tak kuciwa.apa da hal kan?

ok tuh jek nak stori.t aku hapdet lain.nak p buat barcode jap.

nota jari manis --> ehh,tetiba aku rajin follow up fasha la pulak kan?hahaha.sengal..

nota jari kelingking --> ramai percaya dengan relationship aku dekat fb.tuh memaen je kengkawan.aku still single lagi hokeh..=p


adios
assalamualaikum..
 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design