Engkorang Yang Best

Saturday, February 5, 2011

Kecewa lagi aku akhirnya...

Assalamualaikum...


lama tak mencoret sesuatu kat sini buat aku terasa kekok untuk menulis kembali.apabila hati disiat dan dipijak sekali lagi,buat aku nekad untuk meneruskan penulisan di laman maya untuk meluahkan segala isi hati.maaf,mungkin gaya penulisan sekali lagi akan berubah.ahh,tiada siapa yang akan perasan shizu.

hari ni,hati seorang insan yang bergelar perempuan terluka lagi.luka yang sama di guris berkali kali.puas aku menidakkan,tapi kenyataan harus aku tempuh.ahh,susahnya untuk mencipta kebahagiaan rupanya.atau bahagia itu memang bukan milik aku selamanya?untuk kali yang keberapa aku sendiri tak pasti hati aku dilukai.ya mungkin selama ini kamu kamu dan kamu nampak aku manusia yang penuh dengan hilai tawa tanpa ada sendu dalam kehidupan.sendu yang sengaja aku sembunyikan disebalik tirai kebahagian palsu yang aku miliki.

kadang kadang aku sendiri tak pasti mengapa bahagia yang mula menjengahkan kepala kembali menjauh.melihat teman teman rancak menyemai bunga bunga cinta,kadangkala buat aku terfikir apa tidak layakkah aku untuk merasa nikmat bahagia itu walau sekejap?

tika saat ini,air mata bagaikan teman sejati yang kerap menemani aku tatkala aku sendiri.begitu murah air mata ini untuk seorang insan yang bernama lelaki.ahh,bodohnya aku menangis sedangkan lelaki itu tersenyum gembira.gembira melihat betapa bodohnya aku menyayangi dirinya.melihat betapa bodohnya aku mencurahkan segala budi terhadapnya.ya aku bodoh.bodoh kerana terlalu mempercayai kata katanya.

air mata,mengalir lah.keluarlah sepuas puasnya.

nota kaki kiri --> terima kasih "teman" kerana membuatkan aku cukup terluka kali ini.terima kasih juga kerana membuatkan aku merasa kepedihan yang sebegini rupa.terima kasih "teman" untuk kesakitan kali yang kedua.kali ini aku nekad untuk tidak akan menyerahkan hati ini pada sesiapa lagi.akan ku cuba untuk mengunci hati ini sekuat mungkin sehingga tiada siapa yang mampu membuka nya.terima kasih "teman" untuk peluang kedua yang kau sia siakan.

adios
assalamualaikum

3 kutukan sopan diterima:

pak long said...

salam...
yang berlaku adalah takdir Ilahi...kita mampu berusaha...
moga tidak semua yang datang itu mendung.usaha doa n tawakal.

mY HeArT wiLL gO On said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya.. kt hanya mampu merancang tapi Allah swt yg menetukannya... harap awak bsbar dgn dugaan yng datng..

jooleata said...

nana.. kenapa awak?

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design