Engkorang Yang Best

Friday, November 26, 2010

Surat Berantai, boleh caye ke?

Assalamualaikum...




HATI2 ANGKA KERAMAT 26!!! 26 December 2004, Tsunami di Acheh,..26 Mei 2006 Gempa Bumi di Jogja, 26 Jun 2009, gempa di Tasik Malaya...26 Oktober 2010 Tsunami di Mentawai, 26 Oktober 2010 Merapi Meletus..

Ada apa dengan 26?? ternyata dlm al-Quran surah  ke 26 (asy-syur'ara) yg di dalamnya tentang azab ALLAH...TOLONG sebarkan msg ini kpd 7 org..jgn dipermainkan Lillahita'ala. Ini amanah, jgn dihapuskan sblm dikirmkan kpd 7 org...apa yg berlaku pada 26 November 2010 iaitu pada hari Jumaat?

ok...msg kat atas tuh membe opis dpt dari membe dier...korg penah dpt ta msg2 cmnh??dulu aku byk kali dpt..aku caye r..aku forward plak msg tuh kat org laen..sebab kat msg tuh tulis kalau ta forward t dpt musibah...penah skali tuh aku tny ustaz aku...ustaz aku ckp jgn caye msg tuh..better abaikan sebab ley pesongkan akidah...

korg2 penah tak dpt msg2 cmtuh...pastuh ape korg buat ek??

adios..
assalamualaikum...

4 kutukan sopan diterima:

Azah Rahaman said...

sy penah dapat mesej y sama cam atas tu tapi sy abaikan aja sbb mama sy pun cakap abaikan, alah, tayah caya, insyallah dunia kita akan selamat (: btw, klau akk checked betul2, ada tarikh 26 tu hari isnin bukan hari jumaat (: banyak gak dapat tapi kebanyakkan abaikan aja

FatinNad said...

baca sahaja. kalau ada yang boleh diambl sebagai iktibar, kaji la sikit2. contohnye cari maklumat tentang kesahihan fakta tersebut. tak kira la guna internet or tanya orang. then. abaikan je. semua musibah atau perkara bertuah kan datang dari Allah.. huhu. itu pendapat aku

i n n z c h u b b y said...

Awas Syirik dalam Email dan SMS


Assalamualaikum... Dengan izin Allah, teknologi kini telah memudahkan kita berkomunikasi secara telefon dan juga e-mail. Tapi, jgnlah sesekali kita lupa bahawa dosa datang dgn pelbagai cara, walaupun dalam bentuk email. Kenal kah kamu apa itu syirik? Banyak yang akan menjawab, "Ya, saya kenal. Dan itu adalah satu dosa yang besar." Tetapi jika ditanya jikalau kamu sedar bahawa kebanyakan kali, syirik datang dalam cara email dan sms, ada yang akan berjawab, "Syirik wujud apabila kamu berniat di hati bahawa kamu sembah/percaya pada yg lain selain Allah SWT."


Pernahkah saudara/saudari menerima email/sms seperti sedemikian? "Hantarlah kepada tujuh orang dan sesuatu yang baik akan jadi kepada kamu" atau "Jika email ini tidak disampaikan kepada sekurang-kurangnya 7 orang, hidup kamu akan dipenuhi dgn penuhi kesedihan dan kesusahan" Kebanyakan kali kita menerima email seperti ini dalam bahasa Inggeris. Dan di hantarkan nya email itu bukan sahaja kepada tujuh orang, malah ada sehingga semua rakan-rakan yg dikenalinya. Berfikirlah. Adakah email itu berkuasa? Wahai kawan-kawan yang disayangi, malapetaka tidak datang tanpa keizinan Allah SWT, dan apa sahaja yang terjadi adalah dgn izin-Nya. Oleh itu, kita tidak
boleh mempercayai kata-kata tersebut dan jika kita menyampaikan email itu seperti disuruh kerana berasa takut akan dihimpa malapetaka, itu adalah syirik. Tetapi jika email itu dihantar kepada kawan-kawan dgn niat untuk menyampaikan sesebuah message yang berfaedah, maka itu bukan syirik. Jgn sesekali kita mempercayai kata-kata yang boleh menimbulkan syirik. Insya Allah, kamu akan dilindungi-Nya. Saya berharap message ini dapat disampaikan kepada yang lain supaya kelakuan syirik dapat dikurangkan. Dan jgn lupa jika pernah sesekali kamu syirik, bertaubatlah!! - Allah SWT Maha Pengampun.


Jika anda dpt email, sms atau surat seperti berikut, tak perlu anda forwardkan kepada kawan2, atau buat fotokopi, anda takkan ditimpa musibah seperti yg dikatakan, semuanya adalah kuasa Allah semata-mata. jikalau hendak sebarkan pun, xperlu beritahu ape kebaikan yang akan kita perolehi.

Miss Shizu said...

Saia Az > btol2...memang kadang2 ape yg ader kat lam surat tuh bagus...tp yg taley caye tuh biler suh forward tuh..kalau ta forward dpt bencana...tuh memang taley caya r..=)btw, thanx dtg sini ya...=))

MissNafa > btol3..sebab tuh saye penah tny ustaz pasal hal nh..cuak gak an...btw, thanx yer sudi dtg sini...

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design