Engkorang Yang Best

Monday, July 26, 2010

jum amek berkat nisfu syaaban...=))

Assalamualaikum....

hari nh isnin aka 26 julai 2010 aka 14 syaaban...siang tadi aku pose...buat pose sunat isnin ngan sunat syaaban.esok pown insyaALLAH aku akan pose ag...alhamdulillah...syukur sgt2 sebab aku masih ag diberikan kesempatan tuk buat ibadah nh sumer...pas maghrib tadi dah bace yasin n doa yang terbaek tuk sumer especially for my famili, frenz n oso 4 my relationship wif incik pelaut..*wink..wink*=))

siang tadi aku balik keje lmbt sket..kul 6.30...tuh pown sebab ader bende nk kene setel sebab incik bos aka incik jamaludin datang serting...pas da setel sumer aku pown mintak izin balik sebab nk buke pose kat umah + nk kejar tgk citer ilusi kat tb 3 tuh...pastuh b4 smpai umah singgah pasar malam beli barang2 nk buker...b4 smpai umah tadi ader roadblock...dush..dush..dush..camner ley ta pasan nh..dah r aku ta pakai helmet...huu..pastuh cepat2 aku sarongkan helmet kat kepala...tp nk wat cmner, org kate kalau dah nk kene tuh kene jugak...lepas kat abg2 polis yg 1st, aku kene tahan ngan abg2 polis yg 2nd..dorg mintak ic ngan lesen...alamak, lesen dah r tade...aku ckp jek yang aku ta bwk purse sebab nk cepat nk buker pose..huu...pastuh dorg suh g kat tempat incik polis yg duk tepi tuh...lame aku tunggu...biler incik polis tuh mintak lesen + ic, aku bg alasan yang same...ta bwk purse...lame gak aku tunggu..dlm ati da kate kompom saman r nh...aduyai...tp alhamdulillah....agaknyer berkat aku pose arinh, incik polis tuh lepaskan aku...dier suh aku balik...hee..thanx incik polis...ujung bulan nh saye amek lesen yer..=))

mungkin sebab aku chomey arinh incik polis tuh ta jd saman...kehkehkeh..=))
gmbr nh credit to incik jamal aka incik bos tp apsal terserlah kegumukan ku...huu

okeh..stop story pasal arinh...aku nk share ngan korg2 sumer sebenarnyer pasal nifsu syaaban nh...mlm nh kan malam nisfu syaaban...so, ilmu yang ader nh elok lah kalau disebarkan..manalah taw ley bg manfaat kat org len...=))...




Fadhilat Syaaban

  1. Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

  2. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:



“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).






  1. Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yangpenuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:



“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Nisfu Syaaban


  1. Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

  2. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:



“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat


Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.



Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)


  1. 1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.



  2. Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban,dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmautdilepaskan kegelapan dalam kuburdilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkirditutup keaibannya di akhirat nanti dandiwajibkan syurga baginya.



  3. Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)



Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w




  1. Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)






Bertaubat


  1. Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

  2. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)

credit to : secretWhisper.net
sekian,renung2 kan dan selamat beramal..=))
salam nisfu syaaban...

2 kutukan sopan diterima:

pak long said...

salam..
moga terus mendapat keberkatan dari YANG MAHA ESA...

Miss Shizu said...

INSYAALLAH...SMUGER KITER SUMER MENDPAT KEBERKATAN NYA...

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design