Engkorang Yang Best

Thursday, April 15, 2010

Tahukah Korang....

Assalamualaikum....


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
aku tataw nh cerek sape..

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
air sirap memang besh....

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

broooommm....brooommmm....

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

nh bukan razi dan papanya

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
besi berani

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

cicak ader ekor

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
burung pown taw balik umah...

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
lempeng yg sedap makan time lapar

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

gunung berapi takde kat malaysia

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

orang utan

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

nasik ayam yang ader ayam jek...takan ader ikan..

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku…hahahaha

adios..
assalamualaikum...

8 kutukan sopan diterima:

.:cEmmAh:. said...

lapar pulak tengok nasi hayam tuh..ngee

Tulisan Dari Manjung said...

tahukah anda yang aku sekarang rasa cam nak cepuk2 jer kepala ko.....agak hampeh juga posting ko ni....

zatilzuhdi said...

ye saye telah mencuba tip
berkesan no lapan..

sekian :)

zatilzuhdi said...

ye saye telah mencuba tip
berkesan no lapan..

sekian :)

Miss Shizu said...

wan > hahaha...saje jek...boring2 aku post lah bende nh..=)

cik zatil > hee

Miss Shizu said...

wan > hahaha...mesti kaw try yg no 8 kan...=))

cik zatil > hee

Tulisan Dari Manjung said...

sebagai insan yang bijak lagi kreatif...aku tak try pun letak siku aku kat telinga....tapi kau berjaya buat aku konfius pasal teori air masak ko tu....bengkek jer aku...apa bezanya...ha..ha..ha..

Miss Shizu said...

hahaha...tuh teori aku saintis tuh..jgn men2...hahaha

 

The Journey Of Nana Template by Ipietoon Cute Blog Design